Showing posts with label vitalea shaklee. Show all posts
Showing posts with label vitalea shaklee. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Tips Sebelum Membeli Set Bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak bagi simple tips jek. Kepada adik-adik kakak-kakak yang bakal menjadi mommy or yang dah jadi mommy tengah tunggu next baby, dan sedang mencari-cari SET BERSALIN @SET PANTANG bERSALIN, meh baca tips-tips ni dulu. Buat panduan mommies semua supaya tak menyesal di kemudian hari..(^_^)

TIPS SEBELUM MEMBELI SET BERSALIN @ SET BERPANTANG

Tips Sebelum membeli Set bersalin
Tips Sebelum membeli Set bersalin
1. Sila pastikan produk yang bakal dibeli itu adalah halal dan selamat untuk baby. Kebanyakan set bersalin bahan asasnya adalah jamu, as we all know jamu ni bersifat panas, jadi ada kemungkinan akan mengganggu perut bayi. Boleh jadi cirit. Walaupun tidak dinafikan jamu mungkin sangat bermanfaat dari segi kandungannya untuk ibu selepas bersalin, tapi daripada kita asyik susah hati nak fikir nak makan ke tak, baik fikir dulu yang mana lebih sesuai semasa dalam tempoh berpantang ni. Banyak lagi alternatif set bersalin yang lain yang selamat untuk ibu & baby, contohnya macam Set Bersalin Shaklee. So fikirkan yang terbaik untuk mommies dan baby jugak ya.

2. Cuba cari set bersalin yang mempunyai manfaat berganda. Contohnya selain bermanfaat untuk kecerdasan ibu, ia juga boleh membantu dalam penghasilan susu ibu yang lebih mantap, jadi kita jimat kerana tidak perlu mengambil banyak produk. Susu ibu sangat-sangat penting ketika berpantang sebab ketika ini lah baby kita sedang cuba adapt dengan dunia baru dan mereka perlukan antibodi yang kuat untuk melawan segala kuman dan bakteria yang berada di sekeliling mereka. So, kalau boleh mommies bagilah full breastfeed sepanjang tempoh berpantang nanti ya.

3. Tengok bajet mommies. Belanja ikut keperluan, contohnya cari satu jenis minyak yang boleh dipakai serbaguna daripada membeli 3 jenis minyak yang mempunyai fungsi hampir sama. Set bersalin sekarang harga memang mahal-mahal, so mommies kenalah pandai memilih within your budget.

4. Tak perlu beli full set bersalin. Beli produk yang diperlukan sahaja (loose pack). Maknanya ambil produk (yang ada dalam set bersalin tu) yang kita perlu dan akan guna sampai habis. Kalau tak memang membazir saja. Dari pengalaman sendiri 2 kali bersalin, memang membazir dan merugikan saja kalau beli satu full set tapi at last tak guna sangat pun sebab sibuk dengan anak-anak (dan kurang kerajinan..hehe) Contoh: Jamu-jamu yang sapu kat dahi bagai tu (param & pilis), lulur dan macam-macam jenis minyak. semua ni tak wajib pun. So kalau spesis yang kurang rajin macam saya ni, better JANGAN BELI FULL SET

5. Cari set bersalin yang multipurpose fungsinya. Maksudnya selain untuk digunakan semasa pantang bersalin, boleh juga dipakai untuk tujuan lain. Seperti vitamin-vitamin dalam set bersalin shaklee; alfalfa boleh juga diambil oleh suami yang nak kuruskan badan, b complex boleh diambil lepas berpantang ketika stress or vitalea untuk masalah lesu or penat selepas bekerja. See, semua orang boleh ambil vitamin-vitamin tu, so takdelah membazir kalau tak mampu nak habiskan semasa dalam pantang.

6. Beli Set bersalin yang berjenama atau brand yang sudah dikenali dan lama di pasaran (seperti Shaklee, Nona Roguy, Amway & etc) untuk memastikan kandungan ubat atau jamu tersebut tidak berbahaya seperti yang banyak berlaku sekarang. Macam kes baru-baru ni, ada yang kena buang ovari sebab tersalah makan produk kesihatan wanita. So berhati-hati ya mommies.

Kalau mommies nak lagi mudah, saya cadangkan SET BERSALIN SHAKLEE a.k.a SET BERSALIN MODERN.

tips pilih set bersalin
SET BERSALIN SHAKLEE pilihan wanita modern masa kini
  • Tak panas, so tak effect baby
  • Ada Vitamin C dan Zinc Complex untuk luka bersalin cepat sembuh (fungsi sama macam pati haruan or gamat)
  • Ada ESP (sumber protein soya) untuk tambahkan susu badan dan bagi tenaga 
  • Ada B Complex untuk elak mommies meroyan ketika berpantang
  • Ada Vitalea untuk control hemoglobin darah lepas bersalin (untuk elak anemia in case bleeding or tumpah darah ketika bersalin)
  • Ada Ostenatrix untuk elak sembelit

Set ini juga dikenali sebagai SET BERSALIN MODERN sebab tak ada sapu-sapu jamu kat dahi bagai. hehe Tapi kalau mommies nak yang tradisional pun boleh, nak combine tradisional dengan set modern ni pun boleh, tak ada masalah (^_^)

Okay, itu sahaja tips yang saya nak share kali ini. 
SELAMAT MEMBELI SET BERSALIN YANG TERBAIK YA MOMMIES!!!

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


FREE DELIVERY sekitar PUCHONG, CYBERJAYA & PUTRAJAYA

Wednesday, April 15, 2015

Tips Naikkan HB Darah untuk ibu Hamil (elak ANAEMIA ketika hamil)


Assalamualaikum w.b.t

Apabila hamil, antara perkara yang sering dititik beratkan semasa pregnancy check-up monthly ialah kandungan HB atau hemoglobin darah. HB darah ni ada kaitan dengan zat besi. Semasa hamil,mommies perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan mommies dan bayi. Jika mommies tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi ibu dan baby, mommies mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi.

Anaemia dapat dipastikan jika tahap hemoglobin mommies kurang daripada 11.0 gm/dl. Ujian darah yang dijalankan di klinik antenatal dapat menguji samada hemoglobin mommies berada pada tahap yang memuaskan ataupun tidak. Agak normal juga bagi tahap hemoglobin untuk turun sedikit semasa hamil kerana terdapat lebih banyak cecair dalam darah yang mencairkan sel-sel darah merah.Doktor hanya akan mempreskripsikan pil zat besi jika tahap zat besi mommies turun ke tahap sangat rendah.

1 benda penting yang perlu diingatkan di sini, walaupun berat badan mommies ketika hamil naik dengan cantik atau terlebih naik (macam saya) tidak semestinya mommies tidak akan mengalami masalah HB rendah ni. Macam saya sendiri, berat badan dah terlebih-lebih, tapi HB tetap rendah (T_T) 




Okay, so kebiasaannya doktor hanya akan menasihatkan mommies untuk makan makanan yang boleh membantu naikkan HB darah (selagi HB tidak terlalu rendah, doktor takkan bagi ubat, so kena ikhtiar naikkan HB darah dengan diet pemakanan harian atau dengan pengambilan suppliment seperti VITALEA IRON FORMULA SHAKLEE). Antara makanan-makanan yang dicadangkan oleh doktor ialah :


12 Makanan Tambah Darah untuk Ibu Hamil ( Naikkan Hb)

1. Daging Merah


Daging merah bantu naikkan HB darah
Daging merah dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain.




2. Brokoli


Pisang dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Brokoli dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil

Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.

3. Pisang


Pisang dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Pisang dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil

Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel baru.

4. Kekacang


Kekacang dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Kekacang dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil

Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan.

5. Bayam


Kerang dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Bayam dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil

Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.

6. Kerang


Kerang dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Kerang dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil

Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.

7. Telur


Telur kuning dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Telur kuning dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.

8. Oat


Oat dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Oat dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.

9. Buah delima


Buah Delima dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Buah Delima dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

10. Madu


Madu dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Madu dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Pastikan anda mengambil madu di dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan.

11. Kurma


Kurma dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Kurma dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.

12. Kismis


Kismis dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil
Kismis dapat membantu naikkan HB darah wanita hamil

Buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.

**********************************************


Alternatif selain makanan-makanan di atas


VITALEA IRON FORMULA SHAKLEE

Vitalea Shaklee ini merupakan antara multivitamin terawal yang dicipta di dunia. Diperkaya dengan zat besi dan pelbagai nutrien-nutrien lain, yang sangat-sangat membantu menaikkan HB darah terutama untuk mommies yang tengah preggy dan mengalami anemia (low Hb problem)



makanan naikkan hb darah
Vitalea Iron Formula Shaklee bantu naikkan Hb darah wanita hamil


Testimoni HB darah naik dengan vitalea Shaklee
Testimoni HB darah naik dengan vitalea Shaklee
Untuk kesan penyerapan zat besi yang optimun, mommies semua disarankan mengambil makanan tinggi zat besi atau Vitalea Iron Formula Shaklee ini dengan Vitamin C. Vitamin C sangat membantu badan kita menyerap zat besi dalam pemakanan. Mommies harus minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu menaikkan HB dan mengelak daripada mendapat anaemia. Atau lebih mudah, mommies juga boleh mengamalkan VITAMIN C SHAKLEE yang terdapat dalam SET KEHAMILAN SHAKLEE (Vitalea juga terdapat dalam set ini).



Vitamin C Shaklee membantu badan kita menyerap zat besi secara optimum
Vitamin C Shaklee membantu badan kita menyerap zat besi secara optimum

set kehamilan shaklee
Set Kehamilan Shaklee mengandungi vitamin C dan juga vitalea

Selain itu, Teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan kita menyerap zat besi. Oleh itu, lebih baik jika mommies elakkan meminumnya semasa waktu makan makanan yang tinggi zat besi.



Elakkan kafein untuk pastikan badan menyerap zat besi secara optimum
Elakkan kafein untuk pastikan badan menyerap zat besi secara optimum

Okay, itu sahaja informasi untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk mommies semua (^_^)




WASSALAM 


Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Monday, April 13, 2015

Kepentingan Asid Folik kepada Wanita Hamil dan Kesan serta Risiko Kekurangannya

Assalamualaikum w.b.t

hari ini saya nak cerita sikit tentang ASID FOLIK. Bagi anda yang dah pernah hamil, mesti anda pernah consume asid folik ni. Sebenarnya asid folik adalah 1 of the most important nutrient untuk ibu mengandung. Masa kat university dulu, saya ada seorang sahabat rapat yang menghidap SPINA BIFIDA atau kecacatan saraf disebabkan ibu dia kekurangan asid folik semasa hamil. Walau pun keadaan beliau begitu (kurang upaya), tetapi beliau seorang yang sangat tabah dan sekarang sudah berjaya menamatkan pengajian Masters in Islamic Banking. 

Okay back to the main point, sebagai ibu mestilah kita nak anak yang dikandung dan dilahirkan sihat sempurna kan? So jom kita explore sikit kepentingan ASID FOLIK ini. (^_^)

set kehamilan shaklee mengandungi asid folik
Asid Folik sangat penting untuk wanita hamil

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Asid folik atau juga dikenali dengan nama vitamin B9 , vitamin Bc , atau folacin adalah jenis vitamin yang larut dalam air . Asid folik terdapat secara semulajadi pada beberapa jenis makanan seperti kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.Tambahan asid folik juga sudah dihasilkan dan boleh dibeli di pelbagai farmasi dan kedai ubat .
Asid folik memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh mulai dari sintesis DNA , memperbaiki DNA , pemetilan DNA , sampai dengan berperanan sebagai cofactor pelbagai reaksi biologi yang memerlukan folat . Asid folik penting dalam perkembangan dan pembahagian sel pada masa kehamilan dan pertumbuhan . Ia juga sangat diperlukan dalam proses pengeluaran sel darah merah yang sihat , dengan itu dapat mencegah anemia .


Mengapakah Wanita Hamil perlukan asid folik?


Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang wanita hamil perlukan?


Wanita hamil dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

**B complex + Vitalea di dalam Set Kehamilan Shaklee mempunyai jumlah asid folik yang lengkap untuk ibu hamil

Apakah sumber makanan yang terbaik?


asid folik untuk ibu hamil
Sumber makanan yang mengandungi asid folik

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

KESAN LAIN KEKURANGAN ASID FOLIK


Kekurangan nutrisi asid folik boleh menyebabkan beberapa keadaan antaranya :

◆ Bayi lahir tidak cukup bulan
◆ Berat bayi yang rendah
◆ Pertumbuhan janin yang lembap
◆ Pengguguran spontan
◆ Komplikasi kehamilan ( gangguan plasenta dan hipertensi )

Okay, sekarang mommies semua dah tau kepentingan dan kesan kekurangan asid folik ni kan?? So mulai dari sekarang, perhatikan diet seharian. pastikan pengambilan asid folik ini cukup. Nak lagi mudah dan lagi baik, boleh dapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE.


set kehamilan shaklee
Set kehamilan shaklee mengandungi asid folik untuk melengkapi keperluan ibu hamil

Okay, itu sahaja informasi untuk kali ini.

WASSALAM 

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Saturday, April 11, 2015

Berat Badan Berlebihan semasa Hamil?? 5 Tips Kawal Berat Badan Semasa Hamil

Assalamualaikum w.b.t

Harini saya nak bagi tips kepada ibu-ibu hamil di luar sana untuk mengawal kenaikan berat badan semasa hamil. Sebenarnya saya sendiri adalah salah seorang ibu yang ketika hamil mengalami kenaikan berat badan yang melampau. dah la berat naik sampai 20 ke 30 kg, lepas bersalin, separuh sahaja yang hilang, lagi separuh terus melekat kat badan nih (T_T). So kalau tak nak jadi macam saya, jom ikut tips-tips di bawah (^_^)


1) Jangan skip waktu makan



set kehamilan shaklee
Makan seperti biasa pada setiap waktu makan

Ini paling mudah. Makan seperti biasa. Pastikan ibu hamil ambil hidangan lengkap setiap kali makan. Skip salah satu waktu makan (sarapan, makan tengahari ataupun makan malam) hanya akan menyebabkan mommies terlebih2 makan apabila lapar.

2) Tiada istilah “eat for two”



set kehamilan shaklee
Makan seperti biasa tanpa perlu menambah kuantiti makanan yang diambil

Ni penting ye mommies. Makan seperti biasa. Bukan makan ikut nafsu atau makan lebih atas alasan nanti tidak cukup untuk bayi. Jangan risau, tubuh kita memang direka untuk menyerap nutrien secukupnya daripada makanan yang berkhaisat mommies ambil. Itu belum lagi cerita tentang kisah mengidam pelbagai jenis makanan seperti manisan, jeruk, dan macam-macam lagi. Makanlah sekiranya teringin, namun dalam kuantiti yang berpatutan.


3) Minum air secukupnya



kawal berat badan ketika hamil
Air penting untuk perkumuhan
Mimun air secukupnya penting untuk memudahkan proses penyahtinjaan (perkumuhan). Tidaklah perut tu menyimpan hasil buangan yang tidak perlu, betul tak? Selain itu, air yang cukup semasa hamil mengurangkan risiko sembelit dan kencing kotor. Kedua-dua masalah ini memang merunsingkan dan perlu diberi perhatian. Pastikan semasa hamil buang air besar seperti biasa; 2 kali sehari. Jadi perut pun rasa lega, badan pun ringan.

4) Berdisiplin ambil supplement/vitamin untuk ibu hamil


vitamin ibu hamil
Vitamin penting untuk ibu hamil
Suplemen atau vitamin amat penting utk ibu hamil kerana ia mengandungi nutrisi yg lengkap. Konsisten dan disiplin yang tinggi perlu demi memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jangan ambil mudah hanya kerana rasa malas, manja atau letih semasa hamil.

SHAKLEE ada menawarkan suppliment untuk ibu hamil, yang terdiri daripada

1. Sustained Released vitamin C (sumber vitamin C untuk imunisasi badan)
2. B complex (sumber asid folik & B Complex sendiri)
3. Vitalea Iron Formula (sumber zat besi)
4. Omega Guard (sumber DHA)
5. Soy protein ESP (sumber protein)
6. Ostematrix (sumber kalsium & magnesium)

set kehamilan shaklee
Set kehamilan Shaklee
Set Kehamilan Shaklee lengkapi nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil ☺

5) Tidur/rehat secukupnya


rehat yang cukup ketika hamil
Rehat dan tidur yang cukup antara tips kawal berat badan ketika hamil
Tidur dan rehat yang cukup membantu mommies menjadi lebih relaks dan ceria. Jadi tiadalah kes makan banyak sebab stress. Bahaya tu! Lagipun apabila ibu mudah atau sentiasa stress semasa hamil, paling mudah terkesan ialah tekanan darah. Tak pasal-pasal tekanan darah naik dan kena masuk wad pula.

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya