Thursday, January 17, 2013

Tips untuk mendapat zuriat dengan vitamin SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Salam sayang untuk semua..hari ini saya ingin kongsikan beberapa tips yg mungkin anda boleh lakukan sebagai ikhtiar untuk mendapat zuriat: 

                                           

1. Ketahuilah waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual iaitu perlu untuk anda tahu waktu subur iaitu waktu ovulasi. Boleh diketahui melalui cara kiraan atau nak lebih mudah bolehlah beli ovulation kit di mana-mana farmasi.
2. Ketahui posisi yg sesuai ketika hubungan seksual dan jangan banyak bergerak setelah selesai "bersama".
3. Jaga pemakanan dan pastikan berat badan anda adalah ideal.
4. Jagalah kesihatan anda kerana kesihatan adalah faktor utama dalam memastikan tubuh anda cukup nutrisi bagi memudahkan proses kehamilan.
5. Ambillah suplemen yg bersesuaian untuk membantu anda dalam merawat masalah dalaman dan seterusnya memberikan anda kesihatan yg optimum. Bagi perempuan amat disarankan untuk mengambil GLA dan Alfalfa bagi merawat masalah kesihatan dalaman.
6. Buat para suami, pastikan anda tidak memakai seluar dalam terlalu ketat atau kerap mandi air panas kerana ia mungkin akan mengganggu proses penghasilan sperma. Amalkan pengambilan zinc dan vitamin E untuk meningkatkan bilangan sperma.
8. Setelah berusaha dan berikhtiar, dekatkanlah diri dengan Allah...berdoa dan bertawakallah kerana semuanya atas keizinan dari Ilahi...
Disini ada 2 keping doa yang harus diamalkan setiap hari. Yang sudah ada anak tetapi ingin mendapatkan zuriat lagi juga boleh mengamalkan juga. Mudah2an Allah SWT mendengar doa kita. Mari kita amalkan doa2 dari himpunan Ustaz Harun Din..
  • Baca surah Al Fatihah
  • Doa mohon zuriat seperti bawah ini


Wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik2 Yang Mewarisi" (Al Anbiya:89) "Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan Yang baik, Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Ali Imran:38) Dan tidaklah orang2 kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap2 benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (An-Anbiya:30)

  • Baca doa ini sebanyak tujuh kali


Maha suci Tuhan yang urusannya antara "kaf" dan "nun". Maha suci Allah yang urusannya apabila DIA menghendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah. maka akan jadilah". Aku bermohon kepada Allah yang maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung agar DIA menyembuhkan dikau.

Setiap apa yang kita terima rezeki dari Allah SWT hendaklah kita bersyukur dengan pemberian-Nya. Dan tetap bersyukur dengan-Nya walaupun masih lagi tiada rezeki untuk menerima zuriat. Itu semua dugaan dan ujian. Semuanya ada kebaikannya. Yang sudah ada anak sendiri lebih mencabar ujiannya. Didiklah anak2 dengan ilmu agama dan tegurlah mereka dengan berhemah jika membuat kesilapan. Biar mereka menangis sekarang daripada mereka menangis kemudian.

Selain mengamalkan vitamin2 kesuburan SHAKLEE , anda juga disarankan mengamalkan doa2 ini agar Allah SWT memakbulkan permintaan. Amalkan membaca Quran surah Mariyam juga perlu. InsyaAllah.. itu semua dengan izin-Nya..

Sekian dulu perkongsian saya pada kali ini..

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814
 

Wednesday, January 16, 2013

Rambut kuat dan sihat dengan vitamin SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM W. B.T


Siapa di sini ada masalah rambut gugur+ berminyak+kering?? sila angkat tangan!!

                                     

Sebenarnya rambut bermasalah adalah suatu perkara yang biasa berlaku terutamanya di kalangan wanita. dan lebih specifik lagi, wanita yang baru melahirkan anak. Orang2 tua dulu selalu cakap. bila baby da mula menyembur, rambut si ibu akan gugur. Mungkin itu sekadar kaitan yang cuba dibuat oleh mereka dek kerana ia sering terjadi di kalangan ibu2 yang sedang berpantang.

9 Perkara Perlu Ibu2 Tahu :


1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa ibu2 perlu lakukan? 


Ibu2 tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Bagaimana untuk mengatasi masalah rambut gugur ini?


Sebenarnya masalah rambut gugur ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang tinggi protein, omega 3 dan zinc.

Pengambilan protein amat penting untuk proses pembinaan semula sel termasuklah sel rambut. Ini kerana sebahagian besar rambut berasal dari protein. Maka pengambilan protein yg selamat dan sihat boleh membantu menguatkan dan menyuburkan pertumbuhan rambut.

Selain itu zinc juga sangat berperanan dalam memastikan pertumbuhan akar rambut yang kuat dan sihat serta mencegah rambut dari terus gugur.Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi juga diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kesemua zat2 penting ini boleh diperolehi daripada;

Energizing Soy Protein

  • ESP merupakan sumber protein terbaik dan selamat untuk kita. Mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita, ESP insyaALLAH boleh membantu membekalkan protein yang berkualiti dan selamat untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Omega Guard

  • Selain bertindak sebagai perangsang perkembangan otak terutamanya kanak2, asid lemak yang terdapat di dalam omega guard boleh membantu memelihara kesihatan kulit kepala dan rambut.

Zinc Complex

  • Merupakan mineral terpenting yang terdapat dalam setiap sel badan kita. Zinc shaklee yang dicampur dengan barli dan alfalfa ini sangat bagus untuk menguatkan rambut dan mencegah keguguran rambut akibat perubahan hormn selepas melahirkan anak.

Ketiga2 produk ini ditawarkan oleh shaklee dengan harga yang sangat berbaloi (tak sampai rm100) dan boleh bertahan sehingga 2-3 bulan.

Apalagi, jom dapatkan segera ESP+Omega Guard+Zinc Complex untuk rambut yang cantik, subur , sihat bersinar ;)


                                                 

Sekian dulu perkongsian saya pada kali ini..

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814



Tuesday, January 15, 2013

Pendarahan ketika hamil dan kaedah pencegahannya

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang jarang diperkatakan tetapi sebenarnya sering berlaku pada ibu-ibu di luar sana...

Pendarahan ketika hamil ..pernahkan anda mengalaminya?? Tentu ramai ibu-ibu yang mengalami situasi ini. Ada yang berakhir dengan keguguran dan ada yang sempat diselamatkan. dan sudah tentu ia pastinya mengundang perasaan bimbang bagi wanita yang baru pertama kali mengalaminya.


esp shaklee
Tips kehamilan : Cegah Pendarahan ketika Hamil

Walau bagaimanapun, bukan semua pendarahan yang dialami semasa trimester pertama mengundang bahaya pada kehamilan anda. Namun ia mungkin bahaya jika berlaku pada trimester kedua. Kira-kira 20-30% wanita hamil akan mengalami pendarahan semasa hamil dan kira-kira 70-80% boleh menjalani kehamilan yang selamat sehingga waktu bersalin.

Antara punca-punca pendarahan berlaku ialah;
  • Uri di bawah ( plasentaprevia), iaitu kedudukan uri yang menghalang laluan kelahiran.

  • Uri terlepas

  • Rahim koyak

  • Tanda berlakunya kelahiran pramatang

  • Jangkitan kuman pada saluran air kencing

  • Pelebaran pembuluh darah di vagina yang terpecah 

  •  

 

Jenis-jenis pendarahan yang biasa berlaku pada trimester pertama;


Abortusiminiens

  • Pendarahan pada rahim yang menyebabkan keluarnya sedikit darah, biasanya janin masih selamat dan selesa

Abortusinsipiens

  • Pendarahan yang lebih banyak diikuti dengan perut memulas, janin masih selamat namun berlaku pembukaan rahim

Abortusin komplet

  • Pendarahan yang amat banyak, boleh menyebabkan keguguran walaupun masih ada sisa yang tertinggal di rahim

Hamil ektopik

  • Kehamilan luar rahim, 95% daripada kes yang dikesan menempel pada tiub fallopio.

Perkara yang perlu dilakukan jika pendarahan berlaku;
  • Bertenang dan tidak panik
  • Berbaring dengan posisi kaki lebih tinggi daripada bahu
  • Berehat sehingga pendarahan berkurangan
  • Berhenti daripada melakukan aktiviti berat
  • Hubungi doktor apabila darah keluar begitu banyak
  • Elakkan daripada melakukan hubungan kelamin
TETAPI...

Mencegah lebih baik daripada mengubati..SHAKLEE mencadangkan ibu-ibu hamil sekalian mengambil makanan tambahan Energizing soy protein sebagai langkah awal untuk memastikan rahim kuat dan sihat sepanjang kehamilan berlansung.


ESP Shaklee untuk ibu hamil
                                                    
Khasiat ESP untuk ibu hamil adalah sangat banyak. Salah satu khasiat terpenting ESP ini ialah ia membekalkan protein. Dengan protein ini, pemuliharaan sel lama dan pembentukan sel baru yang sihat berlaku. Memandangkan protein adalah asas kepada sel, dengan pengambilan ESP pada awal kehamilan insyaALLAH boleh membantu pembentukan sel rahim yang sihat dan kuat untuk menampung perkembangan dan pertumbesaran janin. Dalam erti kata lain, ESP boleh membantu menjadikan rahim lebih kuat dan sihat. Dengan rahim yang sihat dan kuat, risiko berlakunya pendarahan dan keguguran akan berkurang.

Selain itu, pengambilan ESP ketika hamil juga boleh membantu ibu-ibu kelihatan cantik dengan kulit yang mulus dan gebu. Kulit bayi anda juga boleh menjadi cantik dan kurang bermasalah. Dengan ESp juga, ibu-ibu hamil akan lebih bertenaga dalam menjalani rutin seharian yang memenatkan terutamanya di akhir2 kehamilan.

Oleh itu, tidak salah untuk kita berikhtiar dengan ESP ini demi kesejahteraan dan keselamatan janin dalam kandungan kita.

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini.

WASSALAM 

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ; 


fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail 

fb page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
whatsapp/sms/call : 017-9623963 / 03-80655814 


ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya