Assalamualaikum w.b.t
Salam sayang untuk mommies semua. Kali ini saya nak share satu entry yang mungkin boleh memberi sedikit info kepada ibu-ibu yang pernah melahirkan anak melalui kaedah caesarean tetapi bercadang untuk melalui kelahiran normal untuk anak2 seterusnya.
PEMBEDAHAN CAESAREAN |
KELAHIRAN NORMAL |
Jom baca!!
Bersalin secara normal selepas beberapa kali menjalani pembedahan caesarean bukanlah sesuatu yang mustahil, namun anda perlu membincangkannya dengan doktor anda. Perkara yang paling membimbangkan mengenai kelahiran normal selepas caesarean (vaginal birth after caesarean - VBAC) ialah parut bekas caesarean mungkin terkoyak semasa bersalin.
Ini dikenali sebagai pecah rahim (uterine rupture). Risiko perkara ini berlaku semasa proses VBAC selepas satu kali caesarean adalah kecil, iaitu kurang daripada satu peratus. Terdapat juga bukti bahawa risiko pecah rahim selepas dua kali atau lebih caesarean adalah kecil juga.
Panel pakar BabyCenter, Dr Patrick Chia berkata bahawa di Malaysia, kebanyakan pakar obstetrik tidak bersetuju dengan VBAC selepas dua kali caesarean. Ini kerana, jika anda pernah menjalani beberapa kali caesarean, anda lebih berisiko mengalami komplikasi lain. Plasenta (uri) mungkin sukar untuk dikeluarkan jika ia melekat pada tisu-tisu parut yang telah terbentuk daripada pembedahan-pembedahan caesarean sebelum ini.
Ada juga kemungkinan keadaan ini menyebabkan pendarahan yang teruk. Jika ini berlaku, doktor akan terpaksa mengambil tindakan segera untuk melindungi kesihatan anda. Kadang-kala (dan ini amat jarang berlaku) ini bermakna mereka terpaksa menjalankan pembedahan yang dipanggil histerektomi, untuk mengeluarkan rahim.
Kemungkinan yang anda memerlukan histerektomi adalah sangat rendah, iaitu kurang daripada satu peratus. Namun jika anda masih inginkan anak lagi, risiko ini mungkin terlalu besar untuk diambil.
Satu lagi komplikasi yang mungkin berlaku ialah keperluan untuk pemindahan darah. Berbanding dengan wanita yang baru sekali menjalani caesarean, jika anda telah menjalani caesarean beberapa kali, kemungkinan bahawa anda memerlukan pemindahan darah ialah dua kali lebih tinggi.
Anda perlu mendapatkan kesemua maklumat yang boleh untuk membantu anda membuat keputusan. Semaklah nota hospital daripada caesarean terakhir anda. Anda boleh minta nota ini daripada doktor di hospital di mana anda melahirkan bayi anda. Nota ini dapat memberitahu samada ketika itu parut anda tertutup rapat atau ia telah mula terbuka.
Nota anda juga boleh menyatakan samada anda lebih berkemungkinan mengalami masalah dengan VBAC dengan melihat kepada bagaimana caesarean yang sebelum ini berjalan. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh dan bincangkan pilihan-pilihan anda dengan doktor. Ini seharusnya dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat bagi diri anda dan bayi.
Sumber
http://www.babycenter.com.my
http://www.babycenter.com.my
Sebenarnya saya sendiri dah lama mencari2 info tentang risiko bersalin normal selepas beberapa menjalani pembedahan ceasarean. Bukan sebab saya mengalami situasi ini, tapi melihat ramai sahabat2 yang bersalin secara caesarean sebanyak 3x berturut2 dan setakat itu sahajalah bilangan anak yang dia boleh lahirkan kerana risiko2 seperti di atas boleh membahayakan nyawa si ibu dan si anak.
Saya sendiri sedang menunggu kelahiran cahaya mata yang kedua sekarang dan Alhamdulillah anakanda pertama saya dulu dilahirkan secara normal. Harapnya kelahiran yang kedua ini juga normal dan dipermudahkan, ameen (^_^)
Bagi ibu2 yang melahirkan bayi tak kira secara normal atau caesarean, proses penyembuhan dari luka bersalin memerlukan penjagaan rapi, lebih2 lagi luka pembedahan caesarean. Dalam SET BERSALIN SHAKLEE, ada 3 produk penting yang in shaa Allah boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan ini iaitu Energizing Soy Protein (ESP), Zinc Complex dan Sustained Released Vitamin C.
Ketiga2 produk ini mengandungi agen2 penyembuhan yang sangat2 membantu luka bersalin cepat sembuh.
ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE |
- ESP mengandungi protein soya non-gmo, tanpa kolestrol dan berkualiti tinggi. Protein inilah yang membantu dan menggalakkan pertumbuhan sel2 baru untuk menggantikan sel2 yg rosak akibat luka bersalin tersebut.
ZINC COMPLEX SHAKLEE |
- Zinc Complex pula sebenarnya merupakan agen penyembuhan yang menggalakan sel2 kulit yang baru cepat bertumbuh dan luka bertangkup dengan cepat serta mengurangkan rasa ngilu pada bekas jahitan luka. Sebenarnya nutrien zinc inilah yang banyak terdapat pada haiwan2 seperti ikan haruan dan gamat dan sebab itulah haiwan2 ini digunakan sebagai ubat untuk mebantu penyembuhan luka.
SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE |
- Sustained Released Vitamin C secara umumnya sangat2 digalakkan untuk diambil oleh semua lapisan masyarakat (tak kira sama ada mempunyai luka bersalin atau tidak) kerana fungsinya yang bukan sahaja untuk kulit tetapi untuk menguatkan sistem immunisasi badan. Dalam konteks penyembuhan luka, vitamin c sebagai antioksidan membantu pembaikian struktur kulit yang telah tercedera akibat luka bersalin serta meningkatkan antibodi badan untuk mengelakkan luka dari dijangkiti kuman atau terdedah kepada bakteria.
Untuk mengetahui info lanjut tentang penyembuhan luka bersalin, boleh baca di SINI
Sekian dulu untuk entry kali ini.
WASSALAM..
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;
fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp : 017-9623963
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp : 017-9623963