Tuesday, July 9, 2013

KEHAMILAN : 6 simptom yang memerlukan perhatian segera!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Salam angin2 sepoi di petang hari..hehe

Harini nak kongsi sedikit info tentang kehamilan. Apabila seseorang wanita itu disahkan hamil, pelbagai symptom2 seperti muntah2, pening, pitam, lemah badan dan sebagainya berlaku. simptom2 ini nampak normal kerana sering terjadi kepada ibu2 hamil terutamanya di awal kehamilan. Saya sendiri mengalami mabuk hamil yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan cecair IV. Alhamdulillah apabila kandungan masuk ke trimester kedua, mabuk hamil mulai beransur kurang dan hilang ;)



set berpantang shaklee
Tips kehamilan : 6 Simptom yang perlu perhatian segera!!

Walau bagaimanapun, mungkin juga simptom2 ini adalah petanda awal kepada masalah kehamilan yang serius dan perlu perhatian dan rawatan segera.

 

*MUNTAH YANG TERLAMPAU

tips kehamilan
Muntah yang terlampau


Kebanyakan wanita di awal kehamilan mengalami mabuk hamil, muntah2 dan mual. Ia sangatlah menyusahkan, leceh tetapi tidak membahayakan dan akan beransur2 hilang apabila kandungan membesar @ memasuki trimester kedua.

VITALEA & PEPPERMINT GINGER juga sangat membantu dalam proses ibu2 hamil melalui frasa mabuk hamil ini.Ia memulihkan selera makan, mengurangkan mual dan memberi tenaga kepada ibu2 yang mabuk teruk di awal kehamilan.

TETAPI, jika anda mengalami muntah yang melampau sehingga tidak boleh menahan cecair yang berada di dalam badan anda ataupun  sehingga anda tidak membuang air kecil, segera rujuk doctor anda kerana ia boleh menyebabkan penyahhidratan (dehydrated) yang tidak baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Ini mungkin tanda "hyperemesis gravidarum" iaitu sejenis mabuk hamil terlampau yang boleh berlarutan sehingga akhir kehamilan.

Jika anda muntah 2 hari berturut2, keracunan makanan, muntah beserta demam panas, segera dapatkan rawatan di hospital (dapatkan cecair IV).


*KESAKITAN YANG TERLAMPAU DI BAHAGIAN ABDOMEN

set bersalin shaklee
Sakit di bahagian abdomen

Jika anda hamil kurang dari 12 minggu dan merasa kekejangan dan tajam di sebelah bahagian perut dan anda tidak pernah melakukan scan (ultrabunyi), mungkin ianya adalah sakit yang normal.Tetapi jika anda masih merasa sakit ataupun kesakitan itu semakin teruk apabila kandungan semakin membesar, ia mungkin boleh bermaksud apa2 dari kontraksi bersalin ke appendicitis.


*KEPUTIHAN YANG BANYAK ATAUPUN KONTRAKSI BERSALIN


tips kehamilan
Keputihan yang banyak

Jika anda semakin hampir ke saat bersalin, keputihan tersebut mungkin petanda air ketuban sudah pecah, maka segeralah bersedia dan pergi ke hospital. Tetapi jika anda rasa cecair banyak sebelum minggu ke-37, segera hubungi doctor kerana kemungkinan besar pundi amnion anda sudah pecah dan proses kelahiran awal mungkin berlaku. Tetapi janganlah mengjangkakan yang paling teruk. Ramai yang menganggap serius sedangkan bayi dalam kandungan hanya menyepak kuat punding kencing mereka sehingga terkucil ;)

Kontraksi bersalin adalah tanda bersalin pramatang. Jadi jika anda merasa sakit dari minggu yang ke24 hingga 36, segera hubungi doctor. Tetapi ia juga mungkin kontraksi BRAXTON HICKS (sakit main2)


*PENDARAHAN


tips kehamilan
Pendarahan ketika hamil

Jika ini berlaku (pada bila2 masa), segera rujuk doctor anda. Jika berlaku ketika trimester ke-2 @ ke-3, kemungkinan terdapat koyakan di plasenta atau masalah yang harus didiagnosis dengan pemeriksaan ultrabunyi. Jangan panic kerana kebanyakan pendarahan semasa hamil tidak mempunyai masalah jangka panjang. Untuk info lanjut tentang pendarahan ketika hamil, rujuk entry ini : Pendarahan ketika Hamil dan Kaedah Pencegahannya


*SAKIT KEPALA YANG TERUK @ BENGKAK SELURUH BADAN


tips kehamilan
Sakit kepala yang teruk

Ianya adalah normal jika berlaku dalam trimester pertama kehamilan. Sama juga jika pembengkakan pergelangan kaki semasa perkembangan kehamilan kerana ia bermaksud badan anda sedang menyimpan cecair,

TETAPI, jika sakit kepala berlaku secara tiba2 di trimester ke-2 @ ke-3, tangan dan muka bengkak dengan teruk (tidak surut), ia mungkin petanda PRA-EKLAMPSIA (tekanan darah tinggi disebabkan hamil) yang memerlukan rawatan segera!


*KURANG PERGERAKAN PADA KANDUNGAN


tips kehamilan
Bayi dalam kandungan kurang bergerak

Jika anda tidak merasakan pergerakan bayi anda selama satu jam, tidak perlu risau, sebaliknya minumlah jus buahan yang segar (gula yang terdapat dalam jus buahan akan menaikkan gulanya yang akan menaikkan peluangnya untuk mula bergerak), kemudian baring di sisi sebelah kiri di dalam bilik yang sunyi selama setengah jam. Jika masih tak merasa apa2 pergerakan, segeralah rujuk doctor anda. Kadangkala ianya tiada apa kerana mungkin bayi sengaja tidak mahu bergerak, tetapi doctor akan melakukan ujian untuk memastikan tiada masalah pada kandunangan anda.

SOLUSI~

Ibu hamil perlu menjaga kandungan dengan terbaik dan mestilah peka dengan setiap apa yang berlaku pada diri dan kandungan anda. Sentiasa fikir @ utamakan bayi dalam kandungan sebelum melakukan sesuatu. Lakukan yang terbaik untuk si kecil anda sedari dalam kandungan lagi. Anda juga perlu tahu apa yang diperlukan oleh ibu hamil supaya kandungan berada dalam keadaan baik sehingga saat melahirkan. SET KEHAMILAN SHAKLEE ada untuk membantu ibu2 hamil memberikan yang terbaik untuk bayi anda.Set lengkap All in 1 penuhi semua keperluan ibu dan bayi(^_^)


ibu hamil sihat dengan shaklee
Set kehamilan Shaklee

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

No comments:

Post a Comment