Sunday, April 26, 2015

Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi

Assalamualaikum w.b.t

RUAM LAMPIN. Okay, sesiapa yang ada baby mesti sangat concern pasal ni kan? Babies as we all know memang berkulit sensitif dan antibody badan diorang pun tak kuat sangat, so sangat mudah untuk terkena jangkitan, especially kat bahagian 'tuttt' diorang..hehe al maklumlah baby kan pakai pampers 24 7. So bahagian tutt tu memang sangat-sangat terdedah dengan kuman dan bakteria yang ada dalam air kencing dan najis diorang. Kalau baby mommies ada kulit yang super sensitive, extra care is needed ya!


Apa tu RUAM LAMPIN??

Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi

Jom kenali biodata ruam lampin. hehe Okay, biasanya ruam lampin ni berwarna merah dan bertompok di punggung baby. Ruam ni terjadi apabila air kencing dan najis bergesel pada kulit baby. Ketiadaan peredaran angin yang disebabkan oleh lampin tertutup boleh menyebabkan kulit bergesel dengan lampin ketika baby bergerak. Apabila ini berlaku, ruam menjadi lebih teruk. Bakteria dan yis akan masuk melalui kulit yang rosak, then seterusnya tompok-tompok merah akan tersebar di punggung.

Ruam lampin pada permulaan mungkin agak common berlaku, dan tak la bahaya sangat. BUT jangan ambil ringan ya mommies. Jangan biarkan ruam melarat sebab ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kemaluan or punggung baby.


Apa yang perlu kita buat kalau baby mempunyai RUAM LAMPIN??

1. Anginkan

Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Biarkan baby berbogel tanpa baju

Biarkan baby mommies tanpa lampin sekerap yang mungkin. Baby selalunya suka berbogel, jadi biarkan mereka berseronok sambil menjaga punggungnya. Mommies boleh letakkan pad kalis air or sheet protector untuk mengelakkan kebocoran in case baby mommies terbuang air besar or kecil (^_^)


2. Basahkan Punggungnya


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Mandikan baby sekerap yang mungkin 

Waktu mandi!! weeee (^_^) Cuba mommies mandikan baby mommies beberapa kali dalam satu hari. Sekarang cuaca panas, so lagi kerap lagi bagus sebab bakteria lagi mudah merebak ketika baby berpeluh kepanasan. Mommies boleh tambahkan sedikit serbuk soda dalam air suam dan tuangkan dalam air mandian baby. In shaa Allah boleh bantu menghilangkan ruam baby dengan cepat.


3. Sapukan Krim


Mommies boleh sapukan pada punggung baby setiap kali selepas menukar lampin. Saya suggest mommies sapukan HERBAL BLEND SHAKLEE. krim herbal blend Shaklee ni 100% daripada natural ingredients (bahan semulajadi), tiada bahan kimia langsung, so amatlah sesuai untuk bayi mommies yang berkulit super sensitif. Mommies tak perlu risau kerana krim ini tidak panas dan tiada risiko reaksi alergik pada kulit baby mommies. Krim herbal blend ni boleh sapukan juga kat perut baby yang kembung or kesan gigitan nyamuk tau. Multipurpose gitu..hehe



Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Sapukan krim Herbal Blend Shaklee



4. Tukarkan Lampin


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Tukarkan lampin bayi

Pastikan mommies sentiasa menukar lampin baby semasa siang hari dan setiap kali dia membuang air besar. Ini akan membantu menghilangkan bakteria yang membuatkan ruam menjadi lebih teruk. Mommies juga cubalah tukarkan lampin baby at least sekali pada waktu malam walaupun baby tengah tidur.


5. Lapkan Punggungnya


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Lap dengan tisu basah tanpa pewangi

Gunakan kain yang dibasahkan dengan air suam atau tisu basah (yang tiada bau atau pewangi) untuk mengelap punggung baby


6. Jagalah Pemakanannya


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Jaga pemakanan bayi

Elakkan memberi makanan (bagi baby yang sudah mula makan solid food) yang berasid tinggi kepada baby contohnya seperti SAYUR BAYAM


7. Pilih Lampin or Pampers yang Berkualiti


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Pilih lampin berkualiti untuk elak ruam

Mommies boleh cuba pelbagai lampin. Pilih yang ada special features or ciri-ciri yang anti bocor dan mesra kulit bayi. From my survey, Mamypoko is the best tapi harganya pun best jugaklah ya.hehe My kids both pakai Drypers, so far Alhamdulillah okay jer, no ruam2 (^_^)


8. Jumpalah dengan Doktor


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Jumpa doktor untuk atasi ruam

This is the last resort jika semua tips di atas tidak berjaya iaitu jika ruam tidak hilang atau makin melarat. So the best way is jumpa doktor pakar kulit or doktor kanak-kanak. Jangan anggap remeh ruam ni ya mommies!

Okay, itu sahaja tips kali ini. Semoga bermanfaat untuk mommies semua ;)

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH

Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

1 comment:


  1. Kita harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana sekiranya susu tersebut mendatangkan alahan kulit, ia boleh menyebabkan ruam lampin menjadi serius, lambat baik atau kerap berulang. Sebaik-baiknya, kita amalkan penyusuan susu badan bagi bayi yang berisiko tinggi.

    ReplyDelete