Saturday, June 15, 2013

BAHAYANYA SENGGUGUT!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Tetiba rajin pulak menulis harini..maklumlah husband takde kat rumah 4hari, boleh la relax2 sambil tulis blog..hehe

okay, next topic, nak cerita pasal SENGGUGUT.. rata2nya 3/4 wanita pernah merasai senggugut ni. dah macam jadi normal senggugut ni walaupun sebenarnya ia boleh mengundang bahaya jika berlarutan dan diiringin simptom2 yang melampau seperti muntah2, kejang dan pening kepala.

      

Setiap wanita pasti akan ada senggugut cuma yang membezakan setiap wanita itu adalah kadar kekerapan, sakit yang antara skala 1-10 dan kesan senggugut. saya pernah melihat kawan yang senggugut teruk yang dimana sehingga sukar ingin bangun dari tempatnya, muntah2, pening sampai jadi migraine pun ada. Kadang-kadang kita nampak ia simple,dan kita ambil mudah sebab ia akan hilang selepas 2-3 hari period. Tapi sebenarnya kekerapan kesakitan dan sakit yang tidak boleh dibendung adalah petanda kepada masalah yang lain. Saya bukan nak menakutkan wanita2 di luar sana tapi itu adalah benar. Ubat penahan sakit menstrual period pun kadang-kadang tidak boleh membantu.
Tolonglah jangan ambil mudah gejala senggugut ni. Silap haribulan, ia boleh memudaratkan kepada dan boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik dan merbahaya.

Jom baca ~sedikit perkongsian saya mengenai senggugut..
BAHAYA NYA SENGGUGUT !!!!

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan  haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.
GFT

Senggugut utama
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut kedua
Sementara senggugut Senggugut sekondary disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Risiko senggugut
Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan. Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama : muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid- Resah, cepat marah, dan kemurungan mungkin berlaku.

Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk :-
  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot


Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.
Solution untuk masalah senggugut??




Okay, otak dah penat kan baca fakta banyak sangat?? hehe so kita rehatkan otak jap ye, next time saya sambung..nak cerita pasal SENGGUGUT & KEMANDULAN pulak..jengjengjeng!!.

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814

p/s : nota kaki untuk anda ;)