Wednesday, April 8, 2015

Vitamin untuk Wanita Hamil..Perlu atau Tidak??

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya nak kongsikan sedikit info tentang vitamin untuk ibu hamil atau lebih dikenali sebagai vitamin pranatal. Persoalan yang saya nak kupaskan ialah sama ada vitamin-vitamin ini adalah satu keperluan yang wajib di ambil oleh ibu-ibu hamil atau ianya pilihan masing-masing.



Sebenarnya vitamin pranatal yang baik boleh membantu ibu-ibu hamil mendapatkan nutrien yang diperlukan yang mungkin tiada atau kurang dalam diet pemakanan seharian. Walaupun ia tidak akan menggantikan pemakanan sihat, supplement pranatal adalah SANGAT PENTING!


Seawal manakah saya harus mula mengambil vitamin pranatal ini?


Ibu hamil seharusnya mula mengambil vitamin seawal mungkin, lagi baik jika sebelum cuba untuk hamil. Telur mula menjadi matang kira-kira 3 bulan sebelum ia dilepaskan dan ia adalah amat penting supaya nutrien-nutrien yang bersesuaian hadir semasa di tahap paling awal.

Kecacatan tiub saraf seperti SPINA BIFIDA berlaku di dalam minggu pertama hingga minggu ke empat kehamilan. Jika anda merasakan yang anda hamil dan tidak mengambil sebarang supplemen, jangan tunggu sehingga temujanji pertama dengan doktor untuk mendapatkan preskripsi kerana anda akan terlepas tempoh masa perkembangan penting ini. Sekurang-kurangnya mulakan pengambilan asid folik 600 microgram (mcg) sehari.

Apakah vitamin dan mineral yang paling penting? Mengapa?


Berdasarkan kajian, 3 nutrien yang paling penting ialah ASID FOLIK, ZAT BESI dan KALSIUM.
Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub saraf. Zat besi adalah penting untuk menghantar oksigen kepada bayi dan mencegah anemia pada ibu. Manakala kalsium membantu membina tulang bayi dan mengelakkan kehilangan jisim tulang pada ibu.

Selain itu The World Association of Perinatal Medicine mengesyorkan bahawa wanita hamil harus mendapatkan sekurang-kurangnya 200 miligram DHA setiap hari. DHA adalah asid lemak omega-3 yang amat penting untuk tumbesaran otak bayi. Banyak vitamin pranatal mengandungi DHA.

Apakah yang harus saya lakukan jika saya mengalami mabuk hamil dan muntah-muntah?


Cuba ambil vitamin sebelum masuk tidur di waktu malam supaya anda dapat tidur sepanjang masa anda berasa loya.

Kepentingan suppliment atau vitamin semasa hamil jangan diambil ringan. Berikan yang terbaik untuk bayi anda sedari dalam kandungan  lagi. SET KEHAMILAN SHAKLEE adalah satu pilihan supplement lengkap untuk ibu hamil. 

Mengandungi semua nutrien yang diperlukan seperti asid folik, zat besi, kalsium dan DHA, set kehamilan Shaklee ini juga merupakan vitamin organik (tanpa dadah dan bahan kimia) dan terbukti kebaikan dan keberkesanannya. 

set kehamilan shaklee
Set Kehamilan Shaklee
Set ini mengandungi :

1. Sustained Released vitamin C (sumber vitamin C untuk imunisasi badan)
2. B complex (sumber asid folik & B Complex sendiri)
3. Vitalea Iron Formula (sumber zat besi)
4. Omega Guard (sumber DHA)
5. Soy protein ESP (sumber protein)
6. Ostematrix (sumber kalsium & magnesium)


Set Kehamilan Shaklee lengkapi nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil ☺

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya