Wednesday, March 13, 2013

Kepentingan Kalsium & Kesan Kekurangan Kalsium Ketika Hamil



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sempena promo bulan mac 2013 ni, saya nak kongsi dengan pembaca2 sekalian tentang OSTEOMATRIX~bukan sekadar kalsium~
 
Khusus kepada ibu2 hamil di luar sana..jom kita explore kepentingan kalsium ni ;)
 

Kepentingan Kalsium & Kesan Kekurangan Kalsium : Pentingnya Ostematrix

Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta gusi yang sihat. Ia juga amat penting untuk menstabilkan degupan jantung dan penghantaran isyarat saraf. Kalsium merendahkan kadar kolesterol dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Ia diperlukan untuk pembentukan dan kontraksi otot bagi mengelakkan kekejangan otot.

Bukan itu saja, kalsium penting untuk pembekuan darah dan mencegah kanser. Ia menurunkan tekanan darah dan mengelakkan kehilangan jisim tulang. Kalsium membekalkan tenaga dan terlibat dalam penstrukturan RNA dan DNA protein.
Kalsium juga terlibat dalam mengaktifan beberapa enzim, misalnya lipase yakni enzim pemecah lemak. Kalsium turut terlibat dalam memastikan kadar penyerapan nutrien oleh membran sel.

Malah kalsium juga membantu menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan pre-eklampsia semasa mengandung. Ibu mengandung yang mengalami darah tinggi boleh mengambil kalsium bagi menurunkan darah tinggi semasa hamil.

Kesan2 kekurangan kalsium, cuba periksa adakah anda mengalami:

- Sakit sendi
- Kuku senang patah
- Ekzema
- Kenaikan paras kolesterol dalam darah
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia
- Kekejangan otot
- Kebas tangan dan kaki
- Gemuruh
- Rheumatoid arthritis
- Gigi mereput
- Depresi
- Hyperaktif
 
Kalsium boleh diperolehi dari makanan harian seperti susu, yogurt, kacang soya, kubis, keju, buah tin, asparagus, badam, whey dan sebagainya.

Kalsium memerlukan Vitamin D untuk diserap oleh badan.

Apakah Ostematrix?

Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral2 lain seperti Boron dan sebagainya bagi membina matriks tulang yang kuat. Kenapa Ostematrix? Kerana badan kita bukan saja perlukan tulang yang kuat, tapi MATRIKS tulang yang kuat umpama sebuah bangunan yang berdiri teguh.

Kalsium sahaja akan membina tulang sahaja, jadi kita perlukan mineral2 seperti Boron tadi untuk membina 'simen' yang menyambung tulang2 kalsium tadi.
Info TambahanAsid amino Lysine diperlukan untuk penyerapan kalsium.

Atlit wanita, wanita menopos dan ibu menyusu memerlukan kalsium tambahan kerana tahap estrogen mereka adalah rendah. Estrogen menjaga sistem tulang rangka dengan 'menempatkan' kalsium dalam tulang. Bila estrogen menurun, kadar penempatan ini menjadi rendah.

Kalsium TIDAK BOLEH diambil bersama zat besi kerana mereka akan bergabung bersama, menjadikan penyerapan keduanya terganggu.

Oxalic acid dalam beberapa sayuran mengganggu penyerapan kalsium.

Ada dua cara mengambil kalsium:
- 500 mg setiap kali pengambilan (dua kali ambil, siang dan malam)
ATAU
- 1000 mg sekali sehari sebelum tidur
Anda boleh ambil yang mana2 anda selesa kerana mengikut pakar nutrisi, kedua2nya boleh.

Sekian dahulu perkongsian saya pada hari ini..

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814