Showing posts with label alfalfa Shaklee. Show all posts
Showing posts with label alfalfa Shaklee. Show all posts

Thursday, May 7, 2015

Menyusu Anak Lebih dari 2 Tahun : Boleh ke??

Assalamualaikum w.b.t

Berjaya menyusukan anak secara exclusif (fully breastfeed) adalah satu anugerah terindah dan tak ternilai dalam kehidupan seorang ibu. Terasa kepuasan dan lengkapnya sebahagian daripada tanggungjawab seorang ibu, betul tak mommies?? Tapi bila anak dah cukup 2 tahun, seperti saya, mommies kat luar sana mesti dalam dilema kan? Sama ada nak teruskan menyusu or nak stop terus. Macam saya sendiri, pada mulanya saya pun tertanya-tanya boleh atau tidak nak menyusukan anak lebih dari 2 tahun ni. Tapi selepas membuat sedikit research (bukan sekadar dengar cakap-cakap orang ya), I have the answer now!! hehe dan sekarang nak share pulak dengan mommies semua (^_^)

Nak tau boleh ke tidak?? Jom teruskan baca..huhu

set menyusu shaklee
Menyusu anak Lebih dari 2 Tahun, boleh atau tidak?

Mitos Menyusu Anak Lebih dari 2 Tahun


Okay, mitos tentang menyusukan anak lebih dari tahun ni memang banyak. Kebanyakan semuanya mitos-mitos negatif. Antaranya ialah susu ibu selepas 2 tahun yang diminum adalah darah, bukan lagi susu. Dan mitos yang paling biasa sangat dimomokkan dikalangan orang-orang tua ialah anak yang menyusu melebihi 2 tahun akan cenderung menjadi gay atau lesbian atau akan mengalami masalah sexual. Selain itu ada juga yang mengatakan menyusu lama-lama ni boleh menyebabkan anak kita tak pandai berdikari dan terlebih bergantung pada si ibu. Pendek kata, manja terlebih. Walau bagaimanapun, hakikat sebenarnya ialah TIADA BUKTI yang sahih bagi dakwaan-dakwaan ini.

Sebenarnya banyak faedah-faedah dan manfaat menyusukan anak walaupun selepas 2 tahun. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa susu ibu masih mempunyai kepentingan untuk anak walaupun selepas 2 tahun. Antaranya ialah susu ibu adalah sumber makanan yang berharga dan melindungi anak kita daripada pelbagai jangkitan penyakit selama penyusuan susu ibu masih diteruskan. Atau dengan kata lainnya susu ibu sangat penting untuk membina sistem antibodi anak-anak.

Faedah-Faedah Menyusukan Anak Lebih dari 2 Tahun

  1. Dapat merancang keluarga dengan penyusuan ibu kerana hormon kesuburan yang disekat
  2. Mengurangkan Risiko barah payudara 
  3. Mengurangkan Risiko barah rahim
  4. Mengurangkan Risiko barah endometrium
  5. Mengurangkan Risiko barah ovari
  6. Mengurangkan Risiko mendapat penyakit Rheumatiod Artritis
  7. Mengurangkan keperluan insulin dikalangan wanita yang menghidap kencing manis
  8. Membantu penurunan berat badan dengan mudah oleh ibu yang menyusu
  9. Ibu juga boleh menghabiskan masa dengan anak dengan lebih lama dan tak terbatas
  10. Emosi anak dan ibu juga lebih tenang selepas menyusu
  11. Memudahkan perjalanan ke mana-mana kerana tak perlu membawa alatan membuat susu (^_^)
Secara kesimpulannya, TAK SALAH malah sangat-sangat digalakkan untuk menyusukan anak-anak walaupun lebih dari 2 tahun. Dalam Islam sendiri tiada larangan yang jelas tentang menyusukan anak lebih dari 2 tahun. Tempoh penyusuan 2 tahun yang yang dicadangkan itu hanyalah sebagai panduan untuk ibu-ibu kerana tempoh tersebut keperluan susu ibu oleh anak-anak kecil adalah sangat crucial atau sangat20 penting. Walau bagaimanapun untuk ibu-ibu sekalian menyusu lebih dari tempoh tersebut, tiada kemudaratan sama sekali malah manfaatnya juga lebih banyak. So jangan ragu-ragu or takut-takut nak susukan anak-anak selepas usia mereka 2 tahun ya. Selagi Allah kurniakan peluang dan rezeki susu itu, manfaatkanlah sebaiknya untuk anak-anak tersayang (^_^)

Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak, dan mengalami masalah kurang susu, boleh baca DISINI untuk ketahui faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu badan berkurang.

Okay itu saja perkongsian saya kali ini, semoga info ini bermanfaat untuk mommies semua (^_^)

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH

Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Tuesday, April 7, 2015

Tips untuk mendapat zuriat, mudah hamil

Assalamualaikum w.b.t

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.






Tips Mudah Hamil

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. 


cuba hamil dengan vitamin shaklee
Proses Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


2. Jumpa doktor anda. 


set kehamilan shaklee
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda tidak ada masalah kesihatan yang boleh menghalang anda untuk hamil

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.


Rujuk entry-entry di bawah untuk info lanjut tentang :

i. Perbezaan antara cyst dan fibroid
ii. Punca cyst dan rawatan alternatif selain pembedahan
iii. Senggugut (ENDOMETRIOSIS) penyebab kemandulan?


3. Dapatkan berat badan yang ideal. 


berat badan ideal penting untuk mudah hamil
Berat badan yang ideal penting untuk mereka yang sedang cuba hamil

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.


4. Ketahui waktu subur anda.

 

waktu subur
Kitaran haid dan tanda waktu subur penting untuk merancang kehamilan
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.


5. Hubungan seks yang lebih kerap. 


seks kerap penting untuk mudah hamil
hubungan seks yang kerap penting untuk mudah hamil

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.


6. Tingkatkan kesuburan suami. 


set kehamilan shaklee
gaya hidup sihat antara tips cepat hamil
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

Rujuk entry ini untuk info lanjut tentang Punca ketidaksuburan suami isteri 


7. Mengambil vitamin atau suppliment tambahan. 


set kesuburan shaklee
vitamin Shaklee untuk meningkatkan kesuburan dan membantu untuk mudah hamil
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Kandungan Asid folik yang disarankan ada tedapat di dalam B complex & Vitalea Iron formula SHAKLEE. Selain B complex dan Vitalea, GLA Shaklee memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita, menstabilkan hormon serta membantu menormalkan kitaran haid supaya lebih mudah untuk menentukan waktu subur dan merancang kehamilan. Alfalfa pula bertindak untuk melancarkan kitaran haid serta menaikkan hormon seks wanita.

Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma yang berkualiti dan tidak cacat (no defect). Zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Juga Vitamin E untuk memberi suami lebih tenaga serta membantu penghasilan sperma yang banyak.

8. Bersenam secara rutin . 

bersenam untuk mudah hamil
Bersenam secara rutin 
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.


9. Mengambil makanan yang seimbang. 


set kesuburan shaklee
Pemakanan seimbang penting untuk mudah hamil
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

Produk soya yang saya cadangkan ialah Energizing Soy Protein Shaklee (ESP). ESP ini mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi, kalsium, asid folik tanpa karbohidrat. Susu ESP ini sangat disarankan untuk wanita-wanita yang cuba hamil kerana ia membantu menguatkan rahim.
set kesuburan shaklee
sumber protein yang baik untuk diet mereka yang sedang cuba hamil

10. Kurangkan tekanan. 


b complex shaklee legakan stress
Tekanan juga antara punca sukar hamil
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. 


vivix bantu masalah perokok tegar
Rokok memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan seseorang
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari. 

ok itu sahaja info yang ingin dikongsi, semoga usaha anda berhasil (^_^) 

WASSALAM 


Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ; 


fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail 

fb page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
whatsapp/sms/call : 017-9623963 / 03-80655814


ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya