Wednesday, April 22, 2015

Parenting Tips : 10 Langkah Berhenti Menjerit pada Anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

Being parents is not easy. Anak sorang okay lagi lah. Bila dua, tiga, empat and seterusnya, kejap-kejap bertukar jadi Mommy Monster, kejap-kejap jadi Hulk..hehe betul tak mommies???  Actually most of us (parents) melalui fasa ni dalam life masing-masing. Kanak-kanak memang fitrah diorang, suka main, suka sepah, suka tengok cerita kartun and macam-macam lagi aktiviti yang kadang-kadang buat kita as parents nak marah tapi sebenarnya its good for them.

Saya sendiri, saya mengaku saya seorang yang cepat nak marah kalau anak-anak buat perangai, tapi kadang-kadang tengah marah tu datang satu rasa bersalah sebab anak-anak kecil lagi dan diorang kadang tu tak tahu pun apa yang diorang buat sebenarnya. Pendek kata tak matured, tak matang, tak mumayyiz, tak boleh nak beza sangat baik dan buruk. So kalau kita yang dah mumayyiz kononnya ni, marah anak-anak over-over sangat, tak ke kita yang macam TAK matured??? huhu

But always, those yang lalui semua ni sahaja yang akan faham mengapa kita sangat mudah nak marah-marah dan jerit-jerit kat anak (even tabiat ni, obviously ITS NOT GOOD AT ALL!!!, either to parents or kids as well ) So as parents yang bercita-cita nak jadi the best parents untuk anak-anak, kita kena selalu upgrade diri kita, muhasabah diri and banyakkan pembacaan (contohnya macam baca blog saya ni..heheh) cari ilmu keibubapaan, dan praktikkan kepada anak-anak.

berhenti menjerit pada anak-anak
Tips berhenti menjerit pada anak-anak

Okay, back to our main point : Kenapa kita selalu nak marah-marah dan jerit kat anak-anak??? Yess, maybe sebab tengah-tengah penat balik kerja, anak-anak sibuk nak itu, nak ini, gaduh sama-sama diorang, nangis nak susu, along pukul, rebut barang and macam-macam lagi situasi yang boleh naikkan darah kita in a split second. And masa tu memang syaitonnirojim duk kipas kasi lagi hangin, terus kita jerit and marah anak-anak macam orang hilang akal. betul tak????? and no, please dont make this situation as our daily routine. asal balik kerja hari-hari nak ulang kejadian jerit-jerit and marah-marah. Kalau macam ni gaya hidup kita, believe me, it will give HUGE impact pada life and attitude anak-anak in future.

  1. Apabila kita menjerit , anak-anak akan rasa takut, dan ia membuat hati mereka jadi keras towards us.
  2. Then mereka akan terkejut, tergamam, terdiam, stop whatever they are doing and lari. So if masa tu mereka tengah main, tengah asah skill lompat-lompat ke, mereka akan stop doing that (stop learning the skill)
  3. Bila selalu menjerit, then ia seolah-olah train anak-anak supaya dengar kata bila kena jerit sahaja. Kalau parents cakap elok-elok they will not bother anymore, buat-buat tak kisah je.
  4. Jika anak-anak kita tidak lagi takut dengan jeritan kita, that shows a very bad sign ; defense mechanism telah terbina, so mereka akan mula melawan kita dengan jeritan juga
  5. Jeritan juga boleh membuatkan anak-anak membentuk "lagak" yang tidak elok, dan pergaduhan menjadi sesuatu yang biasa bagi mereka nanti
  6. Apabila hati anak-anak menjadi keras kepada kita, mereka akan lebih terdedah dengan tekanan rakan sebaya
So How to Overcome habit marah-marah and jerit-jerit ni???

Terdapat beberapa cara untuk BERHENTI MENJERIT

1. Explain kepada anak-anak menggunakan suara yang lebih tenang. Beritahu mereka bahawa ibu kini sedang belajar untuk bersabar, jadi ibu akan membuat pelbagai kesilapan (jangan malu atau ego untuk mengaku salah di depan anak-anak)

2. Fahamkan tugas dan peranan kita sebagai parents iaitu untuk mengajar anak mengawal emosi, maka kita sebagai ibu bapa perlu belajar mengawal emosi sendiri dahulu. They learn from what they see. Contohnya kalau kita selalu menjerit pada mereka, mereka juga akan mula menjerit pada kita atau orang lain. Atau dengan kata lain, kepimpinan melalui teladan ye mommies (^_^)

3. Always bear in mind bahawasanya kanak-kanak will always behave like kanak-kanak. maksudnya its normal la kanak-kanak akan menangis bila mainan kena rampas, bergaduh sikit-sikit masa main. Sebabnya mereka adalah kanak-kanak. Tidak matang dan masih lagi in learning proses, so mereka tidak begitu pandai mengawal emosi seperti orang dewasa (parents)

4. Berhenti daripada memendam perasaan marah. Usually rasa marah ni datang apabila kita melalui hari yang sukar or memenatkan (kebiasaannya di tempat kerja). So lakukan apa saja yang boleh tukarkan mood marah kita waktu tu supaya kita akan rasa lebih gembira bersama-sama anak-anak. Contohnya makan aiskrim bersama mereka (^_^)

5. Do appreciate and ambil berat perasaan anak-anak (walau sekecil mana pun mereka). Contohnya ada semut kecil yang gigit kaki anak kita, then dia merengek sebab gatal dan mula mengadu pada kita. Some parents yang malas nak layan, then buat tak tahu je dengan aduan anak kecil tapi sebenarnya apabila kita memberi sedikit perhatian dan empati pada perasaan dia, it will help them to control perasaan dia sendiri and consequently bila anak-anak ini pandai control perasaan sendiri, they will know how to control their behavior. Makanya nanti takde lah kita nak terjerit-jerit kat anak-anak kalau mereka dah behave (^_^)

6. Lihatlah melalui perspektif anak kita dan fahami mereka. Apabila anak-anak melihat bahawa ibu-bapa memahami mereka, mereka akan lebih terbuka dan terdorong untuk bersikap baik. Ini kerana mereka lebih memahami had-had mereka dan akan kurang membuat kita marah.

7. Apabila kita mula marah, BERHENTI!!! Diam dan jangan buat apa-apa keputusan. TARIK NAFAS DALAM-DALAM. Jika kita mula menjerit, berhenti serta-merta, istighfar sehingga kembali tenang.

8. Keluarkan diri kita daripada situasi tersebut, jika boleh. Jika tidak, basahkan muka atau sebaik-baiknya ambil wuduk (bagi muslim). Kemudian fikirkan tentang keadaan situasi ketika itu bahawa di sebalik kemarahan adalah ketakutan, kesedihan dan kekecewaan. Kumpulkan perasaan tersebut dan bernafas. Menangis jika perlu. Nak menjerit kuat-kuat pun boleh, tapi bukan pada anak-anak or depan mereka,

9. Bertenang dan cakaplah kepada diri sendiri "bertenang..." atau pun berdoa dalam hati. Contoh: "Ya Allah kuatkan aku, kurniakan lah aku kesabaran untuk menghadapi ujian kerenah anak-anak syurga amanah-Mu ini ya Allah". Jangan pandang remeh tips ni ya, it works okay!! (saya sendiri amalkan, memang jadi..huhu )

10. Ambil tindakan positif dengan meminta maaf atau memujuk anak-anak kita. Biarkan mereka menagis sepuasnya. Stop doing other unimportant things dan baring bersama-sama anak-anak sehingga semua rasa gembira (^_^)  

Actually memang susah kita nak hentikan once ia dah jadi habit or rutin harian kita, tapi kita perlu kawal diri dan kita mungkin akan mengulangi kesilapan yang sama. But one thing, kita TAK BOLEH SESEKALI BERPUTUS ASA!! Keep on trying to be the best parents to our children (^_^)

Okay itu sahaja tips kali ni, baca-bacakan dan selamat beramal..hehe (^_~)

Wassalam,


Ummitalhahameena
Work At Home Mother with Shaklee ;)


  

No comments:

Post a Comment