Thursday, May 7, 2015

Menyusu Anak Lebih dari 2 Tahun : Boleh ke??

Assalamualaikum w.b.t

Berjaya menyusukan anak secara exclusif (fully breastfeed) adalah satu anugerah terindah dan tak ternilai dalam kehidupan seorang ibu. Terasa kepuasan dan lengkapnya sebahagian daripada tanggungjawab seorang ibu, betul tak mommies?? Tapi bila anak dah cukup 2 tahun, seperti saya, mommies kat luar sana mesti dalam dilema kan? Sama ada nak teruskan menyusu or nak stop terus. Macam saya sendiri, pada mulanya saya pun tertanya-tanya boleh atau tidak nak menyusukan anak lebih dari 2 tahun ni. Tapi selepas membuat sedikit research (bukan sekadar dengar cakap-cakap orang ya), I have the answer now!! hehe dan sekarang nak share pulak dengan mommies semua (^_^)

Nak tau boleh ke tidak?? Jom teruskan baca..huhu

set menyusu shaklee
Menyusu anak Lebih dari 2 Tahun, boleh atau tidak?

Mitos Menyusu Anak Lebih dari 2 Tahun


Okay, mitos tentang menyusukan anak lebih dari tahun ni memang banyak. Kebanyakan semuanya mitos-mitos negatif. Antaranya ialah susu ibu selepas 2 tahun yang diminum adalah darah, bukan lagi susu. Dan mitos yang paling biasa sangat dimomokkan dikalangan orang-orang tua ialah anak yang menyusu melebihi 2 tahun akan cenderung menjadi gay atau lesbian atau akan mengalami masalah sexual. Selain itu ada juga yang mengatakan menyusu lama-lama ni boleh menyebabkan anak kita tak pandai berdikari dan terlebih bergantung pada si ibu. Pendek kata, manja terlebih. Walau bagaimanapun, hakikat sebenarnya ialah TIADA BUKTI yang sahih bagi dakwaan-dakwaan ini.

Sebenarnya banyak faedah-faedah dan manfaat menyusukan anak walaupun selepas 2 tahun. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa susu ibu masih mempunyai kepentingan untuk anak walaupun selepas 2 tahun. Antaranya ialah susu ibu adalah sumber makanan yang berharga dan melindungi anak kita daripada pelbagai jangkitan penyakit selama penyusuan susu ibu masih diteruskan. Atau dengan kata lainnya susu ibu sangat penting untuk membina sistem antibodi anak-anak.

Faedah-Faedah Menyusukan Anak Lebih dari 2 Tahun

  1. Dapat merancang keluarga dengan penyusuan ibu kerana hormon kesuburan yang disekat
  2. Mengurangkan Risiko barah payudara 
  3. Mengurangkan Risiko barah rahim
  4. Mengurangkan Risiko barah endometrium
  5. Mengurangkan Risiko barah ovari
  6. Mengurangkan Risiko mendapat penyakit Rheumatiod Artritis
  7. Mengurangkan keperluan insulin dikalangan wanita yang menghidap kencing manis
  8. Membantu penurunan berat badan dengan mudah oleh ibu yang menyusu
  9. Ibu juga boleh menghabiskan masa dengan anak dengan lebih lama dan tak terbatas
  10. Emosi anak dan ibu juga lebih tenang selepas menyusu
  11. Memudahkan perjalanan ke mana-mana kerana tak perlu membawa alatan membuat susu (^_^)
Secara kesimpulannya, TAK SALAH malah sangat-sangat digalakkan untuk menyusukan anak-anak walaupun lebih dari 2 tahun. Dalam Islam sendiri tiada larangan yang jelas tentang menyusukan anak lebih dari 2 tahun. Tempoh penyusuan 2 tahun yang yang dicadangkan itu hanyalah sebagai panduan untuk ibu-ibu kerana tempoh tersebut keperluan susu ibu oleh anak-anak kecil adalah sangat crucial atau sangat20 penting. Walau bagaimanapun untuk ibu-ibu sekalian menyusu lebih dari tempoh tersebut, tiada kemudaratan sama sekali malah manfaatnya juga lebih banyak. So jangan ragu-ragu or takut-takut nak susukan anak-anak selepas usia mereka 2 tahun ya. Selagi Allah kurniakan peluang dan rezeki susu itu, manfaatkanlah sebaiknya untuk anak-anak tersayang (^_^)

Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak, dan mengalami masalah kurang susu, boleh baca DISINI untuk ketahui faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu badan berkurang.

Okay itu saja perkongsian saya kali ini, semoga info ini bermanfaat untuk mommies semua (^_^)

Wassalam

               Berminat untuk dapatkan produk-produk SHAKLEE boleh hubungi saya melalui ;

page : Vita 4 All 
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com 
sms/call/whatsapp/telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH

Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya

No comments:

Post a Comment