Friday, May 23, 2014

Anak Tiada Selera Makan - Apakah solusi terbaik?

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan bulan ini bulan PROMOSI MEALSHAKE SHAKLEE, saya nak cerita sedikit tantang pengalaman saya membesarkan anak sulung teruna saya yang sangat cerewet orangnya terutama bab makan. fuhh..tercabar sungguh iman seorang ibu bila nak bagi makan anak-anak yang cerewet macam ni. Setiap kali waktu makan, umpama berjuang di medan perang, hanya nak pastikan si anak makan.

KANAK-KANAK CEREWET MEMILIH MAKAN


Jom baca pengalaman saya (^_^)

PENGALAMAN SAYA SEBAGAI IBU KEPADA ANAK YANG MEMPUNYAI MASALAH TIADA SELERA MAKAN



ANAKANDA TERSAYANG -
TALHAH AL-AFKAR BIN MOHD KHAIRUDDIN

Anak saya pada permulaan umur dia mengenal solid food ketika berusia 6 bulan sudah menunjukkan ciri-ciri seorang kanak-kanak yang cerewet bab2 makan nih. Dia hanya akan makan home made porridge sahaja. Pernah saya cuba berikan nestum tapi badan dia seolah2 tak boleh terima makanan2 instant sebegitu. Habis sahaja 1 mangkuk nestum, dalam 5 minit kemudian dia terus muntahkan segala isi perut yang ada. Sejak dari itu saya tak berani lagi untuk beri anak saya makan makanan instant sebegitu.

Apabila dia masuk umur setahun, keadaan menjadi makin sukar kerana dia makin memilih makan. Sangat sukar untuk mengjangkakan bila dia mahu makan dan apa yang dia mahu. Bila tiba time makan, dia hanya rasa 1 suap sahaja dan jika tak kena dengan selera or mood dia ketika itu, dia akan tutup mulut serapat-rapatnya dan lari menyorok. Bermacam-macam menu saya buat, tapi sudahnya banyak yang dibuang sahaja. Sehinggalah saya nekad untuk mencuba MEALSHAKE SHAKLEE

MEALSHAKE SHAKLEE

Saya mula memberikan mealshake ini ketika umur dia setahun 1 bulan. Saya hanya berikan dia 1 sudu kecil mealshake sehari yang dibancuh dengan horlick (anak saya full breastfeed). Nasib baik dia suka horlick kerana sifatnya yang terlalu memilih, susu formula pun dia tak mahu minum. Saya pernah cuba bancuh mealshake dengan susu formula biasa tapi diluahnya balik.

Selepas lebih kurang seminggu, anak saya mula menampakkan perubahan. ALHAMDULILLAH...semuanya berlaku dengan izin Allah. Anak saya sudah mula mahu makan dan tidak terlalu cerewet lagi (sifat cerewet tu masih ada tapi sekurang2nya dia sudah mula mahu makan). Selagi sesuatu makanan itu tak pedas dan tiada sayur keras, dia akan makan sampai habis. I'm so happy!! (^_^)

SENTIASA CERIA BERSAMA WALID (^_^)

POSING DENGAN UMMI PULAK (^_^)

Satu lagi yang saya nak share ialah pasal keletah anak saya ni. Dia menjadi seorang kanak-kanak yang ceria, sempoi dan jarang sekali meragam. Jarang sakit dan sangat aktif. Kulit dia (walaupun tak berapa nak putih) sangat tahan lasak dan tidak ada masalah gatal2 seperti kebiasaan kanak2 sebaya usianya. 

JADI MODEL ESP SHAKLEE..hehe

Opss, lupa nak bagi tahu, saya juga amalkan OMEGA GUARD SHAKLEE sepanjang kehamilan dan sepanjang saya menyusukan dia. Mungkin sebab itulah dia semakin cerdas dan cergas. Untuk pengetahuan ibu-ibu semua, pengambilan omega 3 ketika hamil selain membantu dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan, ia juga mengurangkan risiko masalah kulit pada bayi terutama kulit sensitif atau alergik. Kulit bayi juga menjadi bersih dan lembut.

Okay, setakat ini sahaja pengalaman yang saya boleh kongsikan dengan ibu-ibu semua. Sudah tentu anda sebagai ibu juga mahu yang terbaik untuk anak-anak kan? Tak salah mencuba Mealshake Shaklee ini. Pelaburan untuk anak-anak takkan pernah rugi kerana merekalah harta kita dunia dan akhirat (^_^)

WASSALAM 

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail page :
Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegram : 017-9623963 / 03-80655814

No comments:

Post a Comment