Monday, May 26, 2014

Punca ketidaksuburan - suami isteri perlu dapatkan pemeriksaan segera!

Assalamualaikum w.b.t

Lumrah dalam sebuah perkahwinan mengimpikan kehadiran cahaya mata penyeri hidup. Walau bagaimanapun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam hal ini. Ada yang telah lama mencuba tetapi tidak berhasil. Oleh sebab itu, jika selepas 6 bulan usaha untuk cuba untuk hamil gagal, dinasihatkan supaya pasangan tersebut segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenal pasti punca ketidaksuburan di kedua-dua belah pihak.

PUNCA KETIDAKSUBURAN

masalah kesuburan suami isteri
Tidak Subur punca sukar hamil



WANITA


1. Gangguan Telur

Keseimbangan hormon sangat penting untuk hamil. Hormon yang tidak seimbang menganggu dalam proses ovulasi sehingga menyebabkan telur tidak matang. Ianya boleh berlaku apabila berat badan yang terlalu kurang atau berat, mengalami perubahan berat yang mendadak dalam masa yang singkat atau kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu ujian hormon dapat membantu punca dikenal pasti.

Cadangan supplement : GLA COMPLEX

2. Saluran Tiub Fallopio Tersumbat

Masalah ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh Endometriosis. Ujian HSG atau Laparoshopi (hysterosalpingogram) dapat mengenal pasti punca masalah ini.

Cadangan Supplement : GLA COMPLEX, VITAMIN C DAN VITAMIN E
Ia berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoskopi akan membantu mengenal pasti punca.

Cadangan supplement : GLA COMPLEX

4. Antibodi menyerang

Dalam kes yang jarang berlaku ini, tubuh tak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel gamet (telur dan sperma). Kes di mana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

Cadangan supplement : Vitamin C

5. Masalah Rahim

Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim (tidak mengakibatkan kanser) yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenal pasti punca masalah.

Cadangan supplement : GLA COMPLEX, VITAMIN C DAN VITAMIN E
LELAKI

1. Sperma Tidak Matang

Masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan ini mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak2. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Jangkitan virus seperti selsema juga boleh membawa
kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi ianya hanya bersifat sementara.

Cadangan supplement : ZINC COMPLEX, VITAMIN C DAN VITAMIN E

2. Gangguan pengangkutan sperma

Dalam 4% daripada kes2 ketidaksuburan lelaki, air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang mengangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah tiub fallopio yang tersumbat.

Cadangan supplement : VITAMIN C DAN VITAMIN E

Secara keseluruhannya, semua masalah yang dinyatakan di atas merupakan antara masalah2 "common" atau biasa yang berlaku di kalangan suami isteri yang menyukarkan proses untuk mendapatkan zuriat.

jom ikhtiar dengan set kesuburan shaklee ;)


Di sini saya cadangkan SET KESUBURAN SHAKLEE untuk membantu pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat tanpa perlu menghabiskan beribu2 ringgit.

Set Kesuburan Shaklee untuk suami & isteri
Set Kesuburan Shaklee lengkap untuk suami & isteri serta lengkap untuk membantu pasangan yang mengalami masalah2 ketidaksuburan yang menjadi punca sukar hamil. Di sini saya sertakan beberapa testimoni termasuk lah yang paling latest dari consumer set ini (^_^)

P/S: klik gambar untuk view yang lebih jelas

mudah hamil
penantian selama 5 tahun berhasil, ikhtiar dengan set kesuran shaklee ;)

sukar hamil
vitamin2 ini dicadangkan sendiri oleh PAKAR SAKIT PUAN, DR HAMID ARSHAT

baby shaklee
testimoni terbaru, April 2015, ikhtiar dengan set kesuburan Shaklee ;)

Walau bagaimana pun, untuk conceive or hamil, both suami isteri perlu makan vitamin sebab tak tahu kelemahan dari pihak mana. Kebanyakan suami akan menyalahkan isteri jika belum hamil selepas bertahun2 berkahwin, tapi ingatlah bahawa si suami juga mungkin bermasalah dan menjadi punca sukar mendapat zuriat.

Dan ingatlah! apa pun jua ubat atau cara yang digunakan, Ianya sbg usaha. Tiada jaminan akan mengandung ya. ALLAH beri atas kemampuan. Jika belum masa bermakna, ada aturan ALLAH yang terbaik.

Boleh baca di SINI untuk info AMALAN MUDAH HAMIL MENURUT ISLAM

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

FREE DELIVERY untuk warga PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

Sunday, May 25, 2014

Amalan Memudahkan Hamil Menurut Islam

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips yang saya dapat dari majalah Pa & Ma iaitu mengenai Amalan yang boleh membantu untuk hamil.

Dalam dunia ini tidak semua pasangan bertuah untuk memiliki cahaya mata sendiri. Ada mereka yang dikurniakan zuriat selepas bertahun-tahun mencuba dan berikhtiar. Dan ada juga yang masih lagi belum dikurniakan anak walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Sesungguhnya setiap yang berlaku di atas muka bumi adalah perancangan dari Allah. Tetapi kita tidak boleh berputus asa dengan mudah kerana Allah akan maha melihat dan akan memberi ganjaran atas setiap usaha dan ikhtiar yang dilakukan.

Selain berikhtiar dari segi perubatan, sebagai orang Islam kita juga perlu berdoa dan meminta dari Allah di samping berusaha. Ikhtiar dan usaha mestilah berterusan dan elakkan dari tertekan. Biasalah, sudah menjadi budaya or trend orang melayu sejak berzaman yang lalu, suka bertanya soalan2 yang sensitif terutamanya perihal bila nak ada anak, bila nak tambah anak dan macam2 lagi. Tapi tak mengapa, cukuplah kita berdiam diri dan senyum sahaja, jangan stress-stress sangat ya (^_^)

Dekatkanlah diri dengan Allah menerusi amalan2 sunat yang akan mengurangkan tekanan dan menguatkan lagi ketakwaan pada-Nya. Perbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan puasa sunat, semoga dengan cara ini hidup sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan.

Terdapat amalan2 yang berlandaskan Islam yang boleh diamalkan sebagai salah satu usaha supaya mudah hamil. Lakukan rutin di bawah secara konsisten dan dengan penuh harapan agar dimakbulkan oleh Allah, dikurniakan zuriat yang baik serta mendapat rahmat daripada-Nya, in shaa Allah (^_^)

AMALAN-AMALAN MEMUDAHKAN HAMIL MENURUT ISLAM

Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat Subuh,

*Baca Bismillah
*Berselawat kepada Nabi Muhammad sebanyak 3 kali
*Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
*Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah akan apa yang dihajati (contohnya: Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
*Selepas lafaz doa, tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3kali
*Selain itu amalkanlah membaca "Ya Mutakkabir" (Allah yang maha memiliki keagungan) sebanyak 11kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin
*Manakala isteri pula hendaklah membaca ya "Awwal" (yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari
*Isteri juga hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" (wahai yang memiliki kebesaran dan kemuliaan) sebanyak 11 kali dan tiup di dalam air kemudian air tersebut perlulah diminum.

Amalan ini perlu dilakukan secara berterusan selagi usaha belum menunjukkan hasil. Janganlah berputus asa kerana sesungguhnya Allah amat memurkai orang yang mudah berputus asa. Semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan kejayaan dan dikurniakan anak soleh yang membuka pintu syurga kepada kedua ibu bapanya, in shaa Allah (^_^)

set kesuburan shaklee
doa mudah hamil 


Okay, sekian dahulu perkongsian saya kali ini.
SELAMAT BERAMAL (^_^)


Friday, May 23, 2014

Soya Penyebab Lelaki jadi Lembut??

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya nak cerita pasal soya. Haa..soya kan famous dan sangat dikenali sebagai sumber protein yahttp://superummitalhah.blogspot.com/2014/05/esp-shaklee-protein-soya-paling-selamat.htmlng bagus. Kebanyakan makanan tambahan yang ada di pasaran adalah berasaskan soya. Tetapi ramai juga yang musykil dan. Lelakagu-ragu dengan khasiat atau kebaikan protein soya kerana ada yang mendakwa soya lebih banyak mendatangkan kemudaratan terutamanya kepada kaum lelaki. Eh, ye ke??

 

Rata-rata ada para ibu yang confuse atau curious betul atau tidak soy foods ni boleh mendatangkan kesan buruk pada anak/bayi mereka. Ada jugak yang kata soy protein (or any soy foods) ni boleh ubah hormon anak especially anak lelaki.. takut jadik lembut pulak..so yang ni saya extract dari website Shaklee yang proven with CLINICALLY STUDIES.


Jom explore dengan lebih lanjut sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut..

Childhood Development

Asian women have been consuming soyfoods for centuries without any apparent adverse effects in the offspring.  In pregnant women who consume soy, isoflavones are transferred to the fetus.

However, levels of the hormone estrogen are incredibly high compared to the small amounts of isoflavones in the womb or amniotic fluid. As a result, IT'S NOT LIKELY THAT ISOFLAVONES WOULD HAVE ANY TYPE OF ESTROGENICE EFFECT ON THE GROWING FETUS. Very little soy research has involved children or young people although several studies have found that adding soyfoods to the diet allows for normal growth and development.  

Two studies, one in teenage boys and another in children 5 to 12 years of age, found that isoflavones DID NOT EXERT ESTROGEN-LIKE EFFECTS OR PRODUCE ANY ABNORMALITIES. Also, according to the American Academy of Pediatrics, soy infant formula leads to normal growth and development; furthermore, their position is that there is negligible (the safest possible rating) concern about the safety of soy infant formula.  

Finally, one advantage of consuming soy early in life may be protection against breast cancer. Epidemiologic studies show that consuming approximately one serving of soy per day during childhood and/or adolescence REDUCES BREAST RISK CANCER later in life by as much as 50 PERCENT.

Mark Messina, PhD

Haa, dah jelas, terang lagi bersuluh kan?? Statement kat atas ni bukan calang-calang orang yang bagi, tapi dari an expert. Daripada statement beliau, jelas bahawa soya ni tidak sama sekali boleh menyebabkan anak or lelaki-lelaki jadi nyah atau lelaki lembut ya. Bahkan protein soya sangat bagus dan boleh membantu pertumbesaran kanak-kanak. Sebab tu anak-anak yang alah dengan protein haiwan seperti susu lembu diberikan susu formula berasakan soya sebagai alternatif. 

Satu lagi fakta penting ialah pengambilan soya pada awal pertumbesaran boleh mengurangkan risiko dijangkiti kanser payudara sehingga 50%. Wow, amazing kan?? 

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis dan jenama produk soya di pasaran. Untuk mendapat khasiat terbaik dari soya ini, anda haruslah memilih jenama yang terbaik, berkualiti, halal dan selamat dan semestinya ESP SHAKLEE pilihan terbaik untuk anda (^_^)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE ini, anda boleh rujuk entry-entry saya yang berikut :

http://superummitalhah.blogspot.com/2014/05/esp-shaklee-protein-soya-paling-selamat.html

Maksud Tanda-tanda Sakit di Badan

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

 MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

.. Mata menjadi merah :
●Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

.. Mata menjadi kabur :
●Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

..Keluar tahi mata :
●Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

..Keluar air mata :
●Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
..Ketegangan mata dan kelopak :
●Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

 HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

..Selesema :
●Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

.. Hidung sumbat :
●Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

.. Bersin
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
● Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

 BATUK

.. Batuk keluar kahak :
●Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

.. Batuk tanpa kahak :
● Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

..Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang bany ak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

.. KERONGKONG
.. Kerongkong kering.
● Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
● Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

 BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

..Bibir pucat
● Sistem penghadaman yang lemah.
● Perut mengandungi angin.
● Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

.. Bibir kering dan pecah.
● Perut mengandungi banyak bahan toksin.

.. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

.. Lidah atau gusi bengkak, sakit :
●Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

..Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
● Menandakan darah mengandungi asid berlebihan...Mulut berbau busuk .
●Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

..Telinga terasa tersumbat :
●Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

.. Telinga berdengung :
●Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT Berpeluh :

.. Peluh masin :
●Badan mengandungi lebihan asid urik.

..Peluh berbau :
●Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

..RUAM DAN BISUL :
●Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

 KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

.. KULIT PECAH DAN BERAIR :
● Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR : ..Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

..Sakit Sendi rasa panas.
●Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

..Tidak rasa panas
●Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

..Sakit di bahagian bahu.
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

.. KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

.. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

..KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

.. SAKIT TAPAK KAKI :
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

.. SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

.. RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

.. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

.. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
●Menandakan penyakit migrain.

.. BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

.. RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

..MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

.. MUNTAH DARAH
● Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● D arah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.

..KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
. ..Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING

.. KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

.. AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

.. AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

.. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

..AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR

.. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

..SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.

..NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

.. NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

 BADAN :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

..Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.

..Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.

..Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

.. Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

 BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

..BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

.. BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

 RASA TAKUT MENGEJUT:
..Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

 CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

 RASA BIMBANG DAN TAKUT :
..Sistem paru-paru yang lemah.

.. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.

 SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
..Sistem penghadaman yang lemah..

 Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Anak Tiada Selera Makan - Apakah solusi terbaik?

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan bulan ini bulan PROMOSI MEALSHAKE SHAKLEE, saya nak cerita sedikit tantang pengalaman saya membesarkan anak sulung teruna saya yang sangat cerewet orangnya terutama bab makan. fuhh..tercabar sungguh iman seorang ibu bila nak bagi makan anak-anak yang cerewet macam ni. Setiap kali waktu makan, umpama berjuang di medan perang, hanya nak pastikan si anak makan.

KANAK-KANAK CEREWET MEMILIH MAKAN


Jom baca pengalaman saya (^_^)

PENGALAMAN SAYA SEBAGAI IBU KEPADA ANAK YANG MEMPUNYAI MASALAH TIADA SELERA MAKAN



ANAKANDA TERSAYANG -
TALHAH AL-AFKAR BIN MOHD KHAIRUDDIN

Anak saya pada permulaan umur dia mengenal solid food ketika berusia 6 bulan sudah menunjukkan ciri-ciri seorang kanak-kanak yang cerewet bab2 makan nih. Dia hanya akan makan home made porridge sahaja. Pernah saya cuba berikan nestum tapi badan dia seolah2 tak boleh terima makanan2 instant sebegitu. Habis sahaja 1 mangkuk nestum, dalam 5 minit kemudian dia terus muntahkan segala isi perut yang ada. Sejak dari itu saya tak berani lagi untuk beri anak saya makan makanan instant sebegitu.

Apabila dia masuk umur setahun, keadaan menjadi makin sukar kerana dia makin memilih makan. Sangat sukar untuk mengjangkakan bila dia mahu makan dan apa yang dia mahu. Bila tiba time makan, dia hanya rasa 1 suap sahaja dan jika tak kena dengan selera or mood dia ketika itu, dia akan tutup mulut serapat-rapatnya dan lari menyorok. Bermacam-macam menu saya buat, tapi sudahnya banyak yang dibuang sahaja. Sehinggalah saya nekad untuk mencuba MEALSHAKE SHAKLEE

MEALSHAKE SHAKLEE

Saya mula memberikan mealshake ini ketika umur dia setahun 1 bulan. Saya hanya berikan dia 1 sudu kecil mealshake sehari yang dibancuh dengan horlick (anak saya full breastfeed). Nasib baik dia suka horlick kerana sifatnya yang terlalu memilih, susu formula pun dia tak mahu minum. Saya pernah cuba bancuh mealshake dengan susu formula biasa tapi diluahnya balik.

Selepas lebih kurang seminggu, anak saya mula menampakkan perubahan. ALHAMDULILLAH...semuanya berlaku dengan izin Allah. Anak saya sudah mula mahu makan dan tidak terlalu cerewet lagi (sifat cerewet tu masih ada tapi sekurang2nya dia sudah mula mahu makan). Selagi sesuatu makanan itu tak pedas dan tiada sayur keras, dia akan makan sampai habis. I'm so happy!! (^_^)

SENTIASA CERIA BERSAMA WALID (^_^)

POSING DENGAN UMMI PULAK (^_^)

Satu lagi yang saya nak share ialah pasal keletah anak saya ni. Dia menjadi seorang kanak-kanak yang ceria, sempoi dan jarang sekali meragam. Jarang sakit dan sangat aktif. Kulit dia (walaupun tak berapa nak putih) sangat tahan lasak dan tidak ada masalah gatal2 seperti kebiasaan kanak2 sebaya usianya. 

JADI MODEL ESP SHAKLEE..hehe

Opss, lupa nak bagi tahu, saya juga amalkan OMEGA GUARD SHAKLEE sepanjang kehamilan dan sepanjang saya menyusukan dia. Mungkin sebab itulah dia semakin cerdas dan cergas. Untuk pengetahuan ibu-ibu semua, pengambilan omega 3 ketika hamil selain membantu dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan, ia juga mengurangkan risiko masalah kulit pada bayi terutama kulit sensitif atau alergik. Kulit bayi juga menjadi bersih dan lembut.

Okay, setakat ini sahaja pengalaman yang saya boleh kongsikan dengan ibu-ibu semua. Sudah tentu anda sebagai ibu juga mahu yang terbaik untuk anak-anak kan? Tak salah mencuba Mealshake Shaklee ini. Pelaburan untuk anak-anak takkan pernah rugi kerana merekalah harta kita dunia dan akhirat (^_^)

WASSALAM 

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail page :
Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegram : 017-9623963 / 03-80655814

MEALSHAKE SHAKLEE - makanan tambahan terbaik untuk kanak-kanak

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang untuk mommies pembaca setia blogku yang tak seberapa ini. Hari ini sempena bulan PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1 MEALSHAKE SHAKLEE, makanya saya pun nak bercerita la serba sedikit tentang mealshake ini.

Sebelum tu mari kita tengok dulu kandungan mealshake ini.


KANDUNGAN NUTRIENS DI DALAM MEALSHAKE 


KANDUNGAN MINERAL DAN VITAMIN DALAM MEALSHAKES

FAKTA NUTRISI DALAM SATU BEKAS MEALSHAKES 550 gm

1. Mealshake mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel badan dalam proses petumbesaran kanak-kanak.

2. Ia juga kaya dengan PROTEIN (tidak mengandungi laktosa) yang boleh membantu menyihatkan sel-sel dalam badan kanak-kanak serta membantu dalam pembinaan sel-sel organ, kuku dan darah.

3. Mealshake mengandungi vitamin A, C, E dan Zinc serta selenium sebagai antioksidan yang boleh membantu menguatkan sistem immunisasi badan kanak-kanak dalam menentang jangkitan dan virus.

4. Mealshake mengandungi vitamin B complex yang lengkap serta zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.

5. Ia lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral serta Zat penting di mana kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Ia juga mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

6. Mealshake kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan dari kolon dan perut.

7. Paling penting, mealshake tidak mengandungi sebarang PEWARNA ATAU GULA TIRUAN.


KEBAIKAN MEALSHAKE UNTUK KANAK-KANAK


MEALSHAKE MEMBANTU PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK DAN MENJADIKAN MEREKA LEBIH FOKUS DAN CERDAS
  1. Mengurangkan Eczema
  2. Untuk pertumbesaran
  3. Untuk perkembangan minda dan otak
  4. Membantu meningkatkan selera makan kanak-kanak
  5. Untuk memberi keperluan zat yang diperlukan oleh kanak-kanak yang telah berhenti menyusu susu ibu
  6. Untuk anak sentiasa aktif 
  7. Membantu meningkatkan berat badan kanak-kanak kepada berat ideal
  8. Membantu kanak-kanak supaya lebih fokus
  9. Meningkatkan sistem immunisasi kanak-kanak untuk melindungi mereka dari jangkitan penyakit seperti demam dan selsema
  10. Mengatasi masalah sembelit
  11. Membantu mengurangkan kekerapan serangan asma
  12. Sesuai untuk kanak-kanak yang menghidap diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti

Sebagai seorang ibu semestinya kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Apa yang saya boleh katakan, Mealshake Shaklee telah banyak membantu saya terutama dalam menangani krisis anak yang tidak mahu makan. So ibu-ibu, jika mengalami masalah yang sama dengan saya, tak salah mencuba MEALSHAKE SHAKLEE ini. 


KANAK-KANAK LEBIH AKTIF DAN CERIA


WASSALAM 

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ; 

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail 
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegram : 017-9623963 / 03-80655814

Wednesday, May 21, 2014

Krisis Penyembuhan @ Healing Crisis selepas mengambil Produk Shaklee

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee ?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin,
usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan 
buangan dan sisa-sisa dalam usus
besar

Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar 
yang tidak sihat dan sistem 
pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar 
kahak 
Kahak juga adalah petanda bagi m
enyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan 
darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul 
dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan 
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir 
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang 
banyak

Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah 
hati

Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Wednesday, May 14, 2014

Petua modern dan tradisional untuk hilangkan parut

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang untuk pembaca sekalian. Hari ini saya nak komgsikan sedikit info tentang PARUT. tak kisah la parut luka kena pisau ke, parut luka terbakar mahupun parut luka bersalin (terutama yang bersalin melalui kaedah pembedahan or caesarean)

Sebenarnya parut adalah pertumbuhan kolagen yang terbentuk akibat proses penyembuhan luka secara semula jadi. Kolagen terdiri daripada sekumpulan protein yang wujud secara semula jadi dan membentuk komponen utama tisu-tisu penghubung.

Penghasilan kolagen yang berlebihan dan cepat pada kawasan yang tercedera menyebabkan parut terbentuk.


Apabila kulit tercedera, tubuh kita bertindak dengan segera untuk memperbaiki kawasan yang terlibat. Ia menumpukan segala masa dan sumbernya untuk terus bertahan dan bukan untuk menyembuhkan luka tersebut dengan sempurna. Walaupun parut akan melalui pelbagai perubahan dalam proses kematangannya, ia tidak akan mendapat kembali kekuatan asal daripada kulit di sekelilingnya. Selain itu, folikel rambut dan kelenjar peluh di kawasan parut juga tidak akan terbina semula.

Mengapakah parut saya kelihatan berbeza daripada parut orang lain?


Oleh sebab proses penyembuhan berbeza mengikut tubuh setiap individu, penampilan akhir parut juga akan turut berbeza. Faktor-faktor seperti jenis kulit, lokasi parut, jenis kecederaan, umur dan status pemakanan memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana parut tersebut akan kelihatan.

Jenis-jenis parut


Parut biasa: 


PARUT LUKA BIASA

Biasanya kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, tetapi menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.

Parut atrofi: 


PARUT CACAR AIR

Biasanya mewujudkan tekanan di bawah permukaan kulit. Contoh parut-parut ini adalah seperti parut akne atau parut cacar air.


Parut hipertrofik:


PARUT HIPERTROFIK AKIBAT LUKA

Biasanya timbul di atas permukaan kulit. Ia dikenal pasti melalui jumlah kolagen yang berlebihan, namun kekal dalam lingkungan kawasan luka tersebut sahaja.

Parut keloid: 


PARUT KELOID AKIBAT TERKENA API
Keloid tidak sama seperti parut hipertrofik. Walaupun ia juga parut yang timbul, keloid boleh merebak melebihi lingkungan kawasan luka. Ia juga mungkin terus membesar dan muncul semula walaupun selepas dibuang.

Petua / cara untuk hilangkan parut


1. Kulit kayu manis & bedak sejuk


KULIT KAYU MANIS

BEDAK SEJUK

Sediakan 2 batang kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus dan kemudian campur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Lepas tu lumurkan pada tempat berparut. Lakukan sekerap yang mungkin, in shaa Allah lama kelamaan parut akan pudar.

2. Daun lidah buaya


DAUN LIDAH BUAYA

LENDIR DAUN LIDAH BUAYA DIPICIT KELUAR


Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun tersebut pada parut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3. Asam jawa


BUAH ASAM JAWA

ISI ASAM JAWA YANG TELAH DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR


Ambil sedikit asam jawa, campur sedikit air dan ramas. Jangan terlalu cair. Sapukancampuran asam jawa ini pada tempat berparut kemudian tunggu sehingga ia kering. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam sebelum tidur, in shaa Allah lama kelmaan parut akan beransur hilang.

4. Kulit pisang


KULIT PISANG

LENDIR KULIT PISANG DISAPU KE KULIT BERPARUT


Sapukan lendir kulit pisang (bahagian dalam) pada bahagian berparut setap hari sehingga parut hilang.

5. Kacang hijau


KACANG HIJAU

KACANG HIJAU YANG TELAH DITUMBUK DAN DICAMPUR AIR DISAPUKAN KE KAWASAN BERPARUT


Ambil segenggam kacang hijau, tumbuk sehingga hancur menjadi serbuk (bedak) kemudian campur sedikit air. Sapukan pada bahagian yang berparut. Amalkan sekerap yang boleh.

6. Jagung muda


JAGUNG MUDA


Sediakan jagung muda, parut hingga lumat dan sapukan pada bekas parut setiap hari sehingga kesannya pudar.

7. Vitamin shaklee (^_^)

ESP SHAKLEE
  • ESP merupakan sebatian protein yang sangat penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit serta membentuk elastik fiber untuk penegangan kulit
Vitamin C Shaklee
         
SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE
  • VITAMIN C merupakan antioksidan yang membantu proses pembaikan tisu terutama bekas2 jerawat dan parut. Ia juga membantu penghasilan kolagen dalam badan yang boleh membantu menguatkan sel kulit
Vitamin E Complex Shaklee
VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE
  • VITAMIN E juga sejenis antioksidan yang membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit dan mengelakkan tisu teroksida untuk menjadikan kulit lebih gebu
Collagen Powder Shaklee
COLLAGEN POWDER SHAKLEE
  • COLLAGEN membantu mengecilkan liang2 pori yang kelihatan serta menghilangkan kedutan dan garis2 halus

Sekian dulu untuk entry kali ini.

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp : 017-9623963

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya