Thursday, April 16, 2015

TIPS elakkan perinium koyak atau digunting(episiotomy) semasa bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya nak share mengenai koyakan bersalin (walaupun dah 9 bulan berlalu, tapi masih rasa ngerinya bersalin..huhu) oppss, mommies yang tengah preggy jangan nervous pulak ya. Semua yang preggy memang wajib bersalin, no choice..hehe Cuma sentiasalah berdoa semoga Allah permudahkan proses tersebut.

Okay, back to our original story, saya nak share pasal koyakan bersalin ni. Macam saya sendiri, both my first and second child, saya kena gunting & jahit (>_<). But as for my second baby, koyakan tu lagi sikit (doktor gunting sikit) compare to masa deliver my first baby walaupun second baby ni lagi besar dari yang first. Macamana boleh jadi macam tu?? Haa..kejap kagi saya share tips nya ya. Sekarang nak cerita fakta tentang luka koyak-koyak ni dulu.

Basically masa kita bersalin, kalau baby terlalu besar or ibu tak ada tenaga nak teran, doktor akan gunting kat lubang yang baby nak keluar tu or nama skemanya bahagian PERINIUM. Then luka hasil guntingan tu diberi nama LUKA EPISIOTOMI. Kalau dekat overseas, kebanyakan doktor against benda ni, maksudnya tak menyokong rutin gunting lubang faraj semasa proses bersalin. Selagi diorang boleh elak, means baby boleh keluar dan tiada urgency untuk gunting, doktor akan biarkan lubang tu koyak sendiri. Sebabnya menurut kajian :

1. Luka hasil gunting (episiotomi) boleh menyebabkan pengoyakan lubang rektum (lubang dubur)
2. Luka episiotomi lagi menyakitkan dari luka koyak sendiri
3. Luka episiotomi menyebabkan otot lantai pelvik menjadi lemah
4. Luka episiotomi boleh menyebabkan jangkitan dan pelbagai komplikasi
5. Luka episiotomi mengambil masa yang lama untuk sembuh berbanding luka koyak sendiri

Tetapi di Malaysia, rutin menggunting bahagian perinium semasa bersalin masih diamalkan secara meluas. Kadang-kadang tak sedar pun, tengah-tengah meneran tiba-tiba je doktor dah siap gunting. So mommies semua, sebelum masuk labor room tu or before bersalin, bincang dengan doktor siap-siap pasal ni. Mommies boleh pesan kat doktor kalau boleh tak nak gunting. KALAU BOLEH...tapi kalau ada urgencies macam baby lemas, mommies dah takde tenaga nak teran, then better digunting.

Okay now saya nak bagi tips untuk mengelakkan daripada digunting (episiotomi) or untuk elakkan luka koyakan tak terlalu besar (or tak koyak langsung) semasa bersalin.


Tips elak luka besar ketika bersalin
Tips elak luka besar ketika bersalin

1. URUTAN PERINIUM

Lakukan senaman harian ini bermula pada minggu ke-32 kehamilan. Cara-caranya adalah seperti berikut :

1. Potong pendek kuku dan cuci tangan bersih-bersih

2. Duduk di tempat yang selesa, kangkang luas kaki pada kedudukan separa duduk di dalam posisi bersalin.

3. Letakkan sebuah cermin di hadapan bahagian perinium dan menghadap mommies.

4. Gunakan minyak urut seperti minyak sayuran asli, minyak zaitun atau pelincir larut air seperti jeli K-Y (bukan minyak yang berasaskan petroleum) pada jari-jari dan ibu jari serta sekitar bahagian perinium.

5. Masukkan ibu jari sedalam yang boleh ke dalam faraj dan kangkangkan kedua-dua kaki. Tekankan bahagian perinium ke bawah menghala ke bahagian rektum (lubang dubur) dan juga kedua sisi bahagian.

Teruskan secara perlahan-lahan dengan menegangkan bukaan ini sehingga mommies merasa sedikit pedih atau sesemut pada bahagian tersebut.

6. Teruskan regangan ini sehingga rasa sesemut itu reda dan dengan perlahan-lahan urut bahagian bawah saluran faraj ke kiri dan ke kanan berulang kali.

7. Ketika mengurut, bengkokkan ibu jari (seperti pengcangkuk) pada bahagian tepi saluran faraj dan secara perlahan-lahan tarik keluar tisu yang ada di bahagian tersebut seperti kepala bayi yang akan keluar seaktu bersalin nanti.

8. Akhir sekali, urut perlahan-lahan tisu dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk berulang kali ke kiri dan ke kanan untuk beberapa minit. Jika terlampau kuat, ianya akan menyebabkan bengkak atau lebam di bahagian tisu tersebut. Elakkan tekanan pada uretra (lubang kencing) kerana ini akan menggalakkan keradangan atau jangkitan.

2. SENAMAN KEGEL

Untuk melakukan senaman kegel, mommies perlu melakukan pengetatan otot-otot di sekitar faraj dan dubur yang mana mommies perlu melakukannya untuk 8 hingga 10 saat, kira-kira 200 kali sehari. Keliru?? Praktikkan dengan menahan air kencing dari keluar apabila mommies membuang air kecil.

Manfaat Senaman Kegel

  • Mengelakkan dari terkucil apabila bersin atau batuk
  • Otot-otot terlazim akan memudahkan mommies untuk bersalin dan perinium mommies akan cepat bercantum (kurang pengoyakan dan episiotomi)
  • Keseronokan melakukan hubungan seks akan meningkat bagi kedua-dua pasangan suami isteri
  • Ianya dapat mengelakkan organ-organ pelvik menjadi bentan


3. Amalkan ESP SHAKLEE


esp shaklee untuk kulit
ESP sumber protein terbaik untuk keanjalan kulit

Haa, ni antara tips yang betul-betul saya amalkan semasa hamil anak kedua, dan Alhamdulillah berkesan. Anak pertama berat 3.5 kg, saya dapat 4 jahitan, tetapi anak kedua dengan 3.7kg, saya hanya dapat 2 jahitan (^_^)

Okay, so mesti mommies semua tertanya-tanya, apa kena mengena ESP dengan luka bersalin kan?? Sebenarnya ESP ni adalah protein soya. Protein ni seperti yang kita tahu, sangat penting untuk penghasilan sel-sel dan tisu-tisu dalam badan kita. Kalau protein dalam badan cukup, kulit pun boleh jadi cantik, tegang dan anjal . So bila dah anjal, makanya bila time meneran tu kulit bahagian perinium akan menegang semaximum yang mungkin dengan minimum koyakan. Begitulah konsepnya (^_^)

So mommies, jom amalkan semua tips-tips yang saya kongsikan di atas. Sambil-sambil tu doa-doalah selalu semoga urusan bersalin dipermudahkan ALLAH S.W.T.

Okay itu sahaja yang saya nak kongsikan hari ini. Semoga bermanfaat untuk mommies semua (^_^)


WASSALAM 



Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

No comments:

Post a Comment