Showing posts with label vitamin E shaklee. Show all posts
Showing posts with label vitamin E shaklee. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Pelbagai Petua Modern & Tradisional untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan ramai kawan-kawan saya yang tengah preggy sekarang, saya dengan rasa baik hatinya nak share sedikit petua untuk mommies-mommies yang tengah mengandung ni. Petua-petua ni ada yang saya ambil dari facebook dan ada yang saya dapat dari orang-orang tua dan memang saya sendiri amalkan. Sharing is caring, so selamat beramal dengan petua-petua di bawah (^_^)


petua untuk wanita mengandung
Petua untuk ibu hamil

1.Hilangkan rasa loya


Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.
Atau amalkan memakan buah prune atau kurma dan kismis. Jika masih berlarutan, boleh berikhtiar pula dengan PEPPERMINT GINGER SHAKLEE


2.Kulit anak bersih


Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

Atau boleh juga mengamalkan OMEGA GUARD SHAKLEE. Selain bagus untuk perkembangan otak bayi, omega juga mengurangkan risiko masalah kulit pada bayi dalam kandungan.

3.Inginkan anak berkulit cerah


Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.

Atau boleh juga mengamalkan ESP SHAKLEE. Selain menjadikan kulit ibu dan bayi cerah dan cantik, esp juga adalah sumber protein yang sangat berkualiti dan boleh membantu menguatkan rahim serta mengurangkan risiko keguguran dan kelahiran pra-matang.

4.Atasi rekahan kulit semasa hamil


Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.

Boleh juga menyapu BIO OIL atau VITAMIN E SHAKLEE di bahagian perut pada setiap malam.

5.Mudah bersalin


Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak zaitun atau minyak kelapa yang dibuat sendiri (minyak selusuh) atau air zam-zam yang telah dibacakan ayat-ayat suci al-quran (air selusuh) sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari.

Kebiasaannya air selusuh atau minyak selusuh ini dibuat oleh ustaz atau bidan  (yang mengamalkan ayat quran) ketika mengurut pesakit.

6. Anak tak dijangkiti kuning (jaundis) selepas bersalin


Amalkan minum susu kambing dari awal kehamilan sehingga lepas bersalin. Mommies juga kena elak dari makan benda-benda masam seperti jeruk atau asam.

7. Anak berambut hitam dan lebat


Amalkan meminum air kelapa segar (tanpa campuran air atau gula) selepas kandungan berumur 7 bulan dan ke atas sehingga bersalin.

8. Ibu bertenaga ketika proses bersalin


Ketika proses kelahiran, doktor tidak menyarankan untuk mommies makan banyak atau makan makanan terlalu berat seperti nasi kerana kemungkinan najis akan terkeluar ketika proses meneran. Doktor pernah meberi nasihat kepada saya supaya ambil makanan pemberi tenaga segera yang ringkas dan cepat dihadam seperti kurma, kismis, atau coklat. Air pula mommies boleh amalkan air zam-zam. In shaa Allah mommies akan lebih bertenaga semasa meneran.

Okay lah, itu sahaja petua-petua yang ingin saya kongsikan, kalau ada lagi petua-petua lain, akan saya kongsikan dalam next entry (^_^)

WASSALAM 


Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;


page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814


ATAU KLIK LINK DI BAWAH



Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Thursday, April 9, 2015

Bintik Putih bawah mata petanda kolestrol tinggi

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya nak share satu info mengenai KOLESTROL. Kolestrol ialah kandungan lemak di dalam badan. Satu perkara yang anda perlu ketahui ialah orang kurus tidak semestinya tidak mempunyai masalah kolestrol tinggi!

Tanda-tanda Kolestrol Tinggi

Omega Guard Shaklee
Bintik bawah mata menandakan kandungan kolestrol tinggi di dalam badan seseorang

Jom periksa sama ada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.

  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.


Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan?


Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?

Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul.
Selain itu anda boleh berikhtiar dengan Vitamin E Shaklee dan Omega Guard Shaklee. Vitamin E adalah antioksidan yang membantu menjadikan kulit lebih sihat tanpa cela (bintik-bintik putih bawah mata). Omega Guard pula membantu menaikkan metabolisme badan, membakar lemak dan mengurangkan kolestrol dalam badan. Gabungan kedua-duanya in shaa Allah boleh membantu masalah kolestrol tinggi ini di samping boleh menghilangkan bintik-bintik putih yang tumbuh di bawah mata akibat kandungan kolestrol yang tinggi di dalam badan.
Badan yang sihat itu anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya.Hargailah ia sebelum terlambat!
WASSALAM 

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ; 


fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail 

fb page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
whatsapp/sms/call : 017-9623963 / 03-80655814 


ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Tuesday, April 7, 2015

Tips untuk mendapat zuriat, mudah hamil

Assalamualaikum w.b.t

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.






Tips Mudah Hamil

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. 


cuba hamil dengan vitamin shaklee
Proses Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


2. Jumpa doktor anda. 


set kehamilan shaklee
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda tidak ada masalah kesihatan yang boleh menghalang anda untuk hamil

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.


Rujuk entry-entry di bawah untuk info lanjut tentang :

i. Perbezaan antara cyst dan fibroid
ii. Punca cyst dan rawatan alternatif selain pembedahan
iii. Senggugut (ENDOMETRIOSIS) penyebab kemandulan?


3. Dapatkan berat badan yang ideal. 


berat badan ideal penting untuk mudah hamil
Berat badan yang ideal penting untuk mereka yang sedang cuba hamil

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.


4. Ketahui waktu subur anda.

 

waktu subur
Kitaran haid dan tanda waktu subur penting untuk merancang kehamilan
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.


5. Hubungan seks yang lebih kerap. 


seks kerap penting untuk mudah hamil
hubungan seks yang kerap penting untuk mudah hamil

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.


6. Tingkatkan kesuburan suami. 


set kehamilan shaklee
gaya hidup sihat antara tips cepat hamil
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

Rujuk entry ini untuk info lanjut tentang Punca ketidaksuburan suami isteri 


7. Mengambil vitamin atau suppliment tambahan. 


set kesuburan shaklee
vitamin Shaklee untuk meningkatkan kesuburan dan membantu untuk mudah hamil
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Kandungan Asid folik yang disarankan ada tedapat di dalam B complex & Vitalea Iron formula SHAKLEE. Selain B complex dan Vitalea, GLA Shaklee memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita, menstabilkan hormon serta membantu menormalkan kitaran haid supaya lebih mudah untuk menentukan waktu subur dan merancang kehamilan. Alfalfa pula bertindak untuk melancarkan kitaran haid serta menaikkan hormon seks wanita.

Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma yang berkualiti dan tidak cacat (no defect). Zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Juga Vitamin E untuk memberi suami lebih tenaga serta membantu penghasilan sperma yang banyak.

8. Bersenam secara rutin . 

bersenam untuk mudah hamil
Bersenam secara rutin 
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.


9. Mengambil makanan yang seimbang. 


set kesuburan shaklee
Pemakanan seimbang penting untuk mudah hamil
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

Produk soya yang saya cadangkan ialah Energizing Soy Protein Shaklee (ESP). ESP ini mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi, kalsium, asid folik tanpa karbohidrat. Susu ESP ini sangat disarankan untuk wanita-wanita yang cuba hamil kerana ia membantu menguatkan rahim.
set kesuburan shaklee
sumber protein yang baik untuk diet mereka yang sedang cuba hamil

10. Kurangkan tekanan. 


b complex shaklee legakan stress
Tekanan juga antara punca sukar hamil
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. 


vivix bantu masalah perokok tegar
Rokok memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan seseorang
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari. 

ok itu sahaja info yang ingin dikongsi, semoga usaha anda berhasil (^_^) 

WASSALAM 


Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ; 


fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail 

fb page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
whatsapp/sms/call : 017-9623963 / 03-80655814


ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Monday, May 26, 2014

Punca ketidaksuburan - suami isteri perlu dapatkan pemeriksaan segera!

Assalamualaikum w.b.t

Lumrah dalam sebuah perkahwinan mengimpikan kehadiran cahaya mata penyeri hidup. Walau bagaimanapun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam hal ini. Ada yang telah lama mencuba tetapi tidak berhasil. Oleh sebab itu, jika selepas 6 bulan usaha untuk cuba untuk hamil gagal, dinasihatkan supaya pasangan tersebut segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenal pasti punca ketidaksuburan di kedua-dua belah pihak.

PUNCA KETIDAKSUBURAN

masalah kesuburan suami isteri
Tidak Subur punca sukar hamil



WANITA


1. Gangguan Telur

Keseimbangan hormon sangat penting untuk hamil. Hormon yang tidak seimbang menganggu dalam proses ovulasi sehingga menyebabkan telur tidak matang. Ianya boleh berlaku apabila berat badan yang terlalu kurang atau berat, mengalami perubahan berat yang mendadak dalam masa yang singkat atau kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu ujian hormon dapat membantu punca dikenal pasti.

Cadangan supplement : GLA COMPLEX

2. Saluran Tiub Fallopio Tersumbat

Masalah ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh Endometriosis. Ujian HSG atau Laparoshopi (hysterosalpingogram) dapat mengenal pasti punca masalah ini.

Cadangan Supplement : GLA COMPLEX, VITAMIN C DAN VITAMIN E
Ia berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoskopi akan membantu mengenal pasti punca.

Cadangan supplement : GLA COMPLEX

4. Antibodi menyerang

Dalam kes yang jarang berlaku ini, tubuh tak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel gamet (telur dan sperma). Kes di mana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

Cadangan supplement : Vitamin C

5. Masalah Rahim

Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim (tidak mengakibatkan kanser) yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenal pasti punca masalah.

Cadangan supplement : GLA COMPLEX, VITAMIN C DAN VITAMIN E
LELAKI

1. Sperma Tidak Matang

Masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan ini mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak2. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Jangkitan virus seperti selsema juga boleh membawa
kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi ianya hanya bersifat sementara.

Cadangan supplement : ZINC COMPLEX, VITAMIN C DAN VITAMIN E

2. Gangguan pengangkutan sperma

Dalam 4% daripada kes2 ketidaksuburan lelaki, air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang mengangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah tiub fallopio yang tersumbat.

Cadangan supplement : VITAMIN C DAN VITAMIN E

Secara keseluruhannya, semua masalah yang dinyatakan di atas merupakan antara masalah2 "common" atau biasa yang berlaku di kalangan suami isteri yang menyukarkan proses untuk mendapatkan zuriat.

jom ikhtiar dengan set kesuburan shaklee ;)


Di sini saya cadangkan SET KESUBURAN SHAKLEE untuk membantu pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat tanpa perlu menghabiskan beribu2 ringgit.

Set Kesuburan Shaklee untuk suami & isteri
Set Kesuburan Shaklee lengkap untuk suami & isteri serta lengkap untuk membantu pasangan yang mengalami masalah2 ketidaksuburan yang menjadi punca sukar hamil. Di sini saya sertakan beberapa testimoni termasuk lah yang paling latest dari consumer set ini (^_^)

P/S: klik gambar untuk view yang lebih jelas

mudah hamil
penantian selama 5 tahun berhasil, ikhtiar dengan set kesuran shaklee ;)

sukar hamil
vitamin2 ini dicadangkan sendiri oleh PAKAR SAKIT PUAN, DR HAMID ARSHAT

baby shaklee
testimoni terbaru, April 2015, ikhtiar dengan set kesuburan Shaklee ;)

Walau bagaimana pun, untuk conceive or hamil, both suami isteri perlu makan vitamin sebab tak tahu kelemahan dari pihak mana. Kebanyakan suami akan menyalahkan isteri jika belum hamil selepas bertahun2 berkahwin, tapi ingatlah bahawa si suami juga mungkin bermasalah dan menjadi punca sukar mendapat zuriat.

Dan ingatlah! apa pun jua ubat atau cara yang digunakan, Ianya sbg usaha. Tiada jaminan akan mengandung ya. ALLAH beri atas kemampuan. Jika belum masa bermakna, ada aturan ALLAH yang terbaik.

Boleh baca di SINI untuk info AMALAN MUDAH HAMIL MENURUT ISLAM

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

FREE DELIVERY untuk warga PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

Wednesday, May 14, 2014

Petua modern dan tradisional untuk hilangkan parut

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang untuk pembaca sekalian. Hari ini saya nak komgsikan sedikit info tentang PARUT. tak kisah la parut luka kena pisau ke, parut luka terbakar mahupun parut luka bersalin (terutama yang bersalin melalui kaedah pembedahan or caesarean)

Sebenarnya parut adalah pertumbuhan kolagen yang terbentuk akibat proses penyembuhan luka secara semula jadi. Kolagen terdiri daripada sekumpulan protein yang wujud secara semula jadi dan membentuk komponen utama tisu-tisu penghubung.

Penghasilan kolagen yang berlebihan dan cepat pada kawasan yang tercedera menyebabkan parut terbentuk.


Apabila kulit tercedera, tubuh kita bertindak dengan segera untuk memperbaiki kawasan yang terlibat. Ia menumpukan segala masa dan sumbernya untuk terus bertahan dan bukan untuk menyembuhkan luka tersebut dengan sempurna. Walaupun parut akan melalui pelbagai perubahan dalam proses kematangannya, ia tidak akan mendapat kembali kekuatan asal daripada kulit di sekelilingnya. Selain itu, folikel rambut dan kelenjar peluh di kawasan parut juga tidak akan terbina semula.

Mengapakah parut saya kelihatan berbeza daripada parut orang lain?


Oleh sebab proses penyembuhan berbeza mengikut tubuh setiap individu, penampilan akhir parut juga akan turut berbeza. Faktor-faktor seperti jenis kulit, lokasi parut, jenis kecederaan, umur dan status pemakanan memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana parut tersebut akan kelihatan.

Jenis-jenis parut


Parut biasa: 


PARUT LUKA BIASA

Biasanya kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, tetapi menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.

Parut atrofi: 


PARUT CACAR AIR

Biasanya mewujudkan tekanan di bawah permukaan kulit. Contoh parut-parut ini adalah seperti parut akne atau parut cacar air.


Parut hipertrofik:


PARUT HIPERTROFIK AKIBAT LUKA

Biasanya timbul di atas permukaan kulit. Ia dikenal pasti melalui jumlah kolagen yang berlebihan, namun kekal dalam lingkungan kawasan luka tersebut sahaja.

Parut keloid: 


PARUT KELOID AKIBAT TERKENA API
Keloid tidak sama seperti parut hipertrofik. Walaupun ia juga parut yang timbul, keloid boleh merebak melebihi lingkungan kawasan luka. Ia juga mungkin terus membesar dan muncul semula walaupun selepas dibuang.

Petua / cara untuk hilangkan parut


1. Kulit kayu manis & bedak sejuk


KULIT KAYU MANIS

BEDAK SEJUK

Sediakan 2 batang kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus dan kemudian campur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Lepas tu lumurkan pada tempat berparut. Lakukan sekerap yang mungkin, in shaa Allah lama kelamaan parut akan pudar.

2. Daun lidah buaya


DAUN LIDAH BUAYA

LENDIR DAUN LIDAH BUAYA DIPICIT KELUAR


Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun tersebut pada parut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3. Asam jawa


BUAH ASAM JAWA

ISI ASAM JAWA YANG TELAH DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR


Ambil sedikit asam jawa, campur sedikit air dan ramas. Jangan terlalu cair. Sapukancampuran asam jawa ini pada tempat berparut kemudian tunggu sehingga ia kering. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam sebelum tidur, in shaa Allah lama kelmaan parut akan beransur hilang.

4. Kulit pisang


KULIT PISANG

LENDIR KULIT PISANG DISAPU KE KULIT BERPARUT


Sapukan lendir kulit pisang (bahagian dalam) pada bahagian berparut setap hari sehingga parut hilang.

5. Kacang hijau


KACANG HIJAU

KACANG HIJAU YANG TELAH DITUMBUK DAN DICAMPUR AIR DISAPUKAN KE KAWASAN BERPARUT


Ambil segenggam kacang hijau, tumbuk sehingga hancur menjadi serbuk (bedak) kemudian campur sedikit air. Sapukan pada bahagian yang berparut. Amalkan sekerap yang boleh.

6. Jagung muda


JAGUNG MUDA


Sediakan jagung muda, parut hingga lumat dan sapukan pada bekas parut setiap hari sehingga kesannya pudar.

7. Vitamin shaklee (^_^)

ESP SHAKLEE
  • ESP merupakan sebatian protein yang sangat penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit serta membentuk elastik fiber untuk penegangan kulit
Vitamin C Shaklee
         
SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE
  • VITAMIN C merupakan antioksidan yang membantu proses pembaikan tisu terutama bekas2 jerawat dan parut. Ia juga membantu penghasilan kolagen dalam badan yang boleh membantu menguatkan sel kulit
Vitamin E Complex Shaklee
VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE
  • VITAMIN E juga sejenis antioksidan yang membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit dan mengelakkan tisu teroksida untuk menjadikan kulit lebih gebu
Collagen Powder Shaklee
COLLAGEN POWDER SHAKLEE
  • COLLAGEN membantu mengecilkan liang2 pori yang kelihatan serta menghilangkan kedutan dan garis2 halus

Sekian dulu untuk entry kali ini.

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp : 017-9623963

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya