Wednesday, July 17, 2013

Penyakit Resdung..Jangan ambil ringan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam 8 Ramadhan (^_^)

Sekejap sahaja, harini sudah masuk 8 Ramadhan..cepatnya masa berlalu kan?? Sedihnya kalau Ramadhan berlalu pergi terlalu cepat ;(
 
Okay, back to our main topic today, hari ini saya nak share mengenai PENYAKIT RESDUNG
 


Alkisahnya, kakak ipar saya mengalami masalah resdung sejak berpuluh tahun yang lalu (dari zaman anak dara) sampai sekarang umur dah nak masuk 40-an. Memang rutin seharian dia akan bersin setiap pagi sampai merah habis satu muka, hidung tersumbat jek 24 jam, seafood langsung tak boleh sentuh. Walau bagaimanapun kemuncaknya beberapa bulan lepas bila dia mengalami selsema yang berpanjangan, kemudian sesak nafas sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Apabila kes dirujuk pada doctor pakar, doctor hanya memberi satu pilihan iaitu OPERATION. Maka terpaksalah kakak ipar saya undergo that operation yang kononnya minor bak kata doctor tu tapi sebenarnya tak berapa nak minor. kakak ipar saya dibius sepenuhnya dan doctor telah mengorek saluran hidung dari lubang bawah hingga ke saluran mulut.

Doktor cakap saluran hidung dah blocking teruk sangat. Penuh lendir dan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ngeri sangat bila tengok hasil yang dikeluarkan. Kakak ipar saya juga dah serik untuk buat operation lagi sebab walaupun namanya minor operation tapi kesakitannya major. Kapas ditinggalkan di dalam saluran hidung untuk beberapa hari untuk menghentikan pendarahan hasil proses korekan untuk membersihkan saluran tersebut. Kakak ipar saya cakap semasa kapas ditarik keluar hanya Allah sahaja yang tahu sakitnya. Semacam kapas yang melekat di luka yang terbuka ditarik keluar..uisshhh sakit wooo

Haa..ni lah pengalaman ngeri kakak ipar saya. Anda2 yang di luar sana teringin nak merasa pengalaman macam ni jugak ke? Kalau nak rasa, boleh biar je penyakit resdung tu melarat sampai penuh kuman dan bakteria then mintak doctor korek..huhu

Sedarlah anda2 semua di luar sana RESDUNG BOLEH MEMBAWA MAUT, sila berikhtiar segera untuk mengatasi masalah ini sebelum terlambat. Sebelum itu saya nak share further info tentang PENYAKIT RESDUNG ini..
 
Sebenarnya Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dikalangan kita yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Tanda-Tanda Penghidap Resdung:


>> Hidung tersumbat dan berbau busuk
>> Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
>> Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
>> Kerap bersin terutama di waktu pagi
>> Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
>> Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
>> Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
>> Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.

Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Oleh itu bertindaklah segera, cegah sebelum parah dapatkan rawatan anda sekarang. Anda boleh mencuba SET RESDUNG/ALERGIK SHAKLEE.

 
Dalam set ini VITAMIN C berperanan sebagai immune booster, untuk melawan segala jangkitan kuman di bahagian saluran hidung dan pernafasan.
 
B COMPLEX merupakan vitamin anti depression yang membantu anda untuk berasa lebih tenang, menstabilkan hormone supaya jangkitan tidak bertambah teruk.
 
ALFALFA pula sebagai penyingkir segala kekotoran dan kuman dari saluran hidung dan badan kita. Atau dengan kata lainnya alfalfa membantu membuang toksin dari badan kita.
 
 

 
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati, Rawat Sebelum Terlambat...



WASSALAM
Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814

No comments:

Post a Comment