Wednesday, April 30, 2014

Jenis-jenis makanan yang tidak sesuai untuk bayi

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya nak kongsikan sedikit info yang nampak mudah atau ringan, tapi sebenarnya memberi impak yang besar iaitu tentang pemakanan bayi, apa yang TIDAK SEHARUSNYA kita beri kepada anak2 kita yang masih bayi.

CANNOT!!!!


Bayi begitu sensitif di saat mereka dilahirkan. Banyak perkara tentang seorang bayi yang perlu difahami dan diketahui oleh ibu bapa terutamanya. Baik dari segi penjagaan luaran mahupun dalaman seorang bayi. Oleh itu, tidak semua perkara yang baik untuk dewasa adalah baik untuk bayi.

Berikut adalah jenis-jenis makanan yang sememangnya sangat baik untuk keperluan seorang dewasa namun tidak sesuai sekali diberi kepada seorang bayi.

Garam


Garam perlu dielakkan sehingga bayi berusia 12 bulan. Buah pinggang bayi dipercayai masih belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini

Gula


Gula yang berlebihan tidak diperlukan untuk pertumbuhan seseorang bayi. Gula hanya akan menyumbang tenaga (KJ) tanpa sebarang nutrisi yang baik.

Madu


Bayi di bawah umur 12 bulan tidak digalakkan memakan madu kerana kemungkinan kewujudan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi Jus buah pekatJus perlu dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air 

Putih telur


Putih telur boleh menimbulkan reaksi alergik, oleh itu dinasihatkan tidak diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan. Bagaimanapun kuning telur boleh mula diberi kepada bayi yang berusia 9 bulan ke atas

Susu lembu


Susu lembu hanya boleh diberi sebagai minuman utama bayi yang berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi. 


Susu Rendah Lemak


Jangan beri susu rendah lemak, susu cair mahupun susu tanpa lemak sebagai permulaan kepada bayi anda. Makanan rendah lemak tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan yang sepatutnya.


Dalam senarai di atas, saya paling tertarik dengan SUSU LEMBU. Tidakkah kita sedar bahawa selama ini 90% ibu2 yang tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu (tidak kira apa sebab atau alasan sekali pun) akan memberi bayi2 mereka susu formula berasaskan susu lembu sebagai alternatif. Kasihan kan??


Oleh itu saya sangat2 merayu dan menyeru agar ibu2 pada hari ini lebih peka dan mengambil serius tentang keperluan pemakanan bayi2 mereka. Penyusuan eksklusif susu ibu bukanlah satu halangan lagi di masa kini memandangkan sudah begitu banyak kemudahan2 seperti pum susu, bekas penyimpanan susu ibu, fridge khas untuk susu ibu, buku2 serta banyak kelas2 yang dianjurkan pihak2 tertentu bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan tentang penyusuan susu ibu ini. Tinggalnya usaha dari diri kita sendiri sahaja, mahu atau tidak. Bak kata pepatah

NAK SERIBU DAYA, TAK NAK TAK PAYAH BAGI ALASAN , NANTI ORANG MENYAMPAH!! hehe (^_*)



Kalau ibu2 di luar sana masih mempunyai masalah untuk menyusukan bayi, boleh rujuk entry2 saya berkenaan exsclusive breastfeeding ini.

Sekian dahulu perkongsian kali ini..

WASSALAM,
ummitalhah
Work At Home Mother with SHAKLEE ♥♥




Monday, April 28, 2014

Senarai Pengedar Shaklee berdekatan anda

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang untuk pengguna atau pengamal produk Shaklee (bersayang2 pula hari ni..hee)
Sebenarnya saya ada berita baik untuk anda semua, yeaaa!!!!!

Untuk anda yang berada di kawasan2 berikut, boleh dapatkan produk Shaklee secara terus dari Pengedar2 Shaklee yang awesome ni, FREE DELIVERY & TAK PERLU POS (^_*)

PENGEDAR SHAKLEE DI KAWASAN ANDA (^_^)

1) Norlela Yusof (Id 969461)
     Facebook :Layla Yusof
     Page fb : DLayla Biz
     COD area : Alam Damai,Balakong,B.T.H Onn
     No tel : 0174621089

2) Noorhazrinadia bt hamidon
     Facebook : Nad Nadia
     COD area : Sungai Petani, Kedah
     No tel : 0194941304

3) Roshita binti Ahmad.
     Facebook : Si Kecilku drsneez
     COD area : Kulim, Kedah
     No tel : 0125736344

4) Farhana bt Hj Jaafar
     Facebook :  Ana farhana
     COD area : Port Dickson & Senawang
     No tel : 0194428285

5) Zunaizan Yusoff
     Facebook : Izan Aiza
     COD area : Kuala Terengganu
     no tel : 014-8027008

Okay, pada anda yang perlukan khidmat mereka, jangan segan silu untuk hubungi mereka ya. In shaa Allah servis terbaik menanti ♥♥

KELEBIHAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA - jom jemput rezeki

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya bersiaran dari office husband di putrajaya, tunggu suami tercinta buat kerja (boring sebenarnya..hehe)

Okay, dari buang masa layan boring2, saya nak share sedikit info tetapi banyak manfaatnya iaitu mengenai SOLAT DHUHA


Apa keistimewaan solat Dhuha ni ya?


# Ianya Amalan Berbentuk Sedekah


Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

# Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari


Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

# Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah 


Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

# Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat 


Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


TATACARA PELAKSANAAN SOLAT DHUHA





# waktu Mengerjakan Solat Dhuha



Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ

Maksudnya:Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

# Jumlah Rakaat Solat Dhuha


Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

# Cara Mengerjakan Solat Dhuha


Rakaat Pertama


1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua


1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Okay, sekian dulu perkongsian saya untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk semua

WASSALAM

Ummitalhah
WAHM with Shaklee ♥♥

Sunday, April 27, 2014

Kenali Penyakit Kulit Eczema dan Rawatannya

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sekian lama tak menulis, hari ni saya nak share tentang salah satu penyakit kulit yang sering berlaku di kalangan penduduk Asia yg hidup dalam iklim panas dan lembap ni. Penyakit tersebut adalah dermatitis atau lebih dikenali sebagai EKZEMA.

CONTOH JANGKITAN ECZEMA DI LENGAN
CONTOH JANGKITAN ECXEMA DI BAHAGIAN JARI


Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. Terdapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal. Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih

PUNCA-PUNCA JANGKITAN ECZEMA

Rawatan Ekzema (General)



  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.


Ya, ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.

6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk


  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.


Rawatan Ekzema: Dalaman


Ekzema boleh dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik. Bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema. 

Vitamin Shaklee, in sya Allah membantu mengurangkan ekzema yang teruk.Antara vitamin2 yang boleh membantu mengatasi masalah eczema ini ialah Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP)GLA, Alfalfa,Vitamin E, Vitamin C, Mealshake (untuk kanak-kanak), Herbal Blend Cream dan Basic H Shaklee. 

Walau bagaimanapun vitamin-vitamin ini diperlukan oleh penghidap eczema bergantung kepada jenis kegatalan dan tahap eczema mereka. Mereka tak perlu ambil kesemua vitamin2 ini sekaligus.

VITAMIN-VITAMIN SHAKLEE UNTUK RAWATAN ECZEMA BAGI DEWASA


VITAMIN-VITAMIN SHAKLEE UNTUK RAWATAN ECZEMA BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK

Kebaikan bagi merawat ekzema:


Omega Guard


Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang. 

ESP


kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.

GLA


Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan ekzema.

Alfalfa


Sebagai Detox membuang segala kekotoran dan kuman penyebab eczema keluar dari badan

Vitamin E


Mengandungi antioksidan yang membantu memulihkan tekstur kulit yang terjejas akibat eczema serta mengurangkan kesan parut akibat eczema

Vitamin C


Mengandungi antioksidan untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit agar tona lebih sekata serta membantu manghasilkan kolagen untuk penghasilan sel kulit baru yang lebih sihat

Basic H


Cucian organik tanpa bahan kimia ini membantu membersihkan kulit dari kuman eczema serta mengurangkan kegatalan 

Herbal Blend Cream


Membantu pulihkan kulit serta menenangkan akibat ketidakselesaan akibat eczema dengan menjadikan kulit lebih lembab dan lembut

Mealshake


Mengandungi 24 mineral dan vitamin yang membantu meningkatkan sistem immunisasi badan kanak-kanak seterusnya melawas jangkitan kuman penyebab eczema

Sekian dulu perkongsian saya kali ini,

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;
fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814

Best Sangat ke Business Shaklee ni??

Assalamualaikum w.b.t

2014 adalah tahun ke-2 saya bersama Shaklee. Bermula pada Januari 2013, saya mengorak langkah bersama Shaklee. Di saat semua orang takut2 dan berpendapat bahawa sudah terlalu ramai yang berbisness shaklee, persaingan yang terlalu tinggi dan sebagainya, saya tetap nekad untuk memperjudikan RM75 yang disponsor oleh suami tercinta untuk bergelar sebagai PENGEDAR SAH SHAKLEE atau lebih mudah sebagai AHLI SHAKLEE.

Dari saat itu saya mengorak langkah memulakan bisness online dan Alhamdulillah sedikit pun tiada secuit perasaan menyesal kerana sehingga kini saya masih utuh dan setia bersama Shaklee. 

SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE SEKITAR SELANGOR

Walau bagaimanapun sepanjang tempoh itu, ada jugak rakan2 yang mengajak saya untuk join mereka dalam bisness2 online yang lain seperti jual baju, blouse, jual barang kemas dan macam2 lagi, tapi bila saya menolak, mereka mula bertanya mengapa saya memilih SHAKLEE?? Setia sangat dengan Shaklee ni, apa yang istimewa sangat Shaklee ni?? BEST SANGAT KE BUSINES SHAKLEE NI?? (ayat nak provoke saya la konon..hehe)

Haaa..Adakah anda pernah diajukan soalan seperti ini? Tapi sebenarnya lagi ramai yang bertanya berapa bonus bulanan yang saya dapat dalam shaklee? Ermm.. Biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza..hehe tapi cukuplah untuk bantu suami share beli sebuah rumah teres 2 tingkat sebagai tempat berteduh kami sekeluarga, Alhamdulillah (^_^) - haa, jangan tak tahu, slip bonus shaklee boleh dijadikan dokumen sokongan untuk buat pinjaman beli rumah dan itulah yang saya buat ;)

Okay, sebenarnya pada mulanya saya tak adalah fokus sangat tentang income dalam shaklee ni. Kenapa saya jarang fokus pada berapa income yang dapat? Sebab semasa saya mula-mula join ahli dahulu, saya tidak pernah terfikirkan pasal income yang tinggi atau potensi yang ada dalam shaklee. Memang masa tu hanya terfikirkan ingin mencuba untuk mencari income dari online (untuk isi masa lapang sebab sya baru sahaja resign dari kerja sebagai goverment servant @ pegawai kerajaan sambil2 tolong encik suami) - BACA KISAH SAYA DALAM ENTRY INI

Percubaan saya yang ingin berniaga secara online tu memang gamble la bak kata orang sebab masa tu masih zero tentang facebook page apatah lagi blog. Tapi nak seribu daya kan. Mana ada manusia yang ditegah dari belajar? Belajar itu mudah jika ada kemahuan. nak seribu daya, tak nak seribu dalih, betul tak??

Saya masih ingat lagi semasa hari pertama menjadi ahli, ada juga hati meragui, kenapa aku buat shaklee? Dalam banyak-banyak bisnes, ini pula menjadi pilihan. Sebenarnya saya pilih shaklee kerana saya adalah pengamal shaklee sebelum berniat mahu berbisnes.Set yang saya cuba ialah SET MENYUSU SHAKLEE (masa tu pun beli yang trial pack sahaja sebab bajet kurang dan sebab baru nak cuba). Alhamdulillah, dengan izin Allah produk Shaklee banyak membantu saya dalam journey saya menyusukan si kecik sehingga genap 2 tahun exclusive full breastfeeding..masyaAllah, Alhamdulillah (^_^). Lepas dan yakin dan rasa sendiri kualiti dan keberkesanan produk, barulah saya mula serius untuk berbisness pula.

Apa yang lebih mengujakan bila terjebak dalam shaklee ni, baru saya tahu apa sebenarnya yang ada dalam shaklee yang tiada di tempat lain. 

Mahu tahu apakah dia?


1. Dalam bisnes shaklee ini saya mempunyai mentor iaitu upline2 saya. Merekalah yang membimbing saya from zero to hero. Tetapi dengan syarat kita sendiri mestilah ada keinginan yang kuat untuk berjaya dan buat semua yang telah diajar oleh mentor kita. Contohnya jika kita main hentam je bukak pusat ternakan kambing tanpa tahu selok belok atau bertanya dahulu pada mereka yang telah menceburkan diri dalam bidang tersebut terlebih dahulu, maka kitalah yang rugi. Dalam shaklee kita berhak memilih mentor yang kita rasakan boleh membimbing dengan betul. Bukan membimbing menyesatkan sampai terpaksa menanggung hutang pula.No no no..


2. Dalam shaklee kami tidak pernah diajar untuk menjual dengan membeli stok yang bertimbun, ibaratkan kalau letak dalam stor, tidak boleh nak cam mana satu muka tuan punya vitamin dengan vitamin tu sendiri. Itu bukan caranya jadi ia amatlah sesuai pada mereka yang tidak mempuyai modal. Tiada modal pun boleh berbisnes uolls ;)


3. Saya decide untuk menjadi ahli Shaklee kerana saya tahu shaklee menawarkan 3C iaitu CASH, CONVENTION (FREE TRIP) dan CAR dan ketiga-tiganya adalah percuma!! :)


4. Shaklee sendiri adalah produk yang diyakini kerana ianya menjalani ujian klinikal dan beribu ujian sebelum dipasarkan. Jika iainya adalah produk yang tidak berkualiti masakan mungkin boleh bertahun sudah 57 tahun di pasaran dan masih kekal utuh sampai ke hari ini. Jika menjual produk yang "kosong" atau tidak bermanfaat atau memudaratkan pengguna, apa yang kita dapat? Dapat dosa dan dapat maki dari pelanggan yang tidak berpuas hati. Dan hati jadi tak tenang kerana terpaksa menipu demi mencari rezeki. Niat tidak menghalalkan cara ya.


Saya juga tidak pernah hiraukan tanggapan orang dengan join jadi ahli shaklee ini. Saya tidak perlukan pendapat yang negatif, janji suami dan keluarga merestui, itu sudah cukup bagi saya. Tiada yang lebih berharga dari itu.

Jadi, jika anda masih berkira-kira untuk membuat bisnes tapi tidak tahu bisnes apa yang paling tiada risiko, saya yakin anda boleh mendapatnya dalam Shaklee. Jadi Ahli Shaklee dan anda akan jumpa kelainan yang anda mahukan (^_^)

Tak percaya? Saya sudah, anda bila lagi? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!


Betul-betul berminat dan bersedia menyemai impian bersama Shaklee?? Boleh hubungi saya melalui;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814

Khasiat VITAMIN C SHAKLEE untuk kulit cantik

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kali ni nak bercerita sikit tentang SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE, al maklumlah, sejak restok hujung tahun lepas, permintaanya memang menjadi2. Alhamdulillah dengan izin Allah vitamin C sangat mujarab terutama untuk kulit.

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE

Okay, jom kita explore lebih lanjut tentang keistimewaan vitamin C ni ye..

  • vitamin c shaklee ni adalah bersifat "time released" dan ianya adalah 100% semulajadi tanpa bahan pengawet, jadi ia sangat sesuai untuk mereka yang menghidap gastrik (tidak menganggu perut)
  • Terdapat Bio flavonoid dalam vitamin C yang membantu vitamin c menjadi lebih aktif (kalau vitamin E memerlukan selenium, vitamin C pula memerlukan Bio flavonoid)
  • Kalau demam atau selsema tak perlu makan ubat doktor or panadol. Cuma patahkan 2 biji Vitamin C dan telan.
  • Maksud Sustained release tu,vitamin c tu akan di 'release' untuk badan secara berperingkat..let say vitamin tu 500mg, so setiap 1 jam,100mg vitamin c akan direlease untuk kegunaan badan
  • Kenapa susah2 je shaklee cipta time release? Sebab vitamin c dapat diserap dgn baik oleh badan pada dos yang rendah.Semakin tinggi dos semakin sedikit yang dapat diserap.
  • Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex. Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, tak ada dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer.
  • Pelepasan vitamin C ini adalah dalam masa 5 jam tetapi ia maintain dalam darah for 12 jam. Walaupun ia larut air tapi bukan masuk je terus keluar, tetapi dia akan bekerja dulu dgn sel badan sebelum dia keluar.
  • Satu fakta tentang vitamin C ialah badan kita tak boleh simpan vitamin C tapi ia digunapakai dahulu sebelum dibuang, in this case bersamaan kita makan buah oren selama 5 jam, tp bukan masa itu sahaja kita ada bekalan vitamin C sebab ia akan keluar perlahan2.



Okay, itu sahaja info yang saya nak share ngan anda semua. Apa yang pasti, saya sendiri sudah jatuh cinta dengan vitamin C shaklee ni. Lepas melahirkan anak pertama kulit saya bermasalah dan berjerawat tetapi Alhamdulillah lepas amalkan vitamin c ni setiap hari, dengan izin Allah kulit saya da sihat seperti zaman anak2 dara dahulu.hehe

I love vitamin C Shaklee!! ♥♥

WASSALAM

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814