Friday, June 14, 2013

Hilang Selera Makan ketika Hamil??

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hmm..lama sangat2 tak menulis kat blog ni..berhabuk daa..huhu

okay, hari ni nak cerita pasal HILANG SELERA MAKAN SEMASA HAMIL..ish, tiba2 pulak kan, tapi untuk pengumuman semua, saya tak pregnant lagi ya untuk kali kedua, anak pertama masih menyusu badan sepenuhnya, so nak bagi dia besar dulu sikit..hehe

Hilang Selera Makan ketika mengandung
Hilang Selera Makan ketika Hamil

okay, kenapa tulis tajuk ni? sebab tengah2 baca majalah, terjumpa artikel ni, lepas tu teringat pengalaman sendiri masa mengandungkan anak teruna saya..memang seksa wooo..morning sickness sangat2 la teruk sampai kena warded kat hospital..BUT, saya tak serik nak pregnant lagi!.hehe (^_^)

okay, jom baca, sedikit perkongsian dari majalah MAMI & BABY ;)

  • SEBAB2 HILANG SELERA MAKAN DI AWAL KEHAMILAN

Keadaan ini sangat2 biasa atau normal berlaku di awal kehamilan.biasanya kita akan rasa loya, pening2, badan jadi penat semcam.melalui simptom2 ini lah biasanya wanita2 di luar sana boleh mengjangka bahawa dia hamil ;) Sebenarnya rasa loya ini jugalah penyebab kita akan kurang keinginan untuk makan (sebab bila makan je terus muntah, atau loya tekak tak boleh nak telan)

Terdapat kelembapan biasa system pencernaan semasa trimester dan kelembapan ini disebabkan oleh tekanan yang digunakan oleh uterus ke atas usu bawah. Ini menyebabkan penurunan selera makan dan sembelit semasa di awal kehamilan.

Sebab2 lain yang boleh menyebabkan kita hilang selera makan ialah kerana penurunan hormone progesterone di awal trimester pertama. Hormon ini melambatkan keseluruhan proses pencernaan.
Penambahan penyerapan air oleh kolon jugak melambatkan proses pencernaan dan pengambilan zat besi semasa kehamilan juga akan meningkat dan menyebabkan sembelit; seterusnya menyebabkan kehilangan selera makan ketika hamil.

  • HILANG SELERA MAKAN DI AKHIR KEHAMILAN (TRIMESTER KETIGA)

Setiap wanita hamil mempunyai ragam berbeza. Malah kehamilan pertama dengan kehamilan seterusnya mungkin tidak sama.Pendek kata setiap kehamilan itu umpama pengalaman baru setiap kali. Kebiasaannya ramai yang mengalami alahan yang teruk dan kurang selera di awal kehamilan sahaja, tapi jangan  terkejut kerana ada wanita2 di luar sana (Alhamdulillah saya tidak termasuk dalam golongan mereka yang bertuah ini ;) ) yang masih mengalami alahan dan kurang selera makan walaupun kandungan sudah mencecah 8 atau 9 bulan. keadaan ini berlaku kerana bayi yang sedang membesar di dalam kandungan menekan perut yang akan menyebabkan kurangnya rasa sakit apabila kelaparan. Maka kita akan berasa cepat kenyang dan sukar makan lebih banyak.

ATASI HILANG SELERA MAKAN ini dengan mengambil hidangan makanan yang kecil.Jangan berterusan membiarkan perut kosong kerana akan menyebabkan masalah PEDIH ULU HATI @ GASTRIK. Apabila kita mengambil hidangan yang kecil pada  siang hari(lunch) , ia akan mengenyangkan perut dan membantu mengurangkan rasa loya.

JANGAN PAKSA DIRI MAKAN PADA WAKTU PAGI. Boleh makan sedikit semasa siang hari dan sertakan makanan dan minuman yang menyihatkan di dalam diet kita bagi menggantikan nutrient yang telah hilang pada waktu pagi.

MINUM 8-10 GELAS AIR SETIAP HARI. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan makanan tinggi serat. Elakkan makanan berlemak dan yang sukar dicerna kerana ia menjadi penahan selera dan teruskan mengambil hidangan dengan size yang kecil sepanjang hari selain dua hidangan utama.


SOLUSI SHAKLEE~

SET KEHAMILAN SHAKLEE...hehe

dalam set ini ade 4 jenis vitamin dan 1 protein yang melengkapkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh seorang wanita hamil.
set kehamilan Shaklee
Shaklee Pregnancy Set

*VITALEA
*B COMPLEX
*OSTEOMATRIX
*OMEGA GUARD
*ESP

Bagi yang mengalami alahan yang sangat2 teruk + PEDIH HULU HATI, boleh tambahkan PEPPERMINT GINGER..InsyaAllah boleh membantu mengeluarkan angin2 yang menyebabkan pedih hulu hati/gastrik yang biasa sangat berlaku di kalangan ibu2 hamil yang selalu loya dan tiada selera makan.
Peppermint Ginger Shaklee

Selain itu VITALEA SHAKLEE..multivitamin yang membantu untuk memulihkan kembali selera makan dan memastikan ibu2 hamil kembali bertenaga dalam menjalani momen2 indah sepanjang kehamilan berlangsung ;)

Sekian dulu perkongsian saya kali ini, sekarang nak kena lipat baju yg menggunung dah ni sebelum majikan saya encik suami balik outstesen esok..tata (^_^)

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814



ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

No comments:

Post a Comment