Tuesday, December 10, 2013

8 KUNCI USAHAWAN INTERNET- Jom berbisnes Shaklee

8 KUNCI USAHAWAN INTERNET

1. Menetapkan matlamat bisnes internet anda
Perkara utama yang anda perlu berpegang teguh kepadanya adalah matlamat perniagaan anda. Bagi sesebuah model bisnes internet yang anda ceburi, anda haruslah fokus dalam mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, anda menetapkan matlamat untuk mencapai pendapatan RM20 ribu daripada bisnes melalui eBay dalam tempoh 6 bulan. Matlamat sebegini akan mendorong anda untuk berusaha lebih gigih untuk memastikan anda mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Fokus dalam menjalankan bisnes anda
Seterusnya, anda haruslah terus fokus dalam menjalankan bisnes anda sehingga anda dapat menjana keuntungan yang anda impikan. Anda mungkin mengalami kegagalan, namun anda tidak harus berputus asa. Dengan meneruskan bisnes anda secara konsisten, nescaya anda akan mengecapi kejayaan pada suatu hari nanti.

3. Senarai sebanyak mungkin model, bermula dengan satu dahulu
Sesungguhnya terdapat banyak model bisnes internet di dalam dunia bisnes internet. Perniagaan produk digital, produk fizikal, eBay, Lelong, penyediaan perkhidmatan dan sebagainya. Adalah sebaiknya anda menyenaraikan sebanyak mungkin model yang anda ingin jalankan dan yang anda mampu laksanakan. Daripada senarai model tersebut, anda disarankan untuk bermula dengan satu sahaja model terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda boleh memberikan tumpuan khusus kepada satu bisnes ini, dan menyalurkan melaburkan kos dan masa untuk bisnes ini sahaja. Potensi untuk berjaya adalah lebih tinggi sekiranya anda fokus kepada satu projek dalam satu-satu masa.

4. Berpindah kepada model berikutnya apabila model pertama telah kukuh
Setelah anda melihat pencapaian memberangsangkan untuk model bisnes pertama itu tadi, dengan kaedah promosi berkesan serta penjanaan wang yang konsisten daripada model tersebut, bolehlah anda berpindah kepada model bisnes berikutnya di dalam senarai anda untuk dimulakan. Dengan cara ini, anda mempelbagaikan sumber pendapatan anda tanpa merugikan sumber pendapatan bisnes pertama anda sebentar tadi.

5. Fokus dan kemaskini bahan serta keperluan bisnes
Anda juga perlu bijak untuk menilai bahan, alat serta keperluan lain untuk bisnes anda. Sebagai contoh, sesebuah bisnes internet memerlukan laman web, blog, borang opt-in untuk membina senarai subscriber, borang maklum balas pelanggan dan sebagainya. Dari semasa ke semasa, anda juga mungkin perlu mengemaskini keperluan bisnes itu tadi mengikut peredaran masa dan perkembangan bisnes anda. Sebagai contoh, sekiranya laman web anda sebelum ini menyediakan kandungan di dalam bahasa Malaysia, dan pada satu ketika bisnes anda berkembang ke pasaran antarabangsa, sudah tentu anda perlu mengemaskini kandungan laman web anda supaya bersesuaian denga prospek pelanggan anda di persada antarabangasa.
6. Promosi bisnes anda secara konsisten

Selanjutnya, anda perlu melakukan promosi bisnes anda secara konsisten, tanpa mengira naik turun kadar jualan produk atau perkhidmatan anda. Anda perlu menetapkan jadual khusus untuk melakukan promosi supaya anda tidak terlepas pandang tarikh yang anda perlu muat naik posting di blog anda, atau memberi respon kepada persoalan pelanggan, dan sebagainya.

7. Optimasikan penggunaan promosi online dan offline
Pada hari ini, bisnes internet perlu menggabungkan kaedah promosi offline dan online. Sungguhpun promosi online lazimnya lebih mudah dan cepat, namun anda tidak boleh merendahkan potensi promosi offline bagi memastikan anda boleh mencapai seramai mungkin pelanggan. Sebagai contoh, anda boleh mengedarkan pamplet ke sesuatu kawasan bisnes konvensional, atau mengiklankan produk atau perkhidmatan anda di dalam akhbar atau majalah bercetak.

8. Semak pesaing anda dari semasa ke semasa
Selanjutnya, anda perlu melakukan semakan pesaing anda dari semasa ke semasa. Sekiranya perlu, anda mungkin perlu meminda matlamat bisnes yang anda telah tetapkan sebelum ini, atau mengubah kaedah promosi yang berlainan, atau memfokus kepada model bisnes yang lain. Apa sekalipun, anda perlu tampil berbeza daripada pesaing-pesaing anda, dengan anda mempunyai kelebihan yang nyata berbanding pesaing-pesaing anda untuk memikat pelanggan.

KREDIT TO : En Eruwan Gerry


 

No comments:

Post a Comment