Monday, January 21, 2013

BUASIR..punca dan cara mengatasinya..

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Salam sayang untuk semua..hari ini perkongsian kita mengenai BUASIR..

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
                                                     

 

Punca Utama buasir 

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual. 

  •  

    Tips untuk mengelak dari terjadinya Buasir

    Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
    • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
    • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
    • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
    • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

    Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.

    Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.

    Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

    Cadangan vitamin untuk masalah Buasir

    Beberapa cadangan supplement disarankan untuk membantu masalah buasir anda…Antaranya ialah

    OSTEMATRIX :

    bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

    OMEGA GUARD :

    Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

    ZINC COMPLEX :

    Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

    Sekian dulu perkongsian saya pada kali ini..

    WASSALAM..

    Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

    fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
    page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
    email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
    sms/call : 017-9623963 / 03-80655814
     
     

    No comments:

    Post a Comment