Sunday, July 14, 2013

Tips Menyusukan Bayi di Bulan Puasa..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam 5 Ramadahan (^_^)

Rasanya belum terlambat untuk saya share @ berkongsi sedikit info yang saya rasa sangat berguna untuk ibu2 yang menyusukan anak di luar sana. Seperti saya sendiri, menyusukan anak ketika berpuasa kadang2 mengundang kerisauan. Risau si kecil tersayang tidak mendapat cukup khasiat @ susu yang diberi tidak mengenyangkan kerana saya berpuasa. Dari pengalaman yang lalu, iaitu pada tahun lepas, ketika bulan puasa bayi saya baru berumur 5 bulan di mana susu ibu merupakan makanan utamanya. Memang tak dapat dinafikan, kerana terlalu risau dan mungkin juga pengambilan makanan yang tidak teratur (nak diet la kononnya..huhu), susu saya merudum dengan teruknya, sampaikan anak saya akan mengamuk dan meraung setiap kali lapar dan selepas menyusu (bermakna susu saya tak cukup)

Masa itula saya terfikir untuk mencuba SET MENYUSU SHAKLEE (masa tu beli trial pack sahaja sebab baru nak cuba & tak mampu nak beli banyak2). Alhamdulillah berkat bantuan set menyusu Shaklee dan pemakanan yang seimbang, dengan izin Allah bekalan susu saya kembali normal, anak pun suka (^_^). Kalau dulu malam2 mesti bangun sampai 6x untuk menyusu, sekarang sekali @ 2 kali pun da cukup buatkan anak saya tidur lena sampai ke pagi ;)

Ni dia SET MENYUSU SHAKLEE~



Okay, sekarang back to the main issue: MENYUSUKAN BADAN DI BULAN PUASA



Sebenarnya, meneruskan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak semata-mata bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara.

Anda perlu tahu bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.
FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.
 
Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.
 

Masalah Susu Kering


Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan. Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.
 
Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.
 
Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.
 
Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.
 

Dehidrasi


Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil PERFORMANCE DRINK SHAKLEE sebagai salah satu ikhtiar supaya tidak mengalami masalah dehidrasi yang boleh menggangu bekalan susu ketika berpuasa. Performance Drink ini berfungsi untuk membantu menyimpan dan mengimbangi bendalir @ cecair di dalam badan supaya tidak berlakunya masalah dehidrasi dan ibu kekal cergas sepanjang sepanjang hari walaupun berpuasa dan menyusukan anak ;)
 
 
Selain itu, masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri. Walau bagaimanapun jika masalah ini sentiasa berlaku, disarankan untuk mencuba VITALEA SHAKLEE. Vitalea ini merupakan multivitamin yang membantu memberikan nutrient penting dan tenaga berpanjangan terutamnya bagi mereka yang sentiasa sibuk, berpuasa @ menyusukan bayi (walaupun tidak berpuasa). Multivitamin ini juga boleh membantu mengembalikan HB darah ke paras normal.
 
  

Panduan Pemakanan

 1. Minum Air Mencukupi


 Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
 

2. Jangan Abai Sahur


 Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
 
Sahur terbaik yang boleh membantu para ibu menyusu kekal bertenaga ialah ESP + MEALSHAKE + PERFORMANCE DRINK SHAKLEE . Gabungan 3 Energy Booster ini insyaallah akan menjadikan ibu2 mampu melakukan rutin harian seperti biasa dan paling penting menyusukan bayi anda dengan lebih mudah tanpa kepenatan yang melampau ;)
 
 

3. Makan Kurma Ketika Berbuka


 Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
 

4. Banyakkan Buah Dan Sayur


 Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

 

5. Ambil Lebih Lemak Sihat


 Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
 

6. Amalkan Madu


 Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
 

7. Elakkan Minuman Bikarbonat


 Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.
 
Okay, sekian dahulu perkongsian saya pada hari ini, sekarang nak keluarkan lauk, nak masak untuk berbuka petang nanti. Salam 5 Ramadhan (^_^)
 
WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814