Showing posts with label ostematrix shaklee. Show all posts
Showing posts with label ostematrix shaklee. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

Berat Badan Berlebihan semasa Hamil?? 5 Tips Kawal Berat Badan Semasa Hamil

Assalamualaikum w.b.t

Harini saya nak bagi tips kepada ibu-ibu hamil di luar sana untuk mengawal kenaikan berat badan semasa hamil. Sebenarnya saya sendiri adalah salah seorang ibu yang ketika hamil mengalami kenaikan berat badan yang melampau. dah la berat naik sampai 20 ke 30 kg, lepas bersalin, separuh sahaja yang hilang, lagi separuh terus melekat kat badan nih (T_T). So kalau tak nak jadi macam saya, jom ikut tips-tips di bawah (^_^)


1) Jangan skip waktu makan



set kehamilan shaklee
Makan seperti biasa pada setiap waktu makan

Ini paling mudah. Makan seperti biasa. Pastikan ibu hamil ambil hidangan lengkap setiap kali makan. Skip salah satu waktu makan (sarapan, makan tengahari ataupun makan malam) hanya akan menyebabkan mommies terlebih2 makan apabila lapar.

2) Tiada istilah “eat for two”



set kehamilan shaklee
Makan seperti biasa tanpa perlu menambah kuantiti makanan yang diambil

Ni penting ye mommies. Makan seperti biasa. Bukan makan ikut nafsu atau makan lebih atas alasan nanti tidak cukup untuk bayi. Jangan risau, tubuh kita memang direka untuk menyerap nutrien secukupnya daripada makanan yang berkhaisat mommies ambil. Itu belum lagi cerita tentang kisah mengidam pelbagai jenis makanan seperti manisan, jeruk, dan macam-macam lagi. Makanlah sekiranya teringin, namun dalam kuantiti yang berpatutan.


3) Minum air secukupnya



kawal berat badan ketika hamil
Air penting untuk perkumuhan
Mimun air secukupnya penting untuk memudahkan proses penyahtinjaan (perkumuhan). Tidaklah perut tu menyimpan hasil buangan yang tidak perlu, betul tak? Selain itu, air yang cukup semasa hamil mengurangkan risiko sembelit dan kencing kotor. Kedua-dua masalah ini memang merunsingkan dan perlu diberi perhatian. Pastikan semasa hamil buang air besar seperti biasa; 2 kali sehari. Jadi perut pun rasa lega, badan pun ringan.

4) Berdisiplin ambil supplement/vitamin untuk ibu hamil


vitamin ibu hamil
Vitamin penting untuk ibu hamil
Suplemen atau vitamin amat penting utk ibu hamil kerana ia mengandungi nutrisi yg lengkap. Konsisten dan disiplin yang tinggi perlu demi memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jangan ambil mudah hanya kerana rasa malas, manja atau letih semasa hamil.

SHAKLEE ada menawarkan suppliment untuk ibu hamil, yang terdiri daripada

1. Sustained Released vitamin C (sumber vitamin C untuk imunisasi badan)
2. B complex (sumber asid folik & B Complex sendiri)
3. Vitalea Iron Formula (sumber zat besi)
4. Omega Guard (sumber DHA)
5. Soy protein ESP (sumber protein)
6. Ostematrix (sumber kalsium & magnesium)

set kehamilan shaklee
Set kehamilan Shaklee
Set Kehamilan Shaklee lengkapi nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil ☺

5) Tidur/rehat secukupnya


rehat yang cukup ketika hamil
Rehat dan tidur yang cukup antara tips kawal berat badan ketika hamil
Tidur dan rehat yang cukup membantu mommies menjadi lebih relaks dan ceria. Jadi tiadalah kes makan banyak sebab stress. Bahaya tu! Lagipun apabila ibu mudah atau sentiasa stress semasa hamil, paling mudah terkesan ialah tekanan darah. Tak pasal-pasal tekanan darah naik dan kena masuk wad pula.

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Wednesday, April 8, 2015

Vitamin untuk Wanita Hamil..Perlu atau Tidak??

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya nak kongsikan sedikit info tentang vitamin untuk ibu hamil atau lebih dikenali sebagai vitamin pranatal. Persoalan yang saya nak kupaskan ialah sama ada vitamin-vitamin ini adalah satu keperluan yang wajib di ambil oleh ibu-ibu hamil atau ianya pilihan masing-masing.



Sebenarnya vitamin pranatal yang baik boleh membantu ibu-ibu hamil mendapatkan nutrien yang diperlukan yang mungkin tiada atau kurang dalam diet pemakanan seharian. Walaupun ia tidak akan menggantikan pemakanan sihat, supplement pranatal adalah SANGAT PENTING!


Seawal manakah saya harus mula mengambil vitamin pranatal ini?


Ibu hamil seharusnya mula mengambil vitamin seawal mungkin, lagi baik jika sebelum cuba untuk hamil. Telur mula menjadi matang kira-kira 3 bulan sebelum ia dilepaskan dan ia adalah amat penting supaya nutrien-nutrien yang bersesuaian hadir semasa di tahap paling awal.

Kecacatan tiub saraf seperti SPINA BIFIDA berlaku di dalam minggu pertama hingga minggu ke empat kehamilan. Jika anda merasakan yang anda hamil dan tidak mengambil sebarang supplemen, jangan tunggu sehingga temujanji pertama dengan doktor untuk mendapatkan preskripsi kerana anda akan terlepas tempoh masa perkembangan penting ini. Sekurang-kurangnya mulakan pengambilan asid folik 600 microgram (mcg) sehari.

Apakah vitamin dan mineral yang paling penting? Mengapa?


Berdasarkan kajian, 3 nutrien yang paling penting ialah ASID FOLIK, ZAT BESI dan KALSIUM.
Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub saraf. Zat besi adalah penting untuk menghantar oksigen kepada bayi dan mencegah anemia pada ibu. Manakala kalsium membantu membina tulang bayi dan mengelakkan kehilangan jisim tulang pada ibu.

Selain itu The World Association of Perinatal Medicine mengesyorkan bahawa wanita hamil harus mendapatkan sekurang-kurangnya 200 miligram DHA setiap hari. DHA adalah asid lemak omega-3 yang amat penting untuk tumbesaran otak bayi. Banyak vitamin pranatal mengandungi DHA.

Apakah yang harus saya lakukan jika saya mengalami mabuk hamil dan muntah-muntah?


Cuba ambil vitamin sebelum masuk tidur di waktu malam supaya anda dapat tidur sepanjang masa anda berasa loya.

Kepentingan suppliment atau vitamin semasa hamil jangan diambil ringan. Berikan yang terbaik untuk bayi anda sedari dalam kandungan  lagi. SET KEHAMILAN SHAKLEE adalah satu pilihan supplement lengkap untuk ibu hamil. 

Mengandungi semua nutrien yang diperlukan seperti asid folik, zat besi, kalsium dan DHA, set kehamilan Shaklee ini juga merupakan vitamin organik (tanpa dadah dan bahan kimia) dan terbukti kebaikan dan keberkesanannya. 

set kehamilan shaklee
Set Kehamilan Shaklee
Set ini mengandungi :

1. Sustained Released vitamin C (sumber vitamin C untuk imunisasi badan)
2. B complex (sumber asid folik & B Complex sendiri)
3. Vitalea Iron Formula (sumber zat besi)
4. Omega Guard (sumber DHA)
5. Soy protein ESP (sumber protein)
6. Ostematrix (sumber kalsium & magnesium)


Set Kehamilan Shaklee lengkapi nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil ☺

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Friday, July 19, 2013

Masalah Sembelit Selepas Melahirkan Bayi

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam 10 Ramadhan (^_^)

Hari ni suamiku dah pulang, so berbuka dan bersahur takdelah keseorangan lagi..huhu sesungguhnya berbuka puasa sorang2 sangatlah tak best..hmm

Okay, hari ini nak bercerita tentang MASALAH SEMBELIT terutamanya SELEPAS MELAHIRKAN BAYI (semasa berpantang)

Atasi sembelit semasa berpantang dengan shaklee
Tips Atasi Sembelit ketika Pantang Bersalin

Sebenarnya masalah sembelit ini bukan sahaja dialami ketika hamil. Bahkan ianya boleh berlarutan sehingga selepas kelahiran iaitu ketika proses berpantang.  Kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu ini mengalami masalah sukar membuang air besar terutama pada minggu pertama selepas bersalin. Rasa bimbang tentang luka dan jahitan potongan (episiotomi) pada perineum membuatkan ramai ibu takut untuk ke tandas. Saya sendiri mengalami trauma dan kebimbangan yang sama selepas melahirkan anak sehinggakan saya sanggup menahan diri dari membuang air besar selama 9 hari!! - sesuatu yang tak sepatutnya anda ikut ya!

Sebenarnya dengan menahan diri dari membuang air besar sehingga berhari2 lamanya, akan mengundang padah yang lebih besar kerana boleh menyebabkan sembelit lebih teruk dan buasir berdarah. Semua ini saya telah alaminya sendiri dan sangat menyeksakan. Saya terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di dalam tandas kerana terlalu takut untuk membuang air besar. Dan sememangnya ianya sangat menyakitkan

Walau bagaimanapun sebenarnya ia adalah perkara biasa yang berlaku. Selain daripada kebimbangan luka jahitan akan terbuka atau takut meneran, terdapat beberapa faktor fizikal menyebabkan pergerakan usus menjadi agak perlahan dan menyebabkan sembelit.
  1. Jumlah progesteron yang tinggi mungkin  menyebabkan masalah sembelit semasa hamil.
  2. Sistem pencernaan berfungsi  lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  3. Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi agak perlahan berbanding daripada biasa.
  4. Kelahiran dengan bantuan forseps atau ventouse memberikan risiko lebih tinggi untuk sembelit.
  5. Kelahiran anak kedua dan seterusnya.
  6. Pengambilan suplemen zat besi atau ubat anti depresi.
  7. Mendapat jahitan pada luka.

Sakitkah buang air besar?


Ketakutan ibu untuk membuang air besar selepas bersalin membuatkan kita sanggup menahan diri. Sebenarnya ketakutan tersebut tidak berasas. Bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ia disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran. Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali. Bahkan perasaan takut hanya menyebabkan ibu rasa lebih tidak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot sedangkan apa yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Hakikatnya ibu tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika tidak ke tandas sebab sembelit akan melonggarkan lantai pelvis anda.

Cara mengatasi sembelit?


fiber elak sembelit
Fiber antara nutrien yang paling penting untuk mengelakkan sembelit
  1. Amalkan rutin pengambilan makanan dan minuman yang teratur selepas sahaja melahirkan bayi. Banyakkan makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan dan minum banyak cecair (air dan sup).
  2. Cecair membantu menjadikan najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Suasana dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidrat tanpa disedari. Selain itu, menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi ibu perlu banyak minum.
  3. Bangunlah daripada katil (apabila sudah kuat) selepas bersalin dan berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring dalam jangka masa yang lama hanya membuatkan masalah sembelit lebih teruk.
  4. Apabila perasaan hendak membuang air besar mula terasa, jangan abaikan, sebaiknya segera ke tandas. Duduk sepenuhnya di mangkuk tandas dan jangan menenggek.
  5. Luruskan belakang anda dan angkat lutut agar lebih tinggi daripada punggung. Jika boleh, letakkan kaki di atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki. Letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung kerana ia cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!
  6. Rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.
  7. Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan  tidak akan koyak (ia tidak akan berlaku!).
Apabila saraf-saraf di dalam perineum  sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan.

Menolak dan meneran tidak akan membantu masalah sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda.
Jika makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.
Sebaik saja anda selesai makan dan minum, jangan duduk, sebaiknya berjalan-jalan di dalam rumah seketika.

Namun jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda perlu berjumpa doktor dan dia mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang rentak semulajadi usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.

Selalunya doktor akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama. Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu.

Jangan  membeli sendiri ubat julap di farmasi tanpa preskripsi daripada doktor kerana pengambilan ubat julap bergantung kepada sama ada anda mengambil ubat-ubat lain, atau menyusukan bayi.

THE BEST SOLUTION is, anda boleh mencuba OSTEMATRIX SHAKLEE yang berfungsi bukan sahaja sebagai kalsium, bahkan sebagai pelawas yang mebantu ibu2 untuk membuang air besar dengan lebih mudah. Osteomatrix ini terdapat di dalam SET BERPANTANG SHAKLEE yang melengkapkan semua keperluan yang diperlukan oleh ibu ketika berpantang.



ostematrix shaklee dalam set berpantang
Ostematrix dalam set berpantang Shaklee membantu elak sembelit ketika berpantang bersalin

elak sembelit ketika berpantang
Kelebihan Set Berpantang Shaklee antaranya ialah elak sembelit lepas bersalin

Kelebihan set berpantang Shaklee

- Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
- Boleh terus diambil walaupun anak ade jaundice (kuning)
- Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun czer
- Dapat membantu ibu mengurangkan stress
- Dapat membantu ibu memberikan tenaga sepanjang tempoh bersalin
- Dapat membantu ibu menyelesaikan masalah sembelit

Bagaimana cegah sembelit untuk jangka panjang?

  • Sentiasa peka dan bertindaklah atas desakan badan anda.
  • Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan sembelit, termasuk beberapa pil penahan sakit, jadi bertanyalah kepada doktor anda.
  • Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan minum banyak cecair dalam masa yang tetap.
  • Pastikan anda membuat senaman setiap hari seperti berjalan cergas dengan membawa bayi dalam kereta tolak.
  • Beritahu doktor jika anda menghidapi buasir atau rekah-rekah anus, yang boleh membuat sembelit menjadi lebih teruk.

Okay, sekian dahulu perkongsian saya kali ini. Renung-renungkan info yang saya share ni, dan selamat beramal!! (^_^)

p/s: Enjoy this video ;)



WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814



ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

Tuesday, July 9, 2013

KEHAMILAN : 6 simptom yang memerlukan perhatian segera!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Salam angin2 sepoi di petang hari..hehe

Harini nak kongsi sedikit info tentang kehamilan. Apabila seseorang wanita itu disahkan hamil, pelbagai symptom2 seperti muntah2, pening, pitam, lemah badan dan sebagainya berlaku. simptom2 ini nampak normal kerana sering terjadi kepada ibu2 hamil terutamanya di awal kehamilan. Saya sendiri mengalami mabuk hamil yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan cecair IV. Alhamdulillah apabila kandungan masuk ke trimester kedua, mabuk hamil mulai beransur kurang dan hilang ;)



set berpantang shaklee
Tips kehamilan : 6 Simptom yang perlu perhatian segera!!

Walau bagaimanapun, mungkin juga simptom2 ini adalah petanda awal kepada masalah kehamilan yang serius dan perlu perhatian dan rawatan segera.

 

*MUNTAH YANG TERLAMPAU

tips kehamilan
Muntah yang terlampau


Kebanyakan wanita di awal kehamilan mengalami mabuk hamil, muntah2 dan mual. Ia sangatlah menyusahkan, leceh tetapi tidak membahayakan dan akan beransur2 hilang apabila kandungan membesar @ memasuki trimester kedua.

VITALEA & PEPPERMINT GINGER juga sangat membantu dalam proses ibu2 hamil melalui frasa mabuk hamil ini.Ia memulihkan selera makan, mengurangkan mual dan memberi tenaga kepada ibu2 yang mabuk teruk di awal kehamilan.

TETAPI, jika anda mengalami muntah yang melampau sehingga tidak boleh menahan cecair yang berada di dalam badan anda ataupun  sehingga anda tidak membuang air kecil, segera rujuk doctor anda kerana ia boleh menyebabkan penyahhidratan (dehydrated) yang tidak baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Ini mungkin tanda "hyperemesis gravidarum" iaitu sejenis mabuk hamil terlampau yang boleh berlarutan sehingga akhir kehamilan.

Jika anda muntah 2 hari berturut2, keracunan makanan, muntah beserta demam panas, segera dapatkan rawatan di hospital (dapatkan cecair IV).


*KESAKITAN YANG TERLAMPAU DI BAHAGIAN ABDOMEN

set bersalin shaklee
Sakit di bahagian abdomen

Jika anda hamil kurang dari 12 minggu dan merasa kekejangan dan tajam di sebelah bahagian perut dan anda tidak pernah melakukan scan (ultrabunyi), mungkin ianya adalah sakit yang normal.Tetapi jika anda masih merasa sakit ataupun kesakitan itu semakin teruk apabila kandungan semakin membesar, ia mungkin boleh bermaksud apa2 dari kontraksi bersalin ke appendicitis.


*KEPUTIHAN YANG BANYAK ATAUPUN KONTRAKSI BERSALIN


tips kehamilan
Keputihan yang banyak

Jika anda semakin hampir ke saat bersalin, keputihan tersebut mungkin petanda air ketuban sudah pecah, maka segeralah bersedia dan pergi ke hospital. Tetapi jika anda rasa cecair banyak sebelum minggu ke-37, segera hubungi doctor kerana kemungkinan besar pundi amnion anda sudah pecah dan proses kelahiran awal mungkin berlaku. Tetapi janganlah mengjangkakan yang paling teruk. Ramai yang menganggap serius sedangkan bayi dalam kandungan hanya menyepak kuat punding kencing mereka sehingga terkucil ;)

Kontraksi bersalin adalah tanda bersalin pramatang. Jadi jika anda merasa sakit dari minggu yang ke24 hingga 36, segera hubungi doctor. Tetapi ia juga mungkin kontraksi BRAXTON HICKS (sakit main2)


*PENDARAHAN


tips kehamilan
Pendarahan ketika hamil

Jika ini berlaku (pada bila2 masa), segera rujuk doctor anda. Jika berlaku ketika trimester ke-2 @ ke-3, kemungkinan terdapat koyakan di plasenta atau masalah yang harus didiagnosis dengan pemeriksaan ultrabunyi. Jangan panic kerana kebanyakan pendarahan semasa hamil tidak mempunyai masalah jangka panjang. Untuk info lanjut tentang pendarahan ketika hamil, rujuk entry ini : Pendarahan ketika Hamil dan Kaedah Pencegahannya


*SAKIT KEPALA YANG TERUK @ BENGKAK SELURUH BADAN


tips kehamilan
Sakit kepala yang teruk

Ianya adalah normal jika berlaku dalam trimester pertama kehamilan. Sama juga jika pembengkakan pergelangan kaki semasa perkembangan kehamilan kerana ia bermaksud badan anda sedang menyimpan cecair,

TETAPI, jika sakit kepala berlaku secara tiba2 di trimester ke-2 @ ke-3, tangan dan muka bengkak dengan teruk (tidak surut), ia mungkin petanda PRA-EKLAMPSIA (tekanan darah tinggi disebabkan hamil) yang memerlukan rawatan segera!


*KURANG PERGERAKAN PADA KANDUNGAN


tips kehamilan
Bayi dalam kandungan kurang bergerak

Jika anda tidak merasakan pergerakan bayi anda selama satu jam, tidak perlu risau, sebaliknya minumlah jus buahan yang segar (gula yang terdapat dalam jus buahan akan menaikkan gulanya yang akan menaikkan peluangnya untuk mula bergerak), kemudian baring di sisi sebelah kiri di dalam bilik yang sunyi selama setengah jam. Jika masih tak merasa apa2 pergerakan, segeralah rujuk doctor anda. Kadangkala ianya tiada apa kerana mungkin bayi sengaja tidak mahu bergerak, tetapi doctor akan melakukan ujian untuk memastikan tiada masalah pada kandunangan anda.

SOLUSI~

Ibu hamil perlu menjaga kandungan dengan terbaik dan mestilah peka dengan setiap apa yang berlaku pada diri dan kandungan anda. Sentiasa fikir @ utamakan bayi dalam kandungan sebelum melakukan sesuatu. Lakukan yang terbaik untuk si kecil anda sedari dalam kandungan lagi. Anda juga perlu tahu apa yang diperlukan oleh ibu hamil supaya kandungan berada dalam keadaan baik sehingga saat melahirkan. SET KEHAMILAN SHAKLEE ada untuk membantu ibu2 hamil memberikan yang terbaik untuk bayi anda.Set lengkap All in 1 penuhi semua keperluan ibu dan bayi(^_^)


ibu hamil sihat dengan shaklee
Set kehamilan Shaklee

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

Saturday, January 26, 2013

Tips Ibu Mengandung: Mengatasi Sembelit Ketika Hamil.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T        

Salam sayang untuk semua..hari ini saya nak berkongsi sedikit tips yang serasa saya sangat berguna untuk ibu2 dan bakal2 ibu diluar sana..Topik kita pada kali ini ialah Mengatasi Sembelit Ketika Hamil.

Kebiasaanya, wanita mengandung mudah mengalami sembelit. Kadang-kadang jika tidak diatasi sembelit ini ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.Kemungkinan besar wanita hamil ini boleh menyebabkan buasir.

ostematrix shaklee
Tips ibu mengandung : Mengatasi Sembelit Ketika Hamil

Kenapa mudahnya terjadi sembelit bagi wanita mengandung?


ostematrix shaklee
Bagaimana sembelit terjadi pada wanita hamil

Ada banyak faktor sebenarnya. Tetapi disini kita akan membincangkan 2 faktor sahaja iaitu pemakanan dan supplement.

Bagi wanita yang hamil, perlu dielakkan untuk mengambil makanan yang pedas dan makanan yang berjenis 'fast-food'. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air. Najis yang keras inilah mencetuskan sembelit buat ibu mengandung.

Selain daripada pemakanan, terdapat juga supplement yang diambil ibu mengandung boleh menyebabkan sembelit. Contoh supplement yang menyebabkan sembelit adalah ferrous fumarate. Ferrous fumarate ini sebenarnya bertindak sebagai zat besi bagi mengatasi ibu yang mengandung mengalami kekurangan sel darah merah. Namun, disebalik kebaikan yang diberikan oleh ferrous fumarate terdapat juga kesan sampingan yang tidak diingini. Dan sembelit adalah punca atau kesan daripada pengambilan ferrous fumarate ini.

Dipetik daripada Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil, untuk mengatasi masalah ini adalah ibu mengandung dinasihatkan untuk meminum air paling kurang 7 gelas sehari. Selain daripada itu, ibu mengandung juga dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan yang mengandungi serat yang banyak seperti pisang.

Bagaimana untuk mengelak daripada berlakunya sembelit??


ostematrix shaklee
Sembelit ketika hamil

 Preventing Constipation During Pregnancy


Progesterone is produced in high levels during pregnancy. Adequate levels of this hormone are essential for the maintenance of the womb, but excess levels can slow down the process of digestion and cause stomach muscles to relax, leading to constipation. Here are some useful tips to avoid constipation when pregnant.

Increase Fluid Intake

ostematrix shaklee
Tips elak sembelit ketika hamil : Banyakkan meminum air masak

To ensure that women don't suffer from constipation, doctors advise expecting mothers to consume 10 to 12 glasses of drinking water. Drinking 10 to 12 glasses will help in eliminating wastes from the body and aid in smooth digestion. Doctors strongly recommend the consumption of fresh vegetable and fruit juices in order to help the digestion and make bowel movements smoother.

Change in Diet

ostematrix shaklee
Tips elak sembelit ketika hamil : ubah cara pemakanan atau diet anda

Expecting women facing digestion problems should definitely think of changing their diet but shouldn't rush into it. It is always a good option to consult a nutritionist regarding which foods to consume and which to avoid, during pregnancy. A fiber rich diet can aid in healthy digestion.

Eating Smaller Meals

elak sembelit ketika hamil
Tips elak sembelit ketika hamil : Kurangkan pengambilan kuantiti makanan

Eating large quantities of food at one time is detrimental to digestive health and might further complicate the problem of constipation. A woman's appetite increases during pregnancy, but having large meals at once will only increase digestive problems. However, eating smaller meals would avoid constipation for good and help keep problems like bloating and gas at bay.

Regular Exercise


regular exercise ketika hamil elak sembelit
Tips elak sembelit ketika hamil : Lakukan senaman secara rutin

Laziness or lack of physical activity can also lead to a constipated stomach during pregnancy. Women feel fatigued when pregnant, plus there are many physical and hormonal changes that they face. Their daily activity and exercise regimen tends to be ignored. But exercise is essential during pregnancy, for both, the woman and her baby. A daily 10 minute brisk walk is advisable.

Avoiding Large Quantities of Iron

Consuming iron supplements in excess can contribute to constipation. For maintaining adequate iron levels in the body it is advised that pregnant women follow an iron rich diet. Doctors might advise iron supplements, but if artificial, should be taken in moderate quantities only. It is best to understand the iron requirement from a doctor and follow his advice.

Using Stool Softeners

Expecting mothers are advised to check with their doctors before taking any laxatives. Laxatives can flush out important nutrients from the body. However, there's no danger in using stool softeners and most gynecologists suggest so. Stool softeners are not harmful for the growing fetus, they help in easy passing of stools, thus preventing constipation.


source : http://www.buzzle.com/articles/how-to-avoid-constipation-during-pregnancy.html

Selain daripada menjaga pemakanan dan mengawasi pengambilan supplement yang betul dan tidak memudaratkan, di sini ibu2 yang mengalami masalah ini boleh berikhtiar dengan OSTEOMATRIX shaklee.

ostematrix shaklee utk sembelit
Ostematrix Shaklee bantu atasi masalah sembelit ibu hamil

Osteomatrix sebenarnya terdapat dalam cadangan set vitamin untuk ibu mengandung. Secara umumnya, osteomatrix ini dikenali sebagai kalsium. Namun menyedari permasalahan sembelit sering menghantui ibu2 hamil ini, shaklee mempertingkatkan formula osteomatrix menjadi lebih daripada sekadar kalsium.

ostematrix shaklee cegah sembelit
Set Kehamilan Shaklee

Osteomatrix shaklee. 2 in 1..membekalkan kalsium dan pada masa yang sama bertindak sebagai pelawas untuk memudahkan ibu2 hamil ini membuang air tanpa perlu melalui pengalaman ngeri sembelit.

Lihat testimoni-testimoni di bawah

wanita hamil sembelit
Testimoni Ostematrix atasi masalah sembelit ibu hamil
ostematrix shaklee untuk sembelit
Ostematrix melawaskan proses pembuangan dan elak sembelit 
sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini..

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya