Showing posts with label GLA shaklee. Show all posts
Showing posts with label GLA shaklee. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

Tips untuk mendapat zuriat, mudah hamil

Assalamualaikum w.b.t

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.






Tips Mudah Hamil

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. 


cuba hamil dengan vitamin shaklee
Proses Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


2. Jumpa doktor anda. 


set kehamilan shaklee
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda tidak ada masalah kesihatan yang boleh menghalang anda untuk hamil

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.


Rujuk entry-entry di bawah untuk info lanjut tentang :

i. Perbezaan antara cyst dan fibroid
ii. Punca cyst dan rawatan alternatif selain pembedahan
iii. Senggugut (ENDOMETRIOSIS) penyebab kemandulan?


3. Dapatkan berat badan yang ideal. 


berat badan ideal penting untuk mudah hamil
Berat badan yang ideal penting untuk mereka yang sedang cuba hamil

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.


4. Ketahui waktu subur anda.

 

waktu subur
Kitaran haid dan tanda waktu subur penting untuk merancang kehamilan
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.


5. Hubungan seks yang lebih kerap. 


seks kerap penting untuk mudah hamil
hubungan seks yang kerap penting untuk mudah hamil

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.


6. Tingkatkan kesuburan suami. 


set kehamilan shaklee
gaya hidup sihat antara tips cepat hamil
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

Rujuk entry ini untuk info lanjut tentang Punca ketidaksuburan suami isteri 


7. Mengambil vitamin atau suppliment tambahan. 


set kesuburan shaklee
vitamin Shaklee untuk meningkatkan kesuburan dan membantu untuk mudah hamil
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Kandungan Asid folik yang disarankan ada tedapat di dalam B complex & Vitalea Iron formula SHAKLEE. Selain B complex dan Vitalea, GLA Shaklee memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita, menstabilkan hormon serta membantu menormalkan kitaran haid supaya lebih mudah untuk menentukan waktu subur dan merancang kehamilan. Alfalfa pula bertindak untuk melancarkan kitaran haid serta menaikkan hormon seks wanita.

Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma yang berkualiti dan tidak cacat (no defect). Zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Juga Vitamin E untuk memberi suami lebih tenaga serta membantu penghasilan sperma yang banyak.

8. Bersenam secara rutin . 

bersenam untuk mudah hamil
Bersenam secara rutin 
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.


9. Mengambil makanan yang seimbang. 


set kesuburan shaklee
Pemakanan seimbang penting untuk mudah hamil
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

Produk soya yang saya cadangkan ialah Energizing Soy Protein Shaklee (ESP). ESP ini mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi, kalsium, asid folik tanpa karbohidrat. Susu ESP ini sangat disarankan untuk wanita-wanita yang cuba hamil kerana ia membantu menguatkan rahim.
set kesuburan shaklee
sumber protein yang baik untuk diet mereka yang sedang cuba hamil

10. Kurangkan tekanan. 


b complex shaklee legakan stress
Tekanan juga antara punca sukar hamil
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. 


vivix bantu masalah perokok tegar
Rokok memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan seseorang
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari. 

ok itu sahaja info yang ingin dikongsi, semoga usaha anda berhasil (^_^) 

WASSALAM 


Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ; 


fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail 

fb page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
whatsapp/sms/call : 017-9623963 / 03-80655814


ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Sunday, April 5, 2015

Tips Mudah Hamil dengan GLA Complex Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang untuk semua (^_^)

Hari ni happy semacam sebabnya.......

1) Bulan April ni ada promo GLA COMPLEX SHAKLEE!!!!

2) Dapat testimoni hangat panas2 customer yang amalkan GLA ni dah hamil!!! ALHAMDULILLAH (^_^)


❤ Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?


GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
  
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezekia anak, cuba periksa cecair serviks anda.Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan. Makanya boleh la berikhtiar dengan GLA Complex Shaklee ni. In shaa Allah kalau ada usaha Allah akan kurniakan hasilnya (^_^)

WASSALAM 
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ; 

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail 
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsApp : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Monday, May 26, 2014

Punca ketidaksuburan - suami isteri perlu dapatkan pemeriksaan segera!

Assalamualaikum w.b.t

Lumrah dalam sebuah perkahwinan mengimpikan kehadiran cahaya mata penyeri hidup. Walau bagaimanapun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam hal ini. Ada yang telah lama mencuba tetapi tidak berhasil. Oleh sebab itu, jika selepas 6 bulan usaha untuk cuba untuk hamil gagal, dinasihatkan supaya pasangan tersebut segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenal pasti punca ketidaksuburan di kedua-dua belah pihak.

PUNCA KETIDAKSUBURAN

masalah kesuburan suami isteri
Tidak Subur punca sukar hamil



WANITA


1. Gangguan Telur

Keseimbangan hormon sangat penting untuk hamil. Hormon yang tidak seimbang menganggu dalam proses ovulasi sehingga menyebabkan telur tidak matang. Ianya boleh berlaku apabila berat badan yang terlalu kurang atau berat, mengalami perubahan berat yang mendadak dalam masa yang singkat atau kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu ujian hormon dapat membantu punca dikenal pasti.

Cadangan supplement : GLA COMPLEX

2. Saluran Tiub Fallopio Tersumbat

Masalah ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh Endometriosis. Ujian HSG atau Laparoshopi (hysterosalpingogram) dapat mengenal pasti punca masalah ini.

Cadangan Supplement : GLA COMPLEX, VITAMIN C DAN VITAMIN E
Ia berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoskopi akan membantu mengenal pasti punca.

Cadangan supplement : GLA COMPLEX

4. Antibodi menyerang

Dalam kes yang jarang berlaku ini, tubuh tak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel gamet (telur dan sperma). Kes di mana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

Cadangan supplement : Vitamin C

5. Masalah Rahim

Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim (tidak mengakibatkan kanser) yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenal pasti punca masalah.

Cadangan supplement : GLA COMPLEX, VITAMIN C DAN VITAMIN E
LELAKI

1. Sperma Tidak Matang

Masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan ini mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak2. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Jangkitan virus seperti selsema juga boleh membawa
kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi ianya hanya bersifat sementara.

Cadangan supplement : ZINC COMPLEX, VITAMIN C DAN VITAMIN E

2. Gangguan pengangkutan sperma

Dalam 4% daripada kes2 ketidaksuburan lelaki, air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang mengangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah tiub fallopio yang tersumbat.

Cadangan supplement : VITAMIN C DAN VITAMIN E

Secara keseluruhannya, semua masalah yang dinyatakan di atas merupakan antara masalah2 "common" atau biasa yang berlaku di kalangan suami isteri yang menyukarkan proses untuk mendapatkan zuriat.

jom ikhtiar dengan set kesuburan shaklee ;)


Di sini saya cadangkan SET KESUBURAN SHAKLEE untuk membantu pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat tanpa perlu menghabiskan beribu2 ringgit.

Set Kesuburan Shaklee untuk suami & isteri
Set Kesuburan Shaklee lengkap untuk suami & isteri serta lengkap untuk membantu pasangan yang mengalami masalah2 ketidaksuburan yang menjadi punca sukar hamil. Di sini saya sertakan beberapa testimoni termasuk lah yang paling latest dari consumer set ini (^_^)

P/S: klik gambar untuk view yang lebih jelas

mudah hamil
penantian selama 5 tahun berhasil, ikhtiar dengan set kesuran shaklee ;)

sukar hamil
vitamin2 ini dicadangkan sendiri oleh PAKAR SAKIT PUAN, DR HAMID ARSHAT

baby shaklee
testimoni terbaru, April 2015, ikhtiar dengan set kesuburan Shaklee ;)

Walau bagaimana pun, untuk conceive or hamil, both suami isteri perlu makan vitamin sebab tak tahu kelemahan dari pihak mana. Kebanyakan suami akan menyalahkan isteri jika belum hamil selepas bertahun2 berkahwin, tapi ingatlah bahawa si suami juga mungkin bermasalah dan menjadi punca sukar mendapat zuriat.

Dan ingatlah! apa pun jua ubat atau cara yang digunakan, Ianya sbg usaha. Tiada jaminan akan mengandung ya. ALLAH beri atas kemampuan. Jika belum masa bermakna, ada aturan ALLAH yang terbaik.

Boleh baca di SINI untuk info AMALAN MUDAH HAMIL MENURUT ISLAM

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

FREE DELIVERY untuk warga PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

Tuesday, May 6, 2014

Perbezaan antara CYST & FIBROID serta Vitamin-vitamin Shaklee yang boleh membantu mengatasi keduan nya


Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang mommies semua. Kali ni saya nak share tentang PERBEZAAN ANTARA CYST DAN FIBROID. Ramai yang selalu terkeliru antara dua jenis penyakit yang mwnjadi musuh wanita2 di luar sana. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang keduanya.

FIBROID

CYST



FIBROID kebiasaannya terletak dalam rahim, manakala ‘cyst’ kebiasaannya pada ovari (kiri atau kanan). Dengan kehadiran fibroid, jenis ‘cyst’ ovari yang anda hidapi kebiasaannya ‘endometriotic cyst’.

Selain ‘endometriotic cyst’, ada pelbagai ‘cyst’ lain pada ovari. Punca sebenar kedua-dua penyakit ini (fibroid dan endometriotic cyst) tidak diketahui, tetapi ia berkaitan hormon estrogen yang banyak dihasilkan sewaktu usia reproduktif (bermula baligh sehingga menopaus) tanpa mengira sama ada sudah berkahwin mahupun belum.

PELBAGAI OVARIAN CYST

Dua penyakit ini sering berkaitan. Rawatan lebih bergantung kepada tanda-tanda dialami seperti sakit dan seumpamanya, saiz serta keperluan kehamilan.

Ia bukanlah barah, namun untuk kepastian sebenar, ia hanya dapat diketahui sewaktu pembedahan dan ujian histopatologi makmal ke atas ‘cyst’ serta fibroid berkenaan.

Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan. Fibroid dan ‘endometriotic cyst’ tidak hilang sendiri. Saiznya dijangka mengecil hanya selepas menopaus (berikutan kekurangan hormon estrogen) ataupun dengan penggunaan ubatan tertentu. 

Produk Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah fibroid dan cyst ini salah satunya ialah GLA Complex Shaklee. GLA bertindak mengawal atur. Kebanyakan cyst berpunca dengan masalah hormon yang tidak seimbang.

GLA COMPLEX SHAKLEE


TESTIMONI-TESTIMONI CYST & FIBROID KECUT DENGAN GLA SHAKLEE



CYST MENGECUT DARI 2.73 CM KE 1.4 CM

CYST MENGECUT DARI 4++ CM KE 3.6 CM


DOKTOR SARANKAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT YANG MENGANDUNGI EPO (GLA SHAKLEE) UNTUK MENGELAKKAN PERTUMBUHAN CYST 

Selain dari GLA Shaklee, Corotomax, Vitamin E dan Vitamin C Shaklee juga boleh membantu untuk merawat cyst dan fibroid ini.Ketiga2 vitamin ini merupakan antioksidan yang bertindak untuk menghalang semula pertumbuhan cyst dan fibroid ini.

GLA COMPLEX & VITAMIN A C E SHAKLEE BANTU MASALAH CYST DAN FIBROID



Pemeriksaan perlu untuk memantau pembesaran saiz serta tanda-tanda berkaitan. Anda berhak membuat sebarang keputusan, tetapi biarlah selepas mendapat penjelasan dan pandangan doktor.
Peringkat lanjut endometriosis mempunyai kaitan dengan masalah kesuburan. 

Boleh rujuk artikel ini - senggugut penyebab kemandulan?

Fibroid pula sebaliknya, ia kebiasaannya tidak menyebabkan masalah kesuburan, kecuali pada kedudukan berhampiran bukaan saluran falopian (dikhuatiri menghalang laluan sperma) atau jika ia membesar ke dalam ruang rahim dan membentuk polip. Ini jarang berlaku.

Okay, sekian dulu perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp : 017-9623963

Thursday, January 24, 2013

cyst..punca dan rawatan alternatif selain pembedahan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Saya terpanggil untuk buat research dan hasilkan entry ini selepas husband saya duk bercerita tentang officemate dia yang kemungkinan akan dibedah dalam masa terdekat ni. kita doakan semoga Puan Normie officemate husband saya selamat dan tak perlu dibedah (tengah pujuk dia untuk cuba GLA ni).

gla shaklee kecutkan cyst
Cyst : Punca dan rawatan alternatif selain pembedahan

Okay, jom kita explore tentang cyst ni ya..

cyst
Cyst
                               

Apakah dia cyst @ sista?


Cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan koleksi daripada cecair atau separa pepejal bahan yang membentuk pada ovari. cyst ini adalah agak biasa, tidak berbahaya dan boleh terjadi pada bila-bila masa, tetapi ia sering terjadi kepada wanita2 selepas melahirkan anak. Kebanyakan sista ovari adalah asimptomatik, benigna, dan sembuh dengan sendiri dalam beberapa minggu tanpa rawatan.


Bagaimana cyst boleh terbentuk?


Sebagai sebahagian daripada kitaran haid yang normal, ovari mengeluarkan telur (ovum). Ovum ini terbentuk dalam kemurungan kantung atau seperti kantung (folikel), yang kemudiannya muncul sebagai benjolan pada permukaan ovari. Apabila folikel pecah, ovum dilepaskan; folikel ovari kemudian runtuh. Darah beku dalam folikel, bawah pengaruh hormon luteinizing, baki sel-sel folikel menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan progesteron untuk 7-8 hari seterusnya dalam persediaan untuk persenyawaan dan kehamilan. Jika kehamilan berlaku, corpus luteum terus untuk menghasilkan hormon sehingga plasenta berkembang. Jika kehamilan tidak berlaku, corpus luteum merosot, menjadi albicans corpus; ia akhirnya resorbed dan hilang.

cyst folikel


Jenis yang paling biasa sista ovari, sista folikel (folikel sista graafian), berkembang selama 2 minggu pertama kitaran haid apabila folikel ovari gagal pecah dan melepaskan ovum. Sista ini terus untuk merembeskan estrogen bukannya resorbed, dan cecair dalam folikel berterusan, membentuk sista. Sista folikel biasanya hilang dalam tempoh dua kitaran seterusnya haid tanpa rawatan.


corpus luteum cyst



A corpus luteum sista ovari terbentuk semasa separuh terakhir kitaran haid apabila folikel ovari pecah tetapi tidak merosot. Ini sista, diisi sama ada dengan cecair serous atau darah, terus untuk menghasilkan progesteron. Seperti sista folikel, mereka sering hilang semasa dua kitaran haid yang seterusnya.

cystomas


Sista serous, juga dikenali sebagai cystomas, biasanya terbentuk daripada tisu permukaan (tisu epitelium) ovari. Serous sista mempunyai potensi untuk menjadi malignan {Curran}. Sista ini juga mempunyai potensi untuk berkembang begitu besar bahawa abdomen boleh menjadi buncit.

cyst ovari Theca-lutein


Sista ovari Theca-lutein boleh membangunkan sebagai hasil yang luar biasa tahap hormon manusia korionik gonadotropin (hCG). Apabila tahap hormon turun, sista biasanya mengecut. Sista itu boleh ditemui di kalangan wanita yang mengambil dadah kemandulan untuk merangsang ovari sebagai sebahagian daripada rawatan kemandulan mereka. Sista Theca-Lutein juga boleh didapati dalam persatuan dengan tumor yang menghasilkan jumlah lebihan hCG (hydatidiform tahi lalat, choriocarcinoma).

ovarian cyst


Sista ovari juga boleh membangunkan dari tisu endometrium tumbuh di ovari (Endometriomas, "sista coklat") dan dari tisu pelarian yang berasal dari bahagian-bahagian badan yang lain (sista dermoid) {"Gynecologic Problems"}. Banyak sista ovari kecil boleh membangunkan dari gangguan endokrin menyebabkan ketidakseimbangan hormon, kitaran haid tidak teratur, dan kesuburan dikurangkan (sindrom ovari polikistik).


Antara faktor penyebab cyst adalah

  1. ketidakstabilan hormon
  2. genetik
  3. diet yang kurang sihat

Rawatan


Selalu doktor akan suruh tunggu dan lihat. Cyst boleh mengecil dan mengecut sendiri. Rawatan hormon juga boleh membantu mengawal cyst. Namun, jika ia semakin membesar dan berubah bentuk, doktor akan mengesorkan pembedahan untuk mengeluarkan cyst untuk mengelakkan cyst pecah sendiri dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk.

Untuk membantu pesakit cyst, suppelemen yang sering dicadangkan adalah GLA Complex yang efektif untuk mengawal ketidakseimbangan hormon.


Gla complex shaklee
GLA Complex Shaklee bantu kecutkan cyst
               

Apakah dia GLA Complex??


GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


Lagi kebaikan GLA Complex Shaklee..


1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
2. Meningkatkan kesuburan.
3. Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
4. Membantu dalam menangani menopause.
5. Menguatkan kuku & rambut.
6. Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
7. Membantu menangani ekzema.
8. Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
10. Menguatkn immuniti badan.
11. Mempelahankn process penuaan.
12. Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
13. Mengawal kencing manis
14. Mengawal kolesterol.
15. Bagus untuk saraf.

sekian dahulu perkongsian saya mngenai cyst..sampai ketemu lagi ya! ;)

WASSALAM 

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsApp : 017-9623963 / 03-80655814 

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE Delivery sekitar Puchong & Putrajaya