Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya nak kongsikan sedikit info yang nampak mudah atau ringan, tapi sebenarnya memberi impak yang besar iaitu tentang pemakanan bayi, apa yang TIDAK SEHARUSNYA kita beri kepada anak2 kita yang masih bayi.
CANNOT!!!! |
Bayi begitu sensitif di saat mereka dilahirkan. Banyak perkara tentang seorang bayi yang perlu difahami dan diketahui oleh ibu bapa terutamanya. Baik dari segi penjagaan luaran mahupun dalaman seorang bayi. Oleh itu, tidak semua perkara yang baik untuk dewasa adalah baik untuk bayi.
Berikut adalah jenis-jenis makanan yang sememangnya sangat baik untuk keperluan seorang dewasa namun tidak sesuai sekali diberi kepada seorang bayi.
Garam
Garam perlu dielakkan sehingga bayi berusia 12 bulan. Buah pinggang bayi dipercayai masih belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini
Gula
Gula yang berlebihan tidak diperlukan untuk pertumbuhan seseorang bayi. Gula hanya akan menyumbang tenaga (KJ) tanpa sebarang nutrisi yang baik.
Madu
Bayi di bawah umur 12 bulan tidak digalakkan memakan madu kerana kemungkinan kewujudan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi Jus buah pekatJus perlu dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air
Putih telur
Putih telur boleh menimbulkan reaksi alergik, oleh itu dinasihatkan tidak diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan. Bagaimanapun kuning telur boleh mula diberi kepada bayi yang berusia 9 bulan ke atas
Susu lembu
Susu lembu hanya boleh diberi sebagai minuman utama bayi yang berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi.
Susu Rendah Lemak
Jangan beri susu rendah lemak, susu cair mahupun susu tanpa lemak sebagai permulaan kepada bayi anda. Makanan rendah lemak tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan yang sepatutnya.
Dalam senarai di atas, saya paling tertarik dengan SUSU LEMBU. Tidakkah kita sedar bahawa selama ini 90% ibu2 yang tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu (tidak kira apa sebab atau alasan sekali pun) akan memberi bayi2 mereka susu formula berasaskan susu lembu sebagai alternatif. Kasihan kan??
Oleh itu saya sangat2 merayu dan menyeru agar ibu2 pada hari ini lebih peka dan mengambil serius tentang keperluan pemakanan bayi2 mereka. Penyusuan eksklusif susu ibu bukanlah satu halangan lagi di masa kini memandangkan sudah begitu banyak kemudahan2 seperti pum susu, bekas penyimpanan susu ibu, fridge khas untuk susu ibu, buku2 serta banyak kelas2 yang dianjurkan pihak2 tertentu bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan tentang penyusuan susu ibu ini. Tinggalnya usaha dari diri kita sendiri sahaja, mahu atau tidak. Bak kata pepatah
NAK SERIBU DAYA, TAK NAK TAK PAYAH BAGI ALASAN , NANTI ORANG MENYAMPAH!! hehe (^_*)
Kalau ibu2 di luar sana masih mempunyai masalah untuk menyusukan bayi, boleh rujuk entry2 saya berkenaan exsclusive breastfeeding ini.
Sekian dahulu perkongsian kali ini..
WASSALAM,
ummitalhah
Work At Home Mother with SHAKLEE ♥♥
ummitalhah
Work At Home Mother with SHAKLEE ♥♥
No comments:
Post a Comment