Thursday, December 12, 2013

LECITHIN : Kandungannya, Kepentingannya dan Kegunaannya (SET KURUS SHAKLEE)


Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA


  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK


  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA


  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN


  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL


  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)


  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814


Soya Penyebab Kanser? Kenali ESP SHAKLEE dan kenapa ianya berbeza.

Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...


ESP ialah protin..kenapa protin penting?

  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga

  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain, boleh hubungi saya melalui ;
fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814


Wednesday, December 11, 2013

Pentingnya prenatal vitamin kepada ibu mengandung


Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
  1. Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.
Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)
Boleh juga add on :
  1. Vitamin C 
  2. ESP
Tak Digalakkan :
  1. Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  2. Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
  3. Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.
Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan. Terima kasih :-)*rujukan :

vitaminsemulajadi.com
drzubaidi.com

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814


Tuesday, December 10, 2013

Status Halal Shaklee (by Ab Rahman Baco)

Usah nk tanya2 lagi,takyah buat2 soalan kompius lagi. sila refer jawapan ini, produk shaklee ternyata halal tanpa was-was.

-----------------------------------------
Assalamualaikum,

Apa khabar ? Ramai pembaca yang menghantar email
pada saya bercerita tentang percutian mereka. Jadi saya ucapkan
selamat bercuti untuk semua guru-guru Malaysia dan selamat
berkerja terutama pembaca-pembaca email saya yang berada di luar
negara. Ada yang di German, Sudan dan juga di Arab Saudi.

Saya doakan semoga anda semua sihat dan dimurahkan rezeki oleh
Allah s.w.t

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku
"Halalkah Ubat Anda?" tentang status halal produk-produk keluaran
Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.


Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee
adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk
"Shaklee" iaitu
"Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik".

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN:


Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22
Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin
yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang
sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang
mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional
Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada
tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika
Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar
pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat
di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com



P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan
pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk "Halalkah Ubat
Anda?".

Buku "Halalkah Ubat Anda?" mendedahkan lebih 90 jenis
ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari <a></a><a></a><a>www.halalscience.com</a>

THALASEMIA : Kenapa Tak boleh ambil Vitalea

Thalasemia adalah sejenis blood disorder yakni masalah pada darah dia. hemoglobin dia tak terbentuk dgn sempurna.

berbeza dgn orang biasa yg anemia, orang biasa anemia sebab low hemoglobin, orang talasemia anemia sbb hemoglobin dia tak sempurna.

utk orang biasa boleh amk 2 biji vitalea (utk dapatkan iron) tapi Talasemia tak boleh. sebab..

  • iron tak membantu utk hemoglobin dia sebaliknya ia circulate dalam darah mereka
Iron berlebihan ni boleh memberi kesan buruk pada kesihatan.

thalasemia major memiliki masalah iron overload, jd mereka ni mmg sah2 takleh makna vitalea.

thalasemia minor (carrier) juga ada free iron dalam tubuh mereka tapi kalau hb dia low sgt dia boleh amik vitalea (iron supp)

Cara mengatasi penyakit Gout

Apakah Gout?
Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi
  1. Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  5. Bersenam

Supplemen yang dicadangkan
  1. Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
  2. OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
  3. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
  4. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

 Gout dan Vitamin C

Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut.

Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814


Manfaat Vitamin B Complex

Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.



Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.

 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
 

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia - cegah kurangnya sel darah merah (hemoglobin low)

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814


Kebaikan ZINC COMPLEX SHAKLEE

APA ITU ZINC?
-merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan
peranan dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

PERBEZAAN ZINC SHAKLEE
-Dirumus dari  gabungan zinc glukonat semulajadi dengan nutrien semulajadi yg lain sprti kalsium & serbuk alfafa utk hasilkan zinc yg mudah diserap oleh tubuh.
-Sesuai utk pengambilan jangka panjang.
-Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium & plumbum dari tubuh.

FAEDAH UTAMA
1. Mengaktifkan 200 jenis enzim
-bkebolehan mengabung DNA,RNA & protin seterusnye merangsang sel2 baru.
-mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh utk memelihara pertumbuhan gigi & para remaja.

2. Membentuk Kolagen
-membantu pembentukan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan serta perkembangan kulit,kuku & organ.

3. Memperbaiki Diabetes
-Membantu pengeluaran & pengekalan insulin serte mencegah diabetes.

4.Bintik putih kuku
-Tanda kekurangan zinc yg boleh mnyebabkan depresi,lemah daya ingatan,mudah sakit,pemulihan luka yg lambat,pembengkakan prostat,anemia,lemah daya penglihatan @ hilang daya penglihatan

5. Mempertingkatkan sistem imum
-Membantu pengeluaran kelenjar thymus.
-Kelenjar Thymus mempertingkatkan sistem imum dgn pengeluaran T-cells utk mnentang kanser & mhalang virus@bakteria penyakit.

6. Cepatkan pemulihan luka
-Memulihkan luka dalam & luaran selepas pembedahan, memperbaiki alergi & bintik dikulit.
**hancurkan zinc & tabur ditempat luka utk mpercepatkan pmulihan luka.

7. Memperbaiki masalah prostat
- Melindungi masalah kesihatan prostat,memperbaiki & menyembuh pembesaran kelenjar prostat
**Kajian mnunjukkan pngmbilan harian zinc
mngurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dlm kadar 70%

8. Kmampuan seks lelaki
- Pengambilan utk jangka pnjg mampu mperbaiki kmampuan seks lelaki,menggalakan penghasilan sperma & impoten.
- Zinc yg scukupnye pnting utk kupayaan seks yg bertenaga.

9. Ovulasi wanita
-Membantu pengucupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki radang kulit
- Kajian mnunjukkan pengmbilan zinc sbanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit sperti akne & jerawat.

11. Mengekalkan deria bau
- kekalkan deria bau yg sihat & sensitive (rasa & bau)
**Zinc adalah khazanah lelaki
Tahukah anda zinc dlm prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain & merupakan peranan penting dlm organ seks lelaki.

AKIBAT KEKURANGAN ZINC :-
1. Masalah kmatangan organ seks yg lambat.
2. Impoten.
3. Pkembangan yg kecil & pincang pada tekstikel.
4. Sperma yg rendah.
5. Kemerosotan fungsi seksual
6. Penuaan pra-matang.
7. kguguran rambut.
8. Luka lambat sembuh.

RUJUKAN:
Impoten - ketidakmampuan untuk memulakan seks dan mempertahankan ereksi.
Ereksi - suatu proses biologi yang berlaku pada zakar lelaki ketika mendapatkan. rangsangan tertentu dengan berubahnya bentuk zakar.
Depresi - gangguan mental.
Prostatomegaly - pembesaran kelenjar prostat.
Tekstikel -  kelenjar kelamin lelaki

KEBAIKAN PENGAMBILAN ZINC

Penjagaan Kulit:
-Kajian telah menunjukkan pngmbilan zink sebanyak 3-4tablet berkesan untuk memperbaiki radang kulit seperti jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa
daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik yg masih dianggap lebih berkesan.

Ekzema:
 -Juga dikenali sebagai dermatitis atopic
 - gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan.
 - Menyembuhkan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat:
-Mineral ini mampu menghilangkan jerawat dari kulit dengan mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yg memainkan peranan yg dominan dalam menyebabkan jerawat.
-B’hubungkait dgn sintesis kolagen yg membantu dalam mnormalkan jumlah minyak kulit & kekalkan kulit sihat.

Penyembuhan luka:
- Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Gangguan Prostat:
-Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat yg boleh tdedah kpda kanser
-Dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Hilang berat badan:
- peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

Mengandung:
-pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel
-membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Pembiakan:
-Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.
- Bagi wanita,membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi:
- seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.




Jangkitan:
- mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin.
- melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan:
- Bertindak sbgi antioksidan
- terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Aturan Enzim:
- komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

Kanser:
- Bagi lelaki, peranan penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

Kelesuan Kronik:
- Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

Botak:
- Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
- Pemulihan yang disyorkan oleh doktor  ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink.
-Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

Kehilangan tulang:
- Penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. 
- Komponen hydroxyapatite zinc iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras.
- Kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.






Buta Malam:
- Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan.
- Dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.


SIAPA PERLUKAN ZINC
 1. Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
 2. Wanita Mengandung dan Menyusu
 3. Orang yang mempunyai pembedahan,bersalin secara cesarean,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan ,
seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn.
 4. Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber zink yg baik.
 5. Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yg menyerap ke dalam tubuh.
 6. Orang yang mempunyai penyakit sel sabit

RUJUKAN:
Gastrousus -
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesih
atan&pg=kn_04.htm

Penyakit sel sabit -
http://medicastore.com/penyakit/165/Penyakit_Sel_
Sabit_Sickle_Cell_Disease.html

Ulser kolitis -
http://infokanserkolon.blogspot.com/2012/01/apa-
itu-ulcerative-colitis.html

Penyakit Crohn -
http://www.merdeka.com/sehat/penyakit-crohn-
sebab-dan-gejalanya.html









Berapa banyak zinc yg anda perlukan? Sila rujuk jadual
dibwh.

Birth to 6 months
2 mg

Infants 7–12 months
3 mg

Children 1–3 years 

3 mg
Children 4–8 years

5 mg
Children 9–13 years

8 mg
Teens 14–18 years (boys) 

11 mg

Teens 14–18 years (girls) 

9 mg

Adults (men)

11 mg

Adults (women)     

8mg
Pregnant teens      

12 mg

Pregnant women    

11 mg

Breastfeeding teens

13 mg
Breastfeeding women       

12 mg

         
13 mg
12 mg

Nutrition Fact:
Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%)
keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada
keperluan harian).Zinc bukan sahaja membantu
menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat
meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814




Penyakit Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Penerangan Mengenai Penyakit Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Punca tekanan darah rendah tidak sentiasa jelas. Ia boleh dikaitkan dengan yang berikut:

Kehamilan
Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
Ubat over-the-counter
Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
Kegagalan jantung
Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
Pelebaran atau pengembangan, saluran darah
Keletihan haba atau strok haba
Penyakit hati

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.
Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit, masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah




Vitamin yang dicadangkan untuk penghidap penyakit Tekanan Darah Rendah :

Produk
Kuantiti
Kali
Catatan
Vitalea
2
2
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
B Complex
2
2
Mengurangkan stress,penghasilan tenaga
E.Soy Protein
2
3
Meningkatkan tenaga
Meal Shakes
2
3
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Performance Drink
1
3
Mengelakkan dr hidrasi
Ostematrix
4
2
Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah


Ramai dikalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat.Jika anda mengalami tekanan darah rendah perlu melakukan perkara-perkara berikut:

·         Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
·         Jangan berdiri terlalu lama
·         Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
·         Diet rendah karbohidrat
·         Banyakkan minum air putih
·         Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
·         Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam

·         Melakukan aktiviti senaman secara teratur.


WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814