Wednesday, January 16, 2013

Rambut kuat dan sihat dengan vitamin SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM W. B.T


Siapa di sini ada masalah rambut gugur+ berminyak+kering?? sila angkat tangan!!

                                     

Sebenarnya rambut bermasalah adalah suatu perkara yang biasa berlaku terutamanya di kalangan wanita. dan lebih specifik lagi, wanita yang baru melahirkan anak. Orang2 tua dulu selalu cakap. bila baby da mula menyembur, rambut si ibu akan gugur. Mungkin itu sekadar kaitan yang cuba dibuat oleh mereka dek kerana ia sering terjadi di kalangan ibu2 yang sedang berpantang.

9 Perkara Perlu Ibu2 Tahu :


1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa ibu2 perlu lakukan? 


Ibu2 tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Bagaimana untuk mengatasi masalah rambut gugur ini?


Sebenarnya masalah rambut gugur ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang tinggi protein, omega 3 dan zinc.

Pengambilan protein amat penting untuk proses pembinaan semula sel termasuklah sel rambut. Ini kerana sebahagian besar rambut berasal dari protein. Maka pengambilan protein yg selamat dan sihat boleh membantu menguatkan dan menyuburkan pertumbuhan rambut.

Selain itu zinc juga sangat berperanan dalam memastikan pertumbuhan akar rambut yang kuat dan sihat serta mencegah rambut dari terus gugur.Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi juga diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kesemua zat2 penting ini boleh diperolehi daripada;

Energizing Soy Protein

  • ESP merupakan sumber protein terbaik dan selamat untuk kita. Mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita, ESP insyaALLAH boleh membantu membekalkan protein yang berkualiti dan selamat untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Omega Guard

  • Selain bertindak sebagai perangsang perkembangan otak terutamanya kanak2, asid lemak yang terdapat di dalam omega guard boleh membantu memelihara kesihatan kulit kepala dan rambut.

Zinc Complex

  • Merupakan mineral terpenting yang terdapat dalam setiap sel badan kita. Zinc shaklee yang dicampur dengan barli dan alfalfa ini sangat bagus untuk menguatkan rambut dan mencegah keguguran rambut akibat perubahan hormn selepas melahirkan anak.

Ketiga2 produk ini ditawarkan oleh shaklee dengan harga yang sangat berbaloi (tak sampai rm100) dan boleh bertahan sehingga 2-3 bulan.

Apalagi, jom dapatkan segera ESP+Omega Guard+Zinc Complex untuk rambut yang cantik, subur , sihat bersinar ;)


                                                 

Sekian dulu perkongsian saya pada kali ini..

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814