Thursday, July 4, 2013

8 Kesalahan Disiplin Ibu Bapa..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hai mommies, hari ni saya nak share sedikit tips berguna (skill keibubapaan) dengan mommies & daddies semua..hari2 cakap pasal SHAKLEE aje, takutla mommies bosan kan kan kan?? hehe

Okay, di sini saya senaraikan 8 KESALAHAN DISIPLIN IBU BAPA yang sering sangat dilakukan daripada dulu kini sampai la sekarang (>_<)


Kesalahan 1: Menipu anak untuk menakutkan mereka
Solusi : Terangkan kepada anak anda bahawa anda bersimpati dengan masalah anda

**Pernah jugakla saya buat, sebab Talhah suka sangat main kat tempat2 sempit, celah2 kerusi, belakang sofa, terpaksalah saya takut2kan dia, cakap ada cicak, ada tikus, tapi satu pon dia tak takut..sudahnya biar aje lah..malas nak membebel..huhu

Kesalahan 2 : Memarahi anak tanpa sebarang perbuatan ingin menghukum
Solusi : Berikan anak anda peringatan dan jika masih berdegil barulah hukum mereka

**Saya ni jenis bagi amaran sekali, kalau Talhah tak dengar memang terus kena hukum la.Tapi satu sahaja prinsip saya (ikut sunnah Rasullullah), saya tak akan pukul Talhah atas daraipada lutut, cukuplah saya cubit2 sayang kat tapak kaki dia..huhu

Kesalahan 3 : Merasuah anak anda terlalu kerap
Solusi : Sentiasa memuji mereka supaya mereka lebih bermotivasi utk berkelakuan baik

**Ohh..ini tak pernah saya lakukan, tak pernah lagi merasuah Talhah, tapi saya suka puji anak saya (^_^)..even dia sendiri akan tepuk tangan kalau saya puji dia..hehe

Kesalahan 4 : Anda tidak mematuhi peraturan anda sendiri
Solusi : Fikirkan dahulu hak istimewa jika anda menetapkan satu2 peraturan

**Emm..adalah jugak satu dua benda yang saya ajar Talhah tapi saya sendiri tak selalu ikut..(tapi rahsia laa..haha)

Kesalahan 5 : Membuat perbandingan dengan ibubapa lain
Solusi : Apabila anak anda melakukan kesalahan, terangkan beberapa pilihan peraturan yang telah anda telah tetapkan

**Tak pernah buat, so no komen (^_^)

Kesalahan 6 : Memberikan terlalu banyak penjelasan kepada anak anda
Solusi : Terangkan kepada anak anda dengan menggunakan perkataan yang mudah dan ringkas kerana mereka masih terlalu kecil utk memahaminya

**Haa..yang ini selalu jugakla buat..huhu saya suka membebel kat Talhah seolah2 Talhah umur 20 tahun sedangkan 2 tahun pon belum umurnya..haha :P

Kesalahan 7 : Hilang Kesabaran
Solusi : Berikan diri anda masa untuk sendirian dan menarik nafas sebelum melakukan sebarang tindakan terburu2

**em..yang ini ikut mood, kalau mainan dia pelik sangat (main sampah or air kotor)..memang tak sempat nak tarik nafas, terus jadi incredible hulk!!

Kesalahan 8 : Membiarkan anak anda menunggu terlalu lama
Solusi : Ambil tindakan segera kerana kanak2 akan mengingati kesalahan yang mereka lakukan sebelumnya.

**Tak pernah buat jugak, baik kan I?? hihi (^_^)

Okay mommies2, cuba cek satu2 dalam list ni, lepas tu muhasabah diri ya..RENUNG2KANLAH DAN SELAMAT BERAMAL!!! ;)

(sumber: MAJALAH MAMI & BABY )

No comments:

Post a Comment