Friday, March 15, 2013

Apa yang patut anda tahu tentang penyembuhan luka bersalin

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Salam sayang untuk semua.dah lama rasanya tak menulis kat blog ni.(sibuk la konon,padahal malas..hehe)

okay, hari ni nak bagi pengetahuan sikit kat ibu2, mama2, mommy2 kat luar sana especially yang baru lepas bersalin dan yang bakal bersalin tak lama lagi..


ITS ABOUT LUKA BERSALIN; KELAHIRAN VAGINA & CEASAREAN


set berpantang shaklee
Kelahiran Normal

1.Penyembuhan Luka daripada Kelahiran Biasa (Kelahiran Vagina)


Waktu untuk menyembuh luka daripada kelahiran vagina adalah lebih pendek daripada penyembuhan Caesarean. Tetapi ia mungkin akan mengambil masa terutamanya jika anda melecet ataupun mengalami koyakan.

(PERINEUM; kawasan di antara vagina dan dubur, sering terkoyak semasa bersalin. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita lebih senang mengalami koyakan semasa kelahiran vagina pertamanya. Mungkin kerana kawasan tersebut pertama kalinya telah ditarik sebesar itu.tetapi apa-apapun, ia bergantung kepada teknik kelahiran.

Satu kajian menunjukkan bahawa kelahiran vagina yang tiba2, normal, tidak dipaksa dan dikawal oleh jururawat, trauma obstetrik akan berkurangan.

Ramai pakar kesihatan mencadangkan agar anda melakukan urutan perineal beberapa minggu sebelum kelahiran untuk mengurangkan peluang koyakan. )

EPISIOTOMI~


Ia adalah pembedahan terkawal yang dibuat di kawasan perineal (di antara vagina dan dubur) selepas kelahiran. Pada masa lalu, episotomi digunakan secara rutin untuk mengurangkan risiko koyakan vagina semasa kelahiran.

Tetapi kajian terbaru tentang episotomi menunjukkan episotomi rutin tiada kelebihan yang betul kepada ibu dan mungkin akan membuat proses penyembuhan lebih teruk. Malah beberapa kajian menunjukkan pelecetan yang lebih teruk dikaitkan dengan pembedahan episiotomi yang kerap.

Penyembuhan episiotomi adalah lebih kurang dengan penyembuhan koyakan; ia bergantung kepada kedalaman koyakan dan pelecetan anda. Kesakitan akan hilang dalam masa satu atau dua bulan untuk ramai wanita melainkan anda mengalami koyakan yang lebih akibat daripada pembedahan tersebut.

set berpantang shaklee
Pembedahan Caesarean

2. Penyembuhan Luka daripada Pembedahan Caesarean (Kelahiran C-Section)


Penyembuhan daripda proses ini berbeza mengikut wanita. Tetapi secara amnya penyembuhan adalah lebih lama berbanding kelahiran vagina, melainkan ia mempunyau koyakan atau pelecetan yang lebih serius.

Secara jujurnya tempat yang dibedah kemungkinan besar akan menjadi bengkak walaupun ada wanita yang mengatakan tempat dibedah itu terasa kebas dan geli. Kesakitan itu akan hilang sikit demi sikit dan kekebasan juga akan hilang. Ada juga wanita yang akan merasa gatal di kawasan parut pembedahan semasa proses penyembuhan. Jika anda tidak tahan, boleh berbincang dengan doktor anda,ada doktor yang akan memberikan krim untuk melegakan kegatalan.

Jangan terkejut dengan rupa parut luka pembedahan!!  Mempunyai parut bewarna merah adalah mengecewakan untuk ramai wanita. Tetapi ingat, ia akan hilang lama kelamaan (dan akan kelihatan elok dalam 6-8 minggu). Ramai doktor akan melakukan pembedahan di bawah supaya bulu pubik akan menutup parut anda.

 Solusi~

Luka bersalin perlu dijaga dengan rapi, tidak kira sama ada luka episiotomi ataupun luka caesarean. Pemakanan dan pergerakan ketika berpantang perlu dijaga. Di sini, saya sarankan satu alternatif sebagai ikhtiar untuk mempercepatkan luka bersalin sembuh ialah dengan pengambilan makanan tambahan @ supplemen.

set berpantang Shaklee
ESP Shaklee
ESP Shaklee adalah sumber protein terbaik dan sangat berkualiti. Protein ini sangat penting dalam membantu proses penyembuhan kerana protein adalah agen yang berfungsi untuk menggantikan sel-sel dan tisu2 badan yang mati atau rosak. antara peranan2 protein yang lain ialah:

-Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
-Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
-Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan. Melindungi 
 badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.
  • Zinc Complex
Set berpantang Shaklee
Zinc Complex Shaklee

Kekurangan zinc melambatkan proses penyembuhan luka kerana badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang setersnya membantu dalam penyembuhan luka.

  • Vitamin C
Set berpantang shaklee
Sustained Released Vitamin C Shaklee

Vitamin C dikenali dengan istilah asid askorbik. Fungsi vitamin C antara lain adalah sebagai pembentuk dan pengekal kolagen (suatu protein yang sangat penting untuk memperkuat kedudukan sel badan), mempercepat proses penyembuhan luka.

Kesimpulannya, 3 meneral utama ini sangat deperlukan untuk membantu penyembuhan luka bersalin ini, baik luka di perinium mahupun luka ceasarean.

okay, sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini..

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814



ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA