Wednesday, July 3, 2013

GLA COMPLEX SHAKLEE..dari SHAKLEE untuk WANITA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Apa khabar mommies semua?? sekarang sudah masuk bulan Julai, tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan tiba..sempena nak raya ni, mesti mommies2 semua nak cantek menarik the bomb kan?? mommies yang ade masalah senggugut, jerawat batu pulak mesti taknak masa raya nanti masalah ni semua masih menghantui dan mengganggu sambutan raya mommies kan?? Sebab itula SHAKLEE dengan baik hatinya menjadikan GLA COMPLEX SHAKLEE sebagai produk promo utk bulan ini!!! (^_^)
 
Haa..jom berkenalan dengan lebih dekat dengan GLA COMPLEX SHAKLEE ......

20130219-234301.jpg
 
GLA (Gama Linolenik Acid) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel
 
Shaklee GLA Complex dihasilkan daripada minyak Primrose, Blackcurrent dan minyak Borage. Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ini adalah seperti berikut:
  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
  3. Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  4. Membantu dalam menangani menopus
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangai ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolesterol
  15. Membantu fungsi saraf
  16. Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan. Kajian membuktikan pengambilan GLA 480mg setiap hari boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
Siapa yg perlukan GLA Complex:
  1. Pesakit Diabetes
  2. Perempuan yang mengalami period tidak teratur
  3. Pasangan suami isteri yang inginkan zuriat
  4. Individu yang ingin mencantikkan kulit, menghilangkan jeragat, jerawat, parut-parut jerawat dan mempunyai kulit sensitif.
  5. Pesakit Kencing Manis – Pesakit ini tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Supplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis.
  6. Penghidap Arthritis – GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid.
  7. Payudara fibrocystic
  8. Osteoporosis – kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang.
  9. PMS – Sesetengah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta keresahan dan pembengkakan rahim.
  10. Alahan – Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
  11. Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
  12. Ketagihan alkohol – GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
  13. Penghidap Kanser
  14. Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung – Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-duanya ditemui dalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  15. Penghidap Ulser

Siapa yang tak boleh ambik GLA?
  1. GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
  2. Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.
PROMO JULAI 2013: GLA COMPLEX (BUY 6 FREE 1). HARGA RUNTUH 30% UNTUK SEBOTOL GLA, SELAGI STOK MASIH ADA.


WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814

Monday, June 24, 2013

JEREBU boleh memudaratkan bayi dalam kandungan??

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam nisfu SYaaban untuk semua ummat Islam seluruh dunia ;)
 
Tinggal beberapa hari lagi untuk kita menerima kehadiran Bulan Ramadhan yang dinanti2kan..Malangnya kita diuji dengan sedikit ujian oleh ALLAH iaitu JEREBU..(mungkin ini adalah amaran daripada Allah tentang kiamat yang akan dating-JEREBU=KIAMAT KECIL)
Walau apa pun petandanya, kita sentiasa perlu bersiap sedia, sebab ianya pasti akan tiba, cuma masanya saja tidak ketahui bila.
 
Okay, berbalik kepada cerita jerebu, saya nak berkongsi sedikit info tentang jerebu, terutamanya tentang isu ADAKAH JEREBU BOLEH MEMUDARATKAN BAYI DALAM KANDUNGAN?
 
 
Sebelum itu, jom kaji salah silah jerebu ni dulu ya.
 
 
Di kebanyakan negara di Asia Tenggara, jerebu merujuk kepada lapisan tebal kabus asap atau asbut yang melitupi rantau ini, selalunya antara bulan Mei dan Oktober. Asbut adalah pekat dengan bahan pencemar udara. Asbut disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor: kebakaran bahan pertanian dan hutan di Sumatera di musim cuaca kering diiringi oleh angin timur yang meniup asap tebal itu ke arah Malaysia, Singapura, Brunei dan ke beberapa lokasi di selatan negeri Thailand dan Filipina. Sejak lewat tahun 1990-an, jerebu merupakan suatu acara tahunan yang tidak diingini.


Adakah jerebu menjejaskan saya dan bayi dalam kandungan?

Jerebu boleh memudaratkan kualiti udara sekeliling. Laporan Organisasi Kesihatan Sedunia 2006 mengesahkan bahawa kesan jerebu adalah lebih ketara di kalangan kanak-kanak di bandar, selain warga emas dan mereka ada menghidapi masalah respiratori.

Banyak kajian di negara asing telah membuktikan bahawa pencemaran udara boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ini adalah sebab bahan pencemar yang disedut semasa ibu bernafas boleh sampai masuk ke dalam rahim melalui tali pusat.

Baru-baru ini, penyelidik-penyelidik di New York telah menemui kaitan antara pendedahan ibu hamil kepada pencemaran udara dengan pencapaian rendah skor IQ anak mereka di usia kanak-kanak, justeru, menguatkan lagi bukti bahawa asbut boleh membahayakan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Kajian di Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Korea Selatan dan Taiwan juga telah membuat kaitan antara asbut dengan berat kelahiran yang rendah,
kelahiran bayi pramatang, kematian bayi dalam kandungan dan kematian di usia bayi. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap ozon dan karbon monoksida yang tinggi adalah tiga kali ganda lebih cenderung melahirkan bayi yang mempunyai bibir dan lelangit rekah dan kecacatan injap jantung. Risiko yang paling besar berlaku semasa bulan kedua kehamilan, apabila fetus sedang membentuk struktur muka dan organ-organ.

Bagaimana untuk meminimakan pendedahan saya kepada jerebu?

Jabatan Kesihatan mempunyai satu senarai langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku "kecemasan jerebu" (apabila Indeks Harian Bahan Pencemar Udara melebihi 500).

Jangan keluar rumah seberapa yang boleh. Semasa anda berada di dalam rumah…

• pastikan semua pintu dan tingkap ditutup;
• buka penghawa dingin (jangan buka kipas kalau boleh) dan jika ada bajet, elok jika anda memasang penghawa dingin dengan penapis HEPA (Partikel Halus Kefisienan Tinggi);
• mop basah rumah dan kawasan dalaman rumah anda (menyapu dengan penyapu biasa TIDAK digalakkan);
• gunakan dapur elektrik, oven atau ketuhar mikro gelombang untuk memasak (menggunakan dapur kayu, gas atau arang untuk memasak di dalam rumah TIDAK digalakkan).

Jika anda bercadang untuk menggunakan pembersih udara, Jabatan Kesihatan menyarankan pembersih mekanikal yang menggunakan fiber atau penapis kain – pembersih udara elektronik TIDAK digalakkan sebab alat mengionkan (cas elektik) molekul udara akan mengeluarkan sedikit ozon sebagai produk sampingan (ini sebenarnya akan memburukkan lagi kualiti udara!).

Secara teknikalnya, alat pelembap bukanlah pembersih udara tetapi bertindak dengan cara melembapkan partikel habuk dalam udara. Kelembapan yang dihasilkan juga membantu mengurangkan gangguan respiratori.

Jika anda perlu berada di luar rumah, amalkanlah penggunaan topeng N95 (sebab ia sesuatu yang mampu menapis 95 peratus daripada partikel habuk saiz lebih 0.3 mikron). Topeng kegunaan surgeri juga adalah satu pilihan yang baik. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru harus bertanyakan doktor dahulu sebab topeng boleh sedikit sebanyak menyekatkan aliran udara.

Jangan membuat perjalanan. Perjalanan perlu diminimakan bagi urusan penting sahaja. Tidak menggunakan kereta akan membantu mencegah pengurangan kualiti udara di samping meminimakan risiko kemalangan jalan raya disebabkan kadar penglihatan yang buruk. Jika anda perlu memandu…

• buka penghawa dingin dan pastikan ia dalam mod "putaran udara dalaman";
• pastikan semua tingkap ditutup;
• buka lampu untuk mencerahkan lagi penglihatan jalan;
• jangan biarkan anak anda tinggal dalam kereta tanpa pengawasan;
• jangan merokok dan jangan benarkan orang lain merokok dalam kereta anda.


Apa lagi yang boleh membantu?

Jangan salahkan diri anda jika anda merasakan tak tahu bagaimana hendak bertindak apabila jerebu semakin teruk. Sebenarnya anda masih boleh mengawal kesihatan antenatal anda.

• Jauhi diri dari perokok tetapi jika anda sendiri seorang perokok, berhentilah dengan segera.
Terdapat banyak tip dari kami yang boleh membantu anda.

• Banyakkan minum air - Kementerian Kesihatan, melalui
portal myHealth menyarankan bahawa apabila keadaan jerebu teruk, anda harus minum dua liter air sehari.

• Cuci tangan dan muka anda sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah.

• Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan kronik yang memerlukan anda memakan ubat, pastikan anda mempunyai bekalan yang mencukupi.

• Pastikan anda kekal sihat dan cergas sebab masih ada pelbagai aktiviti dalaman yang boleh anda lakukan seperti senaman
Pilates atau aerobik impak rendah. Baca dengan lebih lanjut mengenai senaman dan kecergasan semasa kehamilan di sini.

• Pastikan anda mengikuti
diet yang berkhasiat dan seimbang. Cuci atau kupaskan buah-buahan dan sayur-sayuran
. Selain itu, adalah baik, buat masa ini, jika anda menjauhi pasar basah atau pasar tani dan sebaliknya memanfaatkanlah kemudahan membeli-belah secara terlindung di pasar raya yang berhampiran.
So, para ibu2 hamil, jangan mengambil ringan keadaan cuaca sekarang..sudah bnyak tempat diisyhtiharkan darurat kerana jerebu yang semakin teruk.

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
CEGAH SEBELUM PARAH







WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814



 

Monday, June 17, 2013

SENGGUGUT PENYEBAB KEMANDULAN??

ASSALAMUALAIKUM W.B.T 

Salam hari Ahad semua (^_^)..sementara tunggu encik husband buat kerja kat ofis dia, saya nak sambung pasal cerita semalam:SENGGUGUT
 
Dalam entry yang lepas , saya ada nyatakan 2 jenis senggugut, dan salah satu daripadanya adalah disebabkan oleh endometriosis 
 

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS



Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulandan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain

 

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?


Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Bagaimana endometrium terjadi?


Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.


Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.


Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.


Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.



 

Simptom-simptom endometriosis?


Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 

 
Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim. 

 
Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. 

Okay, persoalannya sekarang ADAKAH SENGGUGUT BOLEH MENYEBABKAN KEMANDULAN???
 
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 
 
 
Sebenarnya ada beberapa penjelasan
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.

Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali  !!!
 
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.


Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalahperdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.

okay, sekian dahulu perkongsian saya. moral of the story : JANGAN AMBIL MUDAH GEJALA SENGGUGUT. rawat sebelum terlambat..

Boleh berikhtiar dengan SET SENGGUGUT SHAKLEE (b compex+ osteomatrix+GLA complex),
info lanjut boleh lihat di entry saya sebelum ini : BAHAYANYA SENGGUGUT!!

WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814