ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Hari ini nak bercerita pasal KEGUGURAN..emm ALHAMDULILLAH, saya tak pernah lagi diuji dengan keguguran tapi kawan2 dan saudara mara, kakak2 saya, ramai yang mengalami keguguran..malah ada yang mengalaminya ketika kandungan terlalu muda atau kecik. Banyak yang terjadi keguguran dikesan apabila scan (ultrasound) dibuat, kelihatan kantung kosong dan tiada denyutan jantung dikesan.Pernah alami tak situasi ini???
Sebenarnya, jika anda telah melalui keguguran awal, anda mungkin mempunyai ovum yang rosak. Ovum yang rosak adalah satu keguguran yang sangat awal. Apabila satu ovum itu rosak, ianya tidak bermakna yang anda tidak hamil. Ia bermaksud bahawa kehamilan itu berakhir terlalu awal sehinggakan telur yang disenyawakan tidak sempat membentuk menjadi satu fetus. Apabila seorang wanita mempunyai ovum yang rosak, satu kantung kosong dapat dilihat semasa ujian ultra bunyi tetapi tiada apa yang dapat dilihat di dalam kantung tersebut.
MENDIAGNOSIS OVUM YANG ROSAK
Jika doctor mengesyaki suatu kerosakan ovum, beliau boleh melakukan ujian ultra bunyi yang lain selepas beberapa hari setelah ujian ultra bunyi yang pertama dilakukan bagi mengesahkan kerosakan ovum itu. Ovum yang rosak diketahui dengan mengukur kantung gestasi. Ukuran2 ini adalah berdasarkan kepada kriteria2 yang telah dibuktikan. Jika anda mempunyai kantung gestasi yang besar yang tidak mempunyai embrio didalamnya, anda berkemungkinan besar didiagnosis mempunyai ovum yang rosak.ADAKAH KEGUGURAN AKAN BERLAKU JIKA MEMPUNYAI OVUM YANG ROSAK??
Unfortunately, ovum yang rosak sememangnya akan berakhir dengan satu keguguran. Ianya mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk berlaku dan doctor akan menawarkan untuk melakukan D&N. Satu D&N biasanya tidak diperlukan untuk satu ovum yang rosak tetapi sesetengah wanita lebih gemar memilih untuk melakukan D&N daripada mengalami satu keguguran yang semulajadi.APAKAH PUNCA TERJADINYA KEROSAKAN OVUM?
Kebiasaanya suatu ovum yang rosak disebabkan oleh sejenis masalah kromosom. Kira2 50% keguguran awal disebabkan oleh ovum yang rosak.Satu ovum yang rosak selalunya berlaku sekali sahaja. Seorang wanita yang mempunyai ovum yang rosak biasanya akan melalui kehamilan yang sihat selepas itu.BAGAIMANA UNTUK MENGATASI KEROSAKAN OVUM?
Malangnya hanya sedikit sahaja yang boleh dilakukan untuk mengatasi atau merawat ovum yang rosak. Doktor mungkin akan mengesyorkan satu ujian jika anda pernah mengalami keguguran awal yang berulang. Walau bagaimanapun sebaik sahaja ovum rosak dikenalpasti, tiada apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya keguguran. Ianya amat jarang bagi seorang wanita hamil dengan ovum rosak.Tingkatkan Kesuburan dengan GLA COMPLEX SHAKLEE & Kuatkan Rahim (untuk mengelak keguguran) dengan ESP SHAKLEE..
Jika anda salah seorang yang pernah mengalami kerosakan ovum, dan mengalami keguguran berulang, disarankan untuk mencuba GLA COMPLEX SHAKLEE untuk meningkatkan kesuburan dan menstabilkan hormone serta memastikan tiada masalah kromosom berlaku yang mana boleh menyebabkan kerosakan ovum ini. Pada masa yang sama, ESP sangat diperlukan kerana ianya sumber protein yang berkualiti yang boleh membantu pertumbuhan sel dan otot2 dinding Rahim supaya lebih teguh dan kuat untuk menampung kehamilan anda.
Jangan biarkan anda terus dibelenggu dengan masalah ovum yang rosak dan keguguran awal berulang, berikhtiarlah dengan sumber yang halal & dijamin selamat, selebihnya Allah akan menentukan yang terbaik untuk anda ;)
sekian dahulu dari saya, salam 3 Ramadhan 2013 (^_^)
WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;
fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814
No comments:
Post a Comment