Showing posts with label kulit sensitif. Show all posts
Showing posts with label kulit sensitif. Show all posts

Sunday, April 26, 2015

Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi

Assalamualaikum w.b.t

RUAM LAMPIN. Okay, sesiapa yang ada baby mesti sangat concern pasal ni kan? Babies as we all know memang berkulit sensitif dan antibody badan diorang pun tak kuat sangat, so sangat mudah untuk terkena jangkitan, especially kat bahagian 'tuttt' diorang..hehe al maklumlah baby kan pakai pampers 24 7. So bahagian tutt tu memang sangat-sangat terdedah dengan kuman dan bakteria yang ada dalam air kencing dan najis diorang. Kalau baby mommies ada kulit yang super sensitive, extra care is needed ya!


Apa tu RUAM LAMPIN??

Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi

Jom kenali biodata ruam lampin. hehe Okay, biasanya ruam lampin ni berwarna merah dan bertompok di punggung baby. Ruam ni terjadi apabila air kencing dan najis bergesel pada kulit baby. Ketiadaan peredaran angin yang disebabkan oleh lampin tertutup boleh menyebabkan kulit bergesel dengan lampin ketika baby bergerak. Apabila ini berlaku, ruam menjadi lebih teruk. Bakteria dan yis akan masuk melalui kulit yang rosak, then seterusnya tompok-tompok merah akan tersebar di punggung.

Ruam lampin pada permulaan mungkin agak common berlaku, dan tak la bahaya sangat. BUT jangan ambil ringan ya mommies. Jangan biarkan ruam melarat sebab ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kemaluan or punggung baby.


Apa yang perlu kita buat kalau baby mempunyai RUAM LAMPIN??

1. Anginkan

Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Biarkan baby berbogel tanpa baju

Biarkan baby mommies tanpa lampin sekerap yang mungkin. Baby selalunya suka berbogel, jadi biarkan mereka berseronok sambil menjaga punggungnya. Mommies boleh letakkan pad kalis air or sheet protector untuk mengelakkan kebocoran in case baby mommies terbuang air besar or kecil (^_^)


2. Basahkan Punggungnya


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Mandikan baby sekerap yang mungkin 

Waktu mandi!! weeee (^_^) Cuba mommies mandikan baby mommies beberapa kali dalam satu hari. Sekarang cuaca panas, so lagi kerap lagi bagus sebab bakteria lagi mudah merebak ketika baby berpeluh kepanasan. Mommies boleh tambahkan sedikit serbuk soda dalam air suam dan tuangkan dalam air mandian baby. In shaa Allah boleh bantu menghilangkan ruam baby dengan cepat.


3. Sapukan Krim


Mommies boleh sapukan pada punggung baby setiap kali selepas menukar lampin. Saya suggest mommies sapukan HERBAL BLEND SHAKLEE. krim herbal blend Shaklee ni 100% daripada natural ingredients (bahan semulajadi), tiada bahan kimia langsung, so amatlah sesuai untuk bayi mommies yang berkulit super sensitif. Mommies tak perlu risau kerana krim ini tidak panas dan tiada risiko reaksi alergik pada kulit baby mommies. Krim herbal blend ni boleh sapukan juga kat perut baby yang kembung or kesan gigitan nyamuk tau. Multipurpose gitu..hehe



Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Sapukan krim Herbal Blend Shaklee



4. Tukarkan Lampin


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Tukarkan lampin bayi

Pastikan mommies sentiasa menukar lampin baby semasa siang hari dan setiap kali dia membuang air besar. Ini akan membantu menghilangkan bakteria yang membuatkan ruam menjadi lebih teruk. Mommies juga cubalah tukarkan lampin baby at least sekali pada waktu malam walaupun baby tengah tidur.


5. Lapkan Punggungnya


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Lap dengan tisu basah tanpa pewangi

Gunakan kain yang dibasahkan dengan air suam atau tisu basah (yang tiada bau atau pewangi) untuk mengelap punggung baby


6. Jagalah Pemakanannya


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Jaga pemakanan bayi

Elakkan memberi makanan (bagi baby yang sudah mula makan solid food) yang berasid tinggi kepada baby contohnya seperti SAYUR BAYAM


7. Pilih Lampin or Pampers yang Berkualiti


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Pilih lampin berkualiti untuk elak ruam

Mommies boleh cuba pelbagai lampin. Pilih yang ada special features or ciri-ciri yang anti bocor dan mesra kulit bayi. From my survey, Mamypoko is the best tapi harganya pun best jugaklah ya.hehe My kids both pakai Drypers, so far Alhamdulillah okay jer, no ruam2 (^_^)


8. Jumpalah dengan Doktor


Tips dan Petua Atasi Ruam Lampin pada Bayi
Jumpa doktor untuk atasi ruam

This is the last resort jika semua tips di atas tidak berjaya iaitu jika ruam tidak hilang atau makin melarat. So the best way is jumpa doktor pakar kulit or doktor kanak-kanak. Jangan anggap remeh ruam ni ya mommies!

Okay, itu sahaja tips kali ini. Semoga bermanfaat untuk mommies semua ;)

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH

Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

Wednesday, May 14, 2014

Petua modern dan tradisional untuk hilangkan parut

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang untuk pembaca sekalian. Hari ini saya nak komgsikan sedikit info tentang PARUT. tak kisah la parut luka kena pisau ke, parut luka terbakar mahupun parut luka bersalin (terutama yang bersalin melalui kaedah pembedahan or caesarean)

Sebenarnya parut adalah pertumbuhan kolagen yang terbentuk akibat proses penyembuhan luka secara semula jadi. Kolagen terdiri daripada sekumpulan protein yang wujud secara semula jadi dan membentuk komponen utama tisu-tisu penghubung.

Penghasilan kolagen yang berlebihan dan cepat pada kawasan yang tercedera menyebabkan parut terbentuk.


Apabila kulit tercedera, tubuh kita bertindak dengan segera untuk memperbaiki kawasan yang terlibat. Ia menumpukan segala masa dan sumbernya untuk terus bertahan dan bukan untuk menyembuhkan luka tersebut dengan sempurna. Walaupun parut akan melalui pelbagai perubahan dalam proses kematangannya, ia tidak akan mendapat kembali kekuatan asal daripada kulit di sekelilingnya. Selain itu, folikel rambut dan kelenjar peluh di kawasan parut juga tidak akan terbina semula.

Mengapakah parut saya kelihatan berbeza daripada parut orang lain?


Oleh sebab proses penyembuhan berbeza mengikut tubuh setiap individu, penampilan akhir parut juga akan turut berbeza. Faktor-faktor seperti jenis kulit, lokasi parut, jenis kecederaan, umur dan status pemakanan memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana parut tersebut akan kelihatan.

Jenis-jenis parut


Parut biasa: 


PARUT LUKA BIASA

Biasanya kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, tetapi menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.

Parut atrofi: 


PARUT CACAR AIR

Biasanya mewujudkan tekanan di bawah permukaan kulit. Contoh parut-parut ini adalah seperti parut akne atau parut cacar air.


Parut hipertrofik:


PARUT HIPERTROFIK AKIBAT LUKA

Biasanya timbul di atas permukaan kulit. Ia dikenal pasti melalui jumlah kolagen yang berlebihan, namun kekal dalam lingkungan kawasan luka tersebut sahaja.

Parut keloid: 


PARUT KELOID AKIBAT TERKENA API
Keloid tidak sama seperti parut hipertrofik. Walaupun ia juga parut yang timbul, keloid boleh merebak melebihi lingkungan kawasan luka. Ia juga mungkin terus membesar dan muncul semula walaupun selepas dibuang.

Petua / cara untuk hilangkan parut


1. Kulit kayu manis & bedak sejuk


KULIT KAYU MANIS

BEDAK SEJUK

Sediakan 2 batang kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus dan kemudian campur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Lepas tu lumurkan pada tempat berparut. Lakukan sekerap yang mungkin, in shaa Allah lama kelamaan parut akan pudar.

2. Daun lidah buaya


DAUN LIDAH BUAYA

LENDIR DAUN LIDAH BUAYA DIPICIT KELUAR


Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun tersebut pada parut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3. Asam jawa


BUAH ASAM JAWA

ISI ASAM JAWA YANG TELAH DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR


Ambil sedikit asam jawa, campur sedikit air dan ramas. Jangan terlalu cair. Sapukancampuran asam jawa ini pada tempat berparut kemudian tunggu sehingga ia kering. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam sebelum tidur, in shaa Allah lama kelmaan parut akan beransur hilang.

4. Kulit pisang


KULIT PISANG

LENDIR KULIT PISANG DISAPU KE KULIT BERPARUT


Sapukan lendir kulit pisang (bahagian dalam) pada bahagian berparut setap hari sehingga parut hilang.

5. Kacang hijau


KACANG HIJAU

KACANG HIJAU YANG TELAH DITUMBUK DAN DICAMPUR AIR DISAPUKAN KE KAWASAN BERPARUT


Ambil segenggam kacang hijau, tumbuk sehingga hancur menjadi serbuk (bedak) kemudian campur sedikit air. Sapukan pada bahagian yang berparut. Amalkan sekerap yang boleh.

6. Jagung muda


JAGUNG MUDA


Sediakan jagung muda, parut hingga lumat dan sapukan pada bekas parut setiap hari sehingga kesannya pudar.

7. Vitamin shaklee (^_^)

ESP SHAKLEE
  • ESP merupakan sebatian protein yang sangat penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit serta membentuk elastik fiber untuk penegangan kulit
Vitamin C Shaklee
         
SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE
  • VITAMIN C merupakan antioksidan yang membantu proses pembaikan tisu terutama bekas2 jerawat dan parut. Ia juga membantu penghasilan kolagen dalam badan yang boleh membantu menguatkan sel kulit
Vitamin E Complex Shaklee
VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE
  • VITAMIN E juga sejenis antioksidan yang membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit dan mengelakkan tisu teroksida untuk menjadikan kulit lebih gebu
Collagen Powder Shaklee
COLLAGEN POWDER SHAKLEE
  • COLLAGEN membantu mengecilkan liang2 pori yang kelihatan serta menghilangkan kedutan dan garis2 halus

Sekian dulu untuk entry kali ini.

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsapp : 017-9623963

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya



Sunday, April 27, 2014

Kenali Penyakit Kulit Eczema dan Rawatannya

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sekian lama tak menulis, hari ni saya nak share tentang salah satu penyakit kulit yang sering berlaku di kalangan penduduk Asia yg hidup dalam iklim panas dan lembap ni. Penyakit tersebut adalah dermatitis atau lebih dikenali sebagai EKZEMA.

CONTOH JANGKITAN ECZEMA DI LENGAN
CONTOH JANGKITAN ECXEMA DI BAHAGIAN JARI


Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. Terdapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal. Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih

PUNCA-PUNCA JANGKITAN ECZEMA

Rawatan Ekzema (General)



  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.


Ya, ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.

6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk


  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.


Rawatan Ekzema: Dalaman


Ekzema boleh dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik. Bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema. 

Vitamin Shaklee, in sya Allah membantu mengurangkan ekzema yang teruk.Antara vitamin2 yang boleh membantu mengatasi masalah eczema ini ialah Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP)GLA, Alfalfa,Vitamin E, Vitamin C, Mealshake (untuk kanak-kanak), Herbal Blend Cream dan Basic H Shaklee. 

Walau bagaimanapun vitamin-vitamin ini diperlukan oleh penghidap eczema bergantung kepada jenis kegatalan dan tahap eczema mereka. Mereka tak perlu ambil kesemua vitamin2 ini sekaligus.

VITAMIN-VITAMIN SHAKLEE UNTUK RAWATAN ECZEMA BAGI DEWASA


VITAMIN-VITAMIN SHAKLEE UNTUK RAWATAN ECZEMA BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK

Kebaikan bagi merawat ekzema:


Omega Guard


Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang. 

ESP


kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.

GLA


Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan ekzema.

Alfalfa


Sebagai Detox membuang segala kekotoran dan kuman penyebab eczema keluar dari badan

Vitamin E


Mengandungi antioksidan yang membantu memulihkan tekstur kulit yang terjejas akibat eczema serta mengurangkan kesan parut akibat eczema

Vitamin C


Mengandungi antioksidan untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit agar tona lebih sekata serta membantu manghasilkan kolagen untuk penghasilan sel kulit baru yang lebih sihat

Basic H


Cucian organik tanpa bahan kimia ini membantu membersihkan kulit dari kuman eczema serta mengurangkan kegatalan 

Herbal Blend Cream


Membantu pulihkan kulit serta menenangkan akibat ketidakselesaan akibat eczema dengan menjadikan kulit lebih lembab dan lembut

Mealshake


Mengandungi 24 mineral dan vitamin yang membantu meningkatkan sistem immunisasi badan kanak-kanak seterusnya melawas jangkitan kuman penyebab eczema

Sekian dulu perkongsian saya kali ini,

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;
fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814

Khasiat VITAMIN C SHAKLEE untuk kulit cantik

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kali ni nak bercerita sikit tentang SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE, al maklumlah, sejak restok hujung tahun lepas, permintaanya memang menjadi2. Alhamdulillah dengan izin Allah vitamin C sangat mujarab terutama untuk kulit.

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE

Okay, jom kita explore lebih lanjut tentang keistimewaan vitamin C ni ye..

  • vitamin c shaklee ni adalah bersifat "time released" dan ianya adalah 100% semulajadi tanpa bahan pengawet, jadi ia sangat sesuai untuk mereka yang menghidap gastrik (tidak menganggu perut)
  • Terdapat Bio flavonoid dalam vitamin C yang membantu vitamin c menjadi lebih aktif (kalau vitamin E memerlukan selenium, vitamin C pula memerlukan Bio flavonoid)
  • Kalau demam atau selsema tak perlu makan ubat doktor or panadol. Cuma patahkan 2 biji Vitamin C dan telan.
  • Maksud Sustained release tu,vitamin c tu akan di 'release' untuk badan secara berperingkat..let say vitamin tu 500mg, so setiap 1 jam,100mg vitamin c akan direlease untuk kegunaan badan
  • Kenapa susah2 je shaklee cipta time release? Sebab vitamin c dapat diserap dgn baik oleh badan pada dos yang rendah.Semakin tinggi dos semakin sedikit yang dapat diserap.
  • Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex. Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, tak ada dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer.
  • Pelepasan vitamin C ini adalah dalam masa 5 jam tetapi ia maintain dalam darah for 12 jam. Walaupun ia larut air tapi bukan masuk je terus keluar, tetapi dia akan bekerja dulu dgn sel badan sebelum dia keluar.
  • Satu fakta tentang vitamin C ialah badan kita tak boleh simpan vitamin C tapi ia digunapakai dahulu sebelum dibuang, in this case bersamaan kita makan buah oren selama 5 jam, tp bukan masa itu sahaja kita ada bekalan vitamin C sebab ia akan keluar perlahan2.



Okay, itu sahaja info yang saya nak share ngan anda semua. Apa yang pasti, saya sendiri sudah jatuh cinta dengan vitamin C shaklee ni. Lepas melahirkan anak pertama kulit saya bermasalah dan berjerawat tetapi Alhamdulillah lepas amalkan vitamin c ni setiap hari, dengan izin Allah kulit saya da sihat seperti zaman anak2 dara dahulu.hehe

I love vitamin C Shaklee!! ♥♥

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814