Showing posts with label zinc complex. Show all posts
Showing posts with label zinc complex. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Tips Sebelum Membeli Set Bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak bagi simple tips jek. Kepada adik-adik kakak-kakak yang bakal menjadi mommy or yang dah jadi mommy tengah tunggu next baby, dan sedang mencari-cari SET BERSALIN @SET PANTANG bERSALIN, meh baca tips-tips ni dulu. Buat panduan mommies semua supaya tak menyesal di kemudian hari..(^_^)

TIPS SEBELUM MEMBELI SET BERSALIN @ SET BERPANTANG

Tips Sebelum membeli Set bersalin
Tips Sebelum membeli Set bersalin
1. Sila pastikan produk yang bakal dibeli itu adalah halal dan selamat untuk baby. Kebanyakan set bersalin bahan asasnya adalah jamu, as we all know jamu ni bersifat panas, jadi ada kemungkinan akan mengganggu perut bayi. Boleh jadi cirit. Walaupun tidak dinafikan jamu mungkin sangat bermanfaat dari segi kandungannya untuk ibu selepas bersalin, tapi daripada kita asyik susah hati nak fikir nak makan ke tak, baik fikir dulu yang mana lebih sesuai semasa dalam tempoh berpantang ni. Banyak lagi alternatif set bersalin yang lain yang selamat untuk ibu & baby, contohnya macam Set Bersalin Shaklee. So fikirkan yang terbaik untuk mommies dan baby jugak ya.

2. Cuba cari set bersalin yang mempunyai manfaat berganda. Contohnya selain bermanfaat untuk kecerdasan ibu, ia juga boleh membantu dalam penghasilan susu ibu yang lebih mantap, jadi kita jimat kerana tidak perlu mengambil banyak produk. Susu ibu sangat-sangat penting ketika berpantang sebab ketika ini lah baby kita sedang cuba adapt dengan dunia baru dan mereka perlukan antibodi yang kuat untuk melawan segala kuman dan bakteria yang berada di sekeliling mereka. So, kalau boleh mommies bagilah full breastfeed sepanjang tempoh berpantang nanti ya.

3. Tengok bajet mommies. Belanja ikut keperluan, contohnya cari satu jenis minyak yang boleh dipakai serbaguna daripada membeli 3 jenis minyak yang mempunyai fungsi hampir sama. Set bersalin sekarang harga memang mahal-mahal, so mommies kenalah pandai memilih within your budget.

4. Tak perlu beli full set bersalin. Beli produk yang diperlukan sahaja (loose pack). Maknanya ambil produk (yang ada dalam set bersalin tu) yang kita perlu dan akan guna sampai habis. Kalau tak memang membazir saja. Dari pengalaman sendiri 2 kali bersalin, memang membazir dan merugikan saja kalau beli satu full set tapi at last tak guna sangat pun sebab sibuk dengan anak-anak (dan kurang kerajinan..hehe) Contoh: Jamu-jamu yang sapu kat dahi bagai tu (param & pilis), lulur dan macam-macam jenis minyak. semua ni tak wajib pun. So kalau spesis yang kurang rajin macam saya ni, better JANGAN BELI FULL SET

5. Cari set bersalin yang multipurpose fungsinya. Maksudnya selain untuk digunakan semasa pantang bersalin, boleh juga dipakai untuk tujuan lain. Seperti vitamin-vitamin dalam set bersalin shaklee; alfalfa boleh juga diambil oleh suami yang nak kuruskan badan, b complex boleh diambil lepas berpantang ketika stress or vitalea untuk masalah lesu or penat selepas bekerja. See, semua orang boleh ambil vitamin-vitamin tu, so takdelah membazir kalau tak mampu nak habiskan semasa dalam pantang.

6. Beli Set bersalin yang berjenama atau brand yang sudah dikenali dan lama di pasaran (seperti Shaklee, Nona Roguy, Amway & etc) untuk memastikan kandungan ubat atau jamu tersebut tidak berbahaya seperti yang banyak berlaku sekarang. Macam kes baru-baru ni, ada yang kena buang ovari sebab tersalah makan produk kesihatan wanita. So berhati-hati ya mommies.

Kalau mommies nak lagi mudah, saya cadangkan SET BERSALIN SHAKLEE a.k.a SET BERSALIN MODERN.

tips pilih set bersalin
SET BERSALIN SHAKLEE pilihan wanita modern masa kini
  • Tak panas, so tak effect baby
  • Ada Vitamin C dan Zinc Complex untuk luka bersalin cepat sembuh (fungsi sama macam pati haruan or gamat)
  • Ada ESP (sumber protein soya) untuk tambahkan susu badan dan bagi tenaga 
  • Ada B Complex untuk elak mommies meroyan ketika berpantang
  • Ada Vitalea untuk control hemoglobin darah lepas bersalin (untuk elak anemia in case bleeding or tumpah darah ketika bersalin)
  • Ada Ostenatrix untuk elak sembelit

Set ini juga dikenali sebagai SET BERSALIN MODERN sebab tak ada sapu-sapu jamu kat dahi bagai. hehe Tapi kalau mommies nak yang tradisional pun boleh, nak combine tradisional dengan set modern ni pun boleh, tak ada masalah (^_^)

Okay, itu sahaja tips yang saya nak share kali ini. 
SELAMAT MEMBELI SET BERSALIN YANG TERBAIK YA MOMMIES!!!

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

Tuesday, April 7, 2015

Tips untuk mendapat zuriat, mudah hamil

Assalamualaikum w.b.t

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.






Tips Mudah Hamil

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. 


cuba hamil dengan vitamin shaklee
Proses Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


2. Jumpa doktor anda. 


set kehamilan shaklee
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda tidak ada masalah kesihatan yang boleh menghalang anda untuk hamil

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.


Rujuk entry-entry di bawah untuk info lanjut tentang :

i. Perbezaan antara cyst dan fibroid
ii. Punca cyst dan rawatan alternatif selain pembedahan
iii. Senggugut (ENDOMETRIOSIS) penyebab kemandulan?


3. Dapatkan berat badan yang ideal. 


berat badan ideal penting untuk mudah hamil
Berat badan yang ideal penting untuk mereka yang sedang cuba hamil

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.


4. Ketahui waktu subur anda.

 

waktu subur
Kitaran haid dan tanda waktu subur penting untuk merancang kehamilan
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.


5. Hubungan seks yang lebih kerap. 


seks kerap penting untuk mudah hamil
hubungan seks yang kerap penting untuk mudah hamil

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.


6. Tingkatkan kesuburan suami. 


set kehamilan shaklee
gaya hidup sihat antara tips cepat hamil
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

Rujuk entry ini untuk info lanjut tentang Punca ketidaksuburan suami isteri 


7. Mengambil vitamin atau suppliment tambahan. 


set kesuburan shaklee
vitamin Shaklee untuk meningkatkan kesuburan dan membantu untuk mudah hamil
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Kandungan Asid folik yang disarankan ada tedapat di dalam B complex & Vitalea Iron formula SHAKLEE. Selain B complex dan Vitalea, GLA Shaklee memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita, menstabilkan hormon serta membantu menormalkan kitaran haid supaya lebih mudah untuk menentukan waktu subur dan merancang kehamilan. Alfalfa pula bertindak untuk melancarkan kitaran haid serta menaikkan hormon seks wanita.

Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma yang berkualiti dan tidak cacat (no defect). Zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Juga Vitamin E untuk memberi suami lebih tenaga serta membantu penghasilan sperma yang banyak.

8. Bersenam secara rutin . 

bersenam untuk mudah hamil
Bersenam secara rutin 
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.


9. Mengambil makanan yang seimbang. 


set kesuburan shaklee
Pemakanan seimbang penting untuk mudah hamil
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

Produk soya yang saya cadangkan ialah Energizing Soy Protein Shaklee (ESP). ESP ini mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi, kalsium, asid folik tanpa karbohidrat. Susu ESP ini sangat disarankan untuk wanita-wanita yang cuba hamil kerana ia membantu menguatkan rahim.
set kesuburan shaklee
sumber protein yang baik untuk diet mereka yang sedang cuba hamil

10. Kurangkan tekanan. 


b complex shaklee legakan stress
Tekanan juga antara punca sukar hamil
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. 


vivix bantu masalah perokok tegar
Rokok memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan seseorang
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari. 

ok itu sahaja info yang ingin dikongsi, semoga usaha anda berhasil (^_^) 

WASSALAM 


Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ; 


fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail 

fb page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
whatsapp/sms/call : 017-9623963 / 03-80655814


ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Wednesday, April 1, 2015

19 Resepi makanan ketika pantang bersalin ~ Malay Style ~

Assalamualaikum w.b.t
fuhhhhhhh...almost 1 year tak update blog..memang mencabar sungguh nak start blogging balik..hehe
Sebenarnya konon-konon nak rehat sempena bersalin anak kedua..tapiiii...macam termeleret pulak cutinya sampai my baby dah 9 bulan sekarang ;)
nah, nak belanja sikit gambar my baby girl (^_~)

baby shaklee
Ameena An Nuwairah binti Mohd Khairuddin (^_^)



anak2 syurga
Ameena & Talhah, harta dunia akhiratku

okay la, sebagai intro selepas bercuti panjang ni, saya nak share info yang sangat2 berguna untuk para ibu yang baru bersalin, tengah berpantang, tengah tunggu masa nak bersalin, tengah mengandung & penting juga untuk para suami yang kena jaga isteri dalam pantang nanti (^_^)/
p/s: huntunglaaa sape dapat suami yang pandai masak & sudi jaga dalam pantang..suamiku?? huntung jugak, on the way balik dari hospital ke rumah, terus offer " ayang nak makan apa? Nasi kukus ayam rempah boleh?? yang sedap2 tu, ayam goreng dia perghhh, sedapp"...hmmm nasib lerr dapat suami gini, sebelum beranak takde pulak nak offer ye bang??? (-__-)

  *****RESEPI MAKANAN KETIKA BERPANTANG*****

menu makanan ibu pantang bersalin

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:
1  Ikan Haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon


SUP IKAN

set berpantang shaklee
Sup Ikan Haruan


Bahannya:

Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:

1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.

Cara 2:

1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.



STEAM IKAN






Bahannya:

Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)


Caranya:

1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.



SINGGANG IKAN



Bahannya:


Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)


Caranya:


1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA



Bahannya:

1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak


Caranya:


1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:


2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.


Caranya:


1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:

3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.


Caranya:


1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI



Bahannya:


1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup


Caranya:


1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH



Bahannya:

1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak


Caranya:


1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:

1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris


Caranya:


1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:

1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris


Caranya:


1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:

1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa


Caranya:


1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:

2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam


Caranya:


1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA




Bahannya:


1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis


Caranya:


1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI


(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)


Bahannya:


Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)


Caranya:


1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit
garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA



Bahan A (diperap)


2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)


3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak


Caranya:


1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG



(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)


Bahannya:


2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Caranya:


1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM


Bahannya:

50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa


Caranya:


1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT


Bahannya:

50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.


Caranya:


1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI



Bahannya:


50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.


Caranya


1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.

Sumber : FB

Semua sekali ada 19 resepi..haa pandai2 la korang rotate sepanjang 44 hari berpantang tu ya kalau tak mau bagi cemuih (^_^)

By the way, saya nak share jugak kat ibu2 di luar sana, set bersalin yang saya amalkan sepanjang bersalin hari tu..haa dah sah2 la SET BERSALIN SHAKLEE uolls!! hehe

berpantang dengan mudah, set bersalin moden
Set Bersalin Shaklee
 (klik gambar untuk view yang lebih jelas)

Set berpantang Shaklee bantu luka cepat sembuh

Set Berpantang Shaklee juga sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan

Nak dijadikan cerita dan memang dah ditakdirkan oleh Allah yang baby kedua saya ni ada problem sikit masa lahir haritu. Disebabkan air ketuban keluar awal, baby saya kena jangkitan kuman & kena warded almost 1 week. Bayangkan baru bersalin, pastu kena ulang alik ke hospital untuk tengok & susukan baby. memang mengcabar sangat masa tu sebab luka pun baru sangat (my baby warded 2nd day after delivery), pastu kena bergerak & jalan sana sini macam orang tak bersalin sebab nak uruskan baby kat hospital. Masa tu redha jer kalau jadi apa2 kat luka bersalin tu sebab nak letak ubat pun tak sempat (sebab kije nye asyik nangis jer 24jam tengok baby kena cucuk banyak sangat (T_T)

Makan pun tak lalu, (tak sempat nak rotate resepi2 kat atas ni..(-__-) ..) tapi sebab nak tenaga & nak cepat sihat jugak, paksa diri telan vitamin2 Shaklee ni (Vitamin C + Zinc + B complex +ostematrix ) banyak ke?? taklaaa, sebab telan semua sekali harung je, so tak rasa banyak pun..huhu Walaupun tak jaga sangat luka bersalin tu, but ALHAMDULILLAH dengan izin Allah luka tu cepat je baik (walaupun saya jalan laju gila masa kat hospital) & paling penting takde pun rasa sakit2 perit macam luka bersalin anak pertama dulu. Tapi korang janganlah jadi macam saya ye, main redah & redha je masa tu...nasib baik ok jerr..heee

Tapi untuk ibu2 kat luar sana, nah nak share sikit info yang tak kurang best nyer

Apa yang anda perlu tahu tentang penyembuhan luka bersalin

nak tahu?? klik je link kat atas tu..hehe

OK la, nak gi masak pulak. cik hasben dah nak pulang dari mencari rejeki. Tata

WASSALAM 
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ; 

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail 
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814



ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA