Assalamualaikum w.b.t
hari ini saya nak cerita sikit tentang ASID FOLIK. Bagi anda yang dah pernah hamil, mesti anda pernah consume asid folik ni. Sebenarnya asid folik adalah 1 of the most important nutrient untuk ibu mengandung. Masa kat university dulu, saya ada seorang sahabat rapat yang menghidap SPINA BIFIDA atau kecacatan saraf disebabkan ibu dia kekurangan asid folik semasa hamil. Walau pun keadaan beliau begitu (kurang upaya), tetapi beliau seorang yang sangat tabah dan sekarang sudah berjaya menamatkan pengajian Masters in Islamic Banking.
Okay back to the main point, sebagai ibu mestilah kita nak anak yang dikandung dan dilahirkan sihat sempurna kan? So jom kita explore sikit kepentingan ASID FOLIK ini. (^_^)
Asid Folik sangat penting untuk wanita hamil |
Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Asid folik atau juga dikenali dengan nama vitamin B9 , vitamin Bc , atau folacin adalah jenis vitamin yang larut dalam air . Asid folik terdapat secara semulajadi pada beberapa jenis makanan seperti kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.Tambahan asid folik juga sudah dihasilkan dan boleh dibeli di pelbagai farmasi dan kedai ubat .
Asid folik memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh mulai dari sintesis DNA , memperbaiki DNA , pemetilan DNA , sampai dengan berperanan sebagai cofactor pelbagai reaksi biologi yang memerlukan folat . Asid folik penting dalam perkembangan dan pembahagian sel pada masa kehamilan dan pertumbuhan . Ia juga sangat diperlukan dalam proses pengeluaran sel darah merah yang sihat , dengan itu dapat mencegah anemia .
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.
Wanita hamil dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
**B complex + Vitalea di dalam Set Kehamilan Shaklee mempunyai jumlah asid folik yang lengkap untuk ibu hamil
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
Mengapakah Wanita Hamil perlukan asid folik?
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.
Berapakah jumlah asid folik yang wanita hamil perlukan?
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
**B complex + Vitalea di dalam Set Kehamilan Shaklee mempunyai jumlah asid folik yang lengkap untuk ibu hamil
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Sumber makanan yang mengandungi asid folik |
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- bayam, 1 cawan;
- kacang bendi, setengah cawan;
- asparagus, setengah cawan;
- lentil, setengah cawan;
- hati, 1 keping;
- 11 batang taugeh brussels;
- kacang mata hitam, 4 sudu makan;
- emping bran, 7 sudu makan;
- germa gandum, 25g / 1 aun;
- betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- brokoli kukus, 2 pucuk;
- buah oren saiz besar;
- nasi putih, setengah cawan;
- oat, setengah cawan;
- kacang merah, setengah cawan;
- jagung saiz besar, 1;
- biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
KESAN LAIN KEKURANGAN ASID FOLIK
Kekurangan nutrisi asid folik boleh menyebabkan beberapa keadaan antaranya :
◆ Bayi lahir tidak cukup bulan
◆ Berat bayi yang rendah
◆ Pertumbuhan janin yang lembap
◆ Pengguguran spontan
◆ Komplikasi kehamilan ( gangguan plasenta dan hipertensi )
Okay, sekarang mommies semua dah tau kepentingan dan kesan kekurangan asid folik ni kan?? So mulai dari sekarang, perhatikan diet seharian. pastikan pengambilan asid folik ini cukup. Nak lagi mudah dan lagi baik, boleh dapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE.

Set kehamilan shaklee mengandungi asid folik untuk melengkapi keperluan ibu hamil |
Okay, itu sahaja informasi untuk kali ini.
WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;
fb : Sharfawani Ismail
page : Vita 4 All
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814
ATAU KLIK LINK DI BAWAH
Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya
No comments:
Post a Comment