Sunday, May 10, 2015

12 Waktu Mustajab Doa

Waktu mustajab doa:

1) di saat kita menarik nafas
Tarik 2 saat
Tahan 4 saat
Lepaskan 6 saat

Saat kita tarik dan hembus time tu kita doa

2) ketika zikir, istighfar dan selawat

3) ketika bersin- kita bersin atau org lain bersin

4) ketika sedang mandi

5) ketika sedang menguap

6) ketika nak tidur

7) ketika bangun tidur

8) ketika bersama suami diwaktu mencapai klimaks

9) ketika minum air

10) ketika terjaga di waktu malam..bangun dn trus berdoa..kena ingat bahawa kita terjaga di tengah malam, ketika itu Allah kejut supaya kita bangun dan berdoa (sebab Dia nak bagitahu time tu doa kita mudah dimakbulkan)

11) semasa membaca al quran

12) ketika hujan

Ambil peluang stiap saat ni kita berdoa..

Ingat ye, apa yg kita rasa, buat, fikir dan sebut semua tu adalah doa..so guna kan peluang doa mustajab ni at least sebut dlm hati..ada lintasan hati..

Lagi satu..selepas kita submit..kita tarik nafas dan hembus..bygkan yg kita serahkan apa yg kita nak kpd Allah..Allah yg akan aturkan smua..kerja kita buat dan usahakan..

Friday, May 8, 2015

Parenting Tips : Bagaimana untuk menjadi IBU BAPA TERBAIK kepada anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

Sempena hari Jumaat yang barakah ini, saya nak share sedikit ilmu keibubapaan yang saya dapat dari facebook. Buat pedoman untuk saya sendiri dan juga mommies di luar sana. Jom baca (^_^)

Bagaimana untuk menjadi IBU bAPA TERBAIK kepada anak-anak


Jom jadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita ;)
Jom jadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita ;)

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya


Okay, tu sahaja tips kali ini. Joma sama-sama amalkan. By the way, siapa-siapa yang share ilmu ni dapat pahala tau..heee (^_^)


WASSALAM 

Tips Sebelum Membeli Set Bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak bagi simple tips jek. Kepada adik-adik kakak-kakak yang bakal menjadi mommy or yang dah jadi mommy tengah tunggu next baby, dan sedang mencari-cari SET BERSALIN @SET PANTANG bERSALIN, meh baca tips-tips ni dulu. Buat panduan mommies semua supaya tak menyesal di kemudian hari..(^_^)

TIPS SEBELUM MEMBELI SET BERSALIN @ SET BERPANTANG

Tips Sebelum membeli Set bersalin
Tips Sebelum membeli Set bersalin
1. Sila pastikan produk yang bakal dibeli itu adalah halal dan selamat untuk baby. Kebanyakan set bersalin bahan asasnya adalah jamu, as we all know jamu ni bersifat panas, jadi ada kemungkinan akan mengganggu perut bayi. Boleh jadi cirit. Walaupun tidak dinafikan jamu mungkin sangat bermanfaat dari segi kandungannya untuk ibu selepas bersalin, tapi daripada kita asyik susah hati nak fikir nak makan ke tak, baik fikir dulu yang mana lebih sesuai semasa dalam tempoh berpantang ni. Banyak lagi alternatif set bersalin yang lain yang selamat untuk ibu & baby, contohnya macam Set Bersalin Shaklee. So fikirkan yang terbaik untuk mommies dan baby jugak ya.

2. Cuba cari set bersalin yang mempunyai manfaat berganda. Contohnya selain bermanfaat untuk kecerdasan ibu, ia juga boleh membantu dalam penghasilan susu ibu yang lebih mantap, jadi kita jimat kerana tidak perlu mengambil banyak produk. Susu ibu sangat-sangat penting ketika berpantang sebab ketika ini lah baby kita sedang cuba adapt dengan dunia baru dan mereka perlukan antibodi yang kuat untuk melawan segala kuman dan bakteria yang berada di sekeliling mereka. So, kalau boleh mommies bagilah full breastfeed sepanjang tempoh berpantang nanti ya.

3. Tengok bajet mommies. Belanja ikut keperluan, contohnya cari satu jenis minyak yang boleh dipakai serbaguna daripada membeli 3 jenis minyak yang mempunyai fungsi hampir sama. Set bersalin sekarang harga memang mahal-mahal, so mommies kenalah pandai memilih within your budget.

4. Tak perlu beli full set bersalin. Beli produk yang diperlukan sahaja (loose pack). Maknanya ambil produk (yang ada dalam set bersalin tu) yang kita perlu dan akan guna sampai habis. Kalau tak memang membazir saja. Dari pengalaman sendiri 2 kali bersalin, memang membazir dan merugikan saja kalau beli satu full set tapi at last tak guna sangat pun sebab sibuk dengan anak-anak (dan kurang kerajinan..hehe) Contoh: Jamu-jamu yang sapu kat dahi bagai tu (param & pilis), lulur dan macam-macam jenis minyak. semua ni tak wajib pun. So kalau spesis yang kurang rajin macam saya ni, better JANGAN BELI FULL SET

5. Cari set bersalin yang multipurpose fungsinya. Maksudnya selain untuk digunakan semasa pantang bersalin, boleh juga dipakai untuk tujuan lain. Seperti vitamin-vitamin dalam set bersalin shaklee; alfalfa boleh juga diambil oleh suami yang nak kuruskan badan, b complex boleh diambil lepas berpantang ketika stress or vitalea untuk masalah lesu or penat selepas bekerja. See, semua orang boleh ambil vitamin-vitamin tu, so takdelah membazir kalau tak mampu nak habiskan semasa dalam pantang.

6. Beli Set bersalin yang berjenama atau brand yang sudah dikenali dan lama di pasaran (seperti Shaklee, Nona Roguy, Amway & etc) untuk memastikan kandungan ubat atau jamu tersebut tidak berbahaya seperti yang banyak berlaku sekarang. Macam kes baru-baru ni, ada yang kena buang ovari sebab tersalah makan produk kesihatan wanita. So berhati-hati ya mommies.

Kalau mommies nak lagi mudah, saya cadangkan SET BERSALIN SHAKLEE a.k.a SET BERSALIN MODERN.

tips pilih set bersalin
SET BERSALIN SHAKLEE pilihan wanita modern masa kini
  • Tak panas, so tak effect baby
  • Ada Vitamin C dan Zinc Complex untuk luka bersalin cepat sembuh (fungsi sama macam pati haruan or gamat)
  • Ada ESP (sumber protein soya) untuk tambahkan susu badan dan bagi tenaga 
  • Ada B Complex untuk elak mommies meroyan ketika berpantang
  • Ada Vitalea untuk control hemoglobin darah lepas bersalin (untuk elak anemia in case bleeding or tumpah darah ketika bersalin)
  • Ada Ostenatrix untuk elak sembelit

Set ini juga dikenali sebagai SET BERSALIN MODERN sebab tak ada sapu-sapu jamu kat dahi bagai. hehe Tapi kalau mommies nak yang tradisional pun boleh, nak combine tradisional dengan set modern ni pun boleh, tak ada masalah (^_^)

Okay, itu sahaja tips yang saya nak share kali ini. 
SELAMAT MEMBELI SET BERSALIN YANG TERBAIK YA MOMMIES!!!

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA