Berjaya menyusukan anak secara exclusif (fully breastfeed) adalah satu anugerah terindah dan tak ternilai dalam kehidupan seorang ibu. Terasa kepuasan dan lengkapnya sebahagian daripada tanggungjawab seorang ibu, betul tak mommies?? Tapi bila anak dah cukup 2 tahun, seperti saya, mommies kat luar sana mesti dalam dilema kan? Sama ada nak teruskan menyusu or nak stop terus. Macam saya sendiri, pada mulanya saya pun tertanya-tanya boleh atau tidak nak menyusukan anak lebih dari 2 tahun ni. Tapi selepas membuat sedikit research (bukan sekadar dengar cakap-cakap orang ya), I have the answer now!! hehe dan sekarang nak share pulak dengan mommies semua (^_^)
Nak tau boleh ke tidak?? Jom teruskan baca..huhu
Menyusu anak Lebih dari 2 Tahun, boleh atau tidak?
Mitos Menyusu Anak Lebih dari 2 Tahun
Okay, mitos tentang menyusukan anak lebih dari tahun ni memang banyak. Kebanyakan semuanya mitos-mitos negatif. Antaranya ialah susu ibu selepas 2 tahun yang diminum adalah darah, bukan lagi susu. Dan mitos yang paling biasa sangat dimomokkan dikalangan orang-orang tua ialah anak yang menyusu melebihi 2 tahun akan cenderung menjadi gay atau lesbian atau akan mengalami masalah sexual. Selain itu ada juga yang mengatakan menyusu lama-lama ni boleh menyebabkan anak kita tak pandai berdikari dan terlebih bergantung pada si ibu. Pendek kata, manja terlebih. Walau bagaimanapun, hakikat sebenarnya ialah TIADA BUKTI yang sahih bagi dakwaan-dakwaan ini.
Sebenarnya banyak faedah-faedah dan manfaat menyusukan anak walaupun selepas 2 tahun. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa susu ibu masih mempunyai kepentingan untuk anak walaupun selepas 2 tahun. Antaranya ialah susu ibu adalah sumber makanan yang berharga dan melindungi anak kita daripada pelbagai jangkitan penyakit selama penyusuan susu ibu masih diteruskan. Atau dengan kata lainnya susu ibu sangat penting untuk membina sistem antibodi anak-anak.
Faedah-Faedah Menyusukan Anak Lebih dari 2 Tahun
Dapat merancang keluarga dengan penyusuan ibu kerana hormon kesuburan yang disekat
Mengurangkan Risiko barah payudara
Mengurangkan Risiko barah rahim
Mengurangkan Risiko barah endometrium
Mengurangkan Risiko barah ovari
Mengurangkan Risiko mendapat penyakit Rheumatiod Artritis
Mengurangkan keperluan insulin dikalangan wanita yang menghidap kencing manis
Membantu penurunan berat badan dengan mudah oleh ibu yang menyusu
Ibu juga boleh menghabiskan masa dengan anak dengan lebih lama dan tak terbatas
Emosi anak dan ibu juga lebih tenang selepas menyusu
Memudahkan perjalanan ke mana-mana kerana tak perlu membawa alatan membuat susu (^_^)
Secara kesimpulannya, TAK SALAH malah sangat-sangat digalakkan untuk menyusukan anak-anak walaupun lebih dari 2 tahun. Dalam Islam sendiri tiada larangan yang jelas tentang menyusukan anak lebih dari 2 tahun. Tempoh penyusuan 2 tahun yang yang dicadangkan itu hanyalah sebagai panduan untuk ibu-ibu kerana tempoh tersebut keperluan susu ibu oleh anak-anak kecil adalah sangat crucial atau sangat20 penting. Walau bagaimanapun untuk ibu-ibu sekalian menyusu lebih dari tempoh tersebut, tiada kemudaratan sama sekali malah manfaatnya juga lebih banyak. So jangan ragu-ragu or takut-takut nak susukan anak-anak selepas usia mereka 2 tahun ya. Selagi Allah kurniakan peluang dan rezeki susu itu, manfaatkanlah sebaiknya untuk anak-anak tersayang (^_^)
Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak, dan mengalami masalah kurang susu, boleh baca DISINI untuk ketahui faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu badan berkurang.
Okay itu saja perkongsian saya kali ini, semoga info ini bermanfaat untuk mommies semua (^_^)
Wassalam Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;
Artikel ni sebenarnya dah lama terperap dalam draft, cumanya belum berkesempatan untuk diedit dan dikongsikan dengan anda semua. Okay, sebenarnya saya nak berkongsi sedikit info tentang SOYA.
PELBAGAI JENIS SOYA
Terdapat banyak jenis produk soya di pasaran, selain air soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Selain itu soya juga terdapat dalam bentuk tepung seperti protin soya (soy protein). Soy protein juga mempunyai banyak kategori, antaranya soy protein concentrate, textured soy protein dan soy protein isolate.
Apakah beza antara 3 jenis soy protein ini
Soy protein concentrate adalah protein soya yang diasingkan dari bahan larut air dan lemak dari serbuk kacang soya. Kandungan protein dalam soy protein concentrate dalam 65% dan ia masih ada rasa soya kerana karbohidrat di dalamnya masih ada.
Soy protein isolate pula adalah soy protein concentrate yang diasingkan karbohidrat daripadanya, menjadikan ia adalah protin soya paling ‘pure’ dengan kandungan protein lebih kurang 90%.
Textured soy protein pula bila tepung protein soya yang melalui proses extrusion yang mana menjadikan teksturnya menjadi padat dan kasar.
Perbezaan proses yang dijalankan ke atas soya-soya ini memberi seribu perbezaan terhadap kesan-kesan langsung dan kesan sampingannya.
Malah, soy protein isolate juga dihasilkan dengan proses berbeza yang turut memberi kesan kepada khasiat dan kandungan phytonutrien dalam soya tersebut.
Antara proses2 yang mengurangkan khasiat malah memberi kesan buruk terhadap soy protein isolate ialah:
§ Diproses dengan suhu tinggi
§ Pengasingan dibuat dengan menggunakan alkohol
§ Penggunaan bahan kimia
Oleh itu, kita harus bijak memilih protein soya terbaik untuk diambil sebagai tambahan kepada diet. Pastikan produk soya pilihan anda selamat dari soya-soya yang boleh meningkatkan risiko kanser
Soy Protein isolate yang terbaik ialah ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE atau lebih dikenali sebagai ESP SHAKLEE. Serbuk soya shaklee ini adalah sejenis protein isolate yanb dihasilkan dengan kaedah terbaik demi menjaga mutu dan kualitinya. ESP shaklee ini dijamin TIDAK AKAN meningkatkan risiko dijangkiti kanser dan selamat untuk semua lapisan masyarakat.
ESP SHAKLEE
ESP SHAKLEE TERBAIK PELBAGAI FUNGSI DAN KHASIAT
Walau bagaimanapun ESP ini TIDAK DIGALAKKAN untuk mereka yang menghidap penyakit2 berikut
cyst atau ketumbuhan
buah pinggang
gout
ESP shaklee merupakan soy protein isolate non gmo yang selamat untuk pesakit kencing manis, penghidap G6PD malah sangat2 disarankan kepada semua golongan sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi harian. Golongan2 yang sangat digalakkan mengambil ESP ini ialah
ibu hamil
wanita yang merancang untuk hamil
orang tua
mereka yang sibuk dan sering keletihan
mereka yang menghidap gastrik
ibu menyusu
Okay, sekian dulu perkongsian saya tentang jenis2 soya.
WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;
fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963
Hari ini saya nak kongsikan sedikit info yang nampak mudah atau ringan, tapi sebenarnya memberi impak yang besar iaitu tentang pemakanan bayi, apa yang TIDAK SEHARUSNYA kita beri kepada anak2 kita yang masih bayi.
CANNOT!!!!
Bayi begitu sensitif di saat mereka dilahirkan. Banyak perkara tentang seorang bayi yang perlu difahami dan diketahui oleh ibu bapa terutamanya. Baik dari segi penjagaan luaran mahupun dalaman seorang bayi. Oleh itu, tidak semua perkara yang baik untuk dewasa adalah baik untuk bayi.
Berikut adalah jenis-jenis makanan yang sememangnya sangat baik untuk keperluan seorang dewasa namun tidak sesuai sekali diberi kepada seorang bayi.
Garam
Garam perlu dielakkan sehingga bayi berusia 12 bulan. Buah pinggang bayi dipercayai masih belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini
Gula
Gula yang berlebihan tidak diperlukan untuk pertumbuhan seseorang bayi. Gula hanya akan menyumbang tenaga (KJ) tanpa sebarang nutrisi yang baik.
Madu
Bayi di bawah umur 12 bulan tidak digalakkan memakan madu kerana kemungkinan kewujudan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi Jus buah pekatJus perlu dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air
Putih telur
Putih telur boleh menimbulkan reaksi alergik, oleh itu dinasihatkan tidak diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan. Bagaimanapun kuning telur boleh mula diberi kepada bayi yang berusia 9 bulan ke atas
Susu lembu
Susu lembu hanya boleh diberi sebagai minuman utama bayi yang berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi.
Susu Rendah Lemak
Jangan beri susu rendah lemak, susu cair mahupun susu tanpa lemak sebagai permulaan kepada bayi anda. Makanan rendah lemak tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan yang sepatutnya.
Dalam senarai di atas, saya paling tertarik dengan SUSU LEMBU. Tidakkah kita sedar bahawa selama ini 90% ibu2 yang tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu (tidak kira apa sebab atau alasan sekali pun) akan memberi bayi2 mereka susu formula berasaskan susu lembu sebagai alternatif. Kasihan kan??
Oleh itu saya sangat2 merayu dan menyeru agar ibu2 pada hari ini lebih peka dan mengambil serius tentang keperluan pemakanan bayi2 mereka. Penyusuan eksklusif susu ibu bukanlah satu halangan lagi di masa kini memandangkan sudah begitu banyak kemudahan2 seperti pum susu, bekas penyimpanan susu ibu, fridge khas untuk susu ibu, buku2 serta banyak kelas2 yang dianjurkan pihak2 tertentu bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan tentang penyusuan susu ibu ini. Tinggalnya usaha dari diri kita sendiri sahaja, mahu atau tidak. Bak kata pepatah
NAK SERIBU DAYA, TAK NAK TAK PAYAH BAGI ALASAN , NANTI ORANG MENYAMPAH!! hehe (^_*)
Kalau ibu2 di luar sana masih mempunyai masalah untuk menyusukan bayi, boleh rujuk entry2 saya berkenaan exsclusive breastfeeding ini.
Sekian dahulu perkongsian kali ini..
WASSALAM,
ummitalhah Work At Home Mother with SHAKLEE ♥♥
Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...
ESP ialah protin..kenapa protin penting?
Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.
part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :
INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN
Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
melancarkan metabolisme
melancarkan peredaran darah
mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
memulihkan gangguan saraf
Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
memlancarkan metabolisme
meningkatkan kekebalan tubuh
menjaga keseimbangan garam-garam mineral
membantu sintetis RNA dan DNA
Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
mencegah kerosakan urat saraf
membantu pembentukan sel darah merah
melancarkan metabolisme sistem tubuh
mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia - cegah kurangnya sel darah merah (hemoglobin low)
WASSALAM Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;
Wahhh...lamanya tak menulis kat blog ni..sibuk okay..huhu (alasan!!)
Tapi memang sibuk pun sebenarnya, baru pindah rumah anda its my very own house!! best3!! hehe
Okay, alkisahnya semenjak dua menjak ni, ada la 4 5 orang ibu ni selalu pm saya di fb bertanyakan tips macamana nak banyakkan susu badan sebab masing2 berazam nak susukan bayi mereka sehingga 2 tahun which is saaaangatla bagus and I support them 200% ;)
Tetapi tak semudah yang disangka ya ibu2 sekalian, banyak cabaran menyusukan baby ni. Sebab setiap individu adalah berbeza, cara system badan kita berfungsi pun berbeza, ada yang cepat respon, ada yang susah respon..Antara mereka ni semua memang amalkan supplement set penyusuan Shaklee, tapi ingat ya semua, kita kena tahu cara pengambilan yang betul, bukan beli dan main hentam makan macam tu jer.Sebab itu pentingnya untuk anda mencari SHAKLEE DISTRIBUTOR .dan paaaling penting, banyak lagi faktor2 lain yang perlu kita jaga seperti PEMAKANAN, STRESS, WATER INTAKE, POSISI MENYUSU dan macam2 lagi..
So, untuk membantu ibu2 di luar sana, dapat ilmu (dan me myself dapat pahala lebih..hehe) saya nak share 1 artikel tentang TIPS BANYAKKAN SUSU IBU..
(Sumber: Majalah Pa&Ma)
Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.
1. Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
2. Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.
3. Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.
4. Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,
5. Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.
6.Makanan Tambahan @ Supplement
Haaa...yang ni paaling best..bukan sebab saya ni Distributor Shaklee ye, tapi saya sendiri pengamal tegar SET MENYUSU SHAKLEE..huhu
TAPI..
Jangan ingat ambil supplement ni 2 minit, bedezzzupp susu mencurah-curah..salah sama sekali!!
Paaaling penting, kena tahu cara pengambilan vitamin2 ni dengan betul dan tips2 penting untuk pastikan vitamin ni memberikan kesan yang optimum dalam membantu2 ibu menyusukan bayi..
Set Penyusuan Shaklee Terdiri dari 2 milkbooster utama iaitu
*ESP
*ALFALFA
Keduanya saling melengkapi untuk membantu merangsang penghasilan susu secara optimum.
ESP yang dihasilkan daripada kacang soya berkualiti tinggi adalah sumber protein penting untuk membantu penghasilan susu ibu yang berkhasiat dan pekat sementara Alfalfa adalah sejenis herba penggalak susu badan.
Kedua2 nya amat berkesan diambil ketika BREAST KOSONG iaitu selepas menyusukan bayi atau selepas proses mengepam.
Selepas pengambilan ESP+ALFALFA nie, kita disarankan untuk minum sebanyak 3-4 liter air kosong atau sebaik2 nya air suam. Pengambilan air kosong ini sangat penting untuk memastikan vitamin2 yang diambil berfungsi dengan baik. So kalau dah ambil set Penyusuan Shaklee ni tapi tak minum air masak dengan cukup, tak boleh jugak.
In short, kena tahu cara pengambilan vitamin yg betul, supaya Vitamin2 dapat berfungsi ke tahap optimum
Selain dari milkbooster, set penyusuan lengkap shaklee termasuk juga VITALEA + B COMPLEX.
*VTALEA adalah sejenis multivitamin yang mengandungi Pelbagai nutrien penting termasukla iron. Multivitamin ini membantu para ibu yang menyusukan anak untuk lebih bertenaga Terutama ibu2 yang mengalami masalah tekanan darah rendah @ low hb. Selain itu susu yang terhasil juga akan lebih berkhasiat. Ibu2 yang bekerjaya seharian penat bekerja sangatlah disarankan untuk mengambil multivitamin ini supaya penghasilan susu tidak terjejas.
*B COMPLEX pula adalah vitamin anti-stres, membantu para ibu lebih tenang dan mengurangkan tekanan terutama ibu2 yang sibuk dengan kerjaya atau yang mudah bimbang @ mudah tertekan. Tekanan juga boleh menyebabkan penghasilan susu berkurang.
Terdapat dua lagi vitamin penting dalam set penyusuan shaklee iaitu OSTEMATRIX & VITAMIN C.
*OSTEMATRIX ialah kalsium dan seperti semua tahu kalsium sangat penting untuk ibu ,enyusu dan untuk bayi itu sendiri. Kalsium yang mencukupi di dalam susu ibu membantu perkembangan tulang dan pertumbuhan kanak2
*VITAMIN C pula nutrien yang sangat penting untuk tubuh manusia lebih2 lagi untuk ibu2 yang menyusukan anak. Vitamin C membantu memguatkan sistem imunisasi badan ibu dan anak. Imunisasi yang kuat penting ketika petumbesaran kanak2 supaya tidak mudah mendapat sebarang jangkitan virus penyebab penyakit
Mahukan yang terbaik untuk anak2 mommies?? Tak salah berikhtiar dengan SET PENYUSUSAN SHAKLEE di samping mengamalkan tips2 yang telah saya kongsikan ;)
Berminat untuk order?
Sms/whatsapp 0179623963
(Shafa) .
Malam ni seperti malam-malam yang sebelumnya jugak, saya hanya berterawih di rumah dengan anakanda terchenta..hehe ayahanda nya saja yang berjemaah terawih di masjid. Al-maklumlah, anak teruna saya tengah membesar, kalau ke masjid satu masjid dia tawaf, penat nak mengejarnya..huhu
Okay mommies, kali ni saya nak share tentang PENYUSUAN BAYI BAGI IBU BEKERJAYA..
Adakah anda seorang ibu bekerjaya???
Saya juga seorang ibu bekerjaya setahun lebih yang lalu, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan memegang title suri rumah sepenuh masa ;) >> tapi suri rumah yang ade income ye..huhu
Sebenarnya sekarang ni sudah banyak kesedaran di kalangan ibu2 untuk menyusu bayi mereka tidak kira sama ada ibu yang bekerjaya atau tidak. Pelbagai kemudahan yang boleh didapati di pasaran sekarang yang boleh membatu para ibu untuk terus komited menyusukan bayi secara ekslusif. Terdapat pelbagai jenis pam, bekas penyimpanan susu, fridge khas untuk menyimpan susu dan pelbagai lagi alat-alat yang membantu menjadikan penyusuan susu ibu semakin mudah di kalangan para ibu terutamanya ibu-ibu bekerjaya.
Selain itu, kejayaan penyusuan eksklusif ini iaitu tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong selama enam bulan oleh ibu bekerjaya banyak bergantung kepada beberapa faktor sampingan antaranya :
1. Timba ilmu sepanjang masa
Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudahpun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah. Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.
Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf.
Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.
2. Mulakan dengan betul
Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul. Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukan bayi pada masa-masa yang diinginkannya.
Sementara itu, anda diingatkan agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan bayi mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di dengannya sepanjang tempoh bekerja.
3. Simpan stok susu
Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang. Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.
4. Peralatan penyusuan berkaitan
Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.
5. Bincang dengan majikan
Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.
Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.
6. Perah susu di pejabat
Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah. Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.
7. Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.
Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.
8. Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengetepikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di atara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.
9. Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.
Jika sukar mengambil cuti, anda perlu meningkatkan sesi memerah payu dara di pejabat. Di rumah pun, anda perlu memerah payu dara untuk merangsang penghasilan susu selain lebih kerap menyusukan bayi mengikut keperluannya.
(Sumber: kaunselor laktasi, Aishah Mariam - Majalah Pa&Ma)
Jika ibu-ibu masih mengalami masalah kemeruduman susu, mungkin disebabkan kurangnya proses mengepam atau stress di tempat kerja, boleh berikhtiar dengan SET PENYUSUAN/MENYUSU SHAKLEE
ALFALFA
Bertindak sebagai herba perangsang penghasilan susu dengan lebih banyak
ESP
Membekalkan protein supaya susu lebih berkhasiat dan mengenyangkan selain turut merangsang penghasilan susu
VITALEA IRON FORMULA
Multivitamin yang membantu ibu-ibu menyusu lebih bertenaga dan menghasilkan susu yang berkhasiat untuk bayi
B COMPLEX
Vitamin anti-stress, membantu ibu-ibu terutamnaya yang bekerjaya dan sibuk untuk lebih tenang kerana stress boleh menyebabkan susu merudum
OSTEOMATRIX Membekalkan kalsium untuk menampung keperluan kalsium ibu dan bayi (penting untuk pertumbuhan tulang bayi)
VITAMIN C
Sebagai immune booster untuk meningkatkan imunisasi badan bayi
OMEGA GUARD
Mengandungi DHA yang sangat bagus dan penting untuk perkembangan otak bayi
Insyaallah, dengan segala tips yang saya kongsikan kali ni boleh membantu para ibu-ibu bekerjaya untuk lebih komited menyusukan bayi secara eksklusif ..
SELAMAT BERJAYA MOMMIES!! (^_^)
WASSALAM Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;
Rasanya belum terlambat untuk saya share @ berkongsi sedikit info yang saya rasa sangat berguna untuk ibu2 yang menyusukan anak di luar sana. Seperti saya sendiri, menyusukan anak ketika berpuasa kadang2 mengundang kerisauan. Risau si kecil tersayang tidak mendapat cukup khasiat @ susu yang diberi tidak mengenyangkan kerana saya berpuasa. Dari pengalaman yang lalu, iaitu pada tahun lepas, ketika bulan puasa bayi saya baru berumur 5 bulan di mana susu ibu merupakan makanan utamanya. Memang tak dapat dinafikan, kerana terlalu risau dan mungkin juga pengambilan makanan yang tidak teratur (nak diet la kononnya..huhu), susu saya merudum dengan teruknya, sampaikan anak saya akan mengamuk dan meraung setiap kali lapar dan selepas menyusu (bermakna susu saya tak cukup)
Masa itula saya terfikir untuk mencuba SET MENYUSU SHAKLEE (masa tu beli trial pack sahaja sebab baru nak cuba & tak mampu nak beli banyak2). Alhamdulillah berkat bantuan set menyusu Shaklee dan pemakanan yang seimbang, dengan izin Allah bekalan susu saya kembali normal, anak pun suka (^_^). Kalau dulu malam2 mesti bangun sampai 6x untuk menyusu, sekarang sekali @ 2 kali pun da cukup buatkan anak saya tidur lena sampai ke pagi ;)
Ni dia SET MENYUSU SHAKLEE~
Okay, sekarang back to the main issue: MENYUSUKAN BADAN DI BULAN PUASA
Sebenarnya, meneruskan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak semata-mata bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara.
Anda perlu tahu bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.
FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.
Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.
Masalah Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan. Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.
Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.
Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.
Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil PERFORMANCE DRINK SHAKLEEsebagai salah satu ikhtiar supaya tidak mengalami masalah dehidrasi yang boleh menggangu bekalan susu ketika berpuasa. Performance Drink ini berfungsi untuk membantu menyimpan dan mengimbangi bendalir @ cecair di dalam badan supaya tidak berlakunya masalah dehidrasi dan ibu kekal cergas sepanjang sepanjang hari walaupun berpuasa dan menyusukan anak ;)
Selain itu, masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri. Walau bagaimanapun jika masalah ini sentiasa berlaku, disarankan untuk mencuba VITALEA SHAKLEE. Vitalea ini merupakan multivitamin yang membantu memberikan nutrient penting dan tenaga berpanjangan terutamnya bagi mereka yang sentiasa sibuk, berpuasa @ menyusukan bayi (walaupun tidak berpuasa). Multivitamin ini juga boleh membantu mengembalikan HB darah ke paras normal.
Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
Sahur terbaik yang boleh membantu para ibu menyusu kekal bertenaga ialah ESP + MEALSHAKE + PERFORMANCE DRINK SHAKLEE . Gabungan 3 Energy Booster ini insyaallah akan menjadikan ibu2 mampu melakukan rutin harian seperti biasa dan paling penting menyusukan bayi anda dengan lebih mudah tanpa kepenatan yang melampau ;)
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.
Okay, sekian dahulu perkongsian saya pada hari ini, sekarang nak keluarkan lauk, nak masak untuk berbuka petang nanti. Salam 5 Ramadhan (^_^)
WASSALAM Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;
Sempena promo bulan mac 2013 ni, saya nak kongsi dengan pembaca2 sekalian tentang OSTEOMATRIX~bukan sekadar kalsium~
Khusus kepada ibu2 hamil di luar sana..jom kita explore kepentingan kalsium ni ;)
Kepentingan Kalsium &
Kesan Kekurangan Kalsium : Pentingnya Ostematrix
Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan
gigi yang kuat serta gusi yang sihat. Ia juga amat penting untuk menstabilkan
degupan jantung dan penghantaran isyarat saraf. Kalsium merendahkan kadar
kolesterol dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Ia diperlukan untuk
pembentukan dan kontraksi otot bagi mengelakkan kekejangan otot.
Bukan
itu saja, kalsium penting untuk pembekuan darah dan mencegah kanser. Ia
menurunkan tekanan darah dan mengelakkan kehilangan jisim tulang. Kalsium
membekalkan tenaga dan terlibat dalam penstrukturan RNA dan DNA protein.
Kalsium juga terlibat dalam mengaktifan beberapa enzim, misalnya lipase yakni
enzim pemecah lemak. Kalsium turut terlibat dalam memastikan kadar penyerapan
nutrien oleh membran sel.
Malah kalsium juga membantu menjaga kesihatan
kulit dan mengelakkan pre-eklampsia semasa mengandung. Ibu mengandung yang
mengalami darah tinggi boleh mengambil kalsium bagi menurunkan darah tinggi
semasa hamil.
Kesan2 kekurangan kalsium, cuba periksa adakah anda
mengalami:
- Sakit sendi
- Kuku senang patah
- Ekzema
- Kenaikan
paras kolesterol dalam darah
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia
-
Kekejangan otot
- Kebas tangan dan kaki
- Gemuruh
- Rheumatoid
arthritis
- Gigi mereput
- Depresi
- Hyperaktif
Kalsium boleh diperolehi dari makanan harian seperti susu, yogurt, kacang soya,
kubis, keju, buah tin, asparagus, badam, whey dan sebagainya.
Kalsium
memerlukan Vitamin D untuk diserap oleh badan.
Apakah
Ostematrix?
Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D
dan mineral2 lain seperti Boron dan sebagainya bagi membina matriks tulang yang
kuat. Kenapa Ostematrix? Kerana badan kita bukan saja perlukan tulang yang kuat,
tapi MATRIKS tulang yang kuat umpama sebuah bangunan yang berdiri
teguh.
Kalsium sahaja akan membina tulang sahaja, jadi kita perlukan
mineral2 seperti Boron tadi untuk membina 'simen' yang menyambung tulang2
kalsium tadi.
Info TambahanAsid amino Lysine diperlukan untuk penyerapan
kalsium.
Atlit wanita, wanita menopos dan ibu menyusu memerlukan
kalsium tambahan kerana tahap estrogen mereka adalah rendah. Estrogen menjaga
sistem tulang rangka dengan 'menempatkan' kalsium dalam tulang. Bila estrogen
menurun, kadar penempatan ini menjadi rendah.
Kalsium TIDAK BOLEH diambil
bersama zat besi kerana mereka akan bergabung bersama, menjadikan penyerapan
keduanya terganggu.
Oxalic acid dalam beberapa sayuran mengganggu
penyerapan kalsium.
Ada dua cara mengambil kalsium:
- 500 mg setiap
kali pengambilan (dua kali ambil, siang dan malam)
ATAU
- 1000 mg sekali
sehari sebelum tidur
Anda boleh ambil yang mana2 anda selesa kerana mengikut
pakar nutrisi, kedua2nya boleh.
Sekian dahulu perkongsian saya pada hari
ini..
WASSALAM..
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau
produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya
melalui ;
Hari ini saya nak berkongsi tentang faktor2 yang boleh menyebabkan susu badan semakin berkurangan. Faktor2 ini dikenalpasti supaya ianya boleh dia atasi dengan segera. Tiada guna mengambil pelgagai supplement atau ubat2 jika faktor2 yg berpunca dari kita sendiri ini tidak diatasi terlebih dahulu.
untuk mengetahui punca2 nya..jom teruskan pembacaan
Stress
Semua orang akan menghadapi stress tidak kira bagi ibu yang berkerjaya ataupun ibu yang bekerja dirumah. Kita tidak boleh lari dari stress, tapi kita perlu tahu macam mana nak tangani stress. Ada juga diantara kita yang tidak sedar langsung yang kita sebenarnya stress.
Kalau badan stress susu pun takut nak keluar kan? Jadi ibu -ibu yang menyusu gembirakan diri anda. Terutama semasa sesi mengepam/memerah. Bayangkan anda berada bersama-sama anak anda. Ataupun bagi ibu yang menyusu secara direct,semasa menyusukan anak, usap-usapkan kepala . Ianya pasti dapat menenangkan hati ibu.
Teknik penyusuan yang salah
Teknik menyusu yang salah akan menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.
Cara kedudukan penyusuan yang salah juga penting bagi menjaminkan anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan.
Kurang pam atau perah
Ini biasanya berlaku bagi ibu-ibu yang berkerja, sepanjang siang tidak berjumpa dengan bayi, sepatutnye anda kena rajin pam/perah (setiap 2 jam). Untuk ibu yang dirumah, sentiasa menyusu secara direct. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.
Tidak cukup rehat
Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga akan menyebabkan susu merudum. Oleh itu, walaupun sibuk macam mana. Sebagai ibu yang menyusu anda perlu bijak untuk menguruskan masa untuk rehat.
Masalah hormon dan kesihatan
Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda ingin menyusu. Kerana kebiasaan apabila kesihatan badan terganggu susu tidak dapat dihasilkan.
Penggunaan pil perancang
pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.
Pengambilan pil antibiotik
Kebiasaannya antibiotik diambil oleh ibu yang demam. Cara untuk mengelakkan pengambila antibiotik, anda boleh mengambil vitamin C ( 2 biji) kerana vitamin C bertindak secara semulajadi dalam membina antibodi.
Teknik pam yang salah / pam tak cekap
Ibu-ibu perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Menggunakan teknik marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Mudah dan jimat juga.
Pemakanan yang tidak seimbang
Ibu yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan? Dan kita juga tidak lari dari mengambil fast food. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Disinilah supplements berfungsiiaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.
Ibu yang menyusu tidak boleh sama sekali minum minuman berais. Kerana ini boleh menyebabkan susu menjadi kontang. Air minuman bergas. Air berkafein, kerana kafein boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.
Diatas adalah antara sebahagian punca-punca yang menyebabkan susu merudum. Apabila kita dah tahu punca yg membuatkan susu kurang, barulah kita cari jalan penyelesaian kerana saya nak anda tahu milk booster bukan semata-mata jalan penyelesaian kepada susu merudum. Saya nak ibu-ibu semua tahu kepentingan vitamin kepada tubuh badan kerana ia membantu tubuh menjadi sihat dan melancarkan proses penghasilan susu ibu d tambah pula jika teknik hisapan bayi dan kerapan pam/perah yang konsisten.
vitamin2 shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah susu merudum
Sekian dahulu perkongsian saya pada hari ini..
WASSALAM..
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;