ASSALAMUALAIKUM W.B.T
hari ini nak cerita sikit salah silah macam mana saya boleh terjoin shaklee ni. Walau pun tak dramatik sangat, tapi saya nak cerita juga..hehe
JOM BACA KISAHKU DAN SHAKLEE (^_^) |
Okay, alkisahnya ini bermula semasa bulan Julai 2012, masa tu anak sulung saya baru berusia 5 bulan dan fully breastfeed. Masa tu susu badan memang kurang sangat, maybe sebab baby semakin membesar makanya supply susu saya tak cukup. Baby selalu menangis dan mengamuk sebab tak cukup susu. Masa tu dah risau sangat sebab tak lama lagi nak puasa, lagi lah kronik bekalan susu badan saya ni..
Alkisahnya lagi kawan saya ni baru sahaja start bisness shaklee dia, so dia cadangkan kat saya untuk mencuba supplement Shaklee ni iaitu Set Menyusu. Mula2 tu saya ambil ESP, B complex, Alfalfa dan Vitalea. Alhamdulillah,dgn izin ALLAH, selepas seminggu saya cuba amalkan set penyusuan tu, bekalan susu saya kembali meriah, baby saya suka sangat dan kembali ceria, dah tak mengamuk tak cukup susu (^_^)
Nak dijadikan cerita lagi, kebetulan masa tu saya memang tengah mencari2 bisness online yang saya boleh buat (sebab saya dah resign dari kerja sebelum baby saya lahir. Dah macam2 bisness saya cuba tapi mungkin sebab tak ada ilmu secukupnya pasal online marketing, facebook, page dan blog, makanya semua bisness saya tak menjadi. Disebabkan dah buntu sangat masa tu, ditambah pula keadaan kewangan yang makin kritikal, maka kawan saya ajaklah join dia sama2 buat bisness shaklee ni. Saya masih ingat lagi masa itu mind set saya ialah dah terlalu ramai yang jual shaklee ni, so for sure saya jual tak laku. Tapi ternyata telahan saya salah sama sekali. Itulah tandanya rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah, tinggal nak kena usaha dan doa sahaja (^_^)
Sekarang sudah lebih setahun saya berbisness shaklee..ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan keluarga SHAKLEE yang bukan sahaja membantu meningkatkan taraf ekonomi saya malah membantu saya menjadi muslimah dan hamba Allah yang lebih dekat dengannya. Dalam group Shaklee kami, prinsip dan konsep bahawa rezeki di tangan ALLAH, bukan di tangan manusia membuatkan saya dan ahli2 group yang lain terus bersemangat dan berjuang dalam bisness ini.
SYUKUR KE HADRAT ILAHI ATAS REZEKI DAN NIKMAT YANG DIBERI |
Walaupun di pandangan mata umum, mungkin mereka di luar sana memandang saya sekadar jobless graduate, duduk rumah jaga anak semata2, tapi ramai yang tidak tahu, dengan berada di rumah sambil jaga anak, sambil ber bisness shaklee, saya sudah pun memiliki rumah sendiri. Kalau melihat pada slip gaji suami sahaja, memang tak merasalah kami ada rumah sendiri. Tapi dengan kuasa Allah yang mengurniakan rezeki, permohonan pinjaman untuk membeli rumah menggunakan slip gaji suami serta penyata bonus shaklee saya (JOINT INCOME APPLICATION) diluluskan oleh pihak bank. Syukur kami tidak terhingga!!
JANTUNG HATIKU - ANAK DAN SUAMI TERCINTA |
Mungkin ramai yang tidak tahu potensi dalam bisness shaklee ini. Selain daripada menambah pendapatan bulanan, banyak lagi insentif2 dan peluang2 yang ada dalam shaklee seperti permohonan pinjaman rumah menggunakan penyata bonus shaklee yang saya ceritakan tadi. Selain itu shaklee ada menawarkan bonus kereta, peluang menunaikan umrah secara percuma dengan layanan 5 bintang dan banyak lagi.
So anda2 di luar sana, jangan sekadar berangan mat jenin sahaja, jom kita sama2 merealisasikan impian untuk taraf hidup yang lebih baik. Saya sudah mengorak langkah, anda bila lagi?? Fast action, fast result.hehe
Okay, untuk info lebih lanjut tentang kelebihan2 yang anda dapat apabila mendaftar sebagai ahli Shaklee dan cara untuk mendaftar, boleh baca di SINI atau:
Sertai kami sekarang dengan menekan link di bawah dan isikan details anda
atau hubungi saya melalui
fb : Sharfawani Ismail
page : Vita 4 All
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814
FAST ACTION FAST RESULT!!!
Sekian dahulu entry saya pada kali ini
Wassalam
WHY SHAKLEE???
Semoga kita sma2 berjaya di dunia dan akhirat....Amin.
ReplyDelete