Saturday, April 11, 2015

PERANAKAN JATUH??? Kenali simptom-simptomnya

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni ada kawan saya bercerita tentang peranakan dia yang jatuh disebabkan terlalu aktif berkejar ke sana ke mari semasa di sekolah (dia seorang cikgu). Terkejut saya mendengar cerita dia. Memang mencabar sungguh kerjaya seorang guru sekarang. Patutlah ramai cikgu-cikgu yang resign sekarang, macam-macam cabaran seorang guru demi mendidik anak-anak muridnya. TERIMA KASIH CIKGU (^_^)/

Okay berbalik kepada topik utama, saya nak share sedikit tentang :

CARA2 MENGENALI SIMPTOM PERANAKAN JATUH


peranakan jatuh
Rahim @ peranakan jatuh jangan ambil ringan
1. waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
2. terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.
4. kalau kita berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan sengal.
5. cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. peha dan betis rasa kebas-kebas.

kalau nak sure seperti apa yang di nyatakan, sila baring dan buat langkah-langkah seperti berikut;

  1. baring lurus. jangan gunakan bantal.
  2. sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
  3. gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
  4. mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
  5. urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
  6. bernafas seperti biasa. cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
  7. kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. confirm... peranakan anda dan jatuh..
Okay itu sahaja perkongsiankali ini. Kalau anda mengalami peranakan jatuh ni cepat-cepatlah pergi berurut dengan bidan-bidan terlatih.
WASSALAM 

No comments:

Post a Comment