Saturday, April 11, 2015

Berat Badan Berlebihan semasa Hamil?? 5 Tips Kawal Berat Badan Semasa Hamil

Assalamualaikum w.b.t

Harini saya nak bagi tips kepada ibu-ibu hamil di luar sana untuk mengawal kenaikan berat badan semasa hamil. Sebenarnya saya sendiri adalah salah seorang ibu yang ketika hamil mengalami kenaikan berat badan yang melampau. dah la berat naik sampai 20 ke 30 kg, lepas bersalin, separuh sahaja yang hilang, lagi separuh terus melekat kat badan nih (T_T). So kalau tak nak jadi macam saya, jom ikut tips-tips di bawah (^_^)


1) Jangan skip waktu makan



set kehamilan shaklee
Makan seperti biasa pada setiap waktu makan

Ini paling mudah. Makan seperti biasa. Pastikan ibu hamil ambil hidangan lengkap setiap kali makan. Skip salah satu waktu makan (sarapan, makan tengahari ataupun makan malam) hanya akan menyebabkan mommies terlebih2 makan apabila lapar.

2) Tiada istilah “eat for two”



set kehamilan shaklee
Makan seperti biasa tanpa perlu menambah kuantiti makanan yang diambil

Ni penting ye mommies. Makan seperti biasa. Bukan makan ikut nafsu atau makan lebih atas alasan nanti tidak cukup untuk bayi. Jangan risau, tubuh kita memang direka untuk menyerap nutrien secukupnya daripada makanan yang berkhaisat mommies ambil. Itu belum lagi cerita tentang kisah mengidam pelbagai jenis makanan seperti manisan, jeruk, dan macam-macam lagi. Makanlah sekiranya teringin, namun dalam kuantiti yang berpatutan.


3) Minum air secukupnya



kawal berat badan ketika hamil
Air penting untuk perkumuhan
Mimun air secukupnya penting untuk memudahkan proses penyahtinjaan (perkumuhan). Tidaklah perut tu menyimpan hasil buangan yang tidak perlu, betul tak? Selain itu, air yang cukup semasa hamil mengurangkan risiko sembelit dan kencing kotor. Kedua-dua masalah ini memang merunsingkan dan perlu diberi perhatian. Pastikan semasa hamil buang air besar seperti biasa; 2 kali sehari. Jadi perut pun rasa lega, badan pun ringan.

4) Berdisiplin ambil supplement/vitamin untuk ibu hamil


vitamin ibu hamil
Vitamin penting untuk ibu hamil
Suplemen atau vitamin amat penting utk ibu hamil kerana ia mengandungi nutrisi yg lengkap. Konsisten dan disiplin yang tinggi perlu demi memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jangan ambil mudah hanya kerana rasa malas, manja atau letih semasa hamil.

SHAKLEE ada menawarkan suppliment untuk ibu hamil, yang terdiri daripada

1. Sustained Released vitamin C (sumber vitamin C untuk imunisasi badan)
2. B complex (sumber asid folik & B Complex sendiri)
3. Vitalea Iron Formula (sumber zat besi)
4. Omega Guard (sumber DHA)
5. Soy protein ESP (sumber protein)
6. Ostematrix (sumber kalsium & magnesium)

set kehamilan shaklee
Set kehamilan Shaklee
Set Kehamilan Shaklee lengkapi nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil ☺

5) Tidur/rehat secukupnya


rehat yang cukup ketika hamil
Rehat dan tidur yang cukup antara tips kawal berat badan ketika hamil
Tidur dan rehat yang cukup membantu mommies menjadi lebih relaks dan ceria. Jadi tiadalah kes makan banyak sebab stress. Bahaya tu! Lagipun apabila ibu mudah atau sentiasa stress semasa hamil, paling mudah terkesan ialah tekanan darah. Tak pasal-pasal tekanan darah naik dan kena masuk wad pula.

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

No comments:

Post a Comment