Wednesday, April 30, 2014

Jenis-jenis makanan yang tidak sesuai untuk bayi

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya nak kongsikan sedikit info yang nampak mudah atau ringan, tapi sebenarnya memberi impak yang besar iaitu tentang pemakanan bayi, apa yang TIDAK SEHARUSNYA kita beri kepada anak2 kita yang masih bayi.

CANNOT!!!!


Bayi begitu sensitif di saat mereka dilahirkan. Banyak perkara tentang seorang bayi yang perlu difahami dan diketahui oleh ibu bapa terutamanya. Baik dari segi penjagaan luaran mahupun dalaman seorang bayi. Oleh itu, tidak semua perkara yang baik untuk dewasa adalah baik untuk bayi.

Berikut adalah jenis-jenis makanan yang sememangnya sangat baik untuk keperluan seorang dewasa namun tidak sesuai sekali diberi kepada seorang bayi.

Garam


Garam perlu dielakkan sehingga bayi berusia 12 bulan. Buah pinggang bayi dipercayai masih belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini

Gula


Gula yang berlebihan tidak diperlukan untuk pertumbuhan seseorang bayi. Gula hanya akan menyumbang tenaga (KJ) tanpa sebarang nutrisi yang baik.

Madu


Bayi di bawah umur 12 bulan tidak digalakkan memakan madu kerana kemungkinan kewujudan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi Jus buah pekatJus perlu dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air 

Putih telur


Putih telur boleh menimbulkan reaksi alergik, oleh itu dinasihatkan tidak diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan. Bagaimanapun kuning telur boleh mula diberi kepada bayi yang berusia 9 bulan ke atas

Susu lembu


Susu lembu hanya boleh diberi sebagai minuman utama bayi yang berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi. 


Susu Rendah Lemak


Jangan beri susu rendah lemak, susu cair mahupun susu tanpa lemak sebagai permulaan kepada bayi anda. Makanan rendah lemak tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan yang sepatutnya.


Dalam senarai di atas, saya paling tertarik dengan SUSU LEMBU. Tidakkah kita sedar bahawa selama ini 90% ibu2 yang tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu (tidak kira apa sebab atau alasan sekali pun) akan memberi bayi2 mereka susu formula berasaskan susu lembu sebagai alternatif. Kasihan kan??


Oleh itu saya sangat2 merayu dan menyeru agar ibu2 pada hari ini lebih peka dan mengambil serius tentang keperluan pemakanan bayi2 mereka. Penyusuan eksklusif susu ibu bukanlah satu halangan lagi di masa kini memandangkan sudah begitu banyak kemudahan2 seperti pum susu, bekas penyimpanan susu ibu, fridge khas untuk susu ibu, buku2 serta banyak kelas2 yang dianjurkan pihak2 tertentu bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan tentang penyusuan susu ibu ini. Tinggalnya usaha dari diri kita sendiri sahaja, mahu atau tidak. Bak kata pepatah

NAK SERIBU DAYA, TAK NAK TAK PAYAH BAGI ALASAN , NANTI ORANG MENYAMPAH!! hehe (^_*)



Kalau ibu2 di luar sana masih mempunyai masalah untuk menyusukan bayi, boleh rujuk entry2 saya berkenaan exsclusive breastfeeding ini.

Sekian dahulu perkongsian kali ini..

WASSALAM,
ummitalhah
Work At Home Mother with SHAKLEE ♥♥




Monday, April 28, 2014

Senarai Pengedar Shaklee berdekatan anda

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang untuk pengguna atau pengamal produk Shaklee (bersayang2 pula hari ni..hee)
Sebenarnya saya ada berita baik untuk anda semua, yeaaa!!!!!

Untuk anda yang berada di kawasan2 berikut, boleh dapatkan produk Shaklee secara terus dari Pengedar2 Shaklee yang awesome ni, FREE DELIVERY & TAK PERLU POS (^_*)

PENGEDAR SHAKLEE DI KAWASAN ANDA (^_^)

1) Norlela Yusof (Id 969461)
     Facebook :Layla Yusof
     Page fb : DLayla Biz
     COD area : Alam Damai,Balakong,B.T.H Onn
     No tel : 0174621089

2) Noorhazrinadia bt hamidon
     Facebook : Nad Nadia
     COD area : Sungai Petani, Kedah
     No tel : 0194941304

3) Roshita binti Ahmad.
     Facebook : Si Kecilku drsneez
     COD area : Kulim, Kedah
     No tel : 0125736344

4) Farhana bt Hj Jaafar
     Facebook :  Ana farhana
     COD area : Port Dickson & Senawang
     No tel : 0194428285

5) Zunaizan Yusoff
     Facebook : Izan Aiza
     COD area : Kuala Terengganu
     no tel : 014-8027008

Okay, pada anda yang perlukan khidmat mereka, jangan segan silu untuk hubungi mereka ya. In shaa Allah servis terbaik menanti ♥♥

KELEBIHAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA - jom jemput rezeki

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya bersiaran dari office husband di putrajaya, tunggu suami tercinta buat kerja (boring sebenarnya..hehe)

Okay, dari buang masa layan boring2, saya nak share sedikit info tetapi banyak manfaatnya iaitu mengenai SOLAT DHUHA


Apa keistimewaan solat Dhuha ni ya?


# Ianya Amalan Berbentuk Sedekah


Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

# Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari


Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

# Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah 


Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

# Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat 


Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


TATACARA PELAKSANAAN SOLAT DHUHA





# waktu Mengerjakan Solat Dhuha



Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ

Maksudnya:Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

# Jumlah Rakaat Solat Dhuha


Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

# Cara Mengerjakan Solat Dhuha


Rakaat Pertama


1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua


1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Okay, sekian dulu perkongsian saya untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk semua

WASSALAM

Ummitalhah
WAHM with Shaklee ♥♥