Wednesday, January 23, 2013

kulit cantik menarik dengan masker VITAMIN E

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Alhamdulillah hari ni pula selain maskerVitamin C, saya nak kongsi satu lagi petua kecantikan iaitu MASKER VITAMIN E....


Masker vitamin E ni memang awesome. Biasanya kita bermasker sebelum tidur, so bila bangun pagi rasa muka sangat flawless, mulus dan gebu. Siapa2 yang dah ada vitamin E Shaklee tu cubalah ya. Kalau yang tak ada dan nak mencuba, bolehlah dapatkan dari saya (saya bagi harga special+free gift). Kesannya, MasyaALLAH, memang superb! (~_^)



CARA BUAT MASKER VITAMIN E


Hanya perlukan sebiji vitamin E, cucuk dgn jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka nipis2. Lakukan sebelum tidur setiap hari. sebiji vitamin E tu boleh guna untuk 4-5 hari. Bau vitamin E ni agak busuk sikit tapi kalau nak cantik, kenalah tahan sikit ye ;)

Selamat Mencuba and sharing with sahabat-sahabat di luar sana ya..Ilmu yg dikongsikan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda dari Allah s.w.t.
 
Sekian dulu perkongsian saya kali..jumpe di next entry ya ;)
 
WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814


 

susu ibu..terbukti khasiat dan kebaikannya

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


hari ini kita berbicara mengenai SUSU IBU..




Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
 
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
 
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
 
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
 

Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:

  • akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
  • Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
  • Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
 

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

 
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Banyak kan kebaikan susu ibu ni..so ibu2 di luar sana, kalau nak dapat kebaikan dan fadhilat susu ibu ni, kena lah usaha sikit untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya..jika ada masalh kekurangan susu,

VITAMIN SHAKLEE boleh membantu..

shaklee ada menawarkan cadangan vitamin2 yang boleh membantu ibu2 yang mengalami kekurangan susu badan..antaranya ialah
 

Alfalfa:


seringkali dikenali dengan 1001 khasiat yang tak ternilai. Apa yang penting ianya adalah berfungsi sebagai galagtague iaitu penggalak susu. Khasiatnya berperanan sebagai penggalak susu diakui ramai bagi yang telah mencuba. Selain itu ia membantu pelawasan yang sempurna kerana ianya juga kaya dengan fiber.

Vitalea:


Mengandungi 28 nutrien lengkap yang akan memberi tenaga dan kecergasan kepada ibu-ibu terutamanya sepanjang berpuasa. Keletihan dan kelesuan akan menyumbang kepada pengeluaran susu yang tidak memberangsangkan.
 

B Complex:


Dikenali sebagai vitamin antistress yang boleh membantu mengatasi rasa stress ibu-ibu. Tiada stress atau tekanan maka pengeluaran susu menjadi lebih lancar. Kita pun sedia maklum bahwa stress adalah yang perlu dielakkan untuk memastikan bekalan susu berjalan dengan baik.
 

Vitamin C: 


Mencantikkan kulit ibu kerana vitamin c kaya dengan kolagen yang membuatkan kulit ibu tampak lebih sihat dan segar semulajadi. Tidaklah pucat semacam, suami tengok pun tak sampai hati kan. Satu biji vitamin C ini bersamaan 7 1/2 biji oren. Bayangkan betapa terserlahnya kesegaran dan kejelitaan anda nanti.

Osteomatrix:


Ini adalah pil kalsium yang luarbiasa! Ianya lebih dari hanya KALSIUM. Kenapa? Kerana ianya juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang bila digabungkan bersama akan menghasilkan penyerapan kalsium yang lebih baik. Ianya didatangkan dalam bentuk mudah ditelan. Juga boleh membantu masalah sembelit ibu-ibu.

sekian dulu perkongsian pada kali ini
 
WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814