Wednesday, July 17, 2013

Tips Berpuasa Ketika Mengandung..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam Ramadhan untuk semua..hari ini kena berbuka puasa sendirian, bertemankan si kecikku yang tak puasa tapi selalu bangun sahur..huhu

Memandangkan harini suami tak ada, tak perlu masak special2, so boleh teruskan menulis kat blog terchenta ini sementara menunggu waktu berbuka..hehe

Okay, seterusnya saya nak share sedikit info tentang BERPUASA KETIKA MENGANDUNG dan pengalaman saya sendiri berpuasa ketika mengandung (pada tahun lepas)

Kedatangan bulan Ramadan memang dinantikan oleh semua umat Islam. Bagi ibu hamil, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Namun demikian bagi yang tiada masalah mual dan loya, kedatangan Ramadan amat disyukuri kerana inilah peluang untuk berpuasa penuh dengan izin Allah SWT.

Kisah saya pulak, ketika bulan puasa tahun lepas, kandungan saya baru mencecah 4 bulan, ketika tu morning sickness or mabuk hamil tu masih ada saki bakinya. Rasa pahit mulut, pening2 dan dehydrated sampai terpaksa berbuka puasa. Memang agak menyeksakan pada mulanya, tetapi makin hari makin okay dan rasanya saya lagi selesa berpuasa daripada semasa tidak puasa sebab masa tu rasa mual dan nak muntah masih lagi ada, so bila berpuasa, semua rasa tu hilang, ALHAMDULILLAH ;)

Walaubagaimanapun, sahur itu wajib, kalau tidak esoknya saya memang tak mampu nak puasa, hampir2 pitam dan terpaksa berbuka sebab dehydrated teruk sangat ;( Yang menambahkan kesengsaraan saya ketika itu sebab saya masih bekerja waktu tu dan suami selalu lambat ambil saya sampaikan pernah orang dah berbuka puasa, saya masih duduk tepi jalan menunggu suami datang. Whatever it is semuanya sedah berlalu dan bila dikenang kembali, ia menjadi pengalaman yang menarik yang tak semua orang lalui..huhu

 
 
 
Okay, berbalik kepada topic kita kali ini, sama juga seperti anda2 di luar sana, bagi yang teruk ‘morning sickness’, jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.
 
Selepas berbuka berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti ringan. Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
 
Tip berikut mungkin boleh dijadikan panduan sepanjang menjalani ibadah berpuasa ketika mengandung:
 

Ketika berbuka puasa

 
*Mulakan dengan tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah), susu atau yogurt rendah lemak dan sup yang tidak pedas.
 
*Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
- sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera, protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang.
- karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh dan banyak sayur-sayuran.
 
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.
 

Ketika bersahur

 
Pastikan ibu bersahur dengan mengambil makanan yang mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
 
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
*Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.
*Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak.
*Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
 
Elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

Sahur terbaik untuk ibu-ibu hamil ialah SET PUASA SHAKLEE.



 
ENERGIZING SOY PROTEIN
membekalkan protein yang berkualiti untuk tenaga berpanjangan
 
PERFORMANCE ORANGE
mengekalkan bendalir dalam badan untuk menjamin kecergasan sepanjang hari ketika puasa tanpa dehydrated
 
MEALSHAKE
membekalkan multivitamin (pelbagai vitamin) untuk keperluan badan dan menjadikan badan tahan lapar lebih lama
 

Apa2 pun, pengajarannya, kalau anda berpuasa dan sedang hamil, pastikan kesihatan anda di tahap optimum supaya anda dapat menjalani ibadah puasa dengan lancer tanpa apa2 masalah kepada diri dan bayi anda.

SELAMAT BERPUASA MOMMIES (^_^)



WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814

No comments:

Post a Comment