Memandangkan saya sendiri sedang hamil anak kedua dan sedang menghitung hari untuk melahirkan, rasa terpanggil pula untuk berkongsi sedikit info tentang kehamilan yang saya baca di laman web baby center tempoh hari.
Walaupun ini adalah kehamilan yang kedua atau yang keberapa kali sekali pun, bagi saya tidak salah untuk kita sentiasa mencari info2 tentang kehamilan dan kelahiran untuk menambah ilmu yang sedia ada lebih2 lagi perihal seperti simptom2 ketika kehamilan berlangsung.
Sebenarnya tidak kira berapa banyak yang telah kita baca atau bincangkan dengan ibu-ibu lain mengenai kehamilan, masih lagi sukar untuk kita mengetahui samada apa yang kita alami semasa hamil ini adalah normal ataupun tidak.
Jom baca info ini - sumber dari babycenter.com
Berikut ialah simptom-simptom yang perlu dirisaukan. Jika anda sedang mengalami salah satu daripada masalah berikut, hubungilah doktor anda dengan segera.
Rasa sakit pada bahagian tengah perut
sakit pada bahagian tengah perut |
- ketakcernaan yang teruk
- jangkitan virus dalam perut
- keracunan makanan
Sekiranya anda kini dalam separuh masa kedua kehamilan, kesakitan ini mungkin juga menandakan PREAKLAMPSIA, iaitu satu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.
Pengalaman saya sendiri, dari kehamilan pertama lagi saya sering mengalami keracunan makanan terutama jika menghadiri kenduri atau majlis2 kahwin, mungkin kerana makanan di majlis2 keramaian begitu diamasak terlalu awal dalam kuantiti yang banyak, maka faktor kebersihan tidak terlalu dititikberatka.
Walau bagaimanapun untuk kehamilan kedua ini saya amalkan VITAMIN C SHAKLEE yang membantu meningkatkan antibodi badan saya untuk melawan virus2 penyebab keracunan ini.
Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda:
Jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom selsema hubungi doktor anda pada hari yang sama.
Rasa sakit pada bahagian bawah perut
sakit pada bahagian bawah perut |
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
- Keguguran
- Kelahiran pramatang
- Fibroid menyusut dan berdarah.
- pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta (uri) tercerai daripada dinding rahim (uterus) sebelum masanya (plasenta atau uri ialah organ yang terbentuk dalam uterus semasa hamil, dan ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya)
Pada 2 minggu lepas saya ada mengalami sakit seperti senggugut di bahagian bawah perut ketika berjalan di shopping complex. Sangat2 merisaukan tetapi Alhamdulillah selepas saya duduk dan berehat seketika sakit itu beransur hilang. Mungkin ia disebabkan ligamen badan saya yang tertarik kuat kerana saya terlalu lasak kot.hehe
Demam
demam ketika hamil |
Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mengalami jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.
Penglihatan kabur dan nampak tompok-tompok bersinar
Hubungi doktor anda sekiranya, dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami:
- penglihatan berganda;
- penglihatan kabur;
- penglihatan malap;
- ternampak tompok-tompok bersinar;
- ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada dua jam.
Tapak tangan dan tapak kaki bengkak
Tapak kaki @ kaki membengkak ketika hamil |
Tapak tangan membengkak ketika hamil |
Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom praeklampsia.
Sakit kepala yang teruk dan tidak hilang-hilang
bahaya sakit kepala ketika hamil |
Jika anda mengalami sakit kepala selama lebih dari dua atau tiga jam, disertai dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang berlaku tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mengalami praeklampsia.
Pendarahan faraj
pendarahan ketika hamil |
- Pendarahan faraj (spotting) tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan ataupun pendarahan penebusan (breakthrough bleeding). Namun anda masih perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh jadi menunjukkan komplikasi yang serius:Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna gelap) disertai kesakitan teruk pada satu sisi abdomen boleh jadi tanda kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim).
- Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila disertai sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran atau berpotensi untuk gugur.
- Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta previa pemisahan plasenta atau kelahiran pramatang (kelahiran yang bermula sebelum minggu ke 37)
Cecair keluar daripada faraj
Cecair putih keluar dari faraj ketika hamil petanda awal bersalin |
Keluarnya cecair daripada faraj sebelum minggu ke 37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda pasti mahu anda dimasukkan ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang.
Selepas 37 minggu, anda mungkin sudah hendak bersalin. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika anda masih belum rasa sakit hendak bersalin dalam masa 24 jam.
Simptom ini juga baru sahaja saya alami ketika pulang ke kampung bulan lepas. Masa itu di rumah mak mertua, tiba2 sahaja ada cecair yg mengalir keluar menitik ketika saya sedang berjalan. Tetapi disebabkan tiada rasa sakit dan tiada cecair keluar lagi selepas itu, saya tidak rujuk mana2 doktor. Hmmm..harapnya tiada apa2 yang tidak elok berlaku.
Tiba-tiba rasa sangat dahaga
Rasa sangat dahaga secara tiba2 ketika hamil |
Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penyahidratan atau kencing manis kehamilan (diabetes gestasi).Kedua-duanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda.
Rasa perit semasa membuang air kecil
sakit ketika kencing semasa hamil |
Sakit atau perit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing. Jumpalah doktor. Anda akan dirawat dengan antibiotik.
Tak berhenti muntah
Muntah tanpa henti ketika hamil |
Muntah lebih daripada dua atau tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda, walaupun ia tidak membahayakan bayi. Anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidarum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital.
Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk mungkin merupakan tanda praeklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan rasa sakit dan demam, ini mungkin menandakan jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor anda.
Rasa pening dan hendak pitam
Sering pening dan berasa hendak pitam ketika hamil |
Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga mungkin bermakna anda mengalami tekanan darah rendah. Ramai wanita rasa pening-pening semasa hamil. Jika anda pitam, hubungi doktor anda selepas anda sedar semula untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.
Pergerakan bayi semakin perlahan
Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin menandakan bayi anda dalam keadaan tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan.
Rasa gatal seluruh badan
Gatal-gatal seluruh badan ketika hamil |
Kegatalan yang teruk mungkin menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan air kencing berwarna gelap dan najis yang pucat.
Kegatalan semasa hamil adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk, lebih-lebih lagi pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.
Ini adalah simptom yang paaaaaling teruk saya pernah hidapi semasa kehamilan pertama. Kegatalan yang melampau sehinggakan saya tak boleh tidur dan terpaksa berjaga sepanjang malam semata2 untuk menggaru.
Terjatuh dan perut terhentak
Bahaya terjatuh ketika hamil |
Jatuh atau hentakan tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda mungkin tidak perlu risau. Bayi anda selamat kerana dilindungi oleh uterus dan cecair amnion.
Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, kebocoran atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergilah ke unit kemalangan dan kecemasan di hospital terdekat.
Rasa "tidak begitu sihat"
Rasa tidak sihat dan tidak selesa ketika hamil |
Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu simptom, tidak rasa seperti biasa atau rasa tidak selesa, yakinlah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega.
Doktor anda sudah biasa mendapat panggilan-panggilan seperti ini, dan beliau pasti gembira memberikan nasihat. Badan anda sedang berubah dengan pesat sehingga kadang kala sukar untuk dipastikan samada apa yang anda alami ini adalah normal ataupun tidak.
****************
Sebenarnya simptom2 di atas sering sahaja berlaku kepada ibu2 hamil termasuklah saya sendiri. Semasa hamil anak pertama khususnya saya sering muntah , lesu, pening dan gatal2 seluruh badan. Tapi untuk kehamilan kedua kali ini saya lebih bertenaga, sihat dan tiada lagi gatal2 (^_^)
Rahsianya???..................SET KEHAMILAN SHAKLEE!!
Secara ringkasnya..
*Kaki bengkak ----->>>
atasi dengan B COMPLEX SHAKLEE
*Muntah teruk------>>
atasi dengan PEPPERMINT GINGER & ESP SHAKLEE
*Gatal-gatal badan ------->>
atasi dengan VITAMIN C dan B COMPLEX SHAKLEE
*Sakit-sakit badan sebab jatuh @ Kaki cramp/kejang & sakit pinggang------->>
atasi dengan OSTEMATRIX SHAKLEE
ok lah, itu saje nak cerita kali ni (^_^)/
WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;
fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814
FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA
****************
Sebenarnya simptom2 di atas sering sahaja berlaku kepada ibu2 hamil termasuklah saya sendiri. Semasa hamil anak pertama khususnya saya sering muntah , lesu, pening dan gatal2 seluruh badan. Tapi untuk kehamilan kedua kali ini saya lebih bertenaga, sihat dan tiada lagi gatal2 (^_^)
Rahsianya???..................SET KEHAMILAN SHAKLEE!!
Set Kehamilan Shaklee..khas untuk wanita hamil demi memberikan yang terbaik untuk bayi di dalam kandungan ;) |
Haa...yang ni testimoni hangatttttzzz di pasaran. Isteri penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat mengamalkan Set Kehamilan ni semasa mengandungkan anak sulung pasangan tersebut. Memang comey lotey anak mereka ni! hehe
Isteri Apex, penjaga gol bola sepak negara pun turut mengamalkan Set kehamilan Shaklee |
Secara ringkasnya..
*Kaki bengkak ----->>>
atasi dengan B COMPLEX SHAKLEE
*Muntah teruk------>>
atasi dengan PEPPERMINT GINGER & ESP SHAKLEE
*Gatal-gatal badan ------->>
atasi dengan VITAMIN C dan B COMPLEX SHAKLEE
*Sakit-sakit badan sebab jatuh @ Kaki cramp/kejang & sakit pinggang------->>
atasi dengan OSTEMATRIX SHAKLEE
ok lah, itu saje nak cerita kali ni (^_^)/
WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;
fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814
ATAU KLIK LINK DI BAWAH
FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA