Showing posts with label b complex shaklee. Show all posts
Showing posts with label b complex shaklee. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Tips Sebelum Membeli Set Bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak bagi simple tips jek. Kepada adik-adik kakak-kakak yang bakal menjadi mommy or yang dah jadi mommy tengah tunggu next baby, dan sedang mencari-cari SET BERSALIN @SET PANTANG bERSALIN, meh baca tips-tips ni dulu. Buat panduan mommies semua supaya tak menyesal di kemudian hari..(^_^)

TIPS SEBELUM MEMBELI SET BERSALIN @ SET BERPANTANG

Tips Sebelum membeli Set bersalin
Tips Sebelum membeli Set bersalin
1. Sila pastikan produk yang bakal dibeli itu adalah halal dan selamat untuk baby. Kebanyakan set bersalin bahan asasnya adalah jamu, as we all know jamu ni bersifat panas, jadi ada kemungkinan akan mengganggu perut bayi. Boleh jadi cirit. Walaupun tidak dinafikan jamu mungkin sangat bermanfaat dari segi kandungannya untuk ibu selepas bersalin, tapi daripada kita asyik susah hati nak fikir nak makan ke tak, baik fikir dulu yang mana lebih sesuai semasa dalam tempoh berpantang ni. Banyak lagi alternatif set bersalin yang lain yang selamat untuk ibu & baby, contohnya macam Set Bersalin Shaklee. So fikirkan yang terbaik untuk mommies dan baby jugak ya.

2. Cuba cari set bersalin yang mempunyai manfaat berganda. Contohnya selain bermanfaat untuk kecerdasan ibu, ia juga boleh membantu dalam penghasilan susu ibu yang lebih mantap, jadi kita jimat kerana tidak perlu mengambil banyak produk. Susu ibu sangat-sangat penting ketika berpantang sebab ketika ini lah baby kita sedang cuba adapt dengan dunia baru dan mereka perlukan antibodi yang kuat untuk melawan segala kuman dan bakteria yang berada di sekeliling mereka. So, kalau boleh mommies bagilah full breastfeed sepanjang tempoh berpantang nanti ya.

3. Tengok bajet mommies. Belanja ikut keperluan, contohnya cari satu jenis minyak yang boleh dipakai serbaguna daripada membeli 3 jenis minyak yang mempunyai fungsi hampir sama. Set bersalin sekarang harga memang mahal-mahal, so mommies kenalah pandai memilih within your budget.

4. Tak perlu beli full set bersalin. Beli produk yang diperlukan sahaja (loose pack). Maknanya ambil produk (yang ada dalam set bersalin tu) yang kita perlu dan akan guna sampai habis. Kalau tak memang membazir saja. Dari pengalaman sendiri 2 kali bersalin, memang membazir dan merugikan saja kalau beli satu full set tapi at last tak guna sangat pun sebab sibuk dengan anak-anak (dan kurang kerajinan..hehe) Contoh: Jamu-jamu yang sapu kat dahi bagai tu (param & pilis), lulur dan macam-macam jenis minyak. semua ni tak wajib pun. So kalau spesis yang kurang rajin macam saya ni, better JANGAN BELI FULL SET

5. Cari set bersalin yang multipurpose fungsinya. Maksudnya selain untuk digunakan semasa pantang bersalin, boleh juga dipakai untuk tujuan lain. Seperti vitamin-vitamin dalam set bersalin shaklee; alfalfa boleh juga diambil oleh suami yang nak kuruskan badan, b complex boleh diambil lepas berpantang ketika stress or vitalea untuk masalah lesu or penat selepas bekerja. See, semua orang boleh ambil vitamin-vitamin tu, so takdelah membazir kalau tak mampu nak habiskan semasa dalam pantang.

6. Beli Set bersalin yang berjenama atau brand yang sudah dikenali dan lama di pasaran (seperti Shaklee, Nona Roguy, Amway & etc) untuk memastikan kandungan ubat atau jamu tersebut tidak berbahaya seperti yang banyak berlaku sekarang. Macam kes baru-baru ni, ada yang kena buang ovari sebab tersalah makan produk kesihatan wanita. So berhati-hati ya mommies.

Kalau mommies nak lagi mudah, saya cadangkan SET BERSALIN SHAKLEE a.k.a SET BERSALIN MODERN.

tips pilih set bersalin
SET BERSALIN SHAKLEE pilihan wanita modern masa kini
  • Tak panas, so tak effect baby
  • Ada Vitamin C dan Zinc Complex untuk luka bersalin cepat sembuh (fungsi sama macam pati haruan or gamat)
  • Ada ESP (sumber protein soya) untuk tambahkan susu badan dan bagi tenaga 
  • Ada B Complex untuk elak mommies meroyan ketika berpantang
  • Ada Vitalea untuk control hemoglobin darah lepas bersalin (untuk elak anemia in case bleeding or tumpah darah ketika bersalin)
  • Ada Ostenatrix untuk elak sembelit

Set ini juga dikenali sebagai SET BERSALIN MODERN sebab tak ada sapu-sapu jamu kat dahi bagai. hehe Tapi kalau mommies nak yang tradisional pun boleh, nak combine tradisional dengan set modern ni pun boleh, tak ada masalah (^_^)

Okay, itu sahaja tips yang saya nak share kali ini. 
SELAMAT MEMBELI SET BERSALIN YANG TERBAIK YA MOMMIES!!!

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

Monday, April 13, 2015

Kepentingan Asid Folik kepada Wanita Hamil dan Kesan serta Risiko Kekurangannya

Assalamualaikum w.b.t

hari ini saya nak cerita sikit tentang ASID FOLIK. Bagi anda yang dah pernah hamil, mesti anda pernah consume asid folik ni. Sebenarnya asid folik adalah 1 of the most important nutrient untuk ibu mengandung. Masa kat university dulu, saya ada seorang sahabat rapat yang menghidap SPINA BIFIDA atau kecacatan saraf disebabkan ibu dia kekurangan asid folik semasa hamil. Walau pun keadaan beliau begitu (kurang upaya), tetapi beliau seorang yang sangat tabah dan sekarang sudah berjaya menamatkan pengajian Masters in Islamic Banking. 

Okay back to the main point, sebagai ibu mestilah kita nak anak yang dikandung dan dilahirkan sihat sempurna kan? So jom kita explore sikit kepentingan ASID FOLIK ini. (^_^)

set kehamilan shaklee mengandungi asid folik
Asid Folik sangat penting untuk wanita hamil

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Asid folik atau juga dikenali dengan nama vitamin B9 , vitamin Bc , atau folacin adalah jenis vitamin yang larut dalam air . Asid folik terdapat secara semulajadi pada beberapa jenis makanan seperti kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.Tambahan asid folik juga sudah dihasilkan dan boleh dibeli di pelbagai farmasi dan kedai ubat .
Asid folik memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh mulai dari sintesis DNA , memperbaiki DNA , pemetilan DNA , sampai dengan berperanan sebagai cofactor pelbagai reaksi biologi yang memerlukan folat . Asid folik penting dalam perkembangan dan pembahagian sel pada masa kehamilan dan pertumbuhan . Ia juga sangat diperlukan dalam proses pengeluaran sel darah merah yang sihat , dengan itu dapat mencegah anemia .


Mengapakah Wanita Hamil perlukan asid folik?


Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang wanita hamil perlukan?


Wanita hamil dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

**B complex + Vitalea di dalam Set Kehamilan Shaklee mempunyai jumlah asid folik yang lengkap untuk ibu hamil

Apakah sumber makanan yang terbaik?


asid folik untuk ibu hamil
Sumber makanan yang mengandungi asid folik

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

KESAN LAIN KEKURANGAN ASID FOLIK


Kekurangan nutrisi asid folik boleh menyebabkan beberapa keadaan antaranya :

◆ Bayi lahir tidak cukup bulan
◆ Berat bayi yang rendah
◆ Pertumbuhan janin yang lembap
◆ Pengguguran spontan
◆ Komplikasi kehamilan ( gangguan plasenta dan hipertensi )

Okay, sekarang mommies semua dah tau kepentingan dan kesan kekurangan asid folik ni kan?? So mulai dari sekarang, perhatikan diet seharian. pastikan pengambilan asid folik ini cukup. Nak lagi mudah dan lagi baik, boleh dapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE.


set kehamilan shaklee
Set kehamilan shaklee mengandungi asid folik untuk melengkapi keperluan ibu hamil

Okay, itu sahaja informasi untuk kali ini.

WASSALAM 

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Saturday, April 11, 2015

Berat Badan Berlebihan semasa Hamil?? 5 Tips Kawal Berat Badan Semasa Hamil

Assalamualaikum w.b.t

Harini saya nak bagi tips kepada ibu-ibu hamil di luar sana untuk mengawal kenaikan berat badan semasa hamil. Sebenarnya saya sendiri adalah salah seorang ibu yang ketika hamil mengalami kenaikan berat badan yang melampau. dah la berat naik sampai 20 ke 30 kg, lepas bersalin, separuh sahaja yang hilang, lagi separuh terus melekat kat badan nih (T_T). So kalau tak nak jadi macam saya, jom ikut tips-tips di bawah (^_^)


1) Jangan skip waktu makan



set kehamilan shaklee
Makan seperti biasa pada setiap waktu makan

Ini paling mudah. Makan seperti biasa. Pastikan ibu hamil ambil hidangan lengkap setiap kali makan. Skip salah satu waktu makan (sarapan, makan tengahari ataupun makan malam) hanya akan menyebabkan mommies terlebih2 makan apabila lapar.

2) Tiada istilah “eat for two”



set kehamilan shaklee
Makan seperti biasa tanpa perlu menambah kuantiti makanan yang diambil

Ni penting ye mommies. Makan seperti biasa. Bukan makan ikut nafsu atau makan lebih atas alasan nanti tidak cukup untuk bayi. Jangan risau, tubuh kita memang direka untuk menyerap nutrien secukupnya daripada makanan yang berkhaisat mommies ambil. Itu belum lagi cerita tentang kisah mengidam pelbagai jenis makanan seperti manisan, jeruk, dan macam-macam lagi. Makanlah sekiranya teringin, namun dalam kuantiti yang berpatutan.


3) Minum air secukupnya



kawal berat badan ketika hamil
Air penting untuk perkumuhan
Mimun air secukupnya penting untuk memudahkan proses penyahtinjaan (perkumuhan). Tidaklah perut tu menyimpan hasil buangan yang tidak perlu, betul tak? Selain itu, air yang cukup semasa hamil mengurangkan risiko sembelit dan kencing kotor. Kedua-dua masalah ini memang merunsingkan dan perlu diberi perhatian. Pastikan semasa hamil buang air besar seperti biasa; 2 kali sehari. Jadi perut pun rasa lega, badan pun ringan.

4) Berdisiplin ambil supplement/vitamin untuk ibu hamil


vitamin ibu hamil
Vitamin penting untuk ibu hamil
Suplemen atau vitamin amat penting utk ibu hamil kerana ia mengandungi nutrisi yg lengkap. Konsisten dan disiplin yang tinggi perlu demi memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jangan ambil mudah hanya kerana rasa malas, manja atau letih semasa hamil.

SHAKLEE ada menawarkan suppliment untuk ibu hamil, yang terdiri daripada

1. Sustained Released vitamin C (sumber vitamin C untuk imunisasi badan)
2. B complex (sumber asid folik & B Complex sendiri)
3. Vitalea Iron Formula (sumber zat besi)
4. Omega Guard (sumber DHA)
5. Soy protein ESP (sumber protein)
6. Ostematrix (sumber kalsium & magnesium)

set kehamilan shaklee
Set kehamilan Shaklee
Set Kehamilan Shaklee lengkapi nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil ☺

5) Tidur/rehat secukupnya


rehat yang cukup ketika hamil
Rehat dan tidur yang cukup antara tips kawal berat badan ketika hamil
Tidur dan rehat yang cukup membantu mommies menjadi lebih relaks dan ceria. Jadi tiadalah kes makan banyak sebab stress. Bahaya tu! Lagipun apabila ibu mudah atau sentiasa stress semasa hamil, paling mudah terkesan ialah tekanan darah. Tak pasal-pasal tekanan darah naik dan kena masuk wad pula.

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Wednesday, April 8, 2015

Vitamin untuk Wanita Hamil..Perlu atau Tidak??

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya nak kongsikan sedikit info tentang vitamin untuk ibu hamil atau lebih dikenali sebagai vitamin pranatal. Persoalan yang saya nak kupaskan ialah sama ada vitamin-vitamin ini adalah satu keperluan yang wajib di ambil oleh ibu-ibu hamil atau ianya pilihan masing-masing.



Sebenarnya vitamin pranatal yang baik boleh membantu ibu-ibu hamil mendapatkan nutrien yang diperlukan yang mungkin tiada atau kurang dalam diet pemakanan seharian. Walaupun ia tidak akan menggantikan pemakanan sihat, supplement pranatal adalah SANGAT PENTING!


Seawal manakah saya harus mula mengambil vitamin pranatal ini?


Ibu hamil seharusnya mula mengambil vitamin seawal mungkin, lagi baik jika sebelum cuba untuk hamil. Telur mula menjadi matang kira-kira 3 bulan sebelum ia dilepaskan dan ia adalah amat penting supaya nutrien-nutrien yang bersesuaian hadir semasa di tahap paling awal.

Kecacatan tiub saraf seperti SPINA BIFIDA berlaku di dalam minggu pertama hingga minggu ke empat kehamilan. Jika anda merasakan yang anda hamil dan tidak mengambil sebarang supplemen, jangan tunggu sehingga temujanji pertama dengan doktor untuk mendapatkan preskripsi kerana anda akan terlepas tempoh masa perkembangan penting ini. Sekurang-kurangnya mulakan pengambilan asid folik 600 microgram (mcg) sehari.

Apakah vitamin dan mineral yang paling penting? Mengapa?


Berdasarkan kajian, 3 nutrien yang paling penting ialah ASID FOLIK, ZAT BESI dan KALSIUM.
Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub saraf. Zat besi adalah penting untuk menghantar oksigen kepada bayi dan mencegah anemia pada ibu. Manakala kalsium membantu membina tulang bayi dan mengelakkan kehilangan jisim tulang pada ibu.

Selain itu The World Association of Perinatal Medicine mengesyorkan bahawa wanita hamil harus mendapatkan sekurang-kurangnya 200 miligram DHA setiap hari. DHA adalah asid lemak omega-3 yang amat penting untuk tumbesaran otak bayi. Banyak vitamin pranatal mengandungi DHA.

Apakah yang harus saya lakukan jika saya mengalami mabuk hamil dan muntah-muntah?


Cuba ambil vitamin sebelum masuk tidur di waktu malam supaya anda dapat tidur sepanjang masa anda berasa loya.

Kepentingan suppliment atau vitamin semasa hamil jangan diambil ringan. Berikan yang terbaik untuk bayi anda sedari dalam kandungan  lagi. SET KEHAMILAN SHAKLEE adalah satu pilihan supplement lengkap untuk ibu hamil. 

Mengandungi semua nutrien yang diperlukan seperti asid folik, zat besi, kalsium dan DHA, set kehamilan Shaklee ini juga merupakan vitamin organik (tanpa dadah dan bahan kimia) dan terbukti kebaikan dan keberkesanannya. 

set kehamilan shaklee
Set Kehamilan Shaklee
Set ini mengandungi :

1. Sustained Released vitamin C (sumber vitamin C untuk imunisasi badan)
2. B complex (sumber asid folik & B Complex sendiri)
3. Vitalea Iron Formula (sumber zat besi)
4. Omega Guard (sumber DHA)
5. Soy protein ESP (sumber protein)
6. Ostematrix (sumber kalsium & magnesium)


Set Kehamilan Shaklee lengkapi nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil ☺

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Friday, April 3, 2015

Simptom-simptom Kehamilan yang Tak Boleh Diabaikan

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan saya sendiri sedang hamil anak kedua dan sedang menghitung hari untuk melahirkan, rasa terpanggil pula untuk berkongsi sedikit info tentang kehamilan yang saya baca di laman web baby center tempoh hari. 

Walaupun ini adalah kehamilan yang kedua atau yang keberapa kali sekali pun, bagi saya tidak salah untuk kita sentiasa mencari info2 tentang kehamilan dan kelahiran untuk menambah ilmu yang sedia ada lebih2 lagi perihal seperti simptom2 ketika kehamilan berlangsung. 

Sebenarnya tidak kira berapa banyak yang telah kita baca atau bincangkan dengan ibu-ibu lain mengenai kehamilan, masih lagi sukar untuk kita mengetahui samada apa yang kita alami semasa hamil ini adalah normal ataupun tidak. 

Jom baca info ini - sumber dari babycenter.com

Berikut ialah simptom-simptom yang perlu dirisaukan. Jika anda sedang mengalami salah satu daripada masalah berikut, hubungilah doktor anda dengan segera.


Rasa sakit pada bahagian tengah perut

sakit perut pada bahagian tengah ketika hamil
sakit pada bahagian tengah perut

Sakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud. Anda mungkin mengalami:
  • ketakcernaan yang teruk
  • jangkitan virus dalam perut
  • keracunan makanan

Sekiranya anda kini dalam separuh masa kedua kehamilan, kesakitan ini mungkin juga menandakan PREAKLAMPSIA, iaitu satu masalah serius yang memerlukan rawatan segera. 

Pengalaman saya sendiri, dari kehamilan pertama lagi saya sering mengalami keracunan makanan terutama jika menghadiri kenduri atau majlis2 kahwin, mungkin kerana makanan di majlis2 keramaian begitu diamasak terlalu awal dalam kuantiti yang banyak, maka faktor kebersihan tidak terlalu dititikberatka. 

Walau bagaimanapun untuk kehamilan kedua ini saya amalkan VITAMIN C SHAKLEE yang membantu meningkatkan antibodi badan saya untuk melawan virus2 penyebab keracunan ini.

Rasa sakit pada bahagian bawah perut

sakit bawah perut
sakit pada bahagian bawah perut
Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda:
  • Kehamilan ektopik (luar rahim)
  • Keguguran
  • Kelahiran pramatang
  • Fibroid menyusut dan berdarah.
  • pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta (uri) tercerai daripada dinding rahim (uterus) sebelum masanya (plasenta atau uri ialah organ yang terbentuk dalam uterus semasa hamil, dan ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya)
Pada 2 minggu lepas saya ada mengalami sakit seperti senggugut di bahagian bawah perut ketika berjalan di shopping complex. Sangat2 merisaukan tetapi Alhamdulillah selepas saya duduk dan berehat seketika sakit itu beransur hilang. Mungkin ia disebabkan ligamen badan saya yang tertarik kuat kerana saya terlalu lasak kot.hehe

Demam

vitamin c shaklee untuk imunisasi ibu hamil elak demam
demam ketika hamil

Jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom selsema hubungi doktor anda pada hari yang sama.

Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mengalami jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. 

Penglihatan kabur dan nampak tompok-tompok bersinar

Hubungi doktor anda sekiranya, dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami:
  • penglihatan berganda;
  • penglihatan kabur;
  • penglihatan malap;
  • ternampak tompok-tompok bersinar;
  • ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada dua jam.
Simptom-simptom tersebut boleh jadi tanda-tanda praeklampsia. 

Tapak tangan dan tapak kaki bengkak

b complex shaklee bantu masalah bengkak kaki semasa hamil
Tapak kaki @ kaki membengkak ketika hamil


b complex shaklee bantu atasi masalah tapak tangan bengkak ketika hamil
Tapak tangan membengkak ketika hamil

Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom praeklampsia. 

Sakit kepala yang teruk dan tidak hilang-hilang

bahaya sakit kepala ketika hamil, set hamil shaklee membantu
bahaya sakit kepala ketika hamil

Jika anda mengalami sakit kepala selama lebih dari dua atau tiga jam, disertai dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang berlaku tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mengalami praeklampsia.

Pendarahan faraj

bahaya pendarahan faraj ketika hamil, set hamil shaklee kuatkan rahim
pendarahan ketika hamil

  • Pendarahan faraj (spotting) tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan ataupun pendarahan penebusan (breakthrough bleeding). Namun anda masih perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh jadi menunjukkan komplikasi yang serius:Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna gelap) disertai kesakitan teruk pada satu sisi abdomen boleh jadi tanda kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim).
  • Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila disertai sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran atau berpotensi untuk gugur.
  • Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta previa pemisahan plasenta atau kelahiran pramatang (kelahiran yang bermula sebelum minggu ke 37)

Cecair keluar daripada faraj 

cecair dari faraj ketika hamil, set kehamilan shaklee
Cecair putih keluar dari faraj ketika hamil petanda awal bersalin

Keluarnya cecair daripada faraj sebelum minggu ke 37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda pasti mahu anda dimasukkan ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang

Selepas 37 minggu, anda mungkin sudah hendak bersalin. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika anda masih belum rasa sakit hendak bersalin dalam masa 24 jam. 

Simptom ini juga baru sahaja saya alami ketika pulang ke kampung bulan lepas. Masa itu di rumah mak mertua, tiba2 sahaja ada cecair yg mengalir keluar menitik ketika saya sedang berjalan. Tetapi disebabkan tiada rasa sakit dan tiada cecair keluar lagi selepas itu, saya tidak rujuk mana2 doktor. Hmmm..harapnya tiada apa2 yang tidak elok berlaku.

Tiba-tiba rasa sangat dahaga

rasa dahaga ketika mengandung, set kehamilan shaklee
Rasa sangat dahaga secara tiba2 ketika hamil

Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penyahidratan atau kencing manis kehamilan (diabetes gestasi).Kedua-duanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda. 

Rasa perit semasa membuang air kecil


sakit ketika membuang air kecil ketika hamil, set hamil shaklee
sakit ketika kencing semasa hamil


Sakit atau perit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing. Jumpalah doktor. Anda akan dirawat dengan antibiotik. 

Tak berhenti muntah

muntah tanpa henti ketika hamil, set hamil shaklee membantu
Muntah tanpa henti ketika hamil

Muntah lebih daripada dua atau tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda, walaupun ia tidak membahayakan bayi. Anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidarum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital. 

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk mungkin merupakan tanda praeklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan rasa sakit dan demam, ini mungkin menandakan jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor anda. 

Rasa pening dan hendak pitam

 pening dan pitam ketika hamil, set hamil shaklee
Sering pening dan berasa hendak pitam ketika hamil

Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga mungkin bermakna anda mengalami tekanan darah rendah. Ramai wanita rasa pening-pening semasa hamil. Jika anda pitam, hubungi doktor anda selepas anda sedar semula untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik. 

Pergerakan bayi semakin perlahan


Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin menandakan bayi anda dalam keadaan tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan. 

Rasa gatal seluruh badan

gatal seluruh badan ketika hamil, set kehamilan shaklee
Gatal-gatal seluruh badan ketika hamil

Kegatalan yang teruk mungkin menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan air kencing berwarna gelap dan najis yang pucat. 

Kegatalan semasa hamil adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk, lebih-lebih lagi pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda. 

Ini adalah simptom yang paaaaaling teruk saya pernah hidapi semasa kehamilan pertama. Kegatalan yang melampau sehinggakan saya tak boleh tidur dan terpaksa berjaga sepanjang malam semata2 untuk menggaru. 

Terjatuh dan perut terhentak

terjatuh ketika hamil, set kehamilan shaklee
Bahaya terjatuh ketika hamil 


Jatuh atau hentakan tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda mungkin tidak perlu risau. Bayi anda selamat kerana dilindungi oleh uterus dan cecair amnion. 

Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, kebocoran atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergilah ke unit kemalangan dan kecemasan di hospital terdekat. 

Rasa "tidak begitu sihat"

Lesu ketika hamil, set kehamilan shaklee
Rasa tidak sihat dan tidak selesa ketika hamil

Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu simptom, tidak rasa seperti biasa atau rasa tidak selesa, yakinlah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega. 

Doktor anda sudah biasa mendapat panggilan-panggilan seperti ini, dan beliau pasti gembira memberikan nasihat. Badan anda sedang berubah dengan pesat sehingga kadang kala sukar untuk dipastikan samada apa yang anda alami ini adalah normal ataupun tidak.

****************

Sebenarnya simptom2 di atas sering sahaja berlaku kepada ibu2 hamil termasuklah saya sendiri. Semasa hamil anak pertama khususnya saya sering muntah , lesu, pening dan gatal2 seluruh badan. Tapi untuk kehamilan kedua kali ini saya lebih bertenaga, sihat dan tiada lagi gatal2 (^_^)

Rahsianya???..................SET KEHAMILAN SHAKLEE!!


ibu hamil sihat dengan shaklee
Set Kehamilan Shaklee..khas untuk wanita hamil demi memberikan yang terbaik untuk bayi di dalam kandungan ;)

Haa...yang ni testimoni hangatttttzzz di pasaran. Isteri penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat mengamalkan Set Kehamilan ni semasa mengandungkan anak sulung pasangan tersebut. Memang comey lotey anak mereka ni! hehe

leuniey natasha isteri apex amal set kehamilan shaklee
Isteri Apex, penjaga gol bola sepak negara pun turut mengamalkan Set kehamilan Shaklee

Secara ringkasnya..

*Kaki bengkak ----->>> 

atasi dengan B COMPLEX SHAKLEE

*Muntah teruk------>> 

atasi dengan PEPPERMINT GINGER & ESP SHAKLEE

*Gatal-gatal badan ------->> 

atasi dengan VITAMIN C dan B COMPLEX SHAKLEE

*Sakit-sakit badan sebab jatuh @ Kaki cramp/kejang & sakit pinggang------->>

atasi dengan OSTEMATRIX SHAKLEE

ok lah, itu saje nak cerita kali ni (^_^)/

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA