Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips yang saya dapat dari majalah Pa & Ma iaitu mengenai Amalan yang boleh membantu untuk hamil.
Dalam dunia ini tidak semua pasangan bertuah untuk memiliki cahaya mata sendiri. Ada mereka yang dikurniakan zuriat selepas bertahun-tahun mencuba dan berikhtiar. Dan ada juga yang masih lagi belum dikurniakan anak walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Sesungguhnya setiap yang berlaku di atas muka bumi adalah perancangan dari Allah. Tetapi kita tidak boleh berputus asa dengan mudah kerana Allah akan maha melihat dan akan memberi ganjaran atas setiap usaha dan ikhtiar yang dilakukan.
Selain berikhtiar dari segi perubatan, sebagai orang Islam kita juga perlu berdoa dan meminta dari Allah di samping berusaha. Ikhtiar dan usaha mestilah berterusan dan elakkan dari tertekan. Biasalah, sudah menjadi budaya or trend orang melayu sejak berzaman yang lalu, suka bertanya soalan2 yang sensitif terutamanya perihal bila nak ada anak, bila nak tambah anak dan macam2 lagi. Tapi tak mengapa, cukuplah kita berdiam diri dan senyum sahaja, jangan stress-stress sangat ya (^_^)
Dekatkanlah diri dengan Allah menerusi amalan2 sunat yang akan mengurangkan tekanan dan menguatkan lagi ketakwaan pada-Nya. Perbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan puasa sunat, semoga dengan cara ini hidup sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan.
Terdapat amalan2 yang berlandaskan Islam yang boleh diamalkan sebagai salah satu usaha supaya mudah hamil. Lakukan rutin di bawah secara konsisten dan dengan penuh harapan agar dimakbulkan oleh Allah, dikurniakan zuriat yang baik serta mendapat rahmat daripada-Nya, in shaa Allah (^_^)
AMALAN-AMALAN MEMUDAHKAN HAMIL MENURUT ISLAM
Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat Subuh,
*Baca Bismillah
*Berselawat kepada Nabi Muhammad sebanyak 3 kali
*Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
*Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah akan apa yang dihajati (contohnya: Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
*Selepas lafaz doa, tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3kali
*Selain itu amalkanlah membaca "Ya Mutakkabir" (Allah yang maha memiliki keagungan) sebanyak 11kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin
*Manakala isteri pula hendaklah membaca ya "Awwal" (yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari
*Isteri juga hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" (wahai yang memiliki kebesaran dan kemuliaan) sebanyak 11 kali dan tiup di dalam air kemudian air tersebut perlulah diminum.
Amalan ini perlu dilakukan secara berterusan selagi usaha belum menunjukkan hasil. Janganlah berputus asa kerana sesungguhnya Allah amat memurkai orang yang mudah berputus asa. Semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan kejayaan dan dikurniakan anak soleh yang membuka pintu syurga kepada kedua ibu bapanya, in shaa Allah (^_^)
doa mudah hamil |
Okay, sekian dahulu perkongsian saya kali ini.
SELAMAT BERAMAL (^_^)