Wednesday, May 14, 2014

Petua modern dan tradisional untuk hilangkan parut

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang untuk pembaca sekalian. Hari ini saya nak komgsikan sedikit info tentang PARUT. tak kisah la parut luka kena pisau ke, parut luka terbakar mahupun parut luka bersalin (terutama yang bersalin melalui kaedah pembedahan or caesarean)

Sebenarnya parut adalah pertumbuhan kolagen yang terbentuk akibat proses penyembuhan luka secara semula jadi. Kolagen terdiri daripada sekumpulan protein yang wujud secara semula jadi dan membentuk komponen utama tisu-tisu penghubung.

Penghasilan kolagen yang berlebihan dan cepat pada kawasan yang tercedera menyebabkan parut terbentuk.


Apabila kulit tercedera, tubuh kita bertindak dengan segera untuk memperbaiki kawasan yang terlibat. Ia menumpukan segala masa dan sumbernya untuk terus bertahan dan bukan untuk menyembuhkan luka tersebut dengan sempurna. Walaupun parut akan melalui pelbagai perubahan dalam proses kematangannya, ia tidak akan mendapat kembali kekuatan asal daripada kulit di sekelilingnya. Selain itu, folikel rambut dan kelenjar peluh di kawasan parut juga tidak akan terbina semula.

Mengapakah parut saya kelihatan berbeza daripada parut orang lain?


Oleh sebab proses penyembuhan berbeza mengikut tubuh setiap individu, penampilan akhir parut juga akan turut berbeza. Faktor-faktor seperti jenis kulit, lokasi parut, jenis kecederaan, umur dan status pemakanan memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana parut tersebut akan kelihatan.

Jenis-jenis parut


Parut biasa: 


PARUT LUKA BIASA

Biasanya kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, tetapi menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.

Parut atrofi: 


PARUT CACAR AIR

Biasanya mewujudkan tekanan di bawah permukaan kulit. Contoh parut-parut ini adalah seperti parut akne atau parut cacar air.


Parut hipertrofik:


PARUT HIPERTROFIK AKIBAT LUKA

Biasanya timbul di atas permukaan kulit. Ia dikenal pasti melalui jumlah kolagen yang berlebihan, namun kekal dalam lingkungan kawasan luka tersebut sahaja.

Parut keloid: 


PARUT KELOID AKIBAT TERKENA API
Keloid tidak sama seperti parut hipertrofik. Walaupun ia juga parut yang timbul, keloid boleh merebak melebihi lingkungan kawasan luka. Ia juga mungkin terus membesar dan muncul semula walaupun selepas dibuang.

Petua / cara untuk hilangkan parut


1. Kulit kayu manis & bedak sejuk


KULIT KAYU MANIS

BEDAK SEJUK

Sediakan 2 batang kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus dan kemudian campur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Lepas tu lumurkan pada tempat berparut. Lakukan sekerap yang mungkin, in shaa Allah lama kelamaan parut akan pudar.

2. Daun lidah buaya


DAUN LIDAH BUAYA

LENDIR DAUN LIDAH BUAYA DIPICIT KELUAR


Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun tersebut pada parut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3. Asam jawa


BUAH ASAM JAWA

ISI ASAM JAWA YANG TELAH DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR


Ambil sedikit asam jawa, campur sedikit air dan ramas. Jangan terlalu cair. Sapukancampuran asam jawa ini pada tempat berparut kemudian tunggu sehingga ia kering. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam sebelum tidur, in shaa Allah lama kelmaan parut akan beransur hilang.

4. Kulit pisang


KULIT PISANG

LENDIR KULIT PISANG DISAPU KE KULIT BERPARUT


Sapukan lendir kulit pisang (bahagian dalam) pada bahagian berparut setap hari sehingga parut hilang.

5. Kacang hijau


KACANG HIJAU

KACANG HIJAU YANG TELAH DITUMBUK DAN DICAMPUR AIR DISAPUKAN KE KAWASAN BERPARUT


Ambil segenggam kacang hijau, tumbuk sehingga hancur menjadi serbuk (bedak) kemudian campur sedikit air. Sapukan pada bahagian yang berparut. Amalkan sekerap yang boleh.

6. Jagung muda


JAGUNG MUDA


Sediakan jagung muda, parut hingga lumat dan sapukan pada bekas parut setiap hari sehingga kesannya pudar.

7. Vitamin shaklee (^_^)

ESP SHAKLEE
  • ESP merupakan sebatian protein yang sangat penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit serta membentuk elastik fiber untuk penegangan kulit
Vitamin C Shaklee
         
SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE
  • VITAMIN C merupakan antioksidan yang membantu proses pembaikan tisu terutama bekas2 jerawat dan parut. Ia juga membantu penghasilan kolagen dalam badan yang boleh membantu menguatkan sel kulit
Vitamin E Complex Shaklee
VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE
  • VITAMIN E juga sejenis antioksidan yang membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit dan mengelakkan tisu teroksida untuk menjadikan kulit lebih gebu
Collagen Powder Shaklee
COLLAGEN POWDER SHAKLEE
  • COLLAGEN membantu mengecilkan liang2 pori yang kelihatan serta menghilangkan kedutan dan garis2 halus

Sekian dulu untuk entry kali ini.

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp : 017-9623963

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya



1 comment: