Showing posts with label Pengedar Shaklee Selangor. Show all posts
Showing posts with label Pengedar Shaklee Selangor. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Parenting Tips : Bagaimana untuk menjadi IBU BAPA TERBAIK kepada anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

Sempena hari Jumaat yang barakah ini, saya nak share sedikit ilmu keibubapaan yang saya dapat dari facebook. Buat pedoman untuk saya sendiri dan juga mommies di luar sana. Jom baca (^_^)

Bagaimana untuk menjadi IBU bAPA TERBAIK kepada anak-anak


Jom jadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita ;)
Jom jadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita ;)

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya


Okay, tu sahaja tips kali ini. Joma sama-sama amalkan. By the way, siapa-siapa yang share ilmu ni dapat pahala tau..heee (^_^)


WASSALAM 

Tips Sebelum Membeli Set Bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak bagi simple tips jek. Kepada adik-adik kakak-kakak yang bakal menjadi mommy or yang dah jadi mommy tengah tunggu next baby, dan sedang mencari-cari SET BERSALIN @SET PANTANG bERSALIN, meh baca tips-tips ni dulu. Buat panduan mommies semua supaya tak menyesal di kemudian hari..(^_^)

TIPS SEBELUM MEMBELI SET BERSALIN @ SET BERPANTANG

Tips Sebelum membeli Set bersalin
Tips Sebelum membeli Set bersalin
1. Sila pastikan produk yang bakal dibeli itu adalah halal dan selamat untuk baby. Kebanyakan set bersalin bahan asasnya adalah jamu, as we all know jamu ni bersifat panas, jadi ada kemungkinan akan mengganggu perut bayi. Boleh jadi cirit. Walaupun tidak dinafikan jamu mungkin sangat bermanfaat dari segi kandungannya untuk ibu selepas bersalin, tapi daripada kita asyik susah hati nak fikir nak makan ke tak, baik fikir dulu yang mana lebih sesuai semasa dalam tempoh berpantang ni. Banyak lagi alternatif set bersalin yang lain yang selamat untuk ibu & baby, contohnya macam Set Bersalin Shaklee. So fikirkan yang terbaik untuk mommies dan baby jugak ya.

2. Cuba cari set bersalin yang mempunyai manfaat berganda. Contohnya selain bermanfaat untuk kecerdasan ibu, ia juga boleh membantu dalam penghasilan susu ibu yang lebih mantap, jadi kita jimat kerana tidak perlu mengambil banyak produk. Susu ibu sangat-sangat penting ketika berpantang sebab ketika ini lah baby kita sedang cuba adapt dengan dunia baru dan mereka perlukan antibodi yang kuat untuk melawan segala kuman dan bakteria yang berada di sekeliling mereka. So, kalau boleh mommies bagilah full breastfeed sepanjang tempoh berpantang nanti ya.

3. Tengok bajet mommies. Belanja ikut keperluan, contohnya cari satu jenis minyak yang boleh dipakai serbaguna daripada membeli 3 jenis minyak yang mempunyai fungsi hampir sama. Set bersalin sekarang harga memang mahal-mahal, so mommies kenalah pandai memilih within your budget.

4. Tak perlu beli full set bersalin. Beli produk yang diperlukan sahaja (loose pack). Maknanya ambil produk (yang ada dalam set bersalin tu) yang kita perlu dan akan guna sampai habis. Kalau tak memang membazir saja. Dari pengalaman sendiri 2 kali bersalin, memang membazir dan merugikan saja kalau beli satu full set tapi at last tak guna sangat pun sebab sibuk dengan anak-anak (dan kurang kerajinan..hehe) Contoh: Jamu-jamu yang sapu kat dahi bagai tu (param & pilis), lulur dan macam-macam jenis minyak. semua ni tak wajib pun. So kalau spesis yang kurang rajin macam saya ni, better JANGAN BELI FULL SET

5. Cari set bersalin yang multipurpose fungsinya. Maksudnya selain untuk digunakan semasa pantang bersalin, boleh juga dipakai untuk tujuan lain. Seperti vitamin-vitamin dalam set bersalin shaklee; alfalfa boleh juga diambil oleh suami yang nak kuruskan badan, b complex boleh diambil lepas berpantang ketika stress or vitalea untuk masalah lesu or penat selepas bekerja. See, semua orang boleh ambil vitamin-vitamin tu, so takdelah membazir kalau tak mampu nak habiskan semasa dalam pantang.

6. Beli Set bersalin yang berjenama atau brand yang sudah dikenali dan lama di pasaran (seperti Shaklee, Nona Roguy, Amway & etc) untuk memastikan kandungan ubat atau jamu tersebut tidak berbahaya seperti yang banyak berlaku sekarang. Macam kes baru-baru ni, ada yang kena buang ovari sebab tersalah makan produk kesihatan wanita. So berhati-hati ya mommies.

Kalau mommies nak lagi mudah, saya cadangkan SET BERSALIN SHAKLEE a.k.a SET BERSALIN MODERN.

tips pilih set bersalin
SET BERSALIN SHAKLEE pilihan wanita modern masa kini
  • Tak panas, so tak effect baby
  • Ada Vitamin C dan Zinc Complex untuk luka bersalin cepat sembuh (fungsi sama macam pati haruan or gamat)
  • Ada ESP (sumber protein soya) untuk tambahkan susu badan dan bagi tenaga 
  • Ada B Complex untuk elak mommies meroyan ketika berpantang
  • Ada Vitalea untuk control hemoglobin darah lepas bersalin (untuk elak anemia in case bleeding or tumpah darah ketika bersalin)
  • Ada Ostenatrix untuk elak sembelit

Set ini juga dikenali sebagai SET BERSALIN MODERN sebab tak ada sapu-sapu jamu kat dahi bagai. hehe Tapi kalau mommies nak yang tradisional pun boleh, nak combine tradisional dengan set modern ni pun boleh, tak ada masalah (^_^)

Okay, itu sahaja tips yang saya nak share kali ini. 
SELAMAT MEMBELI SET BERSALIN YANG TERBAIK YA MOMMIES!!!

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

Thursday, May 7, 2015

Menyusu Anak Lebih dari 2 Tahun : Boleh ke??

Assalamualaikum w.b.t

Berjaya menyusukan anak secara exclusif (fully breastfeed) adalah satu anugerah terindah dan tak ternilai dalam kehidupan seorang ibu. Terasa kepuasan dan lengkapnya sebahagian daripada tanggungjawab seorang ibu, betul tak mommies?? Tapi bila anak dah cukup 2 tahun, seperti saya, mommies kat luar sana mesti dalam dilema kan? Sama ada nak teruskan menyusu or nak stop terus. Macam saya sendiri, pada mulanya saya pun tertanya-tanya boleh atau tidak nak menyusukan anak lebih dari 2 tahun ni. Tapi selepas membuat sedikit research (bukan sekadar dengar cakap-cakap orang ya), I have the answer now!! hehe dan sekarang nak share pulak dengan mommies semua (^_^)

Nak tau boleh ke tidak?? Jom teruskan baca..huhu

set menyusu shaklee
Menyusu anak Lebih dari 2 Tahun, boleh atau tidak?

Mitos Menyusu Anak Lebih dari 2 Tahun


Okay, mitos tentang menyusukan anak lebih dari tahun ni memang banyak. Kebanyakan semuanya mitos-mitos negatif. Antaranya ialah susu ibu selepas 2 tahun yang diminum adalah darah, bukan lagi susu. Dan mitos yang paling biasa sangat dimomokkan dikalangan orang-orang tua ialah anak yang menyusu melebihi 2 tahun akan cenderung menjadi gay atau lesbian atau akan mengalami masalah sexual. Selain itu ada juga yang mengatakan menyusu lama-lama ni boleh menyebabkan anak kita tak pandai berdikari dan terlebih bergantung pada si ibu. Pendek kata, manja terlebih. Walau bagaimanapun, hakikat sebenarnya ialah TIADA BUKTI yang sahih bagi dakwaan-dakwaan ini.

Sebenarnya banyak faedah-faedah dan manfaat menyusukan anak walaupun selepas 2 tahun. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa susu ibu masih mempunyai kepentingan untuk anak walaupun selepas 2 tahun. Antaranya ialah susu ibu adalah sumber makanan yang berharga dan melindungi anak kita daripada pelbagai jangkitan penyakit selama penyusuan susu ibu masih diteruskan. Atau dengan kata lainnya susu ibu sangat penting untuk membina sistem antibodi anak-anak.

Faedah-Faedah Menyusukan Anak Lebih dari 2 Tahun

  1. Dapat merancang keluarga dengan penyusuan ibu kerana hormon kesuburan yang disekat
  2. Mengurangkan Risiko barah payudara 
  3. Mengurangkan Risiko barah rahim
  4. Mengurangkan Risiko barah endometrium
  5. Mengurangkan Risiko barah ovari
  6. Mengurangkan Risiko mendapat penyakit Rheumatiod Artritis
  7. Mengurangkan keperluan insulin dikalangan wanita yang menghidap kencing manis
  8. Membantu penurunan berat badan dengan mudah oleh ibu yang menyusu
  9. Ibu juga boleh menghabiskan masa dengan anak dengan lebih lama dan tak terbatas
  10. Emosi anak dan ibu juga lebih tenang selepas menyusu
  11. Memudahkan perjalanan ke mana-mana kerana tak perlu membawa alatan membuat susu (^_^)
Secara kesimpulannya, TAK SALAH malah sangat-sangat digalakkan untuk menyusukan anak-anak walaupun lebih dari 2 tahun. Dalam Islam sendiri tiada larangan yang jelas tentang menyusukan anak lebih dari 2 tahun. Tempoh penyusuan 2 tahun yang yang dicadangkan itu hanyalah sebagai panduan untuk ibu-ibu kerana tempoh tersebut keperluan susu ibu oleh anak-anak kecil adalah sangat crucial atau sangat20 penting. Walau bagaimanapun untuk ibu-ibu sekalian menyusu lebih dari tempoh tersebut, tiada kemudaratan sama sekali malah manfaatnya juga lebih banyak. So jangan ragu-ragu or takut-takut nak susukan anak-anak selepas usia mereka 2 tahun ya. Selagi Allah kurniakan peluang dan rezeki susu itu, manfaatkanlah sebaiknya untuk anak-anak tersayang (^_^)

Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak, dan mengalami masalah kurang susu, boleh baca DISINI untuk ketahui faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu badan berkurang.

Okay itu saja perkongsian saya kali ini, semoga info ini bermanfaat untuk mommies semua (^_^)

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH

Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Sunday, April 26, 2015

Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi

Assalamualaikum w.b.t

RUAM LAMPIN. Okay, sesiapa yang ada baby mesti sangat concern pasal ni kan? Babies as we all know memang berkulit sensitif dan antibody badan diorang pun tak kuat sangat, so sangat mudah untuk terkena jangkitan, especially kat bahagian 'tuttt' diorang..hehe al maklumlah baby kan pakai pampers 24 7. So bahagian tutt tu memang sangat-sangat terdedah dengan kuman dan bakteria yang ada dalam air kencing dan najis diorang. Kalau baby mommies ada kulit yang super sensitive, extra care is needed ya!


Apa tu RUAM LAMPIN??

Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi

Jom kenali biodata ruam lampin. hehe Okay, biasanya ruam lampin ni berwarna merah dan bertompok di punggung baby. Ruam ni terjadi apabila air kencing dan najis bergesel pada kulit baby. Ketiadaan peredaran angin yang disebabkan oleh lampin tertutup boleh menyebabkan kulit bergesel dengan lampin ketika baby bergerak. Apabila ini berlaku, ruam menjadi lebih teruk. Bakteria dan yis akan masuk melalui kulit yang rosak, then seterusnya tompok-tompok merah akan tersebar di punggung.

Ruam lampin pada permulaan mungkin agak common berlaku, dan tak la bahaya sangat. BUT jangan ambil ringan ya mommies. Jangan biarkan ruam melarat sebab ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kemaluan or punggung baby.


Apa yang perlu kita buat kalau baby mempunyai RUAM LAMPIN??

1. Anginkan

Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Biarkan baby berbogel tanpa baju

Biarkan baby mommies tanpa lampin sekerap yang mungkin. Baby selalunya suka berbogel, jadi biarkan mereka berseronok sambil menjaga punggungnya. Mommies boleh letakkan pad kalis air or sheet protector untuk mengelakkan kebocoran in case baby mommies terbuang air besar or kecil (^_^)


2. Basahkan Punggungnya


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Mandikan baby sekerap yang mungkin 

Waktu mandi!! weeee (^_^) Cuba mommies mandikan baby mommies beberapa kali dalam satu hari. Sekarang cuaca panas, so lagi kerap lagi bagus sebab bakteria lagi mudah merebak ketika baby berpeluh kepanasan. Mommies boleh tambahkan sedikit serbuk soda dalam air suam dan tuangkan dalam air mandian baby. In shaa Allah boleh bantu menghilangkan ruam baby dengan cepat.


3. Sapukan Krim


Mommies boleh sapukan pada punggung baby setiap kali selepas menukar lampin. Saya suggest mommies sapukan HERBAL BLEND SHAKLEE. krim herbal blend Shaklee ni 100% daripada natural ingredients (bahan semulajadi), tiada bahan kimia langsung, so amatlah sesuai untuk bayi mommies yang berkulit super sensitif. Mommies tak perlu risau kerana krim ini tidak panas dan tiada risiko reaksi alergik pada kulit baby mommies. Krim herbal blend ni boleh sapukan juga kat perut baby yang kembung or kesan gigitan nyamuk tau. Multipurpose gitu..hehe



Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Sapukan krim Herbal Blend Shaklee



4. Tukarkan Lampin


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Tukarkan lampin bayi

Pastikan mommies sentiasa menukar lampin baby semasa siang hari dan setiap kali dia membuang air besar. Ini akan membantu menghilangkan bakteria yang membuatkan ruam menjadi lebih teruk. Mommies juga cubalah tukarkan lampin baby at least sekali pada waktu malam walaupun baby tengah tidur.


5. Lapkan Punggungnya


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Lap dengan tisu basah tanpa pewangi

Gunakan kain yang dibasahkan dengan air suam atau tisu basah (yang tiada bau atau pewangi) untuk mengelap punggung baby


6. Jagalah Pemakanannya


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Jaga pemakanan bayi

Elakkan memberi makanan (bagi baby yang sudah mula makan solid food) yang berasid tinggi kepada baby contohnya seperti SAYUR BAYAM


7. Pilih Lampin or Pampers yang Berkualiti


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Pilih lampin berkualiti untuk elak ruam

Mommies boleh cuba pelbagai lampin. Pilih yang ada special features or ciri-ciri yang anti bocor dan mesra kulit bayi. From my survey, Mamypoko is the best tapi harganya pun best jugaklah ya.hehe My kids both pakai Drypers, so far Alhamdulillah okay jer, no ruam2 (^_^)


8. Jumpalah dengan Doktor


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Jumpa doktor untuk atasi ruam

This is the last resort jika semua tips di atas tidak berjaya iaitu jika ruam tidak hilang atau makin melarat. So the best way is jumpa doktor pakar kulit or doktor kanak-kanak. Jangan anggap remeh ruam ni ya mommies!

Okay, itu sahaja tips kali ini. Semoga bermanfaat untuk mommies semua ;)

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH

Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Wednesday, April 22, 2015

Parenting Tips : 10 Langkah Berhenti Menjerit pada Anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

Being parents is not easy. Anak sorang okay lagi lah. Bila dua, tiga, empat and seterusnya, kejap-kejap bertukar jadi Mommy Monster, kejap-kejap jadi Hulk..hehe betul tak mommies???  Actually most of us (parents) melalui fasa ni dalam life masing-masing. Kanak-kanak memang fitrah diorang, suka main, suka sepah, suka tengok cerita kartun and macam-macam lagi aktiviti yang kadang-kadang buat kita as parents nak marah tapi sebenarnya its good for them.

Saya sendiri, saya mengaku saya seorang yang cepat nak marah kalau anak-anak buat perangai, tapi kadang-kadang tengah marah tu datang satu rasa bersalah sebab anak-anak kecil lagi dan diorang kadang tu tak tahu pun apa yang diorang buat sebenarnya. Pendek kata tak matured, tak matang, tak mumayyiz, tak boleh nak beza sangat baik dan buruk. So kalau kita yang dah mumayyiz kononnya ni, marah anak-anak over-over sangat, tak ke kita yang macam TAK matured??? huhu

But always, those yang lalui semua ni sahaja yang akan faham mengapa kita sangat mudah nak marah-marah dan jerit-jerit kat anak (even tabiat ni, obviously ITS NOT GOOD AT ALL!!!, either to parents or kids as well ) So as parents yang bercita-cita nak jadi the best parents untuk anak-anak, kita kena selalu upgrade diri kita, muhasabah diri and banyakkan pembacaan (contohnya macam baca blog saya ni..heheh) cari ilmu keibubapaan, dan praktikkan kepada anak-anak.

berhenti menjerit pada anak-anak
Tips berhenti menjerit pada anak-anak

Okay, back to our main point : Kenapa kita selalu nak marah-marah dan jerit kat anak-anak??? Yess, maybe sebab tengah-tengah penat balik kerja, anak-anak sibuk nak itu, nak ini, gaduh sama-sama diorang, nangis nak susu, along pukul, rebut barang and macam-macam lagi situasi yang boleh naikkan darah kita in a split second. And masa tu memang syaitonnirojim duk kipas kasi lagi hangin, terus kita jerit and marah anak-anak macam orang hilang akal. betul tak????? and no, please dont make this situation as our daily routine. asal balik kerja hari-hari nak ulang kejadian jerit-jerit and marah-marah. Kalau macam ni gaya hidup kita, believe me, it will give HUGE impact pada life and attitude anak-anak in future.

  1. Apabila kita menjerit , anak-anak akan rasa takut, dan ia membuat hati mereka jadi keras towards us.
  2. Then mereka akan terkejut, tergamam, terdiam, stop whatever they are doing and lari. So if masa tu mereka tengah main, tengah asah skill lompat-lompat ke, mereka akan stop doing that (stop learning the skill)
  3. Bila selalu menjerit, then ia seolah-olah train anak-anak supaya dengar kata bila kena jerit sahaja. Kalau parents cakap elok-elok they will not bother anymore, buat-buat tak kisah je.
  4. Jika anak-anak kita tidak lagi takut dengan jeritan kita, that shows a very bad sign ; defense mechanism telah terbina, so mereka akan mula melawan kita dengan jeritan juga
  5. Jeritan juga boleh membuatkan anak-anak membentuk "lagak" yang tidak elok, dan pergaduhan menjadi sesuatu yang biasa bagi mereka nanti
  6. Apabila hati anak-anak menjadi keras kepada kita, mereka akan lebih terdedah dengan tekanan rakan sebaya
So How to Overcome habit marah-marah and jerit-jerit ni???

Terdapat beberapa cara untuk BERHENTI MENJERIT

1. Explain kepada anak-anak menggunakan suara yang lebih tenang. Beritahu mereka bahawa ibu kini sedang belajar untuk bersabar, jadi ibu akan membuat pelbagai kesilapan (jangan malu atau ego untuk mengaku salah di depan anak-anak)

2. Fahamkan tugas dan peranan kita sebagai parents iaitu untuk mengajar anak mengawal emosi, maka kita sebagai ibu bapa perlu belajar mengawal emosi sendiri dahulu. They learn from what they see. Contohnya kalau kita selalu menjerit pada mereka, mereka juga akan mula menjerit pada kita atau orang lain. Atau dengan kata lain, kepimpinan melalui teladan ye mommies (^_^)

3. Always bear in mind bahawasanya kanak-kanak will always behave like kanak-kanak. maksudnya its normal la kanak-kanak akan menangis bila mainan kena rampas, bergaduh sikit-sikit masa main. Sebabnya mereka adalah kanak-kanak. Tidak matang dan masih lagi in learning proses, so mereka tidak begitu pandai mengawal emosi seperti orang dewasa (parents)

4. Berhenti daripada memendam perasaan marah. Usually rasa marah ni datang apabila kita melalui hari yang sukar or memenatkan (kebiasaannya di tempat kerja). So lakukan apa saja yang boleh tukarkan mood marah kita waktu tu supaya kita akan rasa lebih gembira bersama-sama anak-anak. Contohnya makan aiskrim bersama mereka (^_^)

5. Do appreciate and ambil berat perasaan anak-anak (walau sekecil mana pun mereka). Contohnya ada semut kecil yang gigit kaki anak kita, then dia merengek sebab gatal dan mula mengadu pada kita. Some parents yang malas nak layan, then buat tak tahu je dengan aduan anak kecil tapi sebenarnya apabila kita memberi sedikit perhatian dan empati pada perasaan dia, it will help them to control perasaan dia sendiri and consequently bila anak-anak ini pandai control perasaan sendiri, they will know how to control their behavior. Makanya nanti takde lah kita nak terjerit-jerit kat anak-anak kalau mereka dah behave (^_^)

6. Lihatlah melalui perspektif anak kita dan fahami mereka. Apabila anak-anak melihat bahawa ibu-bapa memahami mereka, mereka akan lebih terbuka dan terdorong untuk bersikap baik. Ini kerana mereka lebih memahami had-had mereka dan akan kurang membuat kita marah.

7. Apabila kita mula marah, BERHENTI!!! Diam dan jangan buat apa-apa keputusan. TARIK NAFAS DALAM-DALAM. Jika kita mula menjerit, berhenti serta-merta, istighfar sehingga kembali tenang.

8. Keluarkan diri kita daripada situasi tersebut, jika boleh. Jika tidak, basahkan muka atau sebaik-baiknya ambil wuduk (bagi muslim). Kemudian fikirkan tentang keadaan situasi ketika itu bahawa di sebalik kemarahan adalah ketakutan, kesedihan dan kekecewaan. Kumpulkan perasaan tersebut dan bernafas. Menangis jika perlu. Nak menjerit kuat-kuat pun boleh, tapi bukan pada anak-anak or depan mereka,

9. Bertenang dan cakaplah kepada diri sendiri "bertenang..." atau pun berdoa dalam hati. Contoh: "Ya Allah kuatkan aku, kurniakan lah aku kesabaran untuk menghadapi ujian kerenah anak-anak syurga amanah-Mu ini ya Allah". Jangan pandang remeh tips ni ya, it works okay!! (saya sendiri amalkan, memang jadi..huhu )

10. Ambil tindakan positif dengan meminta maaf atau memujuk anak-anak kita. Biarkan mereka menagis sepuasnya. Stop doing other unimportant things dan baring bersama-sama anak-anak sehingga semua rasa gembira (^_^)  

Actually memang susah kita nak hentikan once ia dah jadi habit or rutin harian kita, tapi kita perlu kawal diri dan kita mungkin akan mengulangi kesilapan yang sama. But one thing, kita TAK BOLEH SESEKALI BERPUTUS ASA!! Keep on trying to be the best parents to our children (^_^)

Okay itu sahaja tips kali ni, baca-bacakan dan selamat beramal..hehe (^_~)

Wassalam,


Ummitalhahameena
Work At Home Mother with Shaklee ;)


  

Monday, May 12, 2014

FAEDAH DAN KELEBIHAN SERTA CARA MENJADI AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t

Entry ini khas untuk memberi penjelasan lanjut tentang FAEDAH & CARA MENJADI AHLI SHAKLEE

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(WAHMILLIONAIRE)

APAKAH FAEDAH ATAU KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE


*bila sudah mendaftar sebagai ahli, maknanya anda akan dapat membeli produk2 shaklee dengan HARGA AHLI yang mana 20% lebih murah dari harga pasaran @ retail price.

*boleh kumpul point dan seterusnya dapat bonus dari shaklee dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline dibawah kita 

*Shaklee juga menawarkan 3C iaitu CASH /CAR/ CONVENTION (local and international holiday trip, contohnya umrah bagi muslim)

*Selain itu, jika anda sudah naik ke satu tahap atau dalam shaklee dipanggil rank sebagai LEADER, anda berpeluang untuk mendapat pelbagai lagi bonus dan insentif2 lain iaitu:

1.Bonus Kepimpinan
2.Bonus Tambahan
3.Insentif Coordinator
4.Insentif Istimewa
5.Insentif Pelancongan
6.Subsidi Kereta


BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI?


*Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran yuran pendaftaran iaitu sebanyak RM65 sahaja seumur hidup (+RM 10 postage member kit ke semenanjung/RM20 ke Sabah/Sarawak)

*boleh juga mendapat keahlian secara percuma dengan syarat harus membuat pembelian produk shaklee melebihi 200 points (lebih kurang dalam RM660)

*Selepas itu anda boleh inform saya untuk saya uruskan pendaftaran
boleh juga pergi terus ke branch shaklee yang terdekat dan daftar menggunakan ID shaklee saya 906985 sebagai sponsor or upline

BERAPA MODAL YANG DIPERLUKAN?


*Bisness Shaklee tidak memerlukan modal yang besar, cukuplah hanya yiran pendaftaran untuk seumur hidup iaitu RM75/RM85 (RM65 untuk proses pendaftaran  + RM10/RM20 untuk  postage member kit)

*Jikalau anda mendaftar di branch shaklee secara direct, tak perlu tambah RM10 or RM20 untuk kos postage kerana anda boleh dapatkan member kit terus di kaunter selepas pendaftaran.

ADA PANTANG LARANG TAK JOIN SHAKLEE NI?

Sebenarnya tak ada pantang larang apa pun kalau dah mendaftar sebagai ahli. Terserah pada anda sama ada nak buat bisness atau tidak. Nak jadi ahli untuk beli produk untuk diri sendiri pun boleh, malah sangat2 digalakkan sebabnya sekarang Shaklee telah kuatkuasakan HARGA AHLI hanya untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli sahaja. Jadi ahli, then anda boleb beli produk dengan harga ahli, tiada paksaan untuk buat bosness or tidak. Malah kalau beli untuk diri sendiri atau keluarga, tak payah susah2 nak maintain points bagai or untuk struggle dapatkan bonus.

TETAPI...

Jika anda serius nak jadikan shaklee ni sebagai source of side or main income, kami akan bimbing anda melalui ilmu2 yg diperturunkan oleh upline2 dan masters2 jutawan shaklee ni.
Anda akan kami masukkan ke dalam group shaklee kami (facebook, whatsapp dan telegram) dan akan mendapat special access ke group fb tertutup bisness shaklee ini di mana hanya ahli sahaja yang dibenarkan masuk ke grup ni.

BERMINAT UNTUK JADI AHLI SHAKLEE?

JOM SERTAI KAMI MENJADI USAHAWAN SHAKLEE YANG BERJAYA

Jika berminat untuk mendaftar sebagai ahli atau untuk dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui :
fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963

WASSALAM



Sunday, May 11, 2014

Kisahku dan Shaklee- bermula dengan tangisan berakhir dengan senyuman ♥♥

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

hari ini nak cerita sikit salah silah macam mana saya boleh terjoin shaklee ni. Walau pun tak dramatik sangat, tapi saya nak cerita juga..hehe

JOM BACA KISAHKU DAN SHAKLEE (^_^)

Okay, alkisahnya ini bermula semasa bulan Julai 2012, masa tu anak sulung saya baru berusia 5 bulan dan fully breastfeed. Masa tu susu badan memang kurang sangat, maybe sebab baby semakin membesar makanya supply susu saya tak cukup. Baby selalu menangis dan mengamuk sebab tak cukup susu. Masa tu dah risau sangat sebab tak lama lagi nak puasa, lagi lah kronik bekalan susu badan saya ni..

Alkisahnya lagi kawan saya ni baru sahaja start bisness shaklee dia, so dia cadangkan kat saya untuk mencuba supplement Shaklee ni iaitu Set Menyusu. Mula2 tu saya ambil ESP, B complex, Alfalfa dan Vitalea. Alhamdulillah,dgn izin ALLAH, selepas seminggu saya cuba amalkan set penyusuan tu, bekalan susu saya kembali meriah, baby saya suka sangat dan kembali ceria, dah tak mengamuk tak cukup susu (^_^)

Nak dijadikan cerita lagi, kebetulan masa tu saya memang tengah mencari2 bisness online yang saya boleh buat (sebab saya dah resign dari kerja sebelum baby saya lahir. Dah macam2 bisness saya cuba tapi mungkin sebab tak ada ilmu secukupnya pasal online marketing, facebook, page dan blog, makanya semua bisness saya tak menjadi. Disebabkan dah buntu sangat masa tu, ditambah pula keadaan kewangan yang makin kritikal, maka kawan saya ajaklah join dia sama2 buat bisness shaklee ni. Saya masih ingat lagi masa itu mind set saya ialah dah terlalu ramai yang jual shaklee ni, so for sure saya jual tak laku. Tapi ternyata telahan saya salah sama sekali. Itulah tandanya rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah, tinggal nak kena usaha dan doa sahaja (^_^)

Sekarang sudah lebih setahun saya berbisness shaklee..ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan keluarga SHAKLEE yang bukan sahaja membantu meningkatkan taraf ekonomi saya malah membantu saya menjadi muslimah dan hamba Allah yang lebih dekat dengannya. Dalam group Shaklee kami, prinsip dan konsep bahawa rezeki di tangan ALLAH, bukan di tangan manusia membuatkan saya dan ahli2 group yang lain terus bersemangat dan berjuang dalam bisness ini. 

SYUKUR KE HADRAT ILAHI ATAS REZEKI DAN NIKMAT YANG DIBERI

Walaupun di pandangan mata umum, mungkin mereka di luar sana memandang saya sekadar jobless graduate, duduk rumah jaga anak semata2, tapi ramai yang tidak tahu, dengan berada di rumah sambil jaga anak, sambil ber bisness shaklee, saya sudah pun memiliki rumah sendiri. Kalau melihat pada slip gaji suami sahaja, memang tak merasalah kami ada rumah sendiri. Tapi dengan kuasa Allah yang mengurniakan rezeki, permohonan pinjaman untuk membeli rumah menggunakan slip gaji suami serta penyata bonus shaklee saya (JOINT INCOME APPLICATION) diluluskan oleh pihak bank. Syukur kami tidak terhingga!!

JANTUNG HATIKU - ANAK DAN SUAMI TERCINTA

Mungkin ramai yang tidak tahu potensi dalam bisness shaklee ini. Selain daripada menambah pendapatan bulanan, banyak lagi insentif2 dan peluang2 yang ada dalam shaklee seperti permohonan pinjaman rumah menggunakan penyata bonus shaklee yang saya ceritakan tadi. Selain itu shaklee ada menawarkan bonus kereta, peluang menunaikan umrah secara percuma dengan layanan 5 bintang dan banyak lagi.

So anda2 di luar sana, jangan sekadar berangan mat jenin sahaja, jom kita sama2 merealisasikan impian untuk taraf hidup yang lebih baik. Saya sudah mengorak langkah, anda bila lagi?? Fast action, fast result.hehe

Okay, untuk info lebih lanjut tentang kelebihan2 yang anda dapat apabila mendaftar sebagai ahli Shaklee dan cara untuk mendaftar, boleh baca di SINI atau:

Sertai kami sekarang dengan menekan link di bawah dan isikan details anda


atau hubungi saya melalui

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

FAST ACTION FAST RESULT!!!


Sekian dahulu entry saya pada kali ini

Wassalam

WHY SHAKLEE???

Monday, April 28, 2014

Senarai Pengedar Shaklee berdekatan anda

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang untuk pengguna atau pengamal produk Shaklee (bersayang2 pula hari ni..hee)
Sebenarnya saya ada berita baik untuk anda semua, yeaaa!!!!!

Untuk anda yang berada di kawasan2 berikut, boleh dapatkan produk Shaklee secara terus dari Pengedar2 Shaklee yang awesome ni, FREE DELIVERY & TAK PERLU POS (^_*)

PENGEDAR SHAKLEE DI KAWASAN ANDA (^_^)

1) Norlela Yusof (Id 969461)
     Facebook :Layla Yusof
     Page fb : DLayla Biz
     COD area : Alam Damai,Balakong,B.T.H Onn
     No tel : 0174621089

2) Noorhazrinadia bt hamidon
     Facebook : Nad Nadia
     COD area : Sungai Petani, Kedah
     No tel : 0194941304

3) Roshita binti Ahmad.
     Facebook : Si Kecilku drsneez
     COD area : Kulim, Kedah
     No tel : 0125736344

4) Farhana bt Hj Jaafar
     Facebook :  Ana farhana
     COD area : Port Dickson & Senawang
     No tel : 0194428285

5) Zunaizan Yusoff
     Facebook : Izan Aiza
     COD area : Kuala Terengganu
     no tel : 014-8027008

Okay, pada anda yang perlukan khidmat mereka, jangan segan silu untuk hubungi mereka ya. In shaa Allah servis terbaik menanti ♥♥

Saturday, April 26, 2014

Pengedar Shaklee Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Subang Jaya

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini khas untuk para pengguna atau pengamal produk Shaklee yang berada di sekitar 4 kawasan ini di mana anda boleh mendapatkan produk Shaklee terus dari saya TANPA PERLU EXTRA CAJ untuk urusan pengeposan atau kurier. Hanya perlu hubungi saya dan anda boleh dapatkan produk Shaklee terus ke tangan anda atau dengan bahasa yang lebih mudah CASH ON DELIVERY (COD)

Bagi yang berada di sekitar PUTRA PERDANA, PUCHONG, boleh terus singgah di kediaman saya untuk mendapatkan produk Shaklee, di alamat ;

No 13, Jalan Putra Perdana
Taman Putra Perdana
47100, Puchong Selangor

Khas untuk customer saya, konsultasi percuma dan berterusan akan diberikan terutama mengenai cara pengambilan vitamin yang betul. Jadual pengambilan vitamin juga akan diberikan di samping info2 produk secara terperinci.

Bagi anda di luar sana yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga bisness Shaklee kami dan memerlukan bimbingan atau penerangan secara terus (face to face), juga boleh menghubungi saya dan kita akan aturkan pertemuan untuk sesi penerangan tentang bisness Shaklee ini.

Anda boleh menghubungi saya melalui;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail

page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah

email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com

sms/call : 017-9623963 / 03-80655814

Sekian, wassalam ♥♥