Showing posts with label cara menjemput rezeki. Show all posts
Showing posts with label cara menjemput rezeki. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Parenting Tips : Bagaimana untuk menjadi IBU BAPA TERBAIK kepada anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

Sempena hari Jumaat yang barakah ini, saya nak share sedikit ilmu keibubapaan yang saya dapat dari facebook. Buat pedoman untuk saya sendiri dan juga mommies di luar sana. Jom baca (^_^)

Bagaimana untuk menjadi IBU bAPA TERBAIK kepada anak-anak


Jom jadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita ;)
Jom jadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita ;)

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya


Okay, tu sahaja tips kali ini. Joma sama-sama amalkan. By the way, siapa-siapa yang share ilmu ni dapat pahala tau..heee (^_^)


WASSALAM 

Sunday, April 12, 2015

Terpaksa Cari Side Income kerana GST ??? Peluang ada di sini..

Assalamualaikum w.b.t

HAri ini dah masuk dekat 2 minggu sejak pelaksanaan GST oleh pemimpin yang "TERSAYANG" (hakkkktuiiiihh!!). Pelbagai reaksi dan respon oleh rakyat. Macam biasalah pemimpin selalu menjanjikan bulan bintang kepada rakyat, tapi hakikatnya apa yang kita dapat??. TAHIK BINTANG sahaja (sorry la emosi lebih pulak hari ni, maklumlah harga susu and pampers anak semua dah naik (T_T) )

Dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang, negara dijangka akan bankrup pada tahun 2019 (4 tahun sahaja dari sekarang). Berdasarkan research saya (suami saya Pendakwaraya KASTAM, banyak info yang sahih saya dapat dari beliau), apabila negara kita bankrup, tiada lagi peluang pekerjaan, yang bekerja akan dipecat, yang meniaga tidak maju (sebab orang dah takde duit nak shopping). The only way untuk survive semasa kegawatan ekonomi ialah kita mesti perlu ada banyak CASH MONEY. Yes, duit cash, wang cash, pitih cash, ongkos cash (or whatever you named it). It has to be cash sebab dengan cash money itu kita guna untuk beli barang keperluan waktu itu. 

So bermula dari saat ini ( I mean right now!) kita perlu buat sesuatu that can make money. Macam saya sendiri, walau pun suri rumah sahaja, saya ada income sendiri, bukannya goyang kaki tunggu husband hulur duit setiap bulan (and unfortunately my husband not that rich to supply me money..hehe) Makanya yang mana suri rumah macam saya, student or yang tengah menanam anggur (penganggur), anda perlu berbuat sesuatu sekarang. Start it now!!  

shaklee
(^_^)

Q:BUT HOW???


If somebody asks me HOW?? i will answer, stop asking and lets follow me!! (^_^)/

Sedikit info tentang diri saya, berumur 27 years old, mempunyai IJAZAH UNDANG-UNDANG dari International Islamic University Malaysia (IIUM @ UIA), pernah bekerja sebagai Senior Assistant Registrar di Kuala Lumpur High Court. 

And now?? I am a mother of 2 lovely kids whom I took care by myself. (insert a very satisfied mode here..hehe) Ibu mana yang tak gembira bila tangan sendiri yang membesarkan anak-anak. Your kids first step, your kids first word, your kids first macam-macamlah..and you can witness it by your own eyes, bukannya pengasuh ambil video then whatsapp to you (sorry career mother, i'm just over excited nak cerita). Dan for you all punya information, its NOT EASY TO GIVE UP YOUR WONDERFULL HIGH PAID JOB, just to be a GREAT MOTHER to your kids (with income also..hehe)

bisness tanpa modal dengan shaklee
I am a WORK AT HOME MOTHER (^_^)

And now also, being a FULL TIME MOTHER, its not an excuse untuk saya goyang kaki. Yes, money is not everything but without money, sayang pun boleh melayang..ehehe Duit sebenarnya sangat penting pada dunia hari ini especially when you are parents. Semestinya kita nak beri yang terbaik untuk anak-anak, and yang terbaik itu usually cost some money. hmm jauh pulak melalut ni.

Okay, back to our main point is, how we want to earn money?? Dengan GST sekarang, laagila kita TERPAKSA CARI SIDE INCOME. So saya cadangkan anda untuk bersama saya, laburkan sedikit usaha dan kerajinan untuk buat bisness online. Yes, bisness online yang flexible, no keluar sana sini untuk dengar seminar itu ini. And part yang saya paling suka (sebab tak perlu keluar rumah) ialah all are online base. Maksudnya coaching online, webinar online (somekind yang macan video conference tapi yang ni dengar suara sahaja) , order barang pun online sahaja, senang kan???

Q:Modal mana nak cekau?? Dah la tengah gawat dengat GST ni ..


Okay,biasanya orang cakap kalau nak buat bisness wajib ada modal. Tapi di sini saya nak tekankan TAK ADA MODAL pun boleh buat bisness jugak (^_^). Ada dua cara yang saya nak offer kat anda semua

1) Jadi dropship agent saya (Tak perlu keluar duit walau 1 sen pun, just cari customer then saya akan uruskan semua termasuk penghantaran barang)

2) Jadi ahli bawah saya (yuran serendah RM80 (with GST) sahaja seumur hidup), then enjoy pelbagai insentif yang company akan bagi termasuk lah CASH MONEY.

Baca kat SINI untuk lebih informasi tentang keahlian Shaklee

Okay, dah tak mau cerita panjang-panjang, sesiapa yang berminat untuk meningkatkan ekonomi hidup di zaman GST dan harga barang melambung sekarang ni, bolehlah sertai keluarga besar kami, in shaa Allah anda akan dibimbing sehingga berjaya (from zero to hero!!)

Sertai kami sekarang dengan menekan link di bawah dan isikan details anda


atau hubungi saya melalui

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

FAST ACTION FAST RESULT!!!


Sunday, May 11, 2014

Kisahku dan Shaklee- bermula dengan tangisan berakhir dengan senyuman ♥♥

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

hari ini nak cerita sikit salah silah macam mana saya boleh terjoin shaklee ni. Walau pun tak dramatik sangat, tapi saya nak cerita juga..hehe

JOM BACA KISAHKU DAN SHAKLEE (^_^)

Okay, alkisahnya ini bermula semasa bulan Julai 2012, masa tu anak sulung saya baru berusia 5 bulan dan fully breastfeed. Masa tu susu badan memang kurang sangat, maybe sebab baby semakin membesar makanya supply susu saya tak cukup. Baby selalu menangis dan mengamuk sebab tak cukup susu. Masa tu dah risau sangat sebab tak lama lagi nak puasa, lagi lah kronik bekalan susu badan saya ni..

Alkisahnya lagi kawan saya ni baru sahaja start bisness shaklee dia, so dia cadangkan kat saya untuk mencuba supplement Shaklee ni iaitu Set Menyusu. Mula2 tu saya ambil ESP, B complex, Alfalfa dan Vitalea. Alhamdulillah,dgn izin ALLAH, selepas seminggu saya cuba amalkan set penyusuan tu, bekalan susu saya kembali meriah, baby saya suka sangat dan kembali ceria, dah tak mengamuk tak cukup susu (^_^)

Nak dijadikan cerita lagi, kebetulan masa tu saya memang tengah mencari2 bisness online yang saya boleh buat (sebab saya dah resign dari kerja sebelum baby saya lahir. Dah macam2 bisness saya cuba tapi mungkin sebab tak ada ilmu secukupnya pasal online marketing, facebook, page dan blog, makanya semua bisness saya tak menjadi. Disebabkan dah buntu sangat masa tu, ditambah pula keadaan kewangan yang makin kritikal, maka kawan saya ajaklah join dia sama2 buat bisness shaklee ni. Saya masih ingat lagi masa itu mind set saya ialah dah terlalu ramai yang jual shaklee ni, so for sure saya jual tak laku. Tapi ternyata telahan saya salah sama sekali. Itulah tandanya rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah, tinggal nak kena usaha dan doa sahaja (^_^)

Sekarang sudah lebih setahun saya berbisness shaklee..ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan keluarga SHAKLEE yang bukan sahaja membantu meningkatkan taraf ekonomi saya malah membantu saya menjadi muslimah dan hamba Allah yang lebih dekat dengannya. Dalam group Shaklee kami, prinsip dan konsep bahawa rezeki di tangan ALLAH, bukan di tangan manusia membuatkan saya dan ahli2 group yang lain terus bersemangat dan berjuang dalam bisness ini. 

SYUKUR KE HADRAT ILAHI ATAS REZEKI DAN NIKMAT YANG DIBERI

Walaupun di pandangan mata umum, mungkin mereka di luar sana memandang saya sekadar jobless graduate, duduk rumah jaga anak semata2, tapi ramai yang tidak tahu, dengan berada di rumah sambil jaga anak, sambil ber bisness shaklee, saya sudah pun memiliki rumah sendiri. Kalau melihat pada slip gaji suami sahaja, memang tak merasalah kami ada rumah sendiri. Tapi dengan kuasa Allah yang mengurniakan rezeki, permohonan pinjaman untuk membeli rumah menggunakan slip gaji suami serta penyata bonus shaklee saya (JOINT INCOME APPLICATION) diluluskan oleh pihak bank. Syukur kami tidak terhingga!!

JANTUNG HATIKU - ANAK DAN SUAMI TERCINTA

Mungkin ramai yang tidak tahu potensi dalam bisness shaklee ini. Selain daripada menambah pendapatan bulanan, banyak lagi insentif2 dan peluang2 yang ada dalam shaklee seperti permohonan pinjaman rumah menggunakan penyata bonus shaklee yang saya ceritakan tadi. Selain itu shaklee ada menawarkan bonus kereta, peluang menunaikan umrah secara percuma dengan layanan 5 bintang dan banyak lagi.

So anda2 di luar sana, jangan sekadar berangan mat jenin sahaja, jom kita sama2 merealisasikan impian untuk taraf hidup yang lebih baik. Saya sudah mengorak langkah, anda bila lagi?? Fast action, fast result.hehe

Okay, untuk info lebih lanjut tentang kelebihan2 yang anda dapat apabila mendaftar sebagai ahli Shaklee dan cara untuk mendaftar, boleh baca di SINI atau:

Sertai kami sekarang dengan menekan link di bawah dan isikan details anda


atau hubungi saya melalui

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

FAST ACTION FAST RESULT!!!


Sekian dahulu entry saya pada kali ini

Wassalam

WHY SHAKLEE???

Monday, April 28, 2014

KELEBIHAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA - jom jemput rezeki

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya bersiaran dari office husband di putrajaya, tunggu suami tercinta buat kerja (boring sebenarnya..hehe)

Okay, dari buang masa layan boring2, saya nak share sedikit info tetapi banyak manfaatnya iaitu mengenai SOLAT DHUHA


Apa keistimewaan solat Dhuha ni ya?


# Ianya Amalan Berbentuk Sedekah


Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

# Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari


Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

# Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah 


Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

# Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat 


Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


TATACARA PELAKSANAAN SOLAT DHUHA





# waktu Mengerjakan Solat Dhuha



Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ

Maksudnya:Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

# Jumlah Rakaat Solat Dhuha


Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

# Cara Mengerjakan Solat Dhuha


Rakaat Pertama


1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua


1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Okay, sekian dulu perkongsian saya untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk semua

WASSALAM

Ummitalhah
WAHM with Shaklee ♥♥