Tuesday, January 15, 2013

Nutrisi-nutrisi penting untuk ibu hamil...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

 
Salam sayang untuk anda semua..hari ini tajuk kita mengenai kehamilan..atau lebih spesifik lagi, nutrisi yang diperlukan oleh seorang wanita hamil .
 
                                                    


Seperti yang kita tahu, keperluan nutrisi seseorang akan bertambah apabila dia disahkan hamil. Keperluan nutrisi ini juga akan terus meningkat seiring dengan pertambahan usia kandungan.
Nutrisi2 ini memang boleh didapati daripada pelbagai makanan dalam bentuk vitamin asli atau alami yang terdapat di dalam makanan tersebut.
 
TETAPI...
 
Mampukah kita untuk memenuhi keperluan sebenar nutrisi2 penting ini daripada makanan2 yang kita sendiri tahu ada baik buruknya daripada pengambilan makanan tersebut. Contohnya, kita memerlukan protein yang terdapat dalam daging lembu, tetapi tak dapat tidak, kita akan turut mendapat lemak daging yang boleh membahayakan kesihatan kita. Atau protein daripada ikan yang tidak berlemak, tetapi mempunyai tahap merkuri yang tinggi.
 
Daripada fakta di atas, alternatif terbaik yang ada untuk kita memastikan keperluan nutrisi ini terjamin ialah dengan pengambilan makanan tambahan atau supplement yang selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
 
Antara nutrisi2 penting yang diperlukan secara optimum oleh ibu hamil ialah ;

  • Karbohidrat dan lemak - sebagai sumber zat tenaga untuk menghasilkan kalori dan boleh diperolehi daripada bijirin, kekacang dan ubi-ubi
  • Vitamin B complex - bermanfaat untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal. Terdapat pada biji – bijian, kacang-kacangan, sayuran hijau, ragi, telur dan produk susu.
  • Protein - sebagai sumber zat pembina yang boleh didapati dalam daging, ikan, telur dan kekacang.
  • Kalsium - diperlukan bagi pertumbuhan tulang dan gigi janin, serta melindungi ibu hamil dari osteoporosis Jika keperluan kalsium ibu hamil tidak tercukupi, maka kekurangan kalsium akan diambil dari tulang ibu. Sumber lainnya ialah sayuran hijau dan kacang-kacangan. Sekarang kalsium paling baik diperoleh dari susu serta produk olahannya
  • Asid Folik - berfungsi untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah, banyak terdapat pada sayuran berwarna hijau gelap. Misalnya bayam, kembang kol juga brokoli. Pada buah-buahan, asid folik terkandung dalam jeruk, pisang, wortel dan tomat. Ibu hamil memerlukan asam folik 800 mcg per hari, terutama pada 12 minggu pertama kehamilan. Bila kekurangan zat ini boleh mengakibatkan pembentukan otak terganggu, hingga cacat bawaan pada susunan saraf pusat mahupun otak janin.
Kesemua nutrisi ini memang terdapat di dalam makanan2 yg disebutkan di atas. Walau bagaimanapun, seperti yg dinyatakan sebelum ini, terdapat risiko dalam pengambilan makanan tersebut. Oleh itu, jom kita penuhi keperluan nutrirsi2 ini daripada vitamin semulajadi shaklee
 
Khas untuk ibu hamil, SHAKLEE mencadangkan pengambilan vitamin2 ini;
 

Vitamin B-Complex

  • Asid folik penting untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan rahim.
  • Mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi.
  • Ibu memerlukan 400mg asid folik sehari.Masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro berlaku seawal seminggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.oleh itu B COMPLEX sangat penting untuk ibu hamil 

Vita-Lea iron Formula

  • Vita lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu ambil obimin.
  • Penting untuk ibu yang ada masalah pitam atau mudah pening atau masalah anemia

Vitamin C

  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen.
  • Membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan.
  • Sangat penting untuk gusi dan gigi yang kuat dan sihat.
  • Membantu dalam penghadaman zat
  • Mempertingkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
  • Membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yg sgat penting untuk pembentukkan hemoglobin yg membawa oksigen dalam darah.

Osteomatrix

  • Ibu mengandung perlukan 1500mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat dan gigi yg sihat.
  • Tidak mengandungi lemak
  • Jika ibu kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan penyusutan jisim tulang dan kerosakan gigi pada ibu.
  • Malah ibu juga terdedah kpd risiko osteoperosis di usia tua.

Omega Guard

  • Penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
  • Mengawal paras kolestrol dalam badan ibu.
  • Mengurangkan keradangan
  • Menggalakkan funfsi otak,sistem imun dan mata melalui pemakanan.
  • Penting bg perkembangan dan fungsi otak.
  • Meningkatkan sistem imunisasi.
  • Menapis segala virus dan bacteria dr badan.
  • Kanak2 yg mengambil omega sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan

Energizing Soy Protein

  • Membantu menguatkan rahim ibu hamil
  • Mencantikkan kulit ibu dan bayi
  • Sebagai sumber tenaga kepada ibu hamil
  • Boleh membantu mengecutkan cyst
  • Membekalkan sumber protein yang penting untuk perkembangan janin dalam kandungan
Jadi, apa tunggu lagi?? ibu-ibu hamil di luar sana, jangan takut untuk melabur sedikit untuk anda dan bayi anda, vitamin2 shaklee, vitamin semulajadi. selamat untuk ibu dan bayi.
sekian perkongsian saya pada kali ini..
WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814

 

Friday, January 11, 2013

Best Calcium Supplement : Osteomatrix SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hari ini kita explore pasal OSTEOMATRIX shaklee pulak ya..
                                             

 Apakah dia osteomatrix ini?


ostematrix shaklee
Ostematrix Shaklee Terbaik!!

Pada asasnya pengambilan osteomatrix shaklee ini boleh membekalkan kalsium untuk badan kita. Seperti yang kita tahu, kalsium bukan sahaja penting untuk kanak-kanak malah semua peringkat umur manusia memerlukan kalsium yang cukup untuk memastikan kita dapat menjalankan rutin seharian dengan optimum. Dengan adanya osteomatrix yang dihasilkan dalam bentuk tablet mudah telan ini, ia adalah alternatif terbaik bagi sesiapa yang mempunyai alah atau alergik pada susu lembu kerana seperti yang kita tahu, susu adalah pilihan ramai untuk mendapatkan kalsium. 

Macam saya sendiri, pada mulanya saya memang tidak suka susu terutama susu lembu.Bagi saya susu mempunyai bau yang kurang enak dan rasa yang memualkan. Pada umur saya 5 tahun lagi, saya sudah mula tidak suka minum susu. Yang lagi pelik, saya gantikan susu dengan air oren sunquick (kurang kalsium tapi lebih vitamin C jadinya..hehe).

Sampailah umur saya 25 tahun dan disahkan hamil. sepanjang kehamilan, saya mengalami gusi berdarah (dan bila dah bersalin, gigi dah rosak dan kena cabut terus..huhu). Bila tanya doctor, puncanya adalah saya kurang kalsium (sebab tak suka minum susu). Akhirnya terpaksa paksakan diri untuk minum susu juga walaupun selalu saja tak habis..hehe

So, kepada orang yang mempunyai tabiat buruk macam saya yang tak suka minum susu ini, ceriakan hidup anda kembali tanpa risaukan kalsium yang kurang dan bau dan rasa susu lembu yang tak best dengan mengambil osteomatrix ini. Sangat mudah, hanya telan sahaja,tiada bau dan tiada rasa yang pelik. Yang paling best..TAK PERLU MINUM SUSU LAGI! ;)

Dengan pengambilan osteomatrix ini, insyaALLAH keperluan kalsium anda terjamin mencukupi..
buat ibu2 mengandung dan menyusu, sayangilah gigi dan tulang anda..segeralah penuhi keperluan kalsium untuk baby anda dan yang lagi penting untuk diri sendiri (kalau diri sendiri sakit macam mana nak jaga baby kan?)

Apakah kandungan di dalam osteomatrix


Persoalan ini sering saja menghantui kita. Terutama kalau kita ingin mencuba supplement-supplement seperti osteomatrix ni. Ya lah, mestilah kita kena tahu apa kandungannya, halal ke tidak, apa side effectnya..sebab sekarang terlalu banyak sangat dan bermacam-macam jenis supplement yang ada di pasaran.Sampai pening tak tahu mana satu nak pilih. Last2, tak ambil supplement terus..huhu

okay, mari saya revealkan apakah kandungan sebenar osteomatrix ini.

Di dalam osteomatrix ini, terdapat ;

  1. Kalsium

  2. Magnesium

  3. Vitamin K

  4. Boron

  5. Zinc

  6. Copper

  7. Manganese

Kesemua 6 nutriens ini (selain kalsium sendiri), adalah sangat penting dalam membantu proses penyerapan kalsium oleh tulang kita. Tanpa nutriens2 ini, badan tidak dapat menyerap kalsium yang diambil dengan optimum. Apa gunanya kita berhabis duit untuk beli kalsium tetapi tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh badan kita. Sebab itulah kita perlu tahu apa kandungan setiap supplement yang kita ambil.

Khasiat2 Osteomatrix


ostematrix Shaklee
Ostematrix sesuai untuk ibu hamul sebagai sumber kalsium dan magnesium

Sekarang kita sudah tahu apakah sebenarnya osteomatrix ini (sebab nama dia macam pelik sikit kan..hehe). Sekadar mendengar nama OSTEOMATRIX, saya rasa tak ada siapa yang jangka yang ia adalah untuk membekalkan KALSIUM (jauh sangat bezanya kan, kalsium= osteomatrix)

Seterusnya jom kita teruskan dengan mengetahui lebih lanjut khasiat sebenar osteomatrix ini.


ostematrix shaklee
Khasiat Ostematrix Shaklee
  • Paling utama, dengan pengambilan osteomatrix yang konsisten, boleh mengurangkan risiko osteoporosis
  • Boleh menolong menstabilkan tekanan darah
  • Mengurangkan simptom menstruasi atau PMS
  • Menangani masalah sembelit
  • Menghasilkan susu ibu yang berkualiti (bagi ibu2 yang menyusukan anak)

Mari kita lihat bagaimana setiap satu nutrien yang terdapat di dalam osteomatrix ini berfungsi ;

1,000 mg (100% DV) of elemental calcium from nature’s most concentrated and easily absorbed sources

400 mg (100% DV) of magnesium to help incorporate calcium into bone and help strengthen bones

400 IU (100% DV) of vitamin D to stimulate calcium absorption

Boron in a clinically supported amount to aid bone metabolism*7

Vitamin K to help bind minerals to form bone matrix3

Manganese, copper, and zinc — co-factors that activate enzymes that help build bone mass
okay, sekarang dah tahu apa kebaikan osteomatrix ni, so jangan tunggu lama2, dapatkan osteomatrix segera dari saya..jangan tunggu habis stok dulu (macam vitamin c tu) baru nak beli..huhu

sekian dahulu perkongsian saya tentang osteomatrix ni..

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : Vita 4 All https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call/whatsApp/Telegramme : 017-9623963 / 03-80655814

ATAU KLIK LINK DI BAWAH


Free Delivery sekitar Puchong & Putrajaya




 

Thursday, January 10, 2013

Singkirkan toksin badan anda dengan HERB-LAX SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Hari ini sudah masuk 3 minggu saya menggunakan herb-lax SHAKLEE..apakah fungsi sebenar herb-lax ini?


Pada umumnya fungsi herb-lax ini adalah untuk membersihkan usus kita dengan menyingkirkan toksin dan kotoran-kotoran yang sudah berkurun lama bersarang dalam badan kita. Selain itu herb-lax ini mengandungi kandungan serat yang tinggi (daripada daun Senna) untuk bertindak sebagai pelawas.

Pada asalnya inilah tujuan kenapa saya ambil herb-lax ini, iaitu utk membersihkan usus dan membuang toksin dalam badan saya. Tetapi apa yang saya dapat dari herb-lax ini adalah EXTRA+EXTRA! tak percaya? sila teruskan pembacaan ;)

Al-kisah sebenarnya adalah saya ini sudah hampir setahun menderita gatal-gatal satu badan. Simptom ini bermula semasa saya mengandung baby saya. sepanjang kandungan saya mengalami gatal-gatal dan ia berlarutan sehingga sekarang (anak saya sudah berumur 11 bulan). bila saya bertanya pada doctor, doctor cakap ia adalah disebabkan perubahan hormon atau kata orang-orang tua, pembawakan budak. Yang peliknya, after saya bersalin, kegatalan tu still ada dan semakin menjadi-jadi. sudah bermacam krim gatal saya cuba tapi tiada hasil, gatal lagi dan tetap gatal...

akhirnya apa yang mampu saya buat ialah biarkan saja kegatalan tu..kalau gatal saya akan garu..begitulah rutinnya sampai habis luka-luka dan pedih-pedih jadinya.

after saya join shaklee, teringin pulak nak mencuba herb-lax. Tujuannya nak singkirkan toksin la,tapi after seminggu baru saya perasan badan saya dah kurang gatal. Berbanding dulu, kulit saya akan bengkak, keluar bentuk bulat-bulat semacam peta, gatalnya hanya Allah saja yang tahu..

Sekarang, sudah 3 minggu berlalu after saya mula ambil herb-lax, gatal-gatal badan semakin hilang..gatal-gatal sikit tu adalah..tapi tidaklah seteruk dulu..ALHAMDULILLAH sangat..rasa macam dunia kembali ceria dengan hilangnya gatal-gatal ni..hehe

Satu lagi, masalah sembelit saya juga sudah tiada..kalau dulu buang air besar adalah saat yang paling mengerikan, tapi sekarang, ALHAMDULLLAH..semuanya mudah seperti 1,2 3..hehe

okay, sekarang kita explore apakah kandungan sebenar herb-lax ini....

 
 daun senna...       

sebenarnya, daun senna yang terkandung dalam herb-lax ini sudah berkurun lama digunakan sebagai salah satu herba untuk pelangsingan badan. Orang Indonesia yang terkenal dengan jamu dan herba ini sering menjadikan daun senna atau nama tempatannya daun jati cina ini sebagai salah satu bahan asas jamu mereka. Kehebatan dan keberkesanan daun senna ini sudah lama diketahui penggemar-penggemar dan pengamal-pengamal jamu.

Selain daun senna, terdapat 8 jenis lagi herba yang digunakan dalam penghasilan herb-lax Shaklee ini. Tujuan utama penghasilan herb-lax ini adalah untuk memudahkan vitamin-vitamin atau nutrien yang diambil mudah diserap oleh badan kita. Sebab itulah herb-lax ini disarankan diambil sebelum mengambil vitamin-vitamin lain.

Secara ringkasnya, "if you want to use it as laxative, use at night, if you are looking for a body purifier, take it with your meal"

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini, insyaALLAH kita explore dengan lebih mendalam lagi tentang herb-lax ini nanti.

WASSALAM..

Berminat untuk dapatkan produk ini, atau produk-produk SHAKLEE yang lain dengan HARGA AHLI, boleh hubungi saya melalui ;

fb : Sharfawani Ismail https://www.facebook.com/sharfawani.ismail
page : BeezWorld Shop https://www.facebook.com/SuperUmmiTalhah
email : shafa_87@msn.com / ummitalhah@gmail.com
sms/call : 017-9623963 / 03-80655814